Minyak "diselaraskan" 5 sen. Gula "diselaraskan" 25 sen.
Ramai pihak yang berkata memang tak patut kerajaan tanggung begitu banyak subsidi.
Memang benar!
Kita tak perlu subsidi untuk dibohongi.
Rakyat bukan mahu sangat barangan disubsidi supaya dibohongi harga sebenarnya.
Rakyat hanya mahukan barangan murah, samada murah disubsidi atau tidak. Itu tidak penting.
Namun, kerajaan mengsubsidi harga supaya harga sebenar dibohongi, setelah nilai kertas ringgit semakin lama, semakin jatuh berbanding nilai komoditi.
Kerajaan tidak perlu mendabik dada, kerana memberikan subsidi untuk membohongi harga sebenar sesuatu barangan yang dikawal.
Rakyat hanya mahu barangan murah berdasarkan pendapatan rakyat.
Mana yang rakyat mahukan?
Harga runcit petrol RM 1.40 tanpa subsidi, atau
harga runcit petrol, RM 1.85, tetapi berbilion subsidi masih ditanggung kerajaan?
Keperluan untuk pengsubsidian berlaku akibat taksubnya "pakar" ekonomi, dengan polisi nilai matawang rendah, kononnya menggalakkan eksport, Namun hasilnya berbilion subsidi terpaksa kebijakan pakar ekonopmi taqliq buta dengan teori itu.
Kalau boleh, rakyat mahukan gula RM 1.20 tanpa subsidi
harga minyak RM 1.40 tanpa subsidi.
ini semua boleh dilakukan jika kerajaan beusaha sedikit demi sedikit meningkatkan nilai ringgit (berbanding komoditi) sejak 12 tahun yang lalu.
Jika penukaran RM vs USD adalah 1USD = RM 2.00 ,
Cuba kira sendiri berapa harga minyak tanpa subsidi?
Saudara ni hanya tahu pasal currency exchange rate, saudara tak fikir pun pasal negara islam dan nilai eksport kita. Ingat kerajaan saja2 je ke kekalkan polisi mata wang rendah?
BalasPadamOk, kite tengok nilai tukaran mata wang negara2 yg terlibat dgn export kita.
1.00 USD=3.21170 Ringgit Malaysia
1.00 USD=6.78055 China Yuan
1.00 USD=85.4800 Pakistan Rupee
Saya amek 2 negara tu je la dlu untuk bandingan. China tu antara pengimport terbesar kita. Pakistan tu antara pengimport negara islam terbesar kita.
Kalau kerajaan naikkan nilai ringgit, maka harga barang eksport kita akan naik. Memang kita untung, sbb pengimport kita kene bayar lebih. Tapi kesannya sama ada ekport kita akan berkurangan atau pengimport kita rugi dan dorg tak berminat nak import barang dari kita.
Kalau ikut laporan bank negara malaysia, nilai eksport kasar kita menurun 20% untuk suku pertama tahun 2009. Untuk suku pertama tahun 2010, eksport kasar kita meningkat 30.8%. Kalau dalam keadaan eksport kita tak stabil camni, dengan ekonomi dunia & serantau yg baru tgh nak pulih kesan krisis ekonomi dekad ni, tetibe kite naikkan nilai ringgit, itu memang mengundang bencana. Biasanya kalau nak naikkan ringgit, kita buat perbandingan dgn negara2 yg ade trade dgn kita spt China, Japan, US dan lain2.
Kene ingat, kita negara kecik, penduduk tak ramai. Jadi kerajaan mengamalkan dasar ekonomi terbuka, walaupun tak sepenuhnya. Jadi naik turun ekonomi negara kita bergantung kpd faktor luar jgk, spt kemelesetan ekonomi dunia.
Yang kedua cadangan saudara tentang rakyat tak kisah subsidi or tak subsidi, asalkan harga barang murah. 1st skali mana nak dpt kt dunia ni barang harga murah kalau tanpa subsidi?
2nd - kita bukan tgk harga barang utk tahu harga sesuatu barang dalam sesuatu negara tu patut ke tak. Tapi kita tgk Purchasing Power Parity, pariti kuasa beli, then kita tengok inflasi, nak tgk inflasi kte tgk customer price indeks.
Kalau ikut laporan bank negara, ekonomi kita meningkat tahun 2010 sbb peningkatan permintaan domestik, permintaan dalam negara dan bukan peningkatan permintaan luar negara. Ni maksudnya kuasa beli pengguna dalam negara ada peningkatan tapi permintaan luar negara, eksport kita masih lagi perlahan. Siap ade keluar surat khabar isu ekport negara kita.
Jadi dalam keadaan peningkatan hutang negara kita yg tinggi, pertumbuhan KDNK yg hanya 3% setahun, peningkatan permintaan domestik & masalah nilai eksport yg masih rendah, mmg patutla kerajaan kurangkan subsidi, kurangkan belanja kerajaan. Najib naikkan harga pun die tgk barang apa yg naik permintaan. Sifir yg mudah, permintaan naik, harga pun naik la. Jadi kalau ade kesan inflasi pun or kenaikan indeks harga pengguna, tak kesan mane lah, tambah najib naik skit2.
Yg last, cadangan saudara tu tak masuk akal. Saudara hanya pandang dari 1 perspektif, pada saudara, naikkan nilai ringgit, maka tak perlu subsidi, harga barang akan murah. Satu bendala saudara kene tahu, Malaysia ni antara negara umat islam yg maju kt dunia. Kalo kerajaan naik nilai ringgit bodoh2 camtu je, penyangak mata wang tak pernah duduk diam, so tunggu2 je la jd target dorg. Ape yg lebih baik utk dibuat bukanlah naikkan nilai ringgit tapi pembangunan fiskal kite rendah. Ini kekayaan kosmetik. Yg boleh kita buat, guna cara panjang, tak boleh guna cara pendek. Allahu'alam
1.Itu sebab jangan guna currency exchange. Duduk bincang baik2 dengan negara China dan Pakistan untuk guna dinar emas. Tak praktikal? Kita yang menjadikannya tidak praktikal.
BalasPadam2. Nak membangunkan fiskal? Hapuskan riba kerana riba hanya pandai buat duit bukan barangan. Hapuskan riba di bank2, di pasaran saham yang berselindung di sebalik istilah pembiyaan, bon sukuk mahupun amanah saham. Tak praktikal? Kita yang menjadikannya begitu.
3.Kita terlalu "ribut"kan benda yang bukan fundamental. Bertelagah pasal pelbagai teori kapitalis, mmg tidak akan selesai. Fundamnetal sudah tidak betul, selesai macam mana pun tetap bersifat penyelesaian jangka pendek sbb otak orang kapitalis mmg begitu dan mereka suka kita jadi begitu.
saya sokong pendapat dziauddin. semoga diberkati Allah.
BalasPadamselepas membaca, saya buat keputusan hasbullah dan dziauddin berada di pihak benar.
BalasPadam