Si Rastom dan Zubli bercerita tentang web 2.0 di topik Shahrir Samad.
Apa yang anda faham dengan web 2.0?
Ramai diantara kita bercakap tentang blog, tetapi menganggap blog sendiri sebagai laman web.
Ada banyak takrifan web 2.0, siapa yang lebih betul? tiada hakim yang menentikannya.
Web 2.0 bukanlah sekadar blog yang mana pengunjung masuk setiap hari, dari satu blog ke blog.
Mana-mana laman web yang tidak menyediakan RSS boleh dikirakan bukan web 2.0.
Antara sifat web 2.0 yang menarik ialah pengguna boleh menggangkat sesuatu artikel untuk naik ke atas.
Andaikana sesuatu penulisan itu baik, penulisanitu diangkat oleh pembacanya setinggi yang boleh. Namun sifat sebegitu tidak wujud pada budaya blog tempatan, dimana penulisan sering diangkat dengan menyalinnya di tempat yang dirasa lebih popular.
sebagai contoh, blogawan sendiri terpaksa menghantar catatannya sendiri ke tranungkite.
Nak mengweb2.0kan manusia tempatan bukan senang, kerana budaya pembelajaran tempatan adalah lebih kepada meniru gaya pengkomputeran kawan yang mereka kenal secara fizikal, bukannya dalamtalian.
Pelbagai cara direka untuk mengangkat catatan blog, salin tepek juga yang mereka suka.
Antara ciri web 2.0 ialah pengasingan pengformatan dengan kandungan.
Ini yang selalu blogawan lupa.
Ada diantara mereka mewarnakan tulisan dalam kandungan blog sendiri supaya sesuai dengan apa yang dia hendak lihat di pelungsur web.
Ada yang menulis tajuk dia ruangan badan , hanya kerana hendak mewarnakan tajuk dengan warna yang disukainya.
Berbalik kepada web 2.0, kononnya akan ada web 3.0, bezanya ialah, catatan diangkat oleh golonganprofesional, berbanding mana-mana pengguna pada web 2.0.
Beras Terpilih adalah web 2.5 dimana ianya dipilih orang yang tidak profesional. :)
Menarik sekali Hasbullah Pit,
BalasPadamSaya semakin tahu selepas komen Rastom dan pos anda ini.
Syok jika, TranungKite OnLine sampai ke tahap mengangkat posting yang baik dari blog.
Wow!
Pun begitu, saya suka widget, namun wordpress dot com tak faham skrip jawa.
Memang syok warna-warni blogger di blogspot, namun cik gu saya dulu ajar wordpress aja.
Adeh!
Ada yang menulis tajuk di ruangan badan, hanya kerana hendak mewarnakan tajuk dengan warna yang disukainya.
BalasPadamDari blog-blog yang saya langgan, rasanya ini boleh dirujuk kepada blog Roslan SMS dan A Kadir Jasin.
Antara ciri web 2.0 ialah pengasingan pengformatan dengan kandungan.
Secara teknikalnya, apa yang saya faham dari apa yang Bro Sebol nak sampaikan adalah separation of style (CSS) and content (HTML). Ini tak berapa tepat.
Google adalah antara kompeni Web 2.0. Tapi cuba tengok source code laman Google.com. Bercampur-baur antara format dan kandungan. Di bahagian elemen body, Google.com masih lagi guna tag seperti "bgcolor", "text", "link", "vlink", dan "alink" yang tersangatlah "Web 1.0".
ok aku nk tambah sket ape yg aku tau sket2 lah.. web 2.0 secara teknikal menggunakan asas XML (zemel kalau di sebut).. penggunaaan teknologi X ajax adalah salah satu keutamaan web 2.0 dimana isi kandungan bagi sesebuah web boleh diseret (diubah) dan di campak secara 'real time' tanpa perlu mengubah apa-apa koding dan tanpa memerlukan halaman itu di refresh untuk menunjukan perubahan. (aku tak pandai nak terang secara detail)
BalasPadamWeb 2.0 juga berkait rapat dengan penggunaan database..Ia setiap perubahan yang diterima dari input pengguna akan disimpan terus ke pangkalan data.
Flash movie (flv) juga adalah komponen yang wujud didalam web 2.0.
Dengan erti kata lain web 2.0 adalah web yang bukan berasaskan html semata2 dan ianya bersifat dinamik dan mampu berinteraksi antara pengguna..
OK ctoh web yng menggunakan teknologi 2.0 ini ialah yahoo (front page) & email yahoo, Blogspot dan lain-lain lagi..
Pengetahuan dengan kegunaan xml adalah faktor penting menjadikan web tersebut berupaya menjadi web 2.0. Tak salah aku RSS/Feed juga menggunakan kaedah XML dan suapan ini juga boleh dikenali sebagai web 2.0.
Secara teknikalnya web 2.0 adalah hasil gabungan teknologi pengaturcaraan spt asp , php , jsp , xml , html , sql dan lain-lain..
Kelebihan penggunaan web 2.0 adalah sesebuah web dinamik itu menjadi semakin mudah & ringan.
Berbanding web 1.0 ia lebih mengutamakan unsur tambahan seperti java , shockwave dan javascript.
Dengan kehadiran teknologi 2.0 perubahan dari segi penampilan web adalah nampak ketara dimana web tidak lagi dilihat sebagai tempat yang membosankan..
P/S: Maaf kalau apa yang aku terangkan ini tidak tepat, sila perbetulkan.. InsyaAllah
Bagus! Entri ini sudah membuahkan hasil yang baik untuk perkayakan ilmu Web/Internet di dalam bahasa Melayu.
BalasPadamSaya suka bila Sebol, Tawel Sensei dan Aizam mengupas Web 2.0 dari sudut ini, sementara saya dan Zubli putar putarkan sudut psikososial Web 2.0. ..Zubli jangan lupa..blogspot.com tu perintis, sementara Wordpress tu masuk kemudian..masing masing ada kelebihan tersendiri.
P.s: elemen seperti XML yang digunakan di dalam RSS dan yang aizam sebut di dalam perenggan diatas itu memang benar, semuanya menjurus kepada mewujudkan kemudahan mengakses..bukan untuk hari ini, tetapi nun, sampai ke anak cucu kita nanti....
Bab separation CSS/HTML: Sedikit pembetulan. Kedua duanya CSS/HTML saya kira sebagai code juga. CSS sudah ambil peranan sebagai mak andam. Yang saya rasa separation sebenarnya ialah antara isi (bahan) dengan styling/formation (CSS/HTML/XML).