test

Selasa, 14 Disember 2010

Kertas Dinar Iraq

Ramai yang bertanya saya tentang dinar iraq. Saya tidak begitu layan "pelaburan" wang kertas, kerana wang kertas ringgit juga mempunyai risiko.


Risiko cukai inflasi, risiko kebergantungan kepada Bank Negara.

Jadi, menyimpan dinar iraq, juga satu risiko, apatah "legal tender"nya dikeluarkan oleh satu kerajaan boneka penjajah.

Antara "selling point" penjual kertas dinar iraq adalah dengan menunjukkan carta perbezaan tukaran dinar iraq sebelum perang dengan selepas perang. Kononnya, dinar iraq sekarang terlalu dibawah nilai, dan akan naik.

Namun, dinar iraq Saddam, adalah bergantung pada Bank pusat Saddam, manakala Dinar iraq yang baru, dalaah bergantung kepada bank pusat kerajaan boneka penjajah Amerika.

Ramai yang sedia maklum, bahawa wang kertas adalah alat penjajahan. Rakyat boleh ditarik hidung untuk bekerja demi kertas. Begitu juga situasinya di Malaysia, ramai jadi hamba bank.

Situasi yang berlaku di Iraq, boleh di samakan dengan penjajahan Jepun terhadap Tanah Melayu.

Bila Jepun jajah, kertas Inggeris tak laku. Hanya duit daun pisang yang laku, itupun dicetak sesuka hati sehingga tiada nilai. Kemudian Jepun kalah dan datang pula Inggeris dengan kertas yang baru.

Jadi untuk mengelakkan risiko kehilangan nilai apabila berlakunya penjajahan, maka simpan nilai dalam emas.
Bukan suruh melabur dan merempit tamak untuk kaya.

Pembeli dinar iraq, harus faham bahawa, kertas Dinar Iraq dan Kertas Dinar Kerajaan Boneka Penjajah Amerika adalah berbeza. Cuma namanya sama.
Mereka tidak guna nama yang berbeza, seperti "Iraqi Ringgit atau Iraqi Dollar"

Namun ianya berbeza.
.
Saya telah membaca sepintas lalu Laporan Bank Pusat Iraq, menunjukkan rizab emas adalh terlalu sedikit, ianya dipetik dalam IQD, jadi saya tak berapa nampak berapa banyakkan emas yang ada.
Atau pungkin emas sudah dibawa lari oleh penjajah Amerika.

Jadi mana mungkin ianya boleh "naik" seperti sebelum perang. Kerana ianya berbeza. Bekalan Matawang juga berbeza.

Jadi andaikata, ianya "diapungkan" sekalipun, ianya memang boleh naik, tapi tidaklah banyak, mungkin pada kadar 10-20% setahun berbanding kertas lain.

Jika anda merisikokan diri anda untuk mendapatkan keuntungan, maka lakukanlah dengan bijak.

Kadar tukaran semasa RM dgn IQD adalah  IQD 1000= RM 2.60
 Maka, IQD 10k, sepatutnya RM 26
dan IQD 25k, sepatutnya RM 65

Jika anda beli IQD 25k pada harga RM 80, ianya sudah umpama membeli emas pada 23% above spot.
Jika ianya dibeli pada harga RM 170,00 , ianya sudah 160% terlebih nilai.


Tak perlu ada risiko tambahan 160% untuk kertas yang legal tendernya dikeluarkan oleh kerajaan boneka Amerika.
Potensi kenaikkannya, sekiranya ada (berbanding kertas ringgit), mungkin hanya 20% dalam 2 tahun.

18 comments:

  1. Salam Bro,mohon izin utk copy artikel ni..sy kn link kan blog ni..

    BalasPadam
  2. salam bro,
    diorang ada emas hitam rite?
    itu yg 'hot' & bole sampai perang2 pada zaman sekarang.. so itu sandaran for IQD for this meantime..
    but still Emas ketul is the best laa...
    meletop dinar kertas, beli dinar emas...

    BalasPadam
  3. "Jadi untuk mengelakkan risiko kehilangan nilai apabila berlakunya penjajahan, maka simpan nilai dalam emas.Bukan suruh melabur dan merempit tamak untuk kaya."-- ayat ni mmg power khususnya ditujukan kpd agen2 emas seluruh negara. Mereka sewenang-wenangnya menggunakan perkataan dinar untuk mengaut untung perniagaan emas mereka.

    BalasPadam
  4. info yang bagus, baru tahu risiko bahaya wang kertas.

    BalasPadam
  5. good info..ada duit beli emas.
    http://bit.ly/fAdcaz

    BalasPadam
  6. Cari bermacam-macam informasi terkini berkaitan dengan teknologi, perisian, komputer, pelaburan, kenderaan, peralatan mudah-alih, pengetahuan umum dan segalanya di http://kendrabing.com

    Anda juga boleh mengambil kesempatan untuk mempromosikan hasil penulisan di blog anda di Kendra Bing tanpa had asalkan terma dan syarat dipatuhi.

    * Buatan Malaysia untuk orang Malaysia.

    BalasPadam
  7. Minat juga syilling emas ni, pelaburan yang bagus.

    BalasPadam
  8. Salam..
    Bila terbaca artikel saudara, barulah saya sedar saya telah melakukan kesilapan dengan membeli Dinar Iraq 55k dengan harga RM460. Walaupun mungkin sedikit nilainya, saya rasa telah tertipu dengan maklumat yang salah saya terima.
    Terima kasih, info dari saudara amat bermakna buat saya.

    BalasPadam
  9. Saya menjual Dinar Iraq Paling Hampir dengan harga Spot,
    Ingatlah wahai pemilik IQD..Pelaburan IQD bukan reality dalam pada masa ketika ini..ianya pada masa akan datang..seiring dengan pembangunan Negara Iraq..
    Pada masa ini..pelaburan yang benar2 Reality..adalah Emas...

    BalasPadam
  10. saya berminat dgn pelaburan emas tetapi janganlah lupa ada hisabnya juga. kalau tidak kita akan dibakar dgn bara emas di akhirat...saya beli emas yg dipakai tk perlu zakat emas.

    BalasPadam
  11. hoi kalau taknak beli dinar iraqi tak payah la cerita mcm2. kau ingat beli emas tu untung sangat ke??? fikirkan dahulu sebelum keluarkan buah fikiran tu. ini perbandingannya......

    contoh:-
    harga emas pasaran 999.99 rm 160 belian tahun lepas anggaran, harga semasa thn ni rm 167. kalau nak jual siapa nak ambil dengan harga rm 167 ???. paling tinggi rm 155. kau untung ke ??? berapa tahun kau nak simpan ??? 10 thn 20 thn ???. jika 1000g kau simpan cukup waktu, zakatnya berapa kau kena bayar ??? lain la kalau tak bayar zakat, itu pun untung ciput kalau 1 gram kau untung rm 5, sebab tolak pokok dan zakat, jangan lihat untung sajam, lihatlah modalnya sekali. Kalau kau beli IQD, kau akan membantu negara islam untuk membangun secara tak langsung kau dapat keuntungan jika negara itu pulih ekonominya..... baca sejarah dunia, buat kesimpulan dan engkau akan faham bagaimana orang bijak melabur......

    BalasPadam
  12. salam...
    pd saya, kita ikut saje lah hadith nabi, simpan emas dan perak sebenar. Dan jika kena zakat pun, ianya utk umat Islam juga. Perhatikan keadaan umat Islam di sekitar kita dulu, tolong apa yg patut kemudia barulah ke peringkat global...just my 2 cents...

    BalasPadam
  13. salam... izin copy ya,

    BalasPadam
  14. anda membuat kesilapan yang besar.walaupun rizab emas terlalu sedikit tetapi kita kena inagt iraq mempunyai harta yang berharga dalam perut bumi...dengan pengeluaran minyak kdua terbesar dunia amat tidak mustahir nilai wang dinar iraq melonjak.........sebenar Allah memeberi banyak nikmat kepada negara islam antara minyak ...........boleh di katakan semua negara islam mempunyai hasil minyak di perut bumi.

    bagi saya harga dinar akan melonjak........dan kita kena ingat umat islam akam memerintah dunia pada suatu masa nanti ....dan tak mustahir harga dinar akan meleonjak lebih tinggi

    BalasPadam
  15. :) Dinar Iraq ada potensi wahai penulis... Ianya pelaburan jangka panjang.. RV pasti akan berlaku. Study betul2 pasal dinar Iraq barulah mengeluarkan kenyataan

    BalasPadam
  16. Saya menyokong penuh IQD.Motivasi positif kepada penyimpan IQD: Teruslah bersemangat menunggu RV..sambil tu buatlah satu benchmark iaitu RV vs ayam jantan bertelur. Mana lagi cepat..dan bincangkan serta update kepada semua pelabur-pelabur bakal jutawan. Ya kita semua bakal jutawan..

    BalasPadam

Google+ Hasbullah Pit