test

Selasa, 19 Oktober 2010

Pelaburan Silver (Perak) Yang Cair

Apabila harga logam perak naik, ke tahap USD 24 satu troy aun, Maka ramailah yang mula nampak bahawa perak adalah satu pelaburan yang baik, kenaikannya tinggi berbanding emas.

Nisbah harga perak masih terlalu rendah berbanding emas.
Kalau kini sekilo perak lebih kurang 20 gram emas, Ianya tidak mustahil untuk sekilo perak setara dengan 40 gram emas.


Namun terdapat satu masalah, dimana ramai orang menganggap logam perak tidaklah secair emas.

Ia tidak boleh dipajak, dan sukar dijual.

Ia menjadikan tahap kecairan logam perak begitu rendah.
Sekira anda menyimpan jongkong logam perak di rumah, ianya hanya menjadi simpanan yang beku.

Ya, harganya akan naik, tetapi begitu sukar untuk dijual.

Apatah pula kalau jenama jongkong itu tidaklah sepopular mana. Mungkin ianya popular hanya di Malaysia.

Jadi, untuk mendapatkan tahap kecairan perak yang tinggi, ianya perlulah popular. Dikenali serata dunia.

Anda boleh mendapatkan logam perak yang murah, tetapi ianya mungkin tidak cair.

Jadi anda yang tentukan sendiri. Samada.

  • Mahukan logam perak yang murah tetapi tidak cair.
atau
  • Mahukan logam perak yang sedikit mahal tetapi cair.

Selain dirham Kerajaan Kelantan, Logam perak yang boleh dikatakan cair ialah Syiling 1oz Jenama terkemuka.

Di Malaysia, anda boleh membeli Syiling American Silver Eagles 1oz, daripada Nubex.

Ataupun, syiling Silver Maple Leaf 1oz daripada Nubex.

Maka terpulanglah kepada anda, samada untuk memilih logam perak yang cair, atau murah.
Adalah lebih selamat jika ia diseimbangkan.

Walaupun potensi logam perak adalah amat-amat tinggi, namun anda adalah digalakkan untuk tidak tamak.

Anda boleh menggunakan Silver Maple Leaf 1oz untuk diinfakkan ke Ikhwanul Muslimin yang sering membantu Gaza.

Namun, sekiranya anda masih baru dalam memahami emas dan perak, anda dicadangkan untuk memiliki emas yang secukupnya, sebelum melangkah ke arah perak.

5 comments:

  1. good artikel. tahniah.
    jemput ke www.auraurum.com

    BalasPadam
  2. Hi,

    Macamana nak jual perak ? Saya ada beberapa keping silver eagle dari arwah father saya. Selain tukar sesama collecter, ada cara lain ?

    BalasPadam
  3. ya, saya pun mahu bertanya soalan yang sama. macam mana nak jual perak ni

    BalasPadam
  4. Memang ada peniaga yang buyback silver Maple & Eagle.

    Sekarang ni saya ambil pada harga RM 130

    BalasPadam
  5. Saya ada 10 cigarette cases 925 Sterling Silver jumlah beratnya 1.7kg untuk dijual kepada sesiapa yang berminat. Semuanya ada Hallmark dari Birmingham & Sheffield Assay Offices England.
    Juga 1 rantai tangan dari Shanthi Jewellers Chennai juga 925 Silver seberat 167.5gm.
    Yang terakhir 1 cigarette case seberat 148.2gm 375 Gold (Suasa) dari ASPREY London & Hallmark oleh London Assay Office.
    Sila hubungi saya di 0172678166 atau email ke
    Salam.

    BalasPadam

Google+ Hasbullah Pit