Solidarity Vigil Untuk Kickdefella Esok, 18 September 2008» Pena Perjuangan
Kepada semua aktivis dan reformis Malaysia Baru, esok Khamis, 18 September 2008 ; satu program Solidarity Vigil For Kickdefella akan diadakan pada jam 8.30 malam infront Commercial Crime, KL. DATANG JANGAN TAK DATANG!
Vigil itu upacara keagamaan Kristian, Umat Islam mana boleh lakukan acara keagamaan Kristian.
Ketika Teresa Kok dulu ditahan, memanglah orang kristian akan adakan upacara vigil kerana Teresa adalah Kristian, dan ianya dianjurkan oleh golongan kristian (atau golongan yang tidak berpegang teguh pada agama).
Saya tidak boleh melarang orang kristian untuk melakukan vigil sebagai solidariti untuk Teresa, akan tetapi penganjur mestilah kemukakan cara alternatif supaya umat Islam juga boleh membantah penahanan ISA itu.
Kalau penganjur tidak kemukakan alternatif, maka PAS guna cara sendiri.
Bagaimana PAS menjadi mahu menjadi dominan kalau perkara sebegini tiada langkah yang dicadangkan oleh pemimpin PAS.
Kalau ketika Pemimpin PAS anjurkan solat Hajat untuk bukakan hati Teresa sambil doakan pembebasannya, 1 Malaysia akan lakukan.
Akan tetapi apa yang berlaku dulu, ketika blogawan PAS tersohor Bang Bakaq ditangkap, Solidariti dianjurkan oleh Amin Iskandar, bukan pemimpin PAS. Itupun orang PAS yang datang hanya beberapa kerat. ketika malamnya pula Bang Bakaq dihentam oleh Nasharudin.
DAP pun satu, gunakan kaedah Vigil untuk bantah tahanan ISA, bukan salah mereka, mereka bukan tahu umat Islam tidak boleh vigil, maka kitalah yang terangkan kepada mereka.
------
Kemaskini 12 thari:
Jam 8:44 pagi :
Puan Aiman Athirah memaklumkan bahawa dia menerima SMS dari Amin Iskandar tentang vigil itu.
Jam 10:30 pagi:
Amin Iskandar membuat catatan blog Solariditi Sheih, sambil menggalakkan supaya membaca lilin, tetapi tidak menyebut "vigil".
Saya tidak mahu melibatkan diri soal Vigil ini, dan kecewa dengan Amin Iskandar
yalah, tapi kemungkinan penganjur tuh daripada kalangan orang kristian, tapi.....
BalasPadamSebagai Orang Islam kita takley guna term tuhlah....
apa kata kita buat solat hajat.... cadangkan kepada PAS untuk solat hajat beramai-ramai...
InsyaALLAH, ALLAH tolong.
- Komentar berkenaan vigil yang baik, kekadang tak pewrasan benda nih semua.
setuju, itu bukanlah amalan kita...
BalasPadampergi saja-lah.
BalasPadamdun light a candle lor.
i also dun light candle.
and i'm a christian.
mostly catholics light candle, and some prostestants consider lighting candles a relic of the roman pagan past.
i've said this in penarik beca's blog.
not i pilih kasih and din go penarik beca's protest but got notice too late and byk kerja.
but not confirm if i am going yet. won't know till in the afternoon.
Vigil ni vigil reformasi, tiada dan tidak pernah dikaitkan dengan mana-mana faham atau agama. Thats why always we put solidarity infront. Apa pun kalau di sudut aqidah atau feqahnya tak kena maka ulama' kita must come to decision yg berani. Coz solidarity vigil dah banyak kali dibuat.
BalasPadamOpsss...lupa saya juga tak cadang....posting itu sekadar hebahan...kita BUKAN Penganjur...
BalasPadamAgain kita serah hal ini kepada para ulama. Masakan ulama tak sedar, harakahdaily pernah menyiarkan iklan Vigil Kamunting pada setiap helaian/ muka beritanya. So, ia lebih daripada cukup untuk everybody "alert" kiranya berkaitan dengan aqidah.
Anyway, hasbullah shouldnt said that ana "mencadangkan". Siasat dulu...
Puan Aiman Athirah:
BalasPadamSiasatan saya menunjukkan Catatan blog Puan masih lagi kelihatan seperti berasal dari sumber blog puan sendiri, tidak menyatakan ianya hebahan daripada sumber lain.
Hasbullah, sdr. Amin Iskandar @ Black menghubungi saya thru sms malam tadi jam 23.36...dan memaklumkan Solidarity Vigil tersebut.
BalasPadamSo, if im not mistaken that in the end of your posting that terkejutnya sdr terhadap saya..sdr. juga sebut : "Amin Iskandar, You Lead". So i assumed perkara itu sudah dibalikkan dan i thought when you said that "Amin Iskandar, You Lead"...you know him and supposed to understand the planning.
Well, i think my message is clear so i 'll leave it like that.
I also believe that you understand when i said "beberapa kali diadakan" and iklan Vigil disiarkan di Harakahdaily which is lidah rasmi PAS : Islamic Party Of Malaysia @ Hizbul Islami Min Malaysia. Thats why,to me its better ulama to response. Kita masih punya ulama dan itu antara fungsi mereka dalam masyarakat. Let them handle.
It is clear to me Islam agama mudah. Semua dibenarkan melainkan ada ayat/ hukum menidakkan. Its good hal ini dibangkitkan, at least, ada peranan ulama di situ. But if hukum itu sudah jelas dan ada yang tahu maka perhaps kita boleh kongsikan.
4 bulan yang if im not mistaken, GMI adakan Solidarity Vigil untuk sdr2 kita yang ditahan ISA di Kamunting. GMI adakan! Lead by syeikh juga, Syed Ibrahim. So i just "sangka baik". Tapi kalau Hasbullah fikir dan percaya wajar dan patut untuk "sangka buruk" atas hujjah2 tertentu, please do not hesitate to contact me in person.
I believe you know how to contact me right?
Ramadhan kareem.
Puan Aiman,
BalasPadamSituasi makin kompleks.
Kalau pukul 23:36 dia SMS,
Posting blog saya pukul 2.
Posting blog puan pukul 12
Tapi tak ada pula posting Amin Iskandar Tiada pula cerita pasal Vigil pukul 8 malam.
itu yg membuatkan seolah2 puan punya blog yang kelihatan sebagai "punca".
"Amin Iskandar You lead" diseru pada pukul 2.
Saya tak ada nombor dia, Jumpa dia baru 1 kali.
Salam Pakcik Sebol dan pencinta kebenaran,
BalasPadamBila Pakcik sebut Aiman Athirah Al Jundi, saya teringat keberanian beliau membuat laporan polis bersama Dr Mariah terhadap Khir Toyo pasal cetuskan sensiviti kaum dan membela Teresa Kok. Tapi bila didedahkan yang Teresa Kok telah membangkitkan kemarahan umat Islam apabila beliau membantah tulisan Jawi di papan tanda jalan, Aiman Athirah Al Jundi dan Dr Mariah jadi penakut pulak. Kedua-duanya hanya berani dengan orang Melayu yang dah lembek. Dengan orang Cina yang membangkitkan kemarahan orang Islam, kedua-duanya pulak jadi lembek.
Dulu isu babi di Sepang pun, dua-duanya lembek. Yang pasti isu babi ini timbul pun hasil silapmata politik Teresa Kok jugak. Tiada hujah kualitatif dan kuantitatif dari mereka berdua. Yang kita dengar Muslimat PAS pakat sokong je walaupun tak dapatkan maklum balas dari akar umbi PAS di Sepang. Ini satu petanda penghakisan intelektualisme dalam Dewan Muslimat.
Bila timbul isu vigil pula, lebih jelas kelemahan intelektualisme Dewan Muslimat PAS. Prof Syed Naquib Al Attas dalam buku Islam Dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayunya telah menyatakan dengan jelas bahawa ketandusan budaya dan intelektual akan menyebabkan bangsa yang menjajah akan mengikut bangsa yang dijajahnya sendiri. Beliau memberi contoh bangsa Jerman yang menjajah Rom akhirnya menciplak budaya Rom tanpa melalui proses intelektual sehingga Jerman tiada budayanya sendiri.
Dengan jawapan yang Athirah berikan, bertambah jelas beliau tiada budaya intelek. Berpusing-pusing. Tiada juga beliau nyatakan samada beliau telah hadir ketika dalam majlis membantah penangkapan Pakcik Bakar tempohari. Lagi-lagi kata ulamak tak bantah. Anwar Ibrahim yang puji Salman Rushdie dengan mengatakan Salman tu "profound writer" (penulis yang mendalam penulisannya) pun tak dibantah oleh Tuan Guru Nik Aziz. Walhal ini adalah masalah aqidah. Masakan kita nak kata tindakan tidak membantah sikap dan kata-kata Anwar yang jelas bertentangan dengan aqidah Islam itu betul hanya kerana TGNA tak bantah.
Vigil memanglah dipopularkan sebagai amalan Kristian. Tapi kalau kita baca megenai amalan Islam untuk malam Jumaat dan malam-malam Ramadhan dalam Bahasa Inggeris, kita akan berjumpa terjemahan bagi Qiamul Lail sebagai "vigil" atau "keep your night vigil". Apabila ruh atau semangat telah berubah, amalan yang kita buat tidak lagi dikatakan mengikut Kristian atau mana-mana agama lain, jika amalan itu tidak diqat'iekan salah secara "direct" oleh Quran dan Hadith.
Amalan perbankan dipopularkan oleh kapitalis. Yang Islam haramkan bukan "form" perbankan, tetapi semangat (substance) ribanya. Apabila Asy Syahid Muhammad Baqir Sadr menulis kitabnya yang berjodol "Al Bank Bi La Riba", kerajaan Kuwait telah menadaptasikan kandungan kitab tersebut dan memulakan perbankan Islam. Sehinggakan perbankan Islam di Luxemberg yang dipunyai dan dijalankan oleh bukan Islam tetap diakui halalnya.
Asy Syahid Mustafa Chamran, pengasas teknologi "rocket science" Iran juga sukakan simbol lilin. Begitu juga Dr 'Ali Syariati. Sehinggakan beliau selalu mengungkapkan ideanya dengan menyebut,"Prof Chandler menyatakan...". Pengkaji dan pelajar Syariati memang mengakui Prof Chandler tidak wujud. Malahan ianya hanyalah entiti intelektual imaginatif bagi beliau sendiri yang merujuk kepada beliau sendiri sebagai pengamal falsafah sufi kemasyarakatan. Mengikut Dr Ali Rehmani, "chandler"" itu adalah "candle".
Imam Khumaini juga dikatakan suka bersolat tahajjud di sisi kerdipan lilin.
Oleh kerana amalan tahajjud dan solat hajat masih belum begitu sebati dengan jiwa rakyat Malaysia, cadangan Pakcik Sebol lebih tepat dengan memanfaatkan kilauan cahaya lilin. Bukankah guru yang tulen sering diibaratkan sebagai lilin? Bukankah lilin adalah lambang pengorbanan dan pengorbanan adalah amalan yang mula ditinggalkan oleh umat Islam?
Ketika Asy Syahid Mustafa Chamran menyatakan perasaan cintanya kepada kekasihnya Ghadeh, beliau menghadiahkan sebatang lilin. "Aku ingin sekali menjadi lilin."
Harap Pakcik Sebol doakan saya agar dapat 9A dalam PMR bulan Oktober nanti. Doakan ketika Pakcik sedang tahajjud ye. Agar saya jadi lilin seperti Mustafa Chamran sebagai neurosurgeon.
Salawat
Qisti Az Zahra'
Aiman,
BalasPadamTapi saya bkn puak reformasi.
Nak pergi bagi "moral support" kpd Sheih saja.
Macam mana? Clash ideologi kini?
Reformasi kena sokong Anwar..
Susah....Confirm ke?
Kebanyakan yang mengulas agak ketinggalan dalam perjalanan politik dan tuntutan rakyat. Terpulang, sesiapa juga boleh memberikan rumusan. Sama ada ianya benar atau tidak atau semata-mata diasaskan oleh rasa ujub pada diri sendiri itu juga masing-masing semak lah.
BalasPadamUntuk Jed Yoong,There's no conflict ideology at all.
Amin dah confirmkan kepada saya dan program akan diteruskan. InsyaAllah saya akan hadir walaupun sepatutnya petang ini saya dijadualkan berangkat ke Melaka dan kemudian Johor. Perjalanan boleh dilewatkan.
Memang ini cukup jelas bukan budaya Islam tapi kenapa masih nak ikut cara buday lain? Apa punya pembangkang la? Ada baiknya jika dilakukan solat hajat. Ianya lebih bermakna malah dapat juga pahala...
BalasPadamNabi Muhammad s.a.w tidak menolak ambilan daripada budaya luar 100%. Perkara yang beneficial, berfaedah boleh ditiru. Menggali parit di dalam Perang khandaq bukan budaya Islam, tetapi di tiru dari orang Parsi. Ini bukan soal aqidah atau tauhid, cuma qaedah....al qaedah hehehe
BalasPadamSalam Pakcik Sebol dan pencinta kebenaran,
BalasPadamOrang yang ujub adalah orang yang tak terima teguran orang lain dan menolak teguran tanpa hujah intelek. Sebabnya dia sangka dia je yang betul. Orang lain tak tau. Orang lain tak pandai memahami tuntutan semasa.
Makhluk yang pertama ujub adalah iblis. Ujub adalah dosa pertama dilakukan terhadap ALLAH.
Kita berpolitik adalah bersiasah. "Siasah" maknanya mendidik jiwa dan pemikiran sebagai tujuan utama berpolitik. Kalau mendidik orang dengan melemparkan tuduhan tanpa penerangan, adakah ini dakwah yang difahami oleh Dewan Muslimat?
Fikiran yang kosong hanya mampu menjajah dan tidak mungkin mampu membentuk budaya Islam. Andai kita ikhlas, ALLAH akan menjadikan besar amalan kita biar sekecil mana sekalipun. Andai kita tak ikhlas, amalan yang nampak besar manapun mengikut tuntutan politik semasa akan dikira batil oleh ALLAH. Mohon dijauhkan kita semua dari amalan yang tidak ikhlas.
Salawat
Salam
BalasPadamPuan Aiman Athirah AlJundi..
Boleh tolong terangkan apa yang dimaksudkan dengan puan bila puan mengatakan:
"Kebanyakan yang mengulas agak ketinggalan dalam perjalanan politik dan tuntutan rakyat. Terpulang, sesiapa juga boleh memberikan rumusan"
Adakah dengan mendiamkan perbuatan Teresa Kok itu dinamakan dengan "tuntutan rakyat"?
Garang dengan Toyo tapi dengan Teresa mana taringnya?
Adakah dengan menyokong penternakkan babi di Sepang diaktakan sebagai memenuhi tuntutan rakyat juga?
Kenapa tidak disertakan sokongan dan kajian dari Pusat Haiwan yang terletak di sana?
Adakah dengan memekakkan telinga bila anwar kata:
"Saya tidak akan melayan tuntutan Islamc State(negara Islam)" itu dinamakan memenuhi tuntutan rakyat?
Puan juga mengatakan:
"Sama ada ianya benar atau tidak atau semata-mata diasaskan oleh rasa ujub pada diri sendiri itu juga masing-masing semak lah."
Saya harap ajakan muhasabah itu bukan sahaja untuk orang lain malah untuk diri sendiri.
Salam Ramadhan al Mubarak
Salam.
BalasPadamAduh.. mengapa didekati perkara yang "syubahat"?.. sesungguhnya harus diketahui bahawa perkara syubhah ertinya perkara yang berada dalam kesamaran, tidak jelas hukumnya sama ada halal atau haram. Biasanya ia disebabkan oleh faktor pertentangan dua dalil ataupun kerana tiada dalil/nas yang terang/sorih.
Kaedah menjaga diri daripada terlibat dengan syubhah adalah kaedah wara’.
Contoh zaman nabi: Kisah ketika Nabi s.a.w. bersama dengan isterinya Safiyyah di tempat awam. Ketika itu, 2 lelaki yang berlalu di situ ditahan oleh nabi untuk memberi penjelasan bahawa baginda bersama isterinya Safiyyah bagi mengelakkan sangkaan buruk.
Dari Abu Abdullah An-Nu’man bin Basyir r.a. katanya : saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : Sesungguhnya yang halal itu terang ( jelas ) dan yang haram itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat perkara-perkara yang syubahat ( tidak terang halal atau haramnya ) yang tiada diketahui oleh orang ramai. Orang yang memelihara dirinya dari perkara-perkara yang syubahat itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya. Orang yang tergelincir ke dalam perkara syubahat itu akan tergelincir masuk ke dalam perkara haram...
“ Dan barangsiapa yang terjerumus dalam syubhah, ia terjerumus dalam perkara haram”
Hadis ini membawa dua pengertian:
Pertama , seseorang melakukan perkara haram tetapi ia menyangkanya halal.
Kedua, seseorang melakukan perkara yang dekat dengan perkara haram. Umpamanya lelaki dan wanita yang bukan mahram berdua-duaan tanpa ikatan perkahwinan dikira melakukan perkara haram kerana ia boleh membawa kepada zina.
Contoh yang diberikan dalam hadis ialah penggembala yang menggembala ternakan berhampiran dengan tanah orang/kawasan larangan. Walaupun ternakan itu belum masuk secara terangan ke dalam kawasan itu, ia dikira syubhah dan sebagaimana dalam hadis, sesiapa yang melakukan syubhah , maka ia melakukan yang HARAM.
Janganlah semua perkara kita nak tunggu Fatwa. Kalau tidak ada fatwa yang melarang pun yang haram tetap haram.. dalilnya hati.
Nabi bersabda; “Tidak lurus iman seseorang hamba sehinggalah lurus hatinya.”
Ulama’ fiqh merumuskan satu kaedah berdasarkan kepada hadis ini iaitu:
“ Apa-apa yang membawa kepada haram, maka ianya juga adalah haram.”
Saya tidak tahu apa kaitan ujub diri sendiri dalam hal ini, kerana menegakkan yang hak tidak dikira ujub.
Saudar Hasbullah mungkin tidak mempunyai hujah kukuh untuk mempertahankan pendiriannya, namun disini ternyata beliau mengambil pendirian yang TEPAT.
WASSALAM.
Pasal lilin pun mau bising ka..?
BalasPadamLain kali letrik takder takyah pasang lilin yek..
Sempit betul la..
Wann Kerr
Siapa yang lebih sempit?
BalasPadamOrang yang mempersoalkan vigil atau pun orang yang menganggap semua berkaitan lilin ialah vigil?
kalau tak suka lilin, boleh bawak lighter ataupun flashlight. ada model baru yang guna LED.
BalasPadamnanti kalau bawa lighter atau flashlight...ada lak mulut laser kata tiru StarWars la...
BalasPadamHabis sumer nak di jadikan isu...cam dulu la ada tanda + semua kata takleh sebab tanda salib...eh eh..tafsiran oh tafsiran...
Pemikiran kita masih lom kuar
Apapun Kickdefella dah keluar...
Wann Kerr
bagus juga ada topik ni dalam blog en.sebol..
BalasPadamdi bincang.net juga saya ada buka satu topik membincangkan perkara ini..
http://bincang.net/forum/showthread.php?t=91245&page=2
ada beberapa fakta yg saya kepilkan dalam thread itu utk bertanyakan alim ulama.. adakah amalan ini menyalahi agama kita..
saya berasakan ya..! pada yg nak pandang remeh.. atau senada dgn SIS.. teruskan lah..
namun, hati-hatilah dgn apa yg majlis yg anda sertai.. takut2 mengandungi unsur-unsur syubhah..