test

Khamis, 18 September 2008

Pengurus Dana Menjauhi Malaysia Hanya Kerana Anwar?

Tadi di Buletin Utama telah menyiarkan PakLah baru tahu rupanya Pengurus Dana sudah menjauih Malaysia.

Bayangkan Bekas Menteri Kewangan I itu hanya baru tahu pengurus dana menjauhi malaysia.

Agak lucu. Tapi itulah Bekas Menteri Kewangan yang tidak ambil tahu soal kewangan.

Pengurus Dana memang sudah lama menjauhi Malaysia. Ada baik dan buruknya.

Saya sebagai rakyat Malaysia yang lebih mementingkan ekuiti Malaysia dimiliki rakyat berbanding asing.

Saya bukan jenis orang yang mahukan negara bergantung kepada FDI untuk maju. Sepatutnya sekarang kitalah pelabur asing bagi negara miskin, bukannya kita terlalu bergantung harap kepada FDI.

Kalau bergantung harap pada FDI, risikonya agak tinggi, pelabur boleh lari apabila tidak untung dan pekerja merana.

Anwar Ibrahim telah menceritakan tentang pengurus Dana telah menjauhi Malaysia memang sudah lama, ketika ceramah di Jasin dahulu, beberapa hari setelah dia ditangkap, dia sendiri telah mengatakan yang pengurus Dana sudah menjauhi Malaysia.

Bukannya pengurus Dana menjauhi Malaysia hanya kerana Anwar.

Memang sedikit sebanyak, cerita 16 september juga mengakibatkan pengurus dana berundur seketika.

Ketika ini pun, pengurus Dana masih pening kemana hendak dilaburkan duit-duit yang ada. Tetapi saya agak optimis malaysia tetap negara sesuai untuk melabur.

Malaysia bumi bertuah, cucuk sahaja ubi kayu di mana-mana, akan hidup dan boleh hasihkan tenaga.

Hari ini, Najib diumumkan menjadi Menteri kewangan, dan secara automatik beban Ringgit jatuh di bahunya.

Berbalik kepada persoalan pengurus Dana yang menjauhi Malaysia, Adinda kepada Najib, Datuk Nazir secara terbuka menkritik cukai Durian Runtuh (Windfall Tax) kerana ia akan menjatuhkan gred Bon dan ianya tidak mesra Pelabur.

Pening?

Dalam ertikata lain, Adik kepada Menteri Kewangan telah lama mengesahkan bahawa Belanjawan BN oleh bekas menteri kewangan itu tidak mesra pelabur .

There’s no winner with this IPP tax. Credit spread has widened, bond volume has dropped and investors are nervous. As a result, borrowing costs in Malaysia will go up,”
Terdapat lagi satu analisis yang lebih baik yang mempersoalkan tentang Cukai Durian Runtuh yang berkait dengan rakyat.

IPPs : Apa keputusan muktamat kerajaan mengenai windfall tax?


Akhirnya Najib dibebankan dengan persoalan sebegitu oleh adindanya,

Jawatan Menteri Kewangan adalah beban kepada Najib mengikut kata Saudara Adly Zahari.
Hari ini perkembangan politik Malaysia setapak kebelakang. Pak Lah tukar suka sama tak suka kementerian dengan Datuk Najib. Kementerian kewangan walaupun dilihat lebih kanan berbanding kementerian pertahanan, namun dalam masa yang sukar ini, Pak Lah dilihat meletakkan beban ini pada pencabar terdekat beliau.

Saudara Adly di blognya juga menyatakan bahawa agak sukar, apabila harga minyak dunia turun dengan adanya belanjawan Defisit yang telah dibentangkan baru-baru ini.


 Dengan penurunan harga minyak US91 hari ini, maka ia turut memberi kesan kurangnya pendapatan dari hasil minyak.

Sudahlah Pak Lah mengemukakan bajet yang defisit, belanja lebih tinggi dari pendapatan. Pendapatan akan berkurangan, jangkaan paras terendah indeks komposit mengikut penganalisa mungkin mencecah 900 mata, maka ianya merupakan cabaran besar bagi Tok Najib.

Jawatan Menteri Kewangan bukan sekadar memberi peluang kepada Isteri untuk membeli belah terutama sekali beg-beg yang menggiurkan ini.

Adakah langkah Anwar untuk menghapuskan subsidi terhadap IPP adalah langkah terbaik?
Bagi saya ianya boleh dikurangkan sedikit demi sedikit, supaya tidak memberi kejutan kepada ekonomi.

5 comments:

  1. Saya amat setuju dengan pos Hasbullah Pit.

    Ini memang satu pos yang awesome!

    Full of vital and valuable facts.

    Pak Lah, bukan kata kewangan negara, he has lost touch with the real world.

    Cuba tanya dia, apa beza sampel DNA baru dan lama?

    Dia tak tau!

    Kewangan, lagi Lah...

    Kewangan, semasa gawat dulu Che Det guna kekuatan dalaman, sehingga kita boleh peg ringgit supaya tidak diperjudikan sebagai komoditi di pasaran spekulasi.

    Pun begitu pelabur asing, hanyalah semacam satu tanda sahaja akan keyakinan orang luar terhadap potensi pelaburan di negara kita ini.

    We can always say no.

    Namun, selain Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim, kurang amat menteri yang boleh cakap dan jadi bahan berita dunia.

    Jadi, nak melabur berdasarkan maklumat sekitar dunia, para pelabur, mereka tunggu petanda.

    Depa tak harap Pak Lah atau Najib.

    Sebab kini mereka berdua Pelawak ini tidak menentu dan bukan penentu, di Malaysia.

    Depa tunggu 16 September 2008.

    Bila anjak 20 September 2008. Depa tunggu lagi.

    Depa tunggu Anwar Ibrahim, Pakatan Rakyat, dan political certainty.

    Dibuatnya Anwar Ibrahim anjak ke 16 September 2050, tak kojol pemimpin Malaysia yang bangga amat pelabur asing melabur di Malaysia ini?

    Saya bagi kredit kat Anwar Ibrahim lah.

    Harap dapat main tennis dengan dia suatu hari nanti bila dia PM.

    Saya pun PM juga...

    Pemaju Masyarakat, untuk 3 bloggers mass comm...

    BalasPadam
  2. cuba check kat kedaitune.blogspot.com

    itu contoh2 dia.. try bagi komen kat post2 lama.. rasanya xde masalah...

    mender ni agak baru, sbb x banyak lagi org posting article features ni kat internet..

    tapi x taulah.. whois sendiri..

    aku terjumpa sbb nak cr script utk online debate hari tuh...

    dah termasuk website dia, search la kegunaannya.. rupanya very good...

    wish u a lucky try..

    BalasPadam
  3. sebenarnya, saya tidak begitu arif dengan istilah-istilah dan konsep-konsep ekonomi. Apatah lagi jikalau kerajaan mengatakan Anwar akan memufliskan negara. Tentunya saya, bersama satu majoriti rakyat Malaysia tidak akan dapat memahami bagaimana mekanisme ekonomi kita akan merosot.

    terima kasih kepada saudara (dan juga para blogawan lain) kerana mengambil masa menerangkan sedikit sebanyak tentang ekonomi.

    tetapi, bukankah itu tanggungjawab kerajaan bagi memastikan rakyat negara tahu sedikit sebanyak tentang ekonomi negara? Memberikan istilah-istilah ekonomi yang berbunyi gempak di dalam sidang akhbar hanya akan mengelirukan orang lain jikalau ianya tidak diterangkan.

    BalasPadam
  4. Apa maknanya bila para pengurus dana tidak mau datang? Berat implikasinya!

    1. Negara kita tidak menarik. Tiada prospek untung. Bab bisnes dana tidak terpisah dengan keyakinan terhadap sistem kehakiman/perundangan negara. Kita sudah jatuh ke tahap "correctx3" bab ini.

    2. Cerdik pandai tidak suka datang mengembangkan bakat mereka di universiti kita. Apa halatuju Universiti Apex jika the best brains kita lari keluar (meluat dengan AUKU dan AKUjanji).

    3. MSC/Cyberjaya tidak mampu take-off. Apa kaitannya dengan Anwar Ibrahim? Hujan dan banjir di Merlimau pun salah Anwar?

    BalasPadam
  5. Rastom

    Dalam conspiracy of the fools, blame Anwar is top most in the list.

    Jika tidak tak kan terjadinya:

    port-folios switcheroos!

    BalasPadam

Google+ Hasbullah Pit