test

Isnin, 11 Januari 2010

Salahkah Air Teh O dinaikkan 10 sen kalau pelanggan bersetuju?

Salahkah air teh O dinaikkan 10 sen kalau pelanggan dan peniaga saling bersetuju dengan harga yang dinaikkan?


Daripada sumber Malaysiakini:Peniaga di KT naikkan harga minuman
Timbalan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDKK) Terengganu, Abdul Ghani Harun berkata peniaga beberapa kedai makan, warung dan restoran itu dikesan menaikkan harga minuman bergula sehingga 10 sen secawan.

"Setakat ini 10 kes kenaikan harga minuman dikesan. Kesemua peniaga terlibat akan dikenakan tindakan lanjut sama ada didakwa di mahkamah atau dikenakan kompaun.

Seandainya sesebuah kedai makan, memaklumkan kepada pelanggannya apabila memesan teh O.

Pelanggan: "Teh-O satu"
Peniaga: "Teh O sekarang RM 1"
Pelanggan: "OK"

Aspek yang amat penting dalam urusniaga jual beli ialah persetujuan harga.
Teh-O RM 1, atau teh-O RM 2 atau RM 10 sekalipun, tidak menjadi soal kalau pelanggan bersetuju dengan harga,

Pelanggan biasa di sesuatu kedai makan, tahu harga lama, dia hanya perlu dimaklumkan tentang kenaikan harga.
Kalau dia bersetuju, tak ada apa-apa. Kalau tak bersetuju, pesanlah air lain atau minum di kedai lain.

Akan tetapi kompaun dikenakan hanya kerana ahrga dinaikkan, TANPA mengira samada pelanngan bersetuju dengan harga itu atau pelanggan dimaklumkan tentang harga itu atau tidak.

Maka cadangan saya, kepada KPDNKK supaya perlu ditanya secara rawak pelanggan dikedai makan yang harga dinaikkan itu samada mereka bersetuju atau tidak.

3 comments:

  1. hahaha lawak betoi. nak dakwa salah apa? ada akta ke kata teh tarik minuman kawalan? hehehe rasannya negara republik rakyat cina pun tak buat mcm ni hehehe. kadang2 bila kerajaan nak tunjuk depa prihatin mcm ni le. peniaga besar dapat untung harga gula naik tapi peniaga kecik kena jual teh tarik ikut harga lama hahahaha

    BalasPadam
  2. Masalahnya mamak ni selalu ambik kesempatan utk naik harga. sorry laa para mamak, duit aku bukan rezeki korang

    BalasPadam
  3. hmm.. btul.. aku makan kat mamak pn da mahal.. bengang tol la....

    BalasPadam

Google+ Hasbullah Pit