Semalam ada 2 blog yang menyiarkan kononnya Mahaguru58 di tahan ISA.
Bantah ISA» nnora75reform
Senarai Tangkapan Terkini ; ISA» Pertapa Arjuna
Saya agak risau juga, kerana Mahaguru agak rapat dengan saya di YM.
Akan tetapi, kalau Mahaguru ditangkap, mesti sudah tersiar di Malaysiakini.
Jadi, sepanjang malam saya risau.
Pagi ini, masih lagi tiada jawapan daripada Laxamana atau Nora tentang kesahihan beritanya.
Maka, apa susah sangat, zaman ini bukan zaman blog sahaja, telefon masih digunakan.
Maka saya pun telefonlan mahaguru58, lambat angkat, saya sudah berdebar.
Tapi kemudian dia angkat. Sah tidak ditahan ISA. Dia memaklumkan dia tidak ditangkap dan mengatakan menelefonnya menelefonnya.
Kalau dia ditahan ISA, macam mana dia boleh angkat telefon?
Baru semalam berSMS dengan Mahaguru. Tentang penahanan ISA RPK.
BalasPadamHarapnya tiada lagi yang jadi mangsa.
Kenapa nak takut..selama hari ini cakap besar..
BalasPadamapa salah nya beraya di kemunting
Assalamualaikum,
BalasPadamJazakallah kerana sudi mengambil tahu akan keadaan hamba ini.
Sesungguhnya kita semua adalah tertakluk kepada qada dan qadar Allah Subhanahu Wa Ta'ala.
Tentang kenyataan saudara lempoyang kata 'selama hari ini cakap besar'; minta maaf - tak adanya hamba ini bersikap sedemikian.
Jika menyatakan yang hak itu dikira sebagai bercakap besar, entah apalah yang perlu saya lakukan sebagai blogger Muslim?
Cakap cakap manusia memang begitu!
Kita ni hidup antara 5 waktu saudara.
Bila bila masa kita boleh dijemput Malaikatul Maut.
Tak ada nya rasa takbur didalam kerangka jiwa ini.
Makanya saya pohon agar tidak bersangka buruk sesama kita.
Kalau takut dilambung ombak; jangan berumah ditepian pantai.
Berani kerana benar saudara; takut jika bersalah.
Usah menambah akaun kita disebelah kiri bahu tanpa perlu.
Bersama samalah kita muhasabah diri didalam Ramadan ini.
Insya Allah.
Wassalamualaikum wr wb.
Salam...
BalasPadamMaaf atas ralat...
Teruskan berdoa supaya tidak ada mangsa seterusnya...
p/s : but i really doubt it tuan hasbullah... sbb hamid kate, takkan ade lg pnangkapan, tp itu bergantung pada isu ketenteraman awam... masih ade tapi lagi... hmm alaaahai...
Rastom, tak nampak lagi sejak RPK d ISA. Check tengok...
BalasPadam