test

Isnin, 22 September 2008

Racun apa yang Nor Mohamed Yakcop Taburkan pada Najib?

Beberapa hari dulu, Dr Mahahtir mencadangkan "sesuatu" berkaitan tambatan ringgit. Kemudia Muhyidin pula secepat kilat menyokong supaya ianya dikaji. Nor Mohamed Yakcob pula mengumumkan adakan diadakan sesi taklimat kepada Najib.

Alih-alih Najib umumkan bahawa Ringgit Tidak Ditambat Semula.

Ramai yang tidak faham apa yang dimaksudkan oleh Dr Mahathir. Termasuklah pemberita BERNAMA dan Malaysiakini.

Untuk mengetahui apa yang dimaksudkan oleh Dr.Mahahir dengan "Ringgit Ditambat Semula" boleh difahami dengan dua maksud.

Ada yang mengganggap "Ditambat Semula" adalah ulangan kepada apa yang dilakukan pada 1997 dahulu, iaitu dengan menambat secara langsung dengan USD.

Akan tetapi dalam berita yang mengatakan "Ditambat semula" itu, Mahahir berkata.

"Kita harus tentukan nilai mata wang dan saya berpendapat kerajaan tidak patut mengapungkan ringgit sebab ia merugikan," 


Dia mahu menentukan satu kaedah baru untuk menilai ringgit. Dia tidak ada pun mengatakan bahawa mesti ikut cara 1997, iaitu ditambat dengan USD secara langsung.

DalamThe  STAR 21 September, dengan jelas Dr.Mahathir mahukan Ringgit itu mengukuh.

He said if Malaysia could strengthen the value of the ringgit by 10% (by pegging the ringgit to the US dollar), the import value should depreciate by 10%.
Bukan Dr. Mahathir sahaja yang mahukan Ringgit mengukuh, akan tetapi Dr Ariff MIER sudah lama mengatakan Nilai ringgit dibawah nilai sebenar,


Ramai yang beranggapan cadangan Dr.Mahahir supaya ringgit ditambat semula adalah ulangan kepada apa yang dia lakukan pada 1997.

Cuba fikirkan, bagaimana hendak mengukuhkan ringgit kalau pada masa yang sama ianya ditambat kepada USD. Dr. Mahathir sendiri telah jelaskan bahawa nilai ringgit perlu dinaikkan.

Terang-terang Muhyidin telah mengataklan ianya adalah bertujuan untuk mengelak kesan buruk daripada kejatuhan dollar.


Mungkin Nor Mohamed Yackob beranggap bahawa Dr Mahathir mahu kerajaan mengulangi tambatan seperti 1997, dan meracuni Najib supaya umumkan supaya tiada tambatan semula.

Penganalisis Ekonomi ramai yang mahu nilai ringgit dinaikkan, satu sebab utama ialah boleh mengurangkan harga minyak tanpa perlu sebut "subsidi".

MIER dan ASLI pernah mengatakan supaya matawang ringgit diapungkan terus.

Ramai pembangkang ekonomi, termasuk dari dalam UMNO mahukan ringgit dilakukan sesuatu supaya ia tidak terus jatuh mengikut USD:


Sebenarnya ada beberapa langkah boleh dilakukan untuk mengukuhkan ringgit.
1. Apungkan terus ikut cara MIER dan ASLI
2. Mengkaji formula tambatan ringgit supaya tidak terus jatuh,

Namun, Nor Mohamed Yackob telah berjaya meracuni Najib supaya ianya hanya kekal.

Saya agak yakin, apa yang dimaksudkan oleh Dr Mahathir ialah mengkaji semuala kaedah ringgit ditambat, dan bukannya menambat secara buta seperti 1997.

Di dalam sistem tambatan ringgit sekarang, atau dikenali "Managed float", nilai ringgit ditentukan oleh beberapa matawang dunia dimana pemberatnya bergantung kepada rakan dagangan Malaysia.

Namun tidak mustahil formula itu diubah supaya bergantung kepada beberapa matawang kecuali USD.

Atau formula diubah supaya nilai emas diambil kira sebagai pemberat formula tambatan ringgit semasa.

Harapan Rakyat untuk melihat nilai ringgit naik dan harga barang murah, berkecai begitu sahaja apabila Najib akur kepada Nor Mohamed Yackob setelah beberapa jam diberi "taklimat".

Sia-sia sahajalah PakLah serahkan Menteri Kewangan Kepada Najib, bukankah sepatutnya dia serahkan kepada Muhyiddin?

Siapa Penyangak Matawang Ringgit musim ini?
Anda tentukan.

9 comments:

  1. A bit complicated + my forex is rusty.

    I suggest just switching to GOLD DINAR n trade oil that way.

    1. Will cut out USD inflation + effects of depreciation
    2. Might as well make the most of it to exploit the situation to use the dinar?

    But I think too many countries can't afford for the USD to go bust. China, Russia, Japan, Europe holds tons of USD securities + cash reserves.

    ;)

    Check out what Zewt thinks.

    BalasPadam
  2. Salam Pakcik dan Pencinta Kebenaran,

    Saya dapat cerita ketika di Segamat, ramai orang Kemboja yang berhijrah ke Malaysia membawa bersama mereka emas yang banyak. Itu sebabnya mereka jadi taukeh sekarang. Betul la kena simpan emas.

    Pakcik fikir apakah bentuk emas yang wajar disimpan oleh rakyat yang tak berduit macam Ummi dan Abah? Bagaimana cara simpanan yang selamat dan praktikal?

    Salawat

    BalasPadam
  3. Qisti Zahra:

    Boleh mulakan dengan 1/4 dinar kelantan.
    Harga hari ini RM 108.90

    BalasPadam
  4. Mantap posting ini.

    Nampak macam ada dua atau lebih lagi postings seumpama.

    Orait...

    Postings aku pula, InsyaAllah, menyusul.

    Siapa mulut berbuih, kira kalah ya...

    BalasPadam
  5. Hasbullah Pit.

    Jika Pak Lah diberi pilihan di antara

    2010

    atau

    2100

    Aku boleh jangkakan pilihannya.

    Jika dia faham tahun pun inflasi, maka dia boleh jadi PM sampai

    2110

    Masih ada 10 lagi plus minus.

    Dak gitu?

    BalasPadam
  6. saya bukanlah pakar dlm bidang ekonomi tp cuba bygkan apa yg dr. m katakan. jika ringgit masih di tambat dgn dollar, USD 1 = RM3.80 dan sekarang ini, USD 1 = RM3.40.

    kalau malaysia dpt menjual petrol sebyk USD 10 juta, skrg ini kita akan peroleh RM34 juta. jika ringgit di tambat dgn dollar, kita akan peroleh RM38 juta. maybe harga petrol di malaysia akan lebih murah jika ringgit di tambat dgn dollar.

    mungkin nilai import kita akan meningkat tp, nilai export yg diperoleh juga bertambah.

    nilai ringgit yg kecil jugak akan galakkan company luar dtg utk melabur, bukak kilang, etc di malaysia sebab murah.

    impact nilai ringgit yg kecik hny menyebabkan barang import lebih mahal di malaysia. itu shj..rakyat pun akan beralih beli brg tempatan.

    so to peg or not to peg?pilih lah sendiri

    BalasPadam
  7. Salam Pakcik dan Pencinta Kebenaran,

    Terima kasih. Dinar Kelantan ada dijual di Kuala Lumpur?

    Salawat

    BalasPadam
  8. http://atotalblog.wordpress.com/2008/09/23/ask-dr-m-if-not-umno-leaders-and-members-who-shape-pak-lah-leadership-decisions/

    Well, if only Abdullah Ahmad Badawi can proceed up to 2100, and using the same shapers of his decision making.

    Wow!

    After this, I shall check about the Ringgit Peg.

    And on the same note what racun is Blogger Hasbullah Pit. . talking about.

    BalasPadam
  9. PPSMI MANSUH 2012
    Walaupun dalam tempoh 3 tahun akan datang keputusan ini masih boleh DIUBAH namun keputusan hari ini adalah yang terbaik dalam sejarah pendidikan negara.
    Ingatlah catatan terbaik ini akan menjadi hina dan kotor jika ada sifat dolak-dalik selepas ini. Ini amaran kepada pembuat keputusan yang ada kaitannya dengan kepentingan BAHASA DAN UMAT MELAYU -jangan main-main atau jangan berpolitik murahan. Keputusan ini adalah muktamad. Jika ini hanyalah muslihat maka Kami SEJUTA rakyat yang cintakan bahasa akan turun ke jalanan - tunggulah!
    Teruskan perjuangan mendaulatkan bahasa Melayu, berjiwa besarlah, hapuskan akal dan jiwa terjajah!
    ABAIKAN MAHATHIR SEKEJAP! FIKIRKAN DENGAN AKAL JERNIH!

    BalasPadam

Google+ Hasbullah Pit