Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2010

Kertas Dinar Iraq

Ramai yang bertanya saya tentang dinar iraq. Saya tidak begitu layan "pelaburan" wang kertas, kerana wang kertas ringgit juga mempunyai risiko. Risiko cukai inflasi, risiko kebergantungan kepada Bank Negara. Jadi, menyimpan dinar iraq, juga satu risiko, apatah "legal tender"nya dikeluarkan oleh satu kerajaan boneka penjajah. Antara "selling point" penjual kertas dinar iraq adalah dengan menunjukkan carta perbezaan tukaran dinar iraq sebelum perang dengan selepas perang. Kononnya, dinar iraq sekarang terlalu dibawah nilai, dan akan naik. Namun, dinar iraq Saddam, adalah bergantung pada Bank pusat Saddam, manakala Dinar iraq yang baru, dalaah bergantung kepada bank pusat kerajaan boneka penjajah Amerika. Ramai yang sedia maklum, bahawa wang kertas adalah alat penjajahan. Rakyat boleh ditarik hidung untuk bekerja demi kertas. Begitu juga situasinya di Malaysia, ramai jadi hamba bank. Situasi yang berlaku di Iraq, boleh di samakan dengan penjajaha...

Dinar Tanpa Spread

Terdapat satu soalan yang saya ingin jawap Apa pandangan tuan tentang ada company yang menjual dinar emas tanpa spread.  Aper perbezaannya Jawapan saya: Sememangnya sepatutnya dinar tiada spread. Namun perlu menepati beberapa syarat. Syaratnya ialah nilaian dinar itu sendiri memang betul-betul rapat dengan spot. Sehingga syarikat yang ingin menempanya terpaksa menjualnya lebih tinggi daripada kosnya. Ambil contoh situasi hari ini. Dinar Kelantan : RM 652 (tiada belian balik) Dinar Public: RM 652  (Belian Balik RM 613) Dinar Restu/DInar Muslim: RM 623 (Belian balik RM574.x) Kesemuanya mempunyai spesifikasi sama, iaitu emas 917 4.25g. Situasi semasa tidak mengizinkan "tiada spread", kerana semuanya berada jauh di atas nilai emas sebenar, Mengikut kiraan nilaian emas sebenar ketika catatan ini ditulis, bagi 1 dinar adalah 138.18*0.916*4.25=537.93 Namun, dengan membayar hanya RM 538 , tidak akan wujudnya dinar. Kerana ianya harga emas mentah. Katak...

Expo Cheng Ho 2010

Ekspo Perdagangan Antarabangsa China  - Kelantan - Cheng Ho 2010 Tarikh: 21 - 26 November 2010 Lokasi: Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan Semua dijemput hadir

Jual Jongkong Emas 20g Anda kepada Kami, HARGA TINGGI

Promosi Belian Balik 20g HARGA TINGGI Sehingga 12 Zulhijjah Sementara harga emas masih tinggi, bertindak sekarang, Jual Jongkong Emas 20 gram 24k anda pada kami dengan HARGA TINGGI. RM 1 pergram di atas harga SPOT. Kami sedia membeli daripada anda Emirates 20g PAMP Suisse 20g Poh Kong 20g Credit Suisse 20g UBS Kinebar 20g Hubungi Hasbullah Pit 019 669 1975 Dagangan DuaLogam Merlimau

Pelaburan Silver (Perak) Yang Cair

Apabila harga logam perak naik, ke tahap USD 24 satu troy aun, Maka ramailah yang mula nampak bahawa perak adalah satu pelaburan yang baik, kenaikannya tinggi berbanding emas. Nisbah harga perak masih terlalu rendah berbanding emas. Kalau kini sekilo perak lebih kurang 20 gram emas, Ianya tidak mustahil untuk sekilo perak setara dengan 40 gram emas. Namun terdapat satu masalah, dimana ramai orang menganggap logam perak tidaklah secair emas. Ia tidak boleh dipajak, dan sukar dijual. Ia menjadikan tahap kecairan logam perak begitu rendah. Sekira anda menyimpan jongkong logam perak di rumah, ianya hanya menjadi simpanan yang beku. Ya, harganya akan naik, tetapi begitu sukar untuk dijual. Apatah pula kalau jenama jongkong itu tidaklah sepopular mana. Mungkin ianya popular hanya di Malaysia. Jadi, untuk mendapatkan tahap kecairan perak yang tinggi, ianya perlulah popular. Dikenali serata dunia. Anda boleh mendapatkan logam perak yang murah, tetapi ianya mungkin tidak cair...

Syiling 10 gram Emas 999.9 Bunga Raya

Setakat ini, Syiling emas  999.9 Bunga Raya adalah syiling emas 999.9 10 gram termurah di tanah air Malaysia. Harganya (per gram) lebih kurang 4% lebih murah daripada Jongkong Emas 20 gram Jenama P. Apabila memperkatakan emas sebagai penyimpan nilai, perkara utama yang perlu dititikberatkan adalah harganya. Sekiranya sesuatu emas itu mahal, maka fungsinya sebagai penyimpan nilai tidak sempurnya. Pada julat harga RM 13xx hingga RM 14xx, ianya adalah mampu milik bagi golongan sederhana. Kebiasaannya, Hanya jongkong emas sekala besar yang mempunyai harga per gram yang rendah, Namun ianya tidak "mampu milik" bagi golongan berpendapatan rendah atau sederhana. Bukan orang kaya sahaja yang boleh mengelak cukai inflasi daripada Najib . "Berapa Spread"? Persoalan berapa Spread biasanya ditanya boleh pemilik emas yang sudah biasa dengan Jenama P. Adalah dimaklumkan, bahawa Spread bukan segala-galanya. Apabila sesuatu harga emas itu sudah berada mengha...

Sistem Petty Cash Dirham

Bagaimana sesuatu kedai runcit atau pasar mini atau pasaraya menerima dirham? Kalau kedai runcit milik perseorangan, memang mudah. Boleh dikatakan semua duit di situ "bapak dia punya" Namun apabila melibatkan kedai yang mempunyai banyak 'POS' , bagaimana mahu terima dirham. Adakalanya sesuatu syarikat mengamalkan "semua kutipan jualan hendaklah didepositkan kedalam bank". Tetapi dirham sudah bercampur dengan dirham dan menyebabkan tidak semua kutipan jualan boleh didepositkan didalam bank. Jadi apa penyelesaiannya? Wujudkan satu "Petty Cash Dirham", dimana pengiraannya masih dalam ringgit, walaupun kandungannya bercampur dengan dirham. (contoh tong "Petty Cash Dirham") Andakata Pasaraya Sejati mempunyai 3 POS. Maka wujudkan 1 "petty Cash Dirham", contoh, dalamnya ada Wang kertas RM 260. Penjualan di POS adalah seperti biasa,menerima wang kertas ringgit. Andakata ada pembeli yang membayar guna dirham. Pada...

Awang Adek Jilat Ludahnya.... Ana Awang A.. A..

Daripada kenyataan Awang Adek baru baru ini. .. BACHOK:  Mereka yang membeli dan menyimpan Dinar yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri Kelantan mesti bersedia untuk menghadapi risiko kerana nilainya sentiasa turun naik di pasaran tempatan dan antarabangsa, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin. Ini kerana Dinar, mata wang emas, hanya dilaksanakan oleh kerajaan negeri secara sendirian dan tidak boleh diterima oleh undang-undang kewangan negara, ujar beliau. "Ia sekadar boleh disimpan sama seperti membeli barang-barang kemas di kedai emas," katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa dan penyampaian wang zakat kepada 25 fakir miskin di Mukim Pak Pura, Beris Kubur Besar di sini semalam. Beliau sebaliknya menasihatkan rakyat Kelantan yang mempunyai lebihan wang menyimpannya di bank-bank yang nilainya lebih terjamin dan tidak pernah diturunkan malah akan mendapat banyak faedah. Awang Adek mengulas pelancaran pada Rabu lepas mata ...

Sebelum Subsidi "Pembohongan Harga" dihapuskan....

Minyak "diselaraskan" 5 sen. Gula "diselaraskan" 25 sen. Ramai pihak yang berkata memang tak patut kerajaan tanggung begitu banyak subsidi. Memang benar! Kita tak perlu subsidi untuk dibohongi. Rakyat bukan mahu sangat barangan disubsidi supaya dibohongi harga sebenarnya. Rakyat hanya mahukan barangan murah, samada murah disubsidi atau tidak. Itu tidak penting. Namun, kerajaan mengsubsidi harga supaya harga sebenar dibohongi, setelah nilai kertas ringgit semakin lama, semakin jatuh berbanding nilai komoditi. Kerajaan tidak perlu mendabik dada, kerana memberikan subsidi untuk membohongi harga sebenar sesuatu barangan yang dikawal. Rakyat hanya mahu barangan murah berdasarkan pendapatan rakyat. Mana yang rakyat mahukan? Harga runcit petrol RM 1.40 tanpa subsidi, atau harga runcit petrol, RM 1.85, tetapi berbilion subsidi masih ditanggung kerajaan? Keperluan untuk pengsubsidian berlaku akibat taksubnya "pakar" ekonomi, den...

RON 95 naik lebih tinggi daripada RON 97

Minyak RON 95 naik daripada RM 1.80 , kepada RM 1.85. Kenaikan 2.77777 % Minyak RON 97, naik daripada RM 2.05 kepada RM 2.10 Kenaikan 2.4390 % Di sini kita dapat lihat bahawa RON 95 dinaikkan lebih tinggi daripada RON 97, walhal RON 97 adalah barangan mewah. Tak adil bagi golongan pendapatan rendah. Adalah lebih baik RON 97 dinaikkan lebih tinggi, supaya RON 95 pengguna biasa, tidak perlu dinaikkan.

Sepanyol Lawan Belanda ,

Sepanyol lawan belanda dulu-dulu. Sesuai dibaca musim sebegini. Perebutan berkisar tentang, siapa yang boleh berdagang dengan Cina dan jepun. Iktibar daripada perlawanan Sepanyol Belanda ialah, mereka bermati-matian ingin menguasai komoditi daripada negara Asia. Memiliki komoditi untuk dibawa keeropah, adalah kelebihan ekonomi yang ketara. Banyak kapal karam akibat perlawanan Sepanyol belanda ini. Dalam kapal itu penuh dengan pinggan mangkuk. Menguasai "cup" daripada China, adalah umpama memenangi "World Cup". Negara China ketika sebelum itu, menguasai sendiri lautan sehingga ke Selat Melaka. Itupun kerana ingin menguasai perdagangan. Isreal bersungguh-sungguh menyekat barangan daripada masuk ke Gaza. Tetapi kita disini, menentang Israel dengan tidak membeli barangan, tetapi getah kita tetap sampai ke tangan Israel.

Biro Belia dan Sukan UMNO Jasin anjur Judi

Terdapat beberapa "sampah" di longkang di tepi padang. Maka kertas itu dikutip untuk dilihat apa isinya. Beberapa kertas nombor "cabutan bertuah", yang dijual pada harga RM 1. Dalam erti kata lain, JUDI. Beli nombor untuk menang hadiah, kalau nak peluang lebih, boleh beli nombor tambahan. Anjuran siapa?, Sila klik untuk zum Acara judi ini dilakukan dengan nama yang agak indah. "MEMBELI, MENDERMA DAN MENANG",   "Pengadil" pun sama turut menyertainya Ada juga yorang yang sama membeli lebih daripada satu nombor, Kalau nombor 355, 357, & 360 dibeli olehnya, Agaknya siapa yang beli nombor 356? Menurut seorang pemuda UMNO yang saya rahsiakan namanya, "cabutan nombor bertuah sebegini, sudah banyak tempat dilakukan". Sebelum ini pun sudah ada judi "Cabutan Bertuah" bernilai RM 3.00 setiap nombor. Maksudnya, barah judi sudah membarah, sehingga dianggap biasa. Ramai golongan muda, yang t...

Patahnya Momentum Gerakan Benci Judi

Apabila dinyatakan bahawa Judi bolah tidak diberikan lesen, maka patahlah momentum gerakan benci judi, seolah-olah selesai masalah. Namun, Kedai ekor berleluasa. Masih banyak lagi "special draw", masih banyak lagi pinjaman berunsurkan riba' untuk kaki judi terus berjudi. Masih banyak keluarga yang jadi mangsa apabila ibu bapa berjudi. Di sini saya melihat, ada wujudnya kesilapan strategi pada GMJ, dimana yang difokuskan adalah "Judi Sukan", dan bukannya keseluruhan judi. Boleh diumpamakan , Kecaman  terhadap serangan ke atas Flotila. Israel boleh kata, kami sudah tidak serang kapal lagi. Tapi Gaza Masih dikepung. Judi Sukan boleh dihapuskan, Tapi Special Draw makin kerap diadakan. Bukan senang, dalam 50 tahun merdeka, untuk ada momentum benci judi sebegini, namun ia mudah dipatahkan. Hanya kerana, tajuk bantahan itu tidak merangkumi semua judi. Saya mahukan, supaya tiada lesen kedai nombor tambahan dikeluarkan & Tiada lagi Special Draw.

Monica Seles Ditikam

Masih Ingatkah lagi pada Monica Seles? Seorang Pemain tenis? Dia terpaksa berhenti bermain tenis kerana ditikam ketika perlawanan. Dipercayai akibat daripada Judi sukan, yang dipelajari daripada aktiviti "main tikam". "Macam mana nak bet?" "Tikam sajalah!"

GAZA: Penahanan kapal dan pembunuhan beberapa kru, Bukan Isu Utama.

Isnin lalu berlakunya kejadian, tentera rejim Zionis menahan kapal yang membawa bantuan ke Gaza, mengakibatkan beberapa orang terbunuh. Dunia marah. Tapi itu bukanlah isu utama yang sebenar. Penduduk dunia bangkit marah, tetapi saya rasa masih ramai yang belum faham isu sebenar, Kepada yang baru marah sejak 2 hari lepas. harap boleh marah setiap hari. Mengapa perlunya menghantar bantuan secara beramai-ramai melalui kapal? Jadi saya cerita sedikit bagi yang baru nak cuba faham. Sebelum ini Gaza dikepung selama 3 tahun. Gaza itu tidaklah besar sangat, Daripada sungai rambai sampai ke pernu. tetapi lebarnya drpd pantai, hanyalah sampai ke Lebuh Raya Utara Selatan. Lebih kurangnya begitu lah. Bersempadan dengan Mesir, Bersempadan dengan kawasan dijajah Israel, dan ada pantai. Disebelah sempadan kawasan di jajah, ada tembok, didirikan oleh Israel. Di sempadan mesir pula, ianya ditutup dan didirikan tembok besi. Tembok besi itu bukan sahaja di permukaan bumi saha...

Bantah Lesen Riba' ?

Hari ini berlakunya beberapa Himpunan Aman membantah lesen judi bola, di beberapa tempat dalam negara kita. Dulu pun kita benci judi, tetapi dengan adanya aktiviti sebegini maka ianya seolah-olah peringatan supaya bekerja lebih kuat membantah judi. Selain daripada judi, riba' juga satu masalah kepada masyarakat, dan sering ditinggalkan dalam isu-isu tempatan. Maklumlah, semua 'sayang' bank kerana membiayai kereta baru anda. Kebiasaannya kaki judi juga terlibat dengan riba'. Kalah judi pinjam sana-sini. Mana nak jumpa tempat yang boleh beri pinjam 2 dinar, pulang balik 2 dinar? Kebanyakkannya pinjam kertas, dan bayar balik dengan kerkas yang lebih. Samada berlesen atau tidak. Kalau anda impikan suatu revolusi benci riba' besar-besaran, dengan Himpunan Amannya sekali, Mungkin anda tidak jumpa ketika hayat anda. Oleh itu, kaedah yang saya rasa sesuai, ialah elemen benci riba' diserap dalam benci judi. Setiap kali lesen riba' dikeluarkan,...

Teknologi Maklumat

Teknologi Maklumat adalah teknologi berkaitan maklumat. Bagaimana maklumat bergerak Bagaimana maklumat disimpan Bagaimana maklumat disimpan supaya rahsia. Bagaimana maklumat diproses. Bagaimana boleh tiba. Mengapa maklumat tak sampai. Kita guna sistem canggih-canggih, tapi tak pernah bermuhasabah seketika untuk berfikir "Mengapa maklumat tidak sampai". Teknologi maklumat tidak bermaksud "belajar komputer". Adakalanya, maklumat boleh disampaikan hanya menggunakan kertas. Tetapi tidak boleh diproses dengan menggunakan kertas. Namun kertas adalah penyimpan maklumat yang baik. Bejalar komputer tinggi-tinggi. Sebenarnya banyak maklumat yang lebih elok disimpan didalam buku.

Kenapa Berita Harian Siarkan Berita Najib Kena Tipu di Muka Depan?

Tak patut betul Berita Harian aibkan Najib sebegitu. Tak patut! Tak patut! Akhirnya Singapura berjaya juga dapatkan tanah milik Keretapi Tanah Melayu. Tanah milik Malaysia, dimajukan oleh 60% Khazanah 40% syarikat singapura. bila jual orang singapura dapat kawasan itu. Orang Malaysia melalui khazanah bawa balik duit sahaja. Dalam erti kata lain "Kertas berlabel SGD" Serupa macam Singapura beli tanah dengan kertas berlabel SGD. Dikononkan , Kertas berlabel SGD itu dua kali ganda daripada kertas berlabel RM. Kenapa susah susah, nak tubuh syarikat untuk "majukan", kan lebih mudah kalau "Sukuk 1Singapura" bernilai 1bilion SGD ditukarkan dengan tanah itu. Tak cukup 1 bilion SGD? Singapura boleh terbitkan Sukuk 1Singapura 2 bilion SGD. Nak yang 8 bilion pun boleh.

'Bijak"nya BN memerintah Malaysia.

Hutang negara dalam negeri lebih 300 bilion. Berbangga pula dengan subsidi 74 bilion yang diberikan. Sekali pandang nampak macam pemurah sangat kerajaan BN ini. Kerajaan BN, atas nasihat siapa entah, cukup suka dengan polisi nilai matawnag rendah. Kononnya boleh menggalakkan eksport, meningkatkan daya saing negara kerana ianya lebih murah. Kononnya gaji rendah dapat menarik pelabur. Tapi apa yang kita dapat. Dengan polisi cintakan nilai matawang rendah, harga komoditi telah menjadi tinggi. Ia berlaku automatik, harga barang dalam RM akan tinggi walaupun harga komoditi tak berubah. Maka bersukarialah, BN dengan mendabik dada, 74 bilion subsidi. Sebenarnya 74 bilion itu adalah tidak perlu. kalau tiada polisi nilai matawang rendah. Mana yang rakyat lebih suka? Harga gula RM 1.65 setelah subsidi, atau harga gula RM 1.20 tanpa subsidi? Mana yang rakyat lebih suka, harga minyak petrol RM 1.80 setelah subsidi atau harga petrol RM 1.50 tanpa subsidi? Akibat taksub d...

Nilai Ringgit Naik? Tapi Ada Masalah Gula?

Pada hari yang sama berita memaparkan kisah nilai ringgit naik, terdapat juga masalah bekalan gula. Hairan. Kalau ringgit naik berbanding komoditi, sepatutnya harga gula tanpa subsidi turun dan kurang subsidi. Tapi apa yang berlaku ialah kekurangan bekalan. Nilai kertas ringgit dikatakan naik apabila dibandingkan dengan kertas USD dan kertas Euro. Tapi kesemua kertas turun berbanding komoditi

Rizab Emas Keluarga

Saya pernah ditanyakan oleh seseorang, "Apa itu Rizab Emas Keluarga". Kusangkakan semua tahu. Menurut surah Yusuf, makanan disimpan selama 7 tahun, walaupun ketika makanan masih banyak. Pernah saya ceritakan tentang stok penimbal beras, suatu masa dulu. Jadi, rizab emas keluarga, konsepnya sama macam stok penimbal makanan . Samada mahu simpan rizab emas untuk keluarga anda sebagai rizab 7 tahun perbelanjaan, ikut suka anda. Bergantung kepada kemampuan. Jika anda mempunyai rizab makanan yang banyak, maka anda tidak perlu mempunyai rizab emas 7 tahun. Andakata anda mempunyai rizab makanan untuk 7 tahun, maka anda perlu simpan emas untuk 7 tahun gaji. Banyak sangat? Sebenarnya berapa banyak rizab emas keluarga anda simpan, bergantung kepada keputusan mesyuarat suami isteri. Kalau suami putuskan seorang diri pun boleh. Ada banyak kaedah untuk menentukan berapa rizab emas keluarga. Anda boleh kira sebagai peratus daripada simpanan. Sebagai contoh 80% daripada s...

Jongkong Perak 500 gram 'Public Silver'

Di atas adalah gambar Jongkong perak 500 gram keluaran Public Gold, yang diberi nama 'Public Silver'.   Sebelum ini Jongkong perak Public Silver hanya wujud dalam bentuk 1kg , agak besar dan mahal bagi yang ingin memulakan pelaburan perak. Emas dan perak adalah wang, namun perak telah hilang fungsi sebagai wang, dimana wang kertas lebih banyak mengambil fungsi perak sebagai matawang, berbanding emas. Catatan blog ini bukanlah bertujuan untuk mencadangkan pembaca melabur dalam perak. Bukan Negeri Perak, tetapi logam perak. Hanya pelabur sejati sahaja yang sesuai melabur dalam perak. Maksud saya, yang melabur dengan membeli sesuatu yang berada dibawah nilai seperti Warren Buffet. Tidak sesuai untuk pelabur jenis spekulatif. 500 gram perak, sudah menghampiri nisab perak iaitu 595 gram atau 200 dirham. Sekiranya anda hanya memiliki perak dalam bentuk 500 gram, maka anda tidak dikenakan zakat. Perak sesuai untuk dijadikan pelaburan kerana ianya terlalu dibawah nil...

Hari Pekerja: Kapitalis Sosialis Dinar Dirham

1 Mei hari pekerja. Hari yang mulia bagi penyokong sosialis. Sosialis memang kerjanya perjuangkan nasib pekerja. Kapitalis pula suka kayakan orang kaya. Namun orang Sosialis jarang pula kempen orang supaya berniaga. Mahu naik gaji, mahu nasib pekerja terbela dan sebagainya, tapi pekerja perlu kekal sebagai pekerja. Sampai bila? Maka wujud golongan baru, pendokong dinar dirham, yang mempromosikan supaya berniaga. Pasar awam tanpa sewa patut diwujudkan. Supaya apa? Supaya semua orang boleh berniaga dengan mudah. Dengan itu meningkatnya Kelajuan wang atau "velocity of money". Dengan menganut pemikiran sosialis, pekerja sentiasa jadi pekerja, modal masih lagi pada kapitalis. Lambat laun, harga pekerja akan pergi ke kapitalis juga. Jadi, ayo berniaga. Zaman sudah dipermudahkan, kini golongan pekerja boleh berniaga di Laman web sosial tanpa sewa. Bagi pendokong dinar dirham, menjadi pemodal bukan satu kesalahan. walaupun sering dibenci sosialis. Apa yang ...

Ayo Mulai! Kempen Menderma Dirham ke Masjid Setiap Jumaat.

Ayo Sertai Kempen Mula Menderma Dengan Dirham Pada Hari Jumaat Di Masjid Muka Depan 1 Dirham Muka Belakang 1 Dirham Setiap hari jumaat, mulai hari ini, dermakan satu dirham setiap kali solat jumaat di Masjid. Ini bertujuan untuk mengedarkan dirham kepada masyarakat sambil beramal. Saya faham ianya memerlukan kos yang tinggi. Walaubagaimanapun, kita bukannya boleh bawa emas dan perak sampai ke kubur. Maka gunakan daya ekonomi tuan puan, beli dirham banyak-banyak dan dermakan. Samada pihak masjid faham atau tidak tentang dirham dinar, ianya akan difahami jua satu masa nanti. Mana-mana AJK Masjid yang berada di Melaka, boleh perolehi Buku "Dinar Emas dan Dirham Perak" tulisan Sheikh Imran Hussien, secara percuma daripada saya. Tapi pemilikannya adalah milik Masjid, bukan milik AJK. Kiriman Blog di sana-sini KEMPEN: Jom Derma Dirham Ke Tabung Masjid - RP Gold Trading / Putremas Kempen menderma di Masjid menggunakan Dirham - Jutawan Dunia Emas (kirima...

Khazanah Lepaskan Pegangan Tatkala Harga Setem naik?

Teka-teki pelepasan pegangan Khazanah ke atas POS Malaysia makin merumitkan apabila harga setem dijangka naik. Agak pelik, Khazanah melepaskan pegangannya tatkala POS Malaysia akan untung. Dalam sistem kewangan fiat, semua benda akan naik, termasuk setem? Jika anda beli dan kumpul setem banyak-banyak kerana harga setem akan naik, anda tidak akan jadi kaya. Setem 30 sen akan tetap nilainya 30 meskipun setem yang diperlukan untuk menghantar surat menjadi 50 sen. Setem tidak ditukar dalam unit 1 setem, 2 setem, Ia hanya jelmaan wang kertas yang nilainya ikut nilai muka. (Face value)

MEB: Kenapa Sungai Buloh menjadi pilihan?

Pada pembentangan MEB, terdapat kisah KWSP membangunkan Sungai Buluh. KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan melantik perunding induk bagi merancang pembangunan Sungai Buloh sebagai hab baru Lembah Klang di kawasan seluas 12,000 hektar.  Persoalannya, Kenapa Sungi Buloh? kenapa bukan lokasi lain? Apa sebab musababnya?

Earth Hour Merlimau 2010

Jangan lupa malam ini, 8:30 malam. Padamkan sumber tenaga 1 jam. Bumi untuk Semua Makhluk Bumi Geng Kita
Pelan Kesihatan Obama yang bernilai USD 938 bilion telah diluluskan. Menggunakan gimp, sila unjurkan graf dibawah.... Lebih kurang setahun yang lalu, kita lihat bahawa banyak syarikat insurans Amerika nak mampus, pusing punya pusing, merekalah yang beruntung sekarang ini. Memang bijak kepala otak Yahudi, Tak hairan Najib ambil mereka sebagai penasihat.

Palestinkini.info Memerlukan SEO Tambahan

Pada pendapat saya, Palestinkini.info masih mempunyai SEO yang rendah. Laman web yang agak sentiasa mempunyai maklumat yang segar itu memerlukan anda, yang mana mempunyai laman web atau blog atau apa saja, untuk membuat pautan  ke http://www.palestinkini.info Untuk makluman pembaca, kandungan laman itu adalah Bagi penagih RSS , boleh gunakan alamat suapan RSS http://palestinkini.info/?feed=rss2 Buat masa ini Ranking Alexa adalah 1.5 juta , mungkin boleh dipertingkatkan sekiranya anda semua dapat membantu hanya membuat pautan keüada laman web palestinkini.info

Adakah Australia Berkuasa Terhadap Malaysia?

Kejadian terdahulu membuatkan saya tertanya-tanya, adakah Australia berkuasa terhadap Malaysia? Najib bersungguh-sungguh melayan permintaan Australia supaya Malaysia tidak dijadikan transit pendatang Afghanistan ke Austalia. Ianya berlaku apabila ada ' kunjungan hormat ' oleh Penasihat Keselamatan Australia. Bukahkah sempadan Australia itu kerja Australia. Apabila Ahli Parlimen Australia memutuskan untuk mengundi sesuatu perkara yang melibatkan hal dalam negara Malaysia, Pemuda UMNO menyambutnya dengan Demo seolah-olah Australia mempunyai kuasa terhadap hal ehwal negara Malaysia. Sekiranya sesuatu negara itu tidak mempunyai kuasa terhadap negara lain, tindaktanduk itu tidak boleh dikira sebagai "campur tangan". Namun UMNO beria-ria mengatakan ianya "campur tangan". Adakah ini semua ada kaitan dengan kehadiran Tentera Australia menjayakan hasrat menyelamatkan kepentingan Inggeris di Sarawak ketika pembentukan Malaysia dahulu?

Juruterbang Lufthansa mogok, Kaitannya dengan emas

Hari ini Juruterbang Lufthansa mogok, kerana mahukan kenaikan gaji lebih kurang 6%. Sekiranya matawang berasaskan komoditi digunakan, (seperti emas), adakah perlu mereka mogok untuk naik gaji? Adakah perlu kenaikan gaji? Dalam sistem kewangan berasaskan komoditi, perkerja tidak perlu dinaikkan gaji setiap tahun, kerana tiada inflasi yang perlu dikejar. Melainkan kalau berlaku kenaikan pangkat barulah perlu dinaikkan gaji. Mari kita lihat mogok yang berlaku.

Melayan "Selar" ciptaan Malaysiakini...

Sudah jadi satu kerja pula nak dijelaskan. Apabila apa yang dikatakan oleh Tuan Guru  Hadi Awang, ditulis sebagai Selar oleh Malaysiakini. Dalam kandungan berita, tiada langsung perkataan "selar", akan tetapi hanya tajuknya sahaja yang selar. Ini bukan pertama kali Malaysiakini memanipulasikan Tajuk berita supaya lain daripada kandungan, sehingga perlunya penjelasan. Baca penjelasan . "Kedua, beliau bukan 'selar', tetapi tidak setuju terhadap campurtangan asing dalam sebuah negara berdaulat atas kaedah secara umum, iaitu atas prinsip hubungan luar dan diplomasi antarabangsa." Moral: Malaysiakini perlu dibaca sama kaedahnya dengan membaca Utusan, dimana tajuk tak boleh dipakai.

Seigniorage, Cukai inflasi yang anda perlu fahami

Apa itu Seigniorage? Mungkin ramai yang tidak faham, atau belum faham. Walaupun Seigniorage bukan membawa maksud 'Cukai Inflasi' secara langsung, akan tetapi dalam konteks sistem kewangan masa kini, boleh diibaratkan sebagai satu bentuk cukai. Apabila Ali mendepositkan 100 gram emas di dalam bank, dan dia boleh menebus emasnya itu pada kuantiti emas yang sama, maka tidak berlaku seigniorage. Lupakan contoh di atas kerana di bank , anda hanya boleh mendepositkan kertas. Dalam sistem kewangan masa kini yang dikawal oleh bank negara, kita tidak boleh menebus setiap ringgit yang kita ada, dengan emas. Kenapa ya? Orang BNM lah yang boleh jawap. Kertas ringgit dalam kitaran dan kertas yang deposit bertambah dari masa ke semasa. Pada tahun 1982, menurut laporan Bank Negara Malaysia, kertas ringgit dalam kitaran dan dideposit, jumlahnya tidak sampai RM 13 billion. Hari ini ianya sudah melebihi 200 bilion. Peningkatan 16 kali ganda. Mana datangnya duit itu? Nilai ke...

Ejen Public Gold & Denarist jangan Bergaduh dengan Ustaz Zaharuddin

Ejen Public Gold & Denarist usah Bergaduh dengan Ustaz Zaharuddin berkenaan artikelnya http://www.zaharuddin.net/content/view/908/72/ Dalam artikel itu, kelihatan seolah-olah melarang menjual beli emas, kerana ianya tidak sepatutnya dijadikan komoditi. Ianya agak meragukan, kerana pada zaman sebelum khalifah Malik bin Marwan, Dinar dan Dirham tidak diikat nilaiiannya. Juga wujud kisah dimana perak naik harga berbanding emas. Penetapan nilai emas dengan perak, juga menjadi punca berakhirnya bimetalism di Amerika Syarikat. Baca Crime of 73 Bayangkan, apabila perak dijumpai, kerajaan berasa rugi? pelik punya manusia. Adakah pengikatan nilai emas dan perak adalah sesuatu yang betul? Mungkin Ya, bagi tempoh tertentu sahaja. Ia memang boleh berubah-rubah tetapi tidak lari jauh. Ia akan balik asal juga. Cartanya adalah lebih kurang harga minyak dunia dalam emas. pi mai pi mai tang tu. Ianya tidak seperti carta harga emas dalam dollar. Perkara yang mushkil samada diben...

Emas Sebagai Penyimpan Nilai

Sekarang adalah musim membeli emas bagi pihak yang meminatinya. Namun terdapat 2 jenis penggemar emas. Ada yang menganggapnya sebagai pelaburan, ada yang mengganggapnya sebagai simpanan. Saya adalah yang lebih cenderung ke arah simpanan berbanding pelaburan. Harga emas, membuak pada peratusan yang agak tinggi beberapa tahun kebelakangan ini adalah disebabkan oleh terbongkarnya konspirasi penekanan terhadap harga emas boleh pihak tertentu. Bihak Bank Persekutuan Amerika dikatakan menyembunyikan fakta sebenar berapa banyak emas yng disimpan, tetapi 'meminjamkan' emas kepada pasaran emas supaya wujud bekalan berlebihan. Ini digunakan untuk mengekalkan nilai dollar pada paras yang tinggi walaupun mereka mengeluarkan dollar pada kadar yang tinggi. Dollar yang tinggi membolehkan mereka membeli komoditi import daripada negara lain dengan menggunakan kertas sahaja. Berbalik kepada persoalan simpanan atau pelaburan. Sekiranya tidak wujud tekanan terhadap harga emas, emas pe...

Beras Padu Ditutup Lebih Kurang Sebulan Lebih

Dimaklumkan bahawa Beras Padu ditutup dalam anggaran sebulan lebih, bertujuan untuk mengira berapa KWh tenaga yang digunakan. Sejak berlakunya revolusi Cekap Tenaga beberapa bulan yang lalu (di rumah saya) dan kalau Beras Padu ditutup, Penggunaan Elektrik telah turun sehingga ke tahap 55% berbanding dahulu. Namun Beras Padu duduk di komputer yang tidak cekap tenaga, Athlon XP lama. tidak sesuai untuk dihidupkan 24 jam, sepertimana yang pengunjung Beras Padu mahukan. Ia tidak boleh tidur seperti komputer-komputer lain di rumah. Saya perlu mencari kaedah Cekap Tenaga bagi menghidupkan kembali Beras Padu. Mungkin perlu beli komputer khas yang cekap tenaga. Wujud punya banyak pilihan, entah mana yang sesuai. http://www.metaefficient.com/computers/the-greenest-pcs-of-2008.html Ada juga yang tidak dijual di Malaysia. Semalam saya terjumpa Linutop 2 dan Linutop 3 , keluaran Peranchis. Hari ini, saya merasakan bahawa fit-PC2i yang paling sesuai kerana pada muatan penuh pemp...

Tutorial: Siapa Gay yang suka DVD Jepun ?Untuk Dr Novandri & Topeng Perak Perisik Rakyat.

Ini adalah tutorial ringkas untuk 2 orang ini, Dr Novandri & Perisik Rakyat . Yang lawaknya Dr NOvandri menuduh Perisik Rakyat, wujudnya perkara lucah di referer perisik rakyat adalah kerana "keinginannya". Memang sifat penyelia laman web lucah cuba spam ereferer orang lain untuk m,empromosikan laman mereka. Teknik ini juga digunakan bagi laman web bukan lucah. Konsepnya mudah, sekiranya kita meletakkan ererfer, maka auto matik kita berterima kasih kepada pentuding kita dengan menyenaraikan laman mereka. Sebagai contoh, beberapa laman web tersenarai kerana membuat pautan kepada blog saya. Namun wujud juga pengspam yang mengekspolit kemudahan ini. Tidak sukar bagi pemilik laman web lucah untuk membuatkan laman web mereka tersenarai. Buat auto pun boleh. Masuk sahaja laman web lucah, automatik buka laman untuk di spam, maka tersenarailah laman web lucah itu di laman web mangsa. Dalam kes ini, Perisik Rakyat adalah mangsa. Jadi apa perlu mangsa lakukan? ...

Label UMNO, Label Pembangkang

Wujud satu jenis pemikiran, apabila seseorang bercanggah pendapat dengan pendapat biasa sesebuah organisasi, maka dia akan dilabel sebagai pihak lawan. Apabila ramai mahasiswa membantah PPSMI, ramai golongan akademik dilabel "pro pembangkang", akhirnya ramai yang jadi "pembangkang". Namun juga berlaku dalam Pakatan Rakyat, apabila seseorang itu mengeluarkan pendapat bercanggah dengan pendapat biasa dalam Pakatan Rakyat, maka tidak perlulah dilabelkan UMNO.

Urusniaga Adil: Cerita Tauke Kedai Komputer

Teringat saya pada satu peristiwa dimana saya ingin membeli dogol bluetooth. Terdapat 2 dogol bluetooth yang ditanda harga berbeza. Apabila saya ingin membayarnya, dengan membawa kedua-dua dogol bluetooth yang yang mempunyai 2 harga. Berikutan kekeliruan ini, pekerja wanita melayu memberitahu masalah ini kepada taukenya. Tauke Cina bukan Islam telah memberitahu pekerjanya itu supaya menjualnya mengikut harga yang paling rendah ditanda pada barangan. "Ini salah kita, kita kena jual juga ikut harga ini juga".

Kerajaan BN tidak jimat 1.3 bilion untuk Gula

Terdapat beberapa artikel berlegar di sfera blog mengatakan kerajaan BN telah jimat RM 1.3 bilion untuk gula . Angka sebegitu nampak tidak logik, kalau dengan hanya menaikkan 20 sen harga gula, sudah dapat 1.3 bilion. Agaknya berapa penggunaan gula rakyat Malaysia setahun untuk mencapai nilai RM 1.3 bilion itu? 1.3 bilion bahagi 20 sen = 6.5 bilion kg gula. Di bahagikan dengan penduduk Malaysia 27 juta, menjadikan penggunaan gula bagi  seorang rakyat Malaysia 270kg setahun. Logik atau tidak angka itu? Terpulanglah. Daripada sumber bernama pula, terdapat petikan FOMCA yang mengatakan anggaran subsidi gula setahun baru 2010 adalah RM 1.2 bilion . Mohd Yusof memberitahu Bernama, Fomca menerima kenaikan harga gula atas dua asas, iaitu peruntukan subsidi yang tinggi untuk gula dan memandangkan matlamat pemberian subsidi tidak menepati sasarannya. "Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM720 juta sebagai subsidi pada 2009 bagi memastikan harga gula kekal pada paras RM1....

Hujah Boikot Komoditi

Daripada blog Idham Lim Kita lihat bagaimana kisah Thumamah bin athal ra ثمامة بن أثال yang baru masuk Islam telah memboikot orang-orang musyrikin di mekah. Setelah masuk Islam , beliau berkata: والله لا يأتيكم من اليمامة حبة حنطة حتى يأذن فيها رسول الله صلى الله عليه وسلم "Demi Allah tidak akan datang kepada kamu (kaum Quraisy) sebiji gandum pun dari Yamamah sehingga Rasulullah saw izinkan." Hadis SAHIH Bukhari Muslim. Sepertimana diketahui beliau adalah penghulu Yamamah. Dalam hadis lain menyebut: فانصرف إلى بلده ومنع الحمل إلى مكة حتى جهدت قريش فكتبوا إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم يسألونه بأرحامهم أن يكتب إلى ثمامة أن يخلي إليهم حمل الطعام ففعل رسول الله صلى الله عليه وسلم " Lalu Thumamah pun pulang ke kampungnya dan menegah untuk dibawa barang dagangan ke Mekkah sehinggalah orang Quraisy kemelaratan . Lalu orang-orang Quraisy menulis kepada Rasulullah saw meminta dengan berkat hubungan persaudaraan supaya thumamah membiarkan barang makanan samp...

Menjawap Salam 1Malaysia

Apabila seseorang itu mengucap Salam 1Malaysia, maka hendaklah dijawap dengan "Salam 2Malaysia". Sejurus itu pengucap salam 1Malaysia itu perlulah membalas salam 2 Malaysia itu dengan "Salam 3Malaysia" "Salam 3Malaysia" itu perlu dijawap dengan "Salam 4Malaysia". Adalah lebih baik "Salam 4Malaysia" itu dijawap dengan "Salam 5Malaysia". Janganlah biarkan "Salam 5Malaysia" itu dibiarkan tidak dijawap, dan jawaplah dengan "Salam 6Malaysia" Walaupun agak panjang, "Salam 6Malaysia" perlu dijawap dengan ungkapan "Salam 7Malaysia" Dan seterusnya... contoh penggunaan: Ali: Salam 1Malaysia Abu: Salam2Malaysia Ali: Salam 3Malaysia Abu: Salam 4Malaysia Ali: Salam 5Malaysia Abu: Salam 6Malaysia Ali: Salam 7Malaysia Abu: Salam 8Malaysia Ali: Salam 9Malaysia Abu: Salam 10Malaysia Ali: Salam 11Malaysia Abu: Salam 12Malaysia Ali: Salam 13Malaysia Abu: Salam 14Malaysia

Pesanan Ali Rustam kepada Rakyat Jelata Isu Hutang dan Lelong

Pesanan Ali Rustam kepada Rakyat Jelata, tok nujum ,bumiputera berjaya dan geng nya;tak habis habis dengki orang melayu beli kedai pun tuk nujumdengki,tak baik, sejak niaga EOM DAPAT KUTIP RM5JUTA , SYARIKAT EOM KONGSI ADAM YONG ABDULLAH DENGAN KMB ADAM 60PERATUS KMB 40 PERATUS,PROJEK PERTAMA GONDOLA RM 23JUTA , ADAM 60% KMB 40% , BANK TAK BAGI PINJAMAN SEBAB TU ......ADAM YONG ABDULLAH TAK DAPAT BAYAR BAYARAN PINJAMANIA KPD PEMBEKAL DI BELGIUM RM17JUTA ,BUKAN SALAH MELAKA; BILA LELONG NANTI KMB AKAN BELI 'NIAGA NI UNTUNG SEJAK OPERASI DAH DAPAT RM5 JUTA RAMAI DAPAT KERJA DAN NIAGA , PAS ,DAP,PKR APA TAHU MENGATA ORANG AJE,MB SELANGOR HUTANG BANYAK, KETUA MENTERI P.PINANG KENAKAN PARKING MERATA P.PINANG TERMASUK HARI AHAD ,DAN TIDAK BANTU RAKYAT UNTUKNIAGA,MACAM MACAM LAGI, MB KELANTAN ASYIK KATA ORANG UMNO TAKMASUK SYURGA,NASIB BAIK KERAJAAN PERSEKUTUAN BERI RM9 B RM9 KEPADA KELANTAN SEDANGKAN KELANTAN BAYAR CUKAI RATUS JUTA SAJE, DALAM RM9 SEDANGKAN MELAKA BAYAR RM 10 BILLION ...

Salahkah Air Teh O dinaikkan 10 sen kalau pelanggan bersetuju?

Salahkah air teh O dinaikkan 10 sen kalau pelanggan dan peniaga saling bersetuju dengan harga yang dinaikkan? Daripada sumber Malaysiakini: Peniaga di KT naikkan harga minuman Timbalan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDKK) Terengganu, Abdul Ghani Harun berkata peniaga beberapa kedai makan, warung dan restoran itu dikesan menaikkan harga minuman bergula sehingga 10 sen secawan. "Setakat ini 10 kes kenaikan harga minuman dikesan. Kesemua peniaga terlibat akan dikenakan tindakan lanjut sama ada didakwa di mahkamah atau dikenakan kompaun . Seandainya sesebuah kedai makan, memaklumkan kepada pelanggannya apabila memesan teh O. Pelanggan: "Teh-O satu" Peniaga: "Teh O sekarang RM 1" Pelanggan: "OK" Aspek yang amat penting dalam urusniaga jual beli ialah persetujuan harga. Teh-O RM 1, atau teh-O RM 2 atau RM 10 sekalipun, tidak menjadi soal kalau pelanggan bersetuju dengan harga, Pelanggan biasa di ...