test

Sabtu, 1 Mei 2010

Hari Pekerja: Kapitalis Sosialis Dinar Dirham

1 Mei hari pekerja.
Hari yang mulia bagi penyokong sosialis.

Sosialis memang kerjanya perjuangkan nasib pekerja.
Kapitalis pula suka kayakan orang kaya.

Namun orang Sosialis jarang pula kempen orang supaya berniaga.

Mahu naik gaji, mahu nasib pekerja terbela dan sebagainya, tapi pekerja perlu kekal sebagai pekerja.
Sampai bila?

Maka wujud golongan baru, pendokong dinar dirham, yang mempromosikan supaya berniaga. Pasar awam tanpa sewa patut diwujudkan.

Supaya apa?
Supaya semua orang boleh berniaga dengan mudah.

Dengan itu meningkatnya Kelajuan wang atau "velocity of money".

Dengan menganut pemikiran sosialis, pekerja sentiasa jadi pekerja, modal masih lagi pada kapitalis.
Lambat laun, harga pekerja akan pergi ke kapitalis juga.

Jadi, ayo berniaga.

Zaman sudah dipermudahkan, kini golongan pekerja boleh berniaga di Laman web sosial tanpa sewa.

Bagi pendokong dinar dirham, menjadi pemodal bukan satu kesalahan. walaupun sering dibenci sosialis.

Apa yang penting ialah sistem kewangan yang mengikut peraturan,
Tiada riba' , tiada penerbitan wang baru yang hanya dinikmati golongan pemodal.

3 comments:

  1. Atas dasar kasih kepada Tok Guru Nik Aziz kami telah cipta satu page goup facebook "Kami akan lindungi Tok Guru Nik Aziz"

    http://www.facebook.com/group.php?gid=117576414938578

    Ini janji kami Anak-anak Kelantan yang berada di IPTA/S

    harap pihak admin sebar2kan lama page facebook ini demi rasa kasih kita kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ... Tok Guru kami

    BalasPadam
  2. salam ziarah!

    saya sekadar seorang kampungis......tiada cuti dari bekerja.......

    BalasPadam
  3. Salam Tuan `Brad` Pit..ok ker :)

    Yang penting sistem Islam juga adil buat semua-semua..Ayuh dong bapak2,ibu2..Mula gunakan Dirham dan Dinar..

    -Saudagar Unta-

    BalasPadam

Google+ Hasbullah Pit