test

Sabtu, 13 September 2008

Kegiatan Spamming Malaysiakini yang Menjijikkan

Sejak akhir ini, apabila tetnik memperbanyakkan pengunjung blog diketahui dengan meletak tajuk "Malaysiakini", maka berleluasalah kegiatan itu sehingga ke tahap spamming yang menjijikkan.

Ya. saya tahu ianya sesuatu teknik meningkatkan pengunjung, tetapi adakah perlu sehingga semua catatan blog mempunyai perkataan Malaysiakini?

Sehingga satu tahap, catatan itu seolah-olah membohongi pembaca kononnya ia berasal dari sumber Malaysiakini.

Apa ertinya menyalin tepek berita harakah dan mempersembahkan ia di dalam blog seolah-olah ianya dari Malaysiakini?

Tak salah untuk kita meletakkan perkataan "Malaysiakini" di tajuk jika benar ia menceritakan tentang sesuatu yang berasal dari Malaysiakini atau bercerita tentang Malaysiakini.

TETAPI JANGAN SPAM.

Ianya satu teknik yang kita boleh gunakan sekali sekala. Saya ulangi "SEKALI SEKALA".
Bukannya tiap-tiap kali catatan blog kita akan mengulas berita dari Malaysiakini, adakalanya kita ulas dari sumber lain.

Spamming itu tidak beretika, tidak berakhlak.
Kalau dalam dunia nyata kita ada akhlak dan etika, begitu juga dalam internet.

Kalau benar mahu menyuarakan sesuatu ke Malaysiakini, buat cara anak Jantan, hantar terus ke Malaysiakini di ruangan Surat atau Pendapat. Kandungan Bahasa Melayu diruangan itu cukup kurang.
contoh Akhirnya Ezam pergi jua...

Cara anak jantan yang betul-betul jantan ialah keluarkan terus Kenyataan Media ke Malaysiakini, seperti yang pernah dilakukan oleh Khairul Faizi. 

Oleh kerana kegiatan Spamming ini berleluasa, maka tindakan telah diambil di Peringkat Beras Padu, dimana beberapa blog yang terlibat dengan kegiatan menjijikkan itu telah dikeluarkan dari senarai,

10 comments:

  1. Emm menarik ya.

    Apa ertinya, jika bukan...

    BalasPadam
  2. Perjuangan perlu ikhlas, jika perjuangan bermusim dan niat hanya untuk popular perjuangan seperti itu tidak lama.

    Kita selalu kritik orang yang salah guna kuasa mereka, sebagai pejuang kita perlu berjuang dilandasan adil tanpa perlu salah guna kuasa/pengetahuan kita untuk popular.

    Saya sokong tindakan Beras Padu.

    BalasPadam
  3. ooo itu diistilahkan sebagai pelacur trafik tu. (traffic whore)

    BalasPadam
  4. nasib baik aku tak de post pasal malaysiakini...

    BalasPadam
  5. bagus tu.. kadang-kadang meluat tengok depa.

    BalasPadam
  6. shaxx:

    Bukan tak boleh tulis pasal Malaysiakini langsung, atau tak boleh meletakkan tajuk "Malaysiakini".

    Sekiranya memang tulis sesuatu yang diambil dari Malaysiakini, maka seseorang itu memang patut dapat pautan daripada Malaysiakini.


    Jadi kalau mahu trafik, tulis fasal Apa yang ada dalam Malaysiakini dan dapatlah trafik kalau dapat pautan dari Malaysiakini.
    Ulaslah apa berita atau pendapat dari Malaysiakini, dan dapatlah trafik.

    Akan tetapi apabila SEMUA catatan diletakkan "Malaysiakini" maka itu baru boleh dikira spamming.

    BalasPadam
  7. dalam hal sebegini mungkin penulis tersebut bukan mahu memikirkan hit tetapi mesej disebalik artikel yang diulas...contohnya, berapa ramai pemgunjung yang mengunjungi blog pimpiinan parti PR ???

    Jadi sebagai salah satu langkah untuk memastikan mesej atau sesuatu berita tersebut sampai mungkin kaedah sebegini yang dilaksanakan..

    ada juga mail yang dihantar kepada pihak mod dari web2 yang popular tetapi direjeks atas masalah skrip pada penulisan blog...

    bagi saya setiap orang ada sebab menjadi penulis blog terutama blog politik....mungkin saudara tidak dapat menerimanya tetapi ada sesetengah orang dapat menerimnaya..

    zaman sekarang, manusia begitu dahagakan informasi apatah lagi media yang sedia ada sentiasa bermain kayu tiga dengan pakatan rakyat...harap saudara berfikiran terbuka....saya sentiasa memantau penulisan saudara dan saya kagum pandangan saudara..tetapi adakalanya saudara kena berfikir kesan positif dari perkara ini..

    saya tidak sebijak saudara dalam hal yang berkaitan dengan IT tapi kita sama-sama renungkan.....dalam memasti kemenangan PR kena ada pelbagai usaha.....jangan disalah anggap hasil kerja mereka...mungkin nampak keji tetapi fikirkan sama kemulian mereka bertugas dialam cyber....

    mat rempit

    BalasPadam
  8. jangan terlalu sepat menghukum mereka......

    BalasPadam
  9. Bro Pit!

    Nak tak nak..Kita kena gk mengaku, byk blog2 yg duk kejar glamour akibat tumpangan MAlaysiakini.

    So..apa salahnya yg lain nak tumpang jugak! Nak spam ke tidak tu hak Malaysiakini la, Bro...

    Aku nak nak tumpang Malaysiakini gak la tak lama lagi...Nak ambik mood dulu utk join mainstream nih...Hahaha!

    BalasPadam
  10. Aboo:

    "Pit" itu nama bapak aku.

    Bagi saya tidak salah tumpang glamer Malaysiakini. Tapi jangan spam. jangan kelirukan pembaca sehingga menyangka artikel itu dari Malaysiakini.

    Bagi saya tidak salah kejar glamour, kerana sudah jadi budaya, orang lebih suka mendengar pendapat orang yang glamour.

    Yang kena spam itu bukan hanya pembaca malaysiakini, tetapi pembaca googlereader, beras padu, malaysiakita-bm, the X blog dan lain2 , semuanya akan terkeliru dengan tajuk yang ada "Malaysiakini" dan segala mak menek pembaca RSS.

    BalasPadam

Google+ Hasbullah Pit