test

Khamis, 11 September 2008

Kekanda Husam, Hassan Syukri, Ayuh Bela Kambing

Kesedaran tentang emas, terutama dinar emas telah meningkat.

Walaubagaimanapun, kebanyakan orang yang membeli emas itu, membelinya untuk melabur. Mereka bukanlah pendokong Dinar Emas sebenar yang inginkan emas kembali menjadi matawang setelah 200 tahun diambilalih oleh kertas.

Disebabkan kenaikan mendadak akibat daripada terbongkarnya konspirasi merendahkan harga emas selama berpuluh tahun. Maka mereka melihat emas sebagai satu pelaburan yang amat menguntungkan dan bukannya melihat emas sebagai nilai sebenar emas.

Oleh itu, wujudnya permintaan buatan yang mana permintaan dari pelabur yang menyebabkan harga naik. permintaan daripada barang kemas dan menyimpan emas sebenar juga agak tinggi. Akan tetapi faktor pelabur agak besar.

Oleh itu, perlunya satu cara dimana dinar emas dibolehkan untuk diniagakan.

Ahmad (bukan Ahmad Ismail) membeli emas beberapa dinar.
Aminah juga begitu.

Akan tetapi Dinar emas tidak berfungsi sebagai matawang selagi Ahmad dan Aminah tidak dapat membeli barang menggunakan dinarnya itu.

Takanlah selama-lamanya dinar emas digunakan sebagai mahar perkahwinan dan untuk gadaian sahaja. Apabila ada emas, hendak berbelanja, kena tukar kepada ringgit dahulu.

Untuk mewujudkan permintaan sebenar bagi emas, emas hendaklah boleh dijadikan matawang dan boleh digunakan untuk membeli barang. Sekurang-kurangnya barangan tertentu.

Jadi siapa yang mula-mula sekali perlu membenarkan barangan boleh dibeli menggunakan dinar?

Sekiranya peniaga biasa boleh menjual baranganya menggunakan dinar, kemana dinar itu hendak pergi? dia tidak boleh membeli barangan daripada pembekal menggunakan dinar.

Setelah beberapa hari mengelamun, saya mendapati barangan yang sesuai untuk dimulakan didagangkan dengan dinar emas ialah kambing (atau mungkin lembu).

Mengapa?
Akibat daripada kekurangan ketara denominasi kecil iaitu dirham , maka cukuplah dimulai dengan dinar sahaja dahulu.

Seekor kambing berharga diantara 1 hingga 2 dinar.
  • 1 dinar
  • 1 1/4 dinar
  • 1 1/2 dinar
  • 1 3/4 dinar
  • 2 dinar
Penjual kambing hanya perlu mengasingkan kambing yang hendak dijual berasaskan harga sebegitu.
Jadi siapa yang perlu jadi penternak kambing dan penjual kambing itu?

Penternak kambing biasa, mungkin tidak dapat menggunakan dinar yang diterima untuk membeli apa-apa.

Jadi siapa?

Saya terfikirkan bahawa Permodalan Kelantan lah yang menternak kambing dan menjual kambing dalam dinar.
Untuk keselesaan, pembeli dibolehkan untuk membeli kambing menggunakan ringgit tetapi menggunakan pada nilai dinar.

Ahmad atau Aminah yang telah menyahut seruan satu keluarga satu dinar itu bolehkan membeli kambing daripada permodalan Negeri Kelantan untuk tujuak Aqiqah atau korban.

Apabila Permodalan Negeri Kelantan telah memperolehi dinar-dinar akibat dari penjualan kambing, dinar itu boleh dipindahkan ke Ar-Rahn sedia ada supaya boleh dijual seperti biasa.

Maka dinar berkitar sebagai matawang.

Lambat laun, sekiranya kambing yang diternak Permodalan negeri Kelantan itu cukup banyak cukup sihat.
Kedai makan yang menyediakan sup kambing akan bersedia dengan dinar di tangan agar senang untuk membeli kambing.

Penternak kambing biasa juga akan bersedia dengan dinar apabila dia mahu membeli anak kambing daripada permodalan Negeri Kelantan. (Atau Permodalan Negeri kelantan beli anak kambing dari perternak biasa).

Lambat laun lagi, sekira model di Kelantan Berjaya, Permodalan Negeri Kelantan boleh menternak kambing di Negeri-negeri lain, supaya rakyat Malaysia yang ada dinar boleh membeli kambing menggunakan dinar, dan Ar-Rahn tidaklah kesukaran mendapatkan bekalan emas, kerana ianya berkitar.


Maka dapatlah Dinar Emas direalisasikan sebagai matawang, bermula di Kelantan.

9 comments:

  1. faved in negaraku.

    funny-lah this article.

    but i think not practical, in the end, notes/coins that are backed by gold may be more convenient.

    ;)

    BalasPadam
  2. haha..menarik gak konsep ko ni...ko xnak join ke gathering buka posa negaraku ni...Jed pegi gak tuh...

    BalasPadam
  3. Jed,
    The main reason purchasing using real gold is to avoid false demand.

    A fiat currency claimed to be backed by gold but the gold was not there.

    BalasPadam
  4. ana setuju dgn jed yoong.

    perlu ada mekanisme yang lebih betul untul pastikan duit kertas yang sedia ada ini betul2 backed by gold.

    fiat money tu is funny money.

    ni kita nak balik ke zaman before fiat money yang mana duit tu sendiri mmg berharga dan bukan hanya diperlakukan sah oleh gomen.

    jadi tak perlulah nak gendong emas sana sini.

    berat tuu...

    Pakdi
    http://pakdi.my

    BalasPadam
  5. memang Dinar emas senang guna.. seperti dinar KUWAIT yang paling tertinggi matawang di dunia.

    BTW, satu dinar mas = 1 oz emas ..tak salah I...

    I ada physical gold dinars here.

    azrin @ www.azrin.net

    BalasPadam
  6. Taik kambing sekilo berapa dinar?

    BalasPadam
  7. 30 kilo suku dinar

    hehe

    BalasPadam
  8. saudara pemilik blog tak berdaftar yang perlu dipantau,

    entri yang sangat menarik. saya memang setuju kita kembali menggunakan dinar emas dalam urusan jual beli. kalau nak buat pembelian besar2an e.g. beribu-ribu dinar, logik tak kalau guna cek/bank draft yang disandarkan kepada nilai emas kita yang ada di bank? klu takde masalah, then terjawab la persoalan nanti kena gendong emas sana sini ke tak. tak perlu la gendong emas kot. just gendong le buku cek macam biasa je kot. the difference is that this time the cheque is backed with gold - making it real money just like the british pound. problem kita skrg ialah buku cek is backed with cash. cash tu pulak "dikatakan" backed by gold. (saya penah dgr rumours sebelum ni yg cakap masa gawat 10 tahun lepas, kjaan kita cetak not RM10 over2.. pasal nak galakkan spending dalam negara tapi not2 tu suma takde sandaran emas) ??? kalau gold yang kita ada terus berperanan memberikan value kepada chequebook kita, dah dapat eliminate satu step yang boleh dispekulasi tuu. jadi cheque kita tu memang power dan tak terjejas dek keadaan pasaran matawang.

    hahaha.. ntahlah.. apa pendapat saudara pemilik blog tak berdaftar yang perlu dipantau?

    BalasPadam
  9. Satu artikel yang baik kearah menggunakan dinar emas sebagai matawang. Applikasi penggunaan dinar dalam artikel ini nampak realistik.
    Namun ada banyak halangan yang perlu ditempuhi.
    Perjalanan kearah penggunaan dinar sebagai matawang masih jauh. namun kalau artikel ini menjadi kenyataan, ianya adalah satu langkah kecil yang begitu bermakna.

    BalasPadam

Google+ Hasbullah Pit