Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2008

Barisan "Bail Out" Kalah

Kongres baru sahaja mengundi samada mahu bail out 700 bilion atau tidak. Keputusannya Pakatan Taknak Bailout yang menang. 228 berbalas 205. Yang menghairankan, ialah bagaimana 2 calon Presiden Amerika iaitu Obama dan McCain memihak kepada Barisan Bail out. Dollar jatuh, harga emas naik mencecah 900. Yang peliknya harga minyak turun????

"pengunguman" Admin Ali

 Saya ingin memaklumkan disini bahawa berita tentang perletakkan jawatan saya sebagai Naib Presiden PKR yang telah digembar-gemburkan adalah palsu dan merupakan satu cubaan untuk mengsabotaj diri saya dan Parti Keadilan Rakyat. Saya masih lagi sebagai Naib Presiden PKR serta ahli parlimen Gombak dan ADUN Bukit Antarabangsa. Harap Maklum. Admin Ali. Kelakar juga melihatkan telatah Azmin "admin admin" Ali, sudah menafikan perletakan jawatan, tapi tidak tukar katalaluan. Kena lagi 1 kali. Kalau penggodaman berasaskan lubang pada perisian, boleh dimaafkan lagi, tapi kalau kerana kata laluan admin admin, ia agak melalukan. admin admin Ulasan agak menarik oleh "Periskk" Rakyat. Azmin Ali Letak Jawatan: Ape Cerita Beb..?   Naib Presiden PKR Dibuli Hacker.  

Amerika Mencampuri Urusan Malaysia? Kita Apa kurangnya?

Banyak berita sebelum ini menunjukkan seolah-olah mencampuri urusan Malaysia. Namun ianya hanya sekadar ulasan-ulasan yang terbit daripada mulut ahli politik. Kita apa kurangnya, Apabila berlaku krisis subprima di Amerika, ramai yang memberi komen, yang pro dinar akan keluar hujah dinarnya. dan macam-macam lagi. Hatta pemimpin atasan negara pun ada bercakap tentang masalah ekonomi Amerika. Apa bezanya? Tidakkah kita mencampuri hal ehwal negara orang? Amerika sudah biasa menerima komen dari negara luar, akan tetapi Malaysia, apabila mendapat ulasan dari negara luar, terus bersilat "Jangan campuri hal urusan negaraku". Kalau nak jadi negara maju, perlulah bersedia menerima komen2 pemimpin negara luar.

Cengkerang Apa Yang Hendak Dijadikan Matawang?

Saudara Zubli dan Rastom , dulunya pernah berborak santai, apa akan jadi kalau cengkerang boleh dijadikan duit. Cengkerang apa ya? Zaman dahulu, 1 kupang, ialah 1 keping wang emas, dipercayai beratnya 0.6 gram . Ketika harga minyak turun 10 sen dahulu, ramai yang mengatakan "alahai sekupang sahaja" , namun, kalau zaman dahulu, sekupang itu ialah 0.6 gram emas. Anggaran kasar lebih kurang RM 50. Cengkerang kupang kah yang di maksudkan oleh saudara zubli itu? Mengapa cengkerang kupang, dan bukan kupang.

Jenaka: Ali Rustam mahu Teresa Kok dipecat dari 'PKR'

Cerita ini tidak tersiatr di Malaysiakini , akan tetapi Sinar Harian. Ini adalah berita yang agak terlewat. Sila klik untuk besarkan. "Teresa Kok wajar meminta maaf dan dipecat sebagai ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) ekoran kenyataannya yang menghina kerajaan." "Sekiranya PKR benar-benar parti yang bertanggung jawap, Teresa wajar dipecat daripada parti itu". Adakah Sinar Harian tersalah tulis? Sinar Harian sememangnya mengatakan Teresa adalah wakil rakyat DAP, mereka tidak salah. Akan tetapi memetik secara bulat-bulat apa yang Ali Rustam katakan walaupun keahlian Teresa Kok dalam PKR  hanya wujud dalam ilusi Ali Rustam. Agaknya Teresa Kok ahli parti mana dalam ilusi Najib ?

Cikgu Suka Makan Telur

Cikgu suka makan telur Hari-hari cikgu makan telur Cikgu suka makan telur Hari-hari cikgu makan telur Cikgu suka makan telur Hari-hari cikgu makan telur Cikgu suka makan telur Hari-hari cikgu makan telur Cikgu suka makan telur Hari-hari cikgu makan telur Cikgu suka makan telur Hari-hari cikgu makan telur Cikgu suka makan telur Kalau hina telur, cikgu buat laporan polis

Politik Apa yang Khairy Mainkan? ( Merujuk kepada 3 berita Malaysiakini)

Menurut Malaysiakini, Khairy Jamaludin seolah-olah membantah penangguhan pemilihan UMNO . "Kita tahu ini mungkin akan menjadi satu keputusan yang muktamad, ...bagi mereka yang akan bertanding jawatan ketua Pemuda bahagian tak mengapa, tetapi untuk saya yang bertanding jawatan ketua Pemuda, ia akan menjadi satu keputusan yang merumitkan kempen.    "Tempoh kempen akan menjadi lebih panjang dan ia bukan senang. Bayangkan kempen pilihanraya dua minggu pun tidak mudah, inikan pula enam bulan. "(Maknanya) dalam tempoh enam bulan itulah kita kena berkempen," katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas menghadiri majlis berbuka puasa di kediaman Menteri Besar Teregganu Datuk Ahmad Said  di Kemaman hari ini.  Pada masa yang lebih kurang sama, Najib pula mengatakan ianya "Bijaksana ". "Keputusan itu dibuat dengan penuh bijaksana selepas mendengar pandangan pemimpin dan ahli akar umbi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Majlis Tertingg...

UMNO Dalam Kecemasan, Bendera UMNO Diterbalikkan

UMNO memang kini dalam keadaan "Kecemasan" atau "Distress". Bukan saya kata, tetapi mereka yang menyatakan sendiri:- Sheih Kickdefella sudah dikenakan tindakan atas akta hasutan kerana menterbalikkan bendera Malaysia. Apabila bendera UMNO diterbalikkan , siapa agaknya akan dikenakan akta hasutan? Mari kita lihat UMNO Cawangan manakah yang memberontak itu. Agaknya apa punca berlakunya kecemasan itu? Disebabkan oleh penangguhan pemilihan parti? Adakah mereka merancang untuk menterbalikkan bendera UMNO di litar F1 Singapura sebagai bantahan terhadap Robert Kubica yang tidak mahu meletakkan keris di bendera negaranya?

Debat Rakyat: Usul Harimau Menaip Terhadap Khairy Jamaludin

Usul Terhadap YB Khairy Jamaluddin Tuan Yang Dipertua, Setelah Meneliti usul oleh Harimau Menaip supaya undi tidak percaya diberikan kepada Khairy Jamaludin . Tuan Speaker, saya mencadangkan agar undi tak percaya dimulakan terhadap YB Khairy Jamaluddin kerana beliau pernah memanggil blogger sebagai Beruk. Saya mendapati ianya amat tidak sesuai kerana Khairy Jamaludin tidak memegang apa-apa jawatan rasmi di dalam kerajaan. Meskipun ada cerita tingkat empat, namun ianya bukanlah satu jawatan rasmi kerajaan yang Khairy Jamaludin Pegang. Walaubagaimanapun, Adalah wajar kita perbincangkan bagaimana Khairy Jamaludin yang tidak memegang sebarang jawatan Rasmi kerajaan supaya tidak boleh mempengaruhi pegawai kerajaan dan memperoleh maklumat sebagai mana pegawia kerajaan perolehi. Saya mencadangkan supaya usul ini ditolak.

Sebulan Tian Chua ada Berapa Hari? Malaysiakini

Merujuk kepada ulasan Tian Chua di Malaysiakini berkenaan perubahan harga minyak, katanya ianya dilakukan 2 kali sebulan. Katanya, walaupun BN menurunkan harga minyak sebanyak dua kali dalam tempoh satu bulan , ia tidak langsung memulihkan keyakinan pelabur tempatan dan asing terhadap ekonomi negara, serta mengurangkan impak peningkatan kadar inflasi. Dulu harga minyak turun pada 23 hb Ogos 2008 Kemudian pada 25 September 2008 Bukankan ia sudah lebih daripada 31 hari? Kalendar apa yang dia guna? Kalendar Cina dan Hijrah maksimum 30 hari, Kalendar Masehi maksimum 31 hari? Kalau sudah sampai 34 hari sebulan, Kalendar apa ya?

Skuad DUN Batu Caves Disindir Anwar Ibrahim kerana spam Malaysiakini?

Skuad DUN Batu Caves, juara baru dalam kegiatan Spamming Malaysiakini yang menjijikkan itu kini disindir oleh Anwar Ibrahim? Anwar Ibrahim kini mempromosi kempen Etika Penyebaran Makluma t . Kita perlu mempertahankan etika dalam menyebar maklumat tanpa sebarang kecelaruan fakta. Biar kita bekerja ibarat diam-diam ubi, kelak nanti berisi. Bukan diam-diam besi, akhirnya besi berkarat hilang nilai!

Apabila Harga Minyak Ditentukan oleh Politik

Harga minyak baru diturunkan 10 sen selepas mesyuarat kabinet. Dalam erti kata lain, orang politik yang duduk dalam kabinet itu menentukan bila dan berapa harga minyak dinaikkan atau diturunkan. Dulu kononnya harga minyak dikekalkan pada tahap harga minyak semasa - 30 sen. Namun tiap kali ianya hendak diubah, perlu mensyuarat kabinet. Apa pandangan pelabur? Pakatan Rakyat pula turut mempolitikkan harga minyak dengan menurunkan secara pengsubsidian tambahan. Dipendekkan cerita, kiri kanan harga minyak ditentukan oleh ahli politik. Kiri kanan sibuk cerita tentang pelabur asing tetapi kiri kanan tidak mesra pelabur. Kalau benar Kerajaan semasa telah menetapkan subsidi kekal pada 30 sen, sambil meletakkan harga syiling tahun ini, maka kekalkanlah ia. Mengapa perlu dibundarkan kenaikan harga minyak kepada 5 sen terdekat? Bukankah ianya lebih menampakkan ianya ditentukan oleh ahli politik berbanding pasaran? Perbezaan kenaikan/penurunan 15 sen dan 10 sen memang terlalu tinggi kalau dikira se...

PETRONAS Hentam Telco dan Apple

Saya baru sahaja menonton iklan Raya PETRONAS di Laman blog WhiteNaval . Memang pedas PETRONAS hentam telco (Syarikat Telekomunikasi). Iklan itu menunjukkan betapa lemahnya Sistem telekomunikasi di kawasan luar bandar sehingga GPRS pun tidak ada. Sudahlah "telefon" rosak, Tidak pula dinyatakan telefon yang rosak atau talian yang rosak. Anggaplah hanya telefon yang rosak, maka sepatutnya Komputer riba boleh menggunakan PSTN untuk sambung ke internet, akan tetapi, iklan itu menyerlahkan ketiadaan modem PSTN pada Macbook sebagai punca pemuda itu terpaksa ke pekan. Selepas 51 tahun merdeka, masih ada lagi kawasan kampung yang tidak menerima GPRS dan PSTN yang tidak stabil?  -- kemaskini 3:20 pm Jangan lupa baca Pandangan PakciQue

Sampai Bila Harga Minyak Perlu Ditetapkan Selepas Mesyuarat Kabinet?

Bukankah Kabinet membentuk dasar dan  kaedah? Kalau dulu sudah tetapkan sebulan sekali harga - 30 sen, mengapa perlu tunggu mesyuarat kabinet untuk tentukan harga? Tetapkan sahajalah satu kedah penentuan harga berdasarkan dasar yang ditetapkan. Tahu lah pegawai kerajaan lakukan tugas. Mengapa perlu tiap-tiap bulan hari rabu minggu ke 3 atau 4, hari tentukan harga minyak? Untuk tentukan harga tepung, pada mesyuarat kabinet minggu ke berapa?

Pemuda PAS WP Terlewat Beberapa Jam

Kasihan pula melihat Pemuda PAS WP, bersungguh-sungguh menghantar memorandum penuh fakta kepada Shahrir Samad.  Dengan mengambil contoh bahawa Harga Minyak masih lagi dibawah seratus Dollar Amerika. Apa yang berlaku awal pagi tadi, sebelum subuh, waktu bersahur, Harga minyak dunia telah melonjak sehingga ke paras 130 USD dan menstabil sedikit. Kemudian ketika catatan ini ditulis harga minyak dunia berada pada tahap USD 120.92 Walaubagaimanapun tahniah diucapkan kepada  Pemuda PAS WP kerana berusaha.

Racun apa yang Nor Mohamed Yakcop Taburkan pada Najib?

Beberapa hari dulu, Dr Mahahtir mencadangkan "sesuatu" berkaitan tambatan ringgit. Kemudia Muhyidin pula secepat kilat menyokong supaya ianya dikaji. Nor Mohamed Yakcob pula mengumumkan adakan diadakan sesi taklimat kepada Najib. Alih-alih Najib umumkan bahawa Ringgit Tidak Ditambat Semula. Ramai yang tidak faham apa yang dimaksudkan oleh Dr Mahathir. Termasuklah pemberita BERNAMA dan Malaysiakini. Untuk mengetahui apa yang dimaksudkan oleh Dr.Mahahir dengan "Ringgit Ditambat Semula" boleh difahami dengan dua maksud. Ada yang mengganggap "Ditambat Semula" adalah ulangan kepada apa yang dilakukan pada 1997 dahulu, iaitu dengan menambat secara langsung dengan USD. Akan tetapi dalam berita yang mengatakan "Ditambat semula" itu, Mahahir berkata. "Kita harus tentukan nilai mata wang dan saya berpendapat kerajaan tidak patut mengapungkan ringgit sebab ia merugikan,"  Dia mahu menentukan satu kaedah baru untuk menilai ringgit. Dia tidak ada ...

Bincang Penambatan Semula Ringgit - Malaysiakini

Setelah Najib menjadi Menteri Kewangan, barulah bersuara beberapa orang UMNO tentang soal matawang, Kenapa ketika Pak Lah jadi menteri kewangan tidak timbul soal ini? Mulanya Dr Mahathir mencadangkan supaya "Tambatan Ringgit ddiadakan semula" . Mungkin ramai yang tidak faham apa maksudnya. Adakah dia mahu ringgit ditambat secara langsung dengan satu matawang? Adakah tambatan kepada beberapa matawang perlu diubah? Semuanya tidak jelas, kerana Mahathir sendiri tidak nyatakan tambatan semula yang dia maksudkan itu dengan apa. Yang agak pasti, dia mahukan nilai ringgit naik sedikit. Sama ideologi dengan saya tapi kaedah lain. Kemudian Muhyidin, secepat kilat mahu ianya dikaji . Kenapa selepas cadangan Mahathir baru bersuara soal matawang? Kenapa tidak semasa Pak Lah masih Menteri Kewangan? Itu pun menghairankan saya. Menteri kewangan baru pula,  diberi taklimat soal kewangan, kemudian perlu berbuat sesuatu dengan berbincang soal tambatan ringgit. (Malaysiakini) Timbalan Perdana ...

Di Malaysiakini Terdapat Teknik Mengelak Makanan Dicuri

GMurali, bersungguh sungguh merekayasa kaedah mengelak daripada roti dicuri . Namun keadah itu agak ketinggalan zaman, berbanding dengan kaedah baru yang baru ditemui 3 hari lepas oleh "Suruhanjaya Penarafan Makanan" defacto. Di Malaysiakini,  kecurian makanan boleh dielakkan  dengan hanya meletakkan telur rebus dan 2 keping timun pada makanan tersebut.

Hutan dan Minyak

Hari ini saya berbangga menjadi blogawan Melaka kerana wujudnya 2 penulisan blogawan Melaka yang cukup berkualiti. 20:08   BERSEDIA MENGHADAPI KRISIS KEKURANGAN MINYAK DI MUSIM PERAYAAN » angkasanuri.blogspot.com     17:51   MELAKA PERLUKAN HUTAN » hamirdin    Selamat membaca.

Resepi Biskut Kacang Mozilla (Firefox & ThunderBird)

Ada orang cari Resepi Biskut Kacang Mozilla. Ini dia Bahan Bahan 1 kilo tepung gandum (diayak) 1 ½ cawan gula halus 2 cawan kacang tanah (digoreng dan ditumbuk halus) 1 botol minyak jagung mozilla (size kecil) Telur merah utk hiasan Kaedah Gaulkan tepung gandum, gula, kacang tanah hingga serata. Kemudian tuangkan minyak jagung mozilla sedikit demi sedikit sehingga adunan tidak melekat ditangan. Kemudian terapkan adunan tadi mengikut bentuk acuan yg anda suka. Sapukan telur merah diatas biskut supaya ia kelihatan berkilat. Masukkan dalam ketuhar bersuhu 180 atau bakar sehingga kekuningan. Selamat Mencuba...... Nota:  Hidangkan dengan telur rebus  dan timun untuk dijadikan Makanan Anjing Teresa Kok . http://elafyf.com/?p=152

Harapan Palsu Harga Barang Turun Bila Harga Minyak Turun.

Jika benar Pakatan Rakyat dapat menjatuhkan BN ketika parlimen bersidang lagi, Penurunan harga minyak dapatlah direalisasikan. Ada rakyat yang mengharapkan harga barangan akan turun. Akan tetapi ianya agak mustahil untuk turun kerana harga barangan jika berkait dengan matawang, Harga minyak itu hanya faktor sampingan. Ramai yang berpendapat harga barang tidak boleh turun. Saya tidak setuju. Akan tetapi kalau budaya kewangan satu dunia disandarkan pada kepalsuan, maka harga barang tidak turun. Akan tetapi harga barang boleh turun kalau matawang kekal pada nilainya. Jangan kita fikir dulu gaji RM 500, sekarang gaji RM 600 ianya meningkat. Tidak semestinya. Jangan fikir, apabila gaji berkurang dari RM 500 ke RM 400 kita menjadi lebih miskin. Tidak. Ter dapat 2 hala ekonomi. 1. Duit diperbanyakkan, semua akan naik, gaji, kos, dan lain-lain. 2. Duit kekal bilangannya. Pendokong Dinar Emas, pilih yang ke 2 kerana ia menggambarkan sesuatu yang benar. Ramai orang yang tidak faham, kalau buat p...

Mitos Susu Ibu Rausyanfikir

Rausyanfikir, menulis satu artikel yang menarik tentang kapitalisme dan permasalahan susu di Negara China, Juga mengkaitkan dengan penggunaan susu ibu negara China . (mesti klik) Memang sudah menjadi kebiasaan, rakyat negara perasan maju, menolak susu ibu atas alasan kemodenan. Namun itu bukanlah erti kemodenan yang sebenar, Rausyanfikir, meyuarakan kebimbangannya tentang tahap pengeluaran susu ibu Yang saya tahu, jikalau bayi tersebut jarang diberikan susu ibu ( breast feeding ), kesannya ialah kuantiti susu ibu yang akan keluar bakal berkurangan dan akhirnya boleh membawa kepada ketidak mampuan langsung untuk mengeluarkan susu oleh ibu tersebut. Kesan ini bertambah parah lagi buat golongan ibu yang bekerjaya. Ianya boleh dikatakan benar akan tetapi terdapat penyelesaiannya. Susu ibu boleh dipam keluar dan disimpan, dan pengeluaran tidak merosot. Sekiranya ia merosot pun, ada jenis makanan yang boleh memperbanyakkan susu ibu. "Longan buatan Cina" hehehe Kos penyimpanan mu...

Hembusan Ditipu Harakah?

Menurut Hembusan, dia membaca harakah yang mengatakan sejumlah 1 trilion USD pelaburan akan masuk . Rupanya memang Harakah mengatakan sedemikian . Dalam sidang akhbarnya semalam, Anwar turut mengumumkan bahawa lebih USD1 trillion pelaburan asing menanti untuk memasuki pasaran negara jika politik, kehakiman negara, media, polis, peraturan Bank Negara diperbaiki. Apa yang sebenarnya berlaku adalah, Anwar tidak kata USD 1 trilion pelaburan asing menanti. Namun, Dalam kenyataan media Anwar , dia hanya mengatakan pengurus-pengurus dana itu mewakili aset 1 trilion USD. Saya telah bertemu dengan ramai pengurus dana di rantau ini, yang mewakili aset yang berjumlah USD 1 trillion dan mereka telahpun menyatakan sokongan mereka kepada perubahan menyeluruh di Malaysia termasuklah kebebasan kehakiman, media dan pihak polis serta agensi pencegah rasuah yang lebih professional, juga peraturan yang mesra pelabur dan jaminan tiadanya campur tangan ahli politik di dalam pengurusan Bank...

Teresa Dibebaskan, Namun Tuntutan Maaf Tetap Diteruskan

Ulasan Saya di blog Teresa Kok. Detention is political YB Teresa. Selamat bebas dari Tahanan ISA. dan saya membantah penggunaan ISA terhadap YB. Memandangkan YB tidak menafikan dakwaan ke 3 iaitu berkenaan Papan tanda Jawi. Rakyat boleh menerima alasan pembaziran DBKL kerana ianya wang Rakyat. Walaubagaimanapun, Bantahan terhadap pembaziran DBKL itu juga boleh dibuat dengan tidak mempersoalkan tulisan jawi yang ada pada Papan tanda itu. Apabila tulisan jawi, warisan 700 tahun orang Melayu dipersoalkan pada bantahan itu, ia melibatkan sensitiviti kaum. Oleh itu saya tetap menuntut YB Teresa untuk memohon maaf secara terbuka di atas kesilapan mempersoalkan tulisan jawi walaupun ianya dilakukan untuk membantah pembaziran DBKL. Sekian.

Harga Unta dalam USD Juga akan naik?

Kepada sesiapa yang pernah baca catatan lama berkenaan apa yang naik kalau saham dan emas turun , pasti faham kejatuhan harga minyak adalah berpunca daripada kenaikan dollar Amerika. Bandingkan Graf di bawah dengan Graf USD berbanding AUD di catatan itu . Fenomena kenaikan dollar ini digelar sebagai "False Dollar Rally" ata "false dollar hope" dalam erti kata lain, Peluang beli emas. False Dollar Rally kelihatan seperti akan berakhir, Dollar mula jatuh, dan apa yang turun ketika false dollar rally akan naik. Dalam beberapa hari ini, Emas naik macam ular tedong , minyak naik sehingga mencecah USD 104, Saham mula naik hari ini. Lihat pada graf itu, Dollar hanya turun sedikit sahaja, tetapi Minyak naik dari 93 hingga 104. Emas sudah naik sehingga 880. Itu hanya baru sedikit penurunan Dollar, Sekiranya ia tiba kepada purata 200 harinya,(warna hijau ) pasti harga minyak dalam USD sekitar USD 14x , harga emas mencecah 9xx. Atau mungkin lebih. Tanyalah Saudagar unta yan...

Kalau Saya Jadi Perdana Menteri...

Harimau Menaip telah mempergula-gulakan rakyat untuk memenangi pilihanraya di blognya sendiri. Kalau Aku Menjadi Perdana Menteri (kalau menang polls di bawah la) 1. DSAI kata minyak turun 50 sen, aku kata free. 2. Pak Lah ada 6 corridor , aku buat 18 corridor. 3. Belanjawan kata kakitangan awam dapat bonus, aku kata diorang tak payah kerja tapi gaji jalan. 4. Pak Lah kata "bekerja bersama saya", aku kata "biar aku sorang kerja, korang boleh rileks". (macam ni punya janji keramat, kalau tak menang jugak, aku tak tahulah...hehehehe) Namun dia hanya berani berlawan dengan Anwar Ibrahim, tetapi tidak berani dengan saya. (Egonya daku) Ini manifesto saya. 1. DSAI kata turun 50 sen, Harimau kata percuma. Saya pula secara realistiknya menjanjikan harga minyak runcit dalam RM, akan berada dibawah paras RM 1.40 TANPA subsidi, dalam tempoh 3 tahun. (boleh dilakukan dengan menjaga matawang dengan baik) 2. Tak menjanjikan koridor, tetapi pemilikan ekuiti yang lebih bagi rakyat ...

Apa yang Anda Faham Tentang Web 2.0 ?

Si Rastom dan Zubli bercerita tentang web 2.0 di topik Shahrir Samad . Apa yang anda faham dengan web 2.0? Ramai diantara kita bercakap tentang blog, tetapi menganggap blog sendiri sebagai laman web. Ada banyak takrifan web 2.0, siapa yang lebih betul? tiada hakim yang menentikannya. Web 2.0 bukanlah sekadar blog yang mana pengunjung masuk setiap hari, dari satu blog ke blog. Mana-mana laman web yang tidak menyediakan RSS boleh dikirakan bukan web 2.0. Antara sifat web 2.0 yang menarik ialah pengguna boleh menggangkat sesuatu artikel untuk naik ke atas. Andaikana sesuatu penulisan itu baik, penulisanitu diangkat oleh pembacanya setinggi yang boleh. Namun sifat sebegitu tidak wujud pada budaya blog tempatan, dimana penulisan sering diangkat dengan menyalinnya di tempat yang dirasa lebih popular. sebagai contoh, blogawan sendiri terpaksa menghantar catatannya sendiri ke tranungkite. Nak mengweb2.0kan manusia tempatan bukan senang, kerana budaya pembelajaran tempatan adalah lebih kepada ...

Shahrir Samad Sudah Pandai Bercakap Soal Matawang - Malaysiakini & Kosmo

Dulu Malaysiakini: K'jaan dijangka turun lagi harga minyak Namun di Kosmo: Minyak turun sebelum raya Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad berkata, kerajaan tetap komited dengan cadangan penurunan itu walaupun penyusutan nilai ringgit memberi kesan kepada ekonomi negara. "Kita sedar harga minyak dunia kini berada di bawah paras AS$100 setong tetapi Ringgit juga mengalami nasib yang sama. "Tetapi perkara ini sedang diteliti, saya percaya harga baru dapat diumumkan sebelum hari raya ini," katanya di sini semalam. Menurutnya, jika matawang negara mencatatkan pengukuhan semula, beliau percaya tiada masalah untuk kerajaan melaksanakan tanggungjawab tersebut. Semalam, minyak dunia didagangkan pada harga AS$92 (RM310.04) setong tetapi pada masa yang sama Ringgit pula diniagakan pada RM3.50 berbanding AS$ 1, susut 30 sen berbanding awal bulan lalu. Ketika musim sibuk menjelaskan "Pengstrukturan Subsidi" soal matawang langs...

Engkau Sempat Beli Emas Tak?

  Baru sekejap tadi dia sudah kembali ke harga yang hampir sepatutnya. Macam ular tedong. Siapa yang nak beli harga lama, bolehlah tertongok di depan kedai emas sebelum dibuka. Mana tau dia belum dapat berita Harga emas sudah naik seperti asal.

Saya Tidak Setuju Vigil Digunakan Sebagai Kaedah Solidariti untuk Sheih

Agak terkejut saya apabila Puan Aiman Athirah Al Jundi (Muslimat PAS) mencadangkan supaya diadakan menghebahkan supaya hadir ke "vigil" sebagai solidariti terhadap penangkapan Sheih Kickdefella. Solidarity Vigil Untuk Kickdefella Esok, 18 September 2008 » Pena Perjuangan Kepada semua aktivis dan reformis Malaysia Baru, esok Khamis, 18 September 2008 ; satu program Solidarity Vigil For Kickdefella akan diadakan pada jam 8.30 malam infront Commercial Crime, KL. DATANG JANGAN TAK DATANG! Vigil itu upacara keagamaan Kristian, Umat Islam mana boleh lakukan acara keagamaan Kristian. Ketika Teresa Kok dulu ditahan, memanglah orang kristian akan adakan upacara vigil kerana Teresa adalah Kristian, dan ianya dianjurkan oleh golongan kristian (atau golongan yang tidak berpegang teguh pada agama). Saya tidak boleh melarang orang kristian untuk melakukan vigil sebagai solidariti untuk Teresa, akan tetapi penganjur mestilah kemukakan cara alternatif supaya umat Islam juga boleh membantah...

Pengurus Dana Menjauhi Malaysia Hanya Kerana Anwar?

Tadi di Buletin Utama telah menyiarkan PakLah baru tahu rupanya Pengurus Dana sudah menjauih Malaysia. Bayangkan Bekas Menteri Kewangan I itu hanya baru tahu pengurus dana menjauhi malaysia. Agak lucu. Tapi itulah Bekas Menteri Kewangan yang tidak ambil tahu soal kewangan. Pengurus Dana memang sudah lama menjauhi Malaysia. Ada baik dan buruknya. Saya sebagai rakyat Malaysia yang lebih mementingkan ekuiti Malaysia dimiliki rakyat berbanding asing. Saya bukan jenis orang yang mahukan negara bergantung kepada FDI untuk maju. Sepatutnya sekarang kitalah pelabur asing bagi negara miskin, bukannya kita terlalu bergantung harap kepada FDI. Kalau bergantung harap pada FDI, risikonya agak tinggi, pelabur boleh lari apabila tidak untung dan pekerja merana. Anwar Ibrahim telah menceritakan tentang pengurus Dana telah menjauhi Malaysia memang sudah lama, ketika ceramah di Jasin dahulu, beberapa hari setelah dia ditangkap, dia sendiri telah mengatakan yang pengurus Dana sudah menjauhi Malaysia. Buk...

Sheih ditahan oleh Pemain Bola?

Sheih kickdefella ditahan dibawah akta hasutan. Ada kaitan dengan pertukaran jawatan menteri kabinet? Jawatan menteri dalam negeri, menteri kewangan, pertahanan, sudah jadi bola mainan pm & tpm. Elok dihapuskan sahaja jawatan itu, kalau pm tpm nak bolot. ---- 
Dihantar dengan menggunakan telefon bimbit Sony Ericsson

Bahasa dan Ekonomi

Rausyanfikir menulis panjang di catatan blognya bertajuk Ekonomi dunia sedang nazak. Namun, mempersoalkan betapa kurangnya perbincangan ekonomi dalam Bahasa Melayu, dan merugikan Melayu sendiri. Saya agak tertekan dalam memikirkan hal ini. Pertama, isu ini kompleks dan teknikal. Kelemahan dan kurangnya wacana ekonomi yang mantap dalam Bahasa Melayu telah membantutkan kapasiti saya untuk menulis satu kupasan kemas dan yang mudah difahami berkenaan isu ini. Kesan daripada ini jikalau kita lihat adalah betapa sebenarnya orang Melayu merupakan antara bangsa yang rugi dalam memahami selok belok ekonomi dunia kerana para intelektual ekonomi negara kita tidak mampu membicarakan masalah tersebut dalam bahasa kebangsaan mereka sendiri.  Juga turut meminta PAS lebih proaktif dalam persoalan ekonomi terutama sekali dalam membangkitkan Dinar Emas. Saya harap PAS dapat menumpukan semula kepada program dinar emas yang telah mereka jayakan dengan lebih mantap. Bagi pembaca yang baru sehari dua m...

PAS Berpecah? Erdogan? Kabilah Terengganu? Tidak Dominan?

Satu berita di Malaysiakini pasti akan membuatkan ramai orang risau kononnya PAS akan retak .. Bagi saya itu bukanlah keretakan, akan tetapi perbezaan pendapat sahaja. Akan tetapi tidak perlulah meletakkan label pasukan terhadap pihak yang berlainan pendapat. Tidak perlulah diburukkan individu yang berlainan pendapat itu. Saya tahu ramai orang PAS yang risau apa terjadi kalau Islam tidak dominan apabila Pakatan Rakyat memerintah? Kedominan itu sebenarnya bergantung kepada pemimpin PAS sendiri, bukan orang bawahan. Kalau tidak suka Pakatan Rakyat, Kenapa tandatangani penubuhan Pakatan Rakyat? Yang tandatangani penubuhan Pakatan Rakyat itu golongan yang digelarkan Erdogankah? Ramai orang tidak suka akan orang-orang yang digelarkan "Kabilah Terengganu" kerana berurusan dengan UMNO secara senyap. Bang Bakaq kata "main main telefon". Bagi saya, sebenarnya tidak salah untuk berbincang dengan UMNO, akan tetapi mesti bijak berpolitik. Maafkan saya, saya terpaksa umumkan bah...

Bagaimana Bank di Amerika Boleh rugi?

Bagaimana Bank di Amerika Boleh rugi? Lehman rugi tetapi tidak dibailoutkan oleh "Fed", Meryl Lynch pula akan dibali oleh Bank of Amerika. Yang menghairankan ialah Bank di Malaysia tidak rugi? Apa cerita sebenarnya yang menyebabkan Bank di Amerika rugi? Kerana mereka terlibat dengan kredit yang tidak sepatutnya? Boleh sesiapa terangkan? Yang memushkilkan saya lagi ialah bagaimana USD boleh meningkat tatkala semua rugi dan Muflis dan saham jatuh teruk?

Harga Unta Turun Ke Paras Terendah Dalam Sejarah?

Harga Unta Turun Ke Paras Terendah Dalam Sejarah? Mungkin sebab itu saudagar Unta Husin Lempoyang sudah mula bertukar menjadi penglipurlara:- 16:52   Besok Sept 16: Macam nak mula lompat tapi ... » The Antics of Husin Lempoyang 00:41   Sept 16 12:30: Anwar angkat sumpah pukul 5:45 pagi ... Jangan tidor! » The Antics of Husin Lempoyang 10:40   Sept 16 5:45 pagi: Lambat Sikit Kut ... » The Antics of Husin Lempoyang 10:40   Sept 16 6:30 pagi: Ada problem sikit ...Masih akan tubuhkan kerajaan baru » The Antics of Husin Lempoyang 10:40   Sept 16 8:30 pagi: Gaduh skit pasal sumpah ... Masih tubuh kerajaan. » The Antics of Husin Lempoyang 13:00   Sept 16 12:30 tghari: Bertengkar besar ... Nak bincang siapa PM dan TPM dulu » The Antics of Husin Lempoyang 13:59   Sept 16 1:40 pm: TERGAMPAR Tian Chua mengaruk ... » The Antics of Husin Lempoyang  

Apabila LanH Menjual Pantun

Saudara LanH, menjual pantun di dalam blognya. Puas sudah kutanam padi, Lalang juga memenuhi ladang, Puas sudah kutanam budi, Emas juga dipandang orang.  Sekali pandang, pantunnya itu seolah-olah memperkatakan, bagaimanapun bentuk matawang yang ada, Emas juga akhirnya yang bernilai. Akan tetapi "Emas" yang dimaksudkannya ialah bukan emas, akan tetapi sesuatu yang tidak elok, tetapi tetap dikejar oleh manusia Jemput baca penulisan berkualiti oleh LanH Puas sudah kutanam budi... Maka saya jawap pantun itu.... Walau lalang memenuhi ladang, Tetap terus menanam padi Jika emas dipandang orang, Gunakan emas untuk berbudi.

Lagu Menyayat Hati Untuk Tahanan AKDN (Akta Keselamatan Dalam negeri)

Ketika malam Teresa Kok ditangkap di bawah AKDN, (Gunakanlah akronim BM) , saya membaca blog Al Bakistani, secara tiba-tiba lagu "Palang" dimainkan secara automatik. Walaupun, mengikut garispanduan kebolehgunaan Tawel Sensei , memainkan lagu secara automatik adalah sesuatu yang tidak elok, akan tetapi apabila lagu itu dimainkan di blog Al-Bakistani, ia betul-betul menyentuh perasaan. Bagaimana agaknya keadaan Teresa? Saya hanya mahu menuntut Teresa memohon maaf , bukan menuntut supaya dia dipenjara . Maka dengarlah lagu ini. Saya bukan orang Kristian untuk menyertai "Vigil" . Namun saya tetap membantah penatahan Teresa, menggunakan cara sendiri.

PAS Melaka, Mari kita hafal nombor 1.10236

Dulu masa pilihanraya, PAS Melaka, DAP Melaka, sama2 sebut 1.05 bilion. Iaitu hutang kerajaan Negeri Melaka. Kini telah meningkat menjadi 1.1 bilion pada 2007 , bukan saya kata, tapi laporan audit yang kata. Mari kita hafal nombor baru untuk kempen pilihanraya akan datang. Hutang Kerajaan Negeri Melaka pada 2007 RM 1.10236 bilion mari hafal.... RM 1.10236 bilion RM 1.10236 bilion RM 1.10236 bilion RM 1.10236 bilion RM 1.10236 bilion RM 1.10236 bilion RM 1.10236 bilion Baru lah seronok sedikit berkempen, bila nombor panjang, panjang, nampak ianya bukan rekaan. Dulu ada orang tersilap sebut 1.05 bilion menjadi 1.5 bilion.

Dulu Malaysiatoday Disekat, Kini Tok Guru Nik Aziz Disekat

Dulu ketika Malaysiatoday disekat, bukan main blogawan memberitahu bagaimana mengakses Malaysiatoday, atas nama kebebasan bersuara. Namun kini, Tok Guru Nik Aziz pula disekat, kenyataannya diarah untk tidak disiarkan . Berbanding ketika Malaysiatoday "disekat" OpenDNS adalah penyelamat. Kini Kenyataan Tok guru Nik Aziz itu diselamatkan oleh GoogleReader dan Beras Terpilih. Siapa yang langgan RSS Wan Nordin di google reader dapatlah membacanya, siapa yang langgan RSS Beras Terpilih , dapatlah membacanya. Siapa yang langgan RSS Beras Terpilih melalui emel , akan dapat kenyataan itu dipetimel masing masing. Oleh kerana Tok Guru Nik Aziz bukanlah seorang blogawan, maka kenyataannya itu disiarkan di "Pendapat Bukan Blogger" . 1. Saya telah membaca dengan teliti pandangan Pesuruhjaya PAS Terengganu yang kali ini lebih gemar menggunakan nama beliau sebagai pengamal dan penganalisis politik daripada bertindak sebagai seorang Pesuruhjaya PAS Negeri. Walaupun sewaktu beliau b...

Ruang Putih dan Perenggan: Petua Kebolehgunaan Blog

Hari ini Saudara Tawel Sensei telah menulis tentang petua kebolehgunaan blog dengan menggariskan 4 petua. 1. Elakkan tulisan cerah berlatarbelakangkan gelap. 2. Saiz tulisan jangan terlalu kecil. 3. Elakkan penggunakan Shoutbox/Chatbox/Chatterbox 4. Jangan automainkan bunyi. Hari ini saya akan menulis tentang ruang putih, sebagai salah satu kaedah meningkatkan kebolehgunaan terutama sekali kemudahbacaan. Ruang putih, Ruang putih. Ruang putih tidak semestinya putih, ia boleh juga menjadi kuning lembut asalan ianya ruang yang tidak digunakan dalam susunatur blog anda. Perkara penting untuk membanyakkan ruangputih ialah dengan membuat perenggan dalam penulisan. Cukupkan dengan menghadkan sehingga 3 ayat dalam satu perenggan. Saudara Tawel Sensei sendiri mengamalkannya tetapi dia tak nyatakan dalam tip tadi.Ruang putih juga boleh diperolehi dengan memilih templat yang baik. Sekiranya templat itu terlalu banyak kotak, maka sedikit sahaja ruang putih yang boleh diperolehi.Ianya kelihatan se...

Kegiatan Spamming Malaysiakini yang Menjijikkan

Sejak akhir ini, apabila tetnik memperbanyakkan pengunjung blog diketahui dengan meletak tajuk "Malaysiakini", maka berleluasalah kegiatan itu sehingga ke tahap spamming yang menjijikkan. Ya. saya tahu ianya sesuatu teknik meningkatkan pengunjung, tetapi adakah perlu sehingga semua catatan blog mempunyai perkataan Malaysiakini? Sehingga satu tahap, catatan itu seolah-olah membohongi pembaca kononnya ia berasal dari sumber Malaysiakini. Apa ertinya menyalin tepek berita harakah dan mempersembahkan ia di dalam blog seolah-olah ianya dari Malaysiakini? Tak salah untuk kita meletakkan perkataan "Malaysiakini" di tajuk jika benar ia menceritakan tentang sesuatu yang berasal dari Malaysiakini atau bercerita tentang Malaysiakini. TETAPI JANGAN SPAM. Ianya satu teknik yang kita boleh gunakan sekali sekala. Saya ulangi "SEKALI SEKALA". Bukannya tiap-tiap kali catatan blog kita akan mengulas berita dari Malaysiakini, adakalanya kita ulas dari sumber lain. Spamming i...

Mahaguru58 Menafikan Dia Ditahan ISA

Semalam ada 2 blog yang menyiarkan kononnya Mahaguru58 di tahan ISA. Bantah ISA » nnora75reform Senarai Tangkapan Terkini ; ISA » Pertapa Arjuna Saya agak risau juga, kerana Mahaguru agak rapat dengan saya di YM. Akan tetapi, kalau Mahaguru ditangkap, mesti sudah tersiar di Malaysiakini. Jadi, sepanjang malam saya risau. Pagi ini, masih lagi tiada jawapan daripada Laxamana atau Nora tentang kesahihan beritanya. Maka, apa susah sangat, zaman ini bukan zaman blog sahaja, telefon masih digunakan. Maka saya pun telefonlan mahaguru58, lambat angkat, saya sudah berdebar. Tapi kemudian dia angkat. Sah tidak ditahan ISA. Dia memaklumkan dia tidak ditangkap dan mengatakan menelefonnya menelefonnya. Kalau dia ditahan ISA, macam mana dia boleh angkat telefon?  

Teresa 'Madu' Kok Ditahan ISA

Baca dulu Catatan Al-Bakistani tentang, orang UMNO itu "Madu " .  Walaupun catatan itu tidak populis, namun ia bermakna. Alasan yang diberikan ialah... Orang UMNO atau Ahli UMNO, tidak dianggap sebagai musuh, hatta kepada Presiden UMNO sekalipun, bahkan orang UMNO selayaknya dianggap sebagai maduu bagi mengajak mereka kearah kefahaman islam yang memungkinkan mereka menerima Islam. Berdasar kata-kata sebegitu, tidak hairan kalau saya mahu mengganggap Teresa Kok sebagai "Madu" walaupun ada perbuatannya yang tidak menjaga sensitiviti umat Islam. Ianya tidak mustahil, ubah sahaja ayat jadi begini. Orang DAP atau Ahli DAP, tidak dianggap sebagai musuh, hatta kepada Teresa Kok sekalipun, bahkan orang DAP selayaknya dianggap sebagai maduu bagi mengajak mereka kearah kefahaman islam yang memungkinkan mereka menerima Islam Tak mustahil, dia boleh memeluk Islam. Ada sesiapa sini yang mengatakan mustahil? Akan tetapi, baru semalam saya menyatakan bahawa saya tidak mahu berper...

Larikan 49 Ahli Parlimen atau seorang Ahli Parlimen?

Malaysiakini.com Hairan juga, 49 Ahli Parlimen dilarikan ke Taiwan untuk mempelajari teknik pertanian. Semuanya dilarikan kerana untuk dilarikan dari Anwar Ibrahim. Apabila ia melibatkan 49 ahli Parlimen, maka ia melibatkan kos yang tinggi. Mengapa tidak mereka membawa Anwar Ibrahim sahaja mempelajari teknik pertanian di Taiwan? Anwar Ibrahim pun ahli parlimen juga. Bukankah ia lebih jimat?

Isu Fobia Jawi : Saya Bukan Nak Berperang dengan Teresa Kok

Ketika ini, sibuk dengan Isu Azan di Puchong, yang dikatakan melibatkan Teresa Kok. Teresa Kok bersunguh-sungguh menafikan yang dia terlibat.   Laporan Media Mengenai Azan » Sassy MP   Saya Akan Ambil Tindakan Terhadap Utusan Malaysia & Zaini Hassan » Sassy MP   UMNO Selangor Memutar-belitkan Isu Azan di Puchong » Sassy MP OK lah, saya anggap penafian Teresa Kok itu benar. Akan tetapi Teresa Kok tetap tidak menafikan, atau memberi penjelasan  atau memohon maaf berkenaan isu tulisan jawi pada 14 Febuari yang lalu. Seperti yang tertulis di blog Teresa Kok Sendiri We want muhibbah road signs (14 Feb) Apabila Teresa mempersoalkan kenapa perlu ada Jawi,  saya sudah jawap di catatan blog berikut. Teresa Kok fobia melihat tulisan Jawi (14 Feb) Namun Teresa tetap mendirikan juga Papan tanda itu tanpa mengambil peduli sensitiviti umat islam di Malaysia. We Have Erected 10 Muhibbah Road Signs in Kuala Lumpur Area (20 Feb) 6 bulan berlalu, rup...

Raja Petra Dikurniaan Status Blogawan oleh Shaziman Mansor?

Beberapa hari lalu, laman web Raja Petra, Malaysiatoday, tidak dapat diakses melalui alamat asalnya oleh pengguna pelayan DNS TMNet. Dan ia mencetuskan satu polemik dimana pembaca adalah terbahagi kepada 2. 1. Yang pro kepada OpenDNS 2. Yang mengganggap memasuki melalui alamat alternatif lebih mudah. Ada juga yang terlalu bermain dengan nslookup sehingga mendaftar domain sendiri . Walaubagaimanapun, penamatan sekatan terhadap Malaysiatoday, adalah juga bererti penamatan sekatan terhadap blog . Raja Petra yang dahulunya bukan penulis blog , kini diiktiraf sebagai blogawan .? Dimana RSS Malaysiatoday sehingga Raja Petra diiktiraf sebagai blogawan?

Kekanda Husam, Hassan Syukri, Ayuh Bela Kambing

Kesedaran tentang emas, terutama dinar emas telah meningkat. Walaubagaimanapun, kebanyakan orang yang membeli emas itu, membelinya untuk melabur. Mereka bukanlah pendokong Dinar Emas sebenar yang inginkan emas kembali menjadi matawang setelah 200 tahun diambilalih oleh kertas. Disebabkan kenaikan mendadak akibat daripada terbongkarnya konspirasi merendahkan harga emas selama berpuluh tahun. Maka mereka melihat emas sebagai satu pelaburan yang amat menguntungkan dan bukannya melihat emas sebagai nilai sebenar emas. Oleh itu, wujudnya permintaan buatan yang mana permintaan dari pelabur yang menyebabkan harga naik. permintaan daripada barang kemas dan menyimpan emas sebenar juga agak tinggi. Akan tetapi faktor pelabur agak besar. Oleh itu, perlunya satu cara dimana dinar emas dibolehkan untuk diniagakan. Ahmad (bukan Ahmad Ismail) membeli emas beberapa dinar. Aminah juga begitu. Akan tetapi Dinar emas tidak berfungsi sebagai matawang selagi Ahmad dan Aminah tidak dapat membeli barang meng...