Dalam artikel itu, kelihatan seolah-olah melarang menjual beli emas, kerana ianya tidak sepatutnya dijadikan komoditi.
Ianya agak meragukan, kerana pada zaman sebelum khalifah Malik bin Marwan, Dinar dan Dirham tidak diikat nilaiiannya. Juga wujud kisah dimana perak naik harga berbanding emas.
Penetapan nilai emas dengan perak, juga menjadi punca berakhirnya bimetalism di Amerika Syarikat. Baca Crime of 73
Bayangkan, apabila perak dijumpai, kerajaan berasa rugi? pelik punya manusia.
Adakah pengikatan nilai emas dan perak adalah sesuatu yang betul?
Mungkin Ya, bagi tempoh tertentu sahaja.
Ia memang boleh berubah-rubah tetapi tidak lari jauh. Ia akan balik asal juga.
Cartanya adalah lebih kurang harga minyak dunia dalam emas.
pi mai pi mai tang tu.
Ianya tidak seperti carta harga emas dalam dollar.
Perkara yang mushkil samada dibenarkan atau tidak emas dan perak boleh dikomoditikan atau tidak, biarlah menjadi persoalan yang tak selesai-selesai.
Maka apa yang penting ialah mencari titik persamaan.
Apabila bicara soal perdagangan matawang, maka perlu ingat bahawa wujud beberapa zaman berbeza.
Zaman wang komoditi sebelum wang kertas dicipta.
Zaman fulus, wang kertas yang kononnya disandarkan pada komoditi.
Zaman fiat, 1970 ke atas.
Pada zaman wang komoditi, nilai emas dan perak walaupun diperdagangkan, ianya tidak mendatangkan masalah besar.
Konsepnya ringkas, siapa banyak emas perak dia kaya.
Apabila terciptanya fulus, wang kertas yang kononnya boleh ditebus dengan emas atau perak, ianya adalah punca masalah sekarang. kertas dicetak berlebih sedikit daripada emas dan perak dalam simpanan. Bukan semua orang nak tebus serentak.
Zaman wang fiat, semua orang sudah tidak boleh tebus emas perak di Bank pusat.
Ada sesiapa sini pernah pergi Bank Negara, bawa RM 1500 untuk ditebuskan dengan emas?
Boleh?
Apabila wujud usaha untuk mengembalikan matawang kepada emas dan perak, maka kesalahan perdagangan matawang kertas juga diperturunkan kepada emas dan perak.
Bagi saya ini kurang adil.
Dalam dunia hari ini, masih wujud perdagangan emas dan perak secara maya. kononnya ada emas.
Enjin yang dikatakan ada pun tiada, inikan pula emas.
Kenaikan harga emas mendadak berbanding duit fiat adalah akibat daripada terbongkarnya konspirasi-konspirasi jahat.
Jika semua emas dan perak diperdagang secara nyata dan fizikal, ia tidak akan jadi turun naik.
Yang membuatkan ianya emas turun naik adalah disebabkan oleh harga yang dipetik dalam USD, kemudian ditukar lagi ke RM.
Namun, Nisbah emas dengan perak tiada perubahan besar.
Bila emas naik, perak naik.
Bila emas turun, perak turun.
Yang sebenarnya kertas itu yang turun naik.
Jadi apa yang jelas ditegaskan sebagai larangan oleh Ustaz Zaharuddin ialah spekulatif dan leveraging.
Satu perkara yang saya bersetuju dengan Ustaz Zaharuddin ialah emas sepatutnya bukan pelaburan, mungkin ramai tak bersetuju.
Memang fungsi emas adalah menyimpan nilai.
Meletupkah, terbakarkah, perang kah, nilai pada emas itu tetap ada.
Maka dalam situasi ekonomi sebegini memang tidak yakin untuk menyimpan hasil titik peluh dalam kertas, melainkan anda beriman pada Bank Negara.
Berkali-kali saya katakan bahawa emas adalah penyimpan nilai, mengekalkan kekayaan jika ada.
Di bawah adalah persoalan pada ruangan ulasan di laman web Ustaz Zaharuddin:
Bagaimana pula simpan emas utk tujuan lain. Cth simpan emas utk pergi haji, utk membiayai pengajian anak2 kelak.
Bukankah islam dah menetapkan bahawa setiap emas yang disimpan apabila cukup nisab dan haulnya maka ia dikenakan zakat.
UZAR : semua simpanan emas yang bukan untuk tujuan spekualsi beli jual, beli jual , beli jual..ia diharuskan.
Tujuan2 beberapa jumlah emas bagi tujuan di atas, adalah diharuskan sebagaimana para ulama mengharuskan simpnan makanan asasi untuk tempoh setahun dilakukan oleh individu bagi tujuan protection diri sendiri. Bukan atas sebab simpan secara ihtikar (hoarding)
Jawapan Ustaz di atas menunjukkan dibolehkan menyimpan emas, malah mengkaitkannya dengan "tempoh setahun" dan juga "protection".
Perlu diingatkan bahawa dalam soal emas ini, niat hendaklah betul. Jangan tamak "hendak jadi kaya dengan pelaburan emas".
Suasana ekonomi negara, dengan wujudnya penciptaan wang berleluasa, sehinggakan jumlah wang dalam kitaran adalah 16 kali ganda berbanding 1982. Maka setiap ketua keluarga perlu melindungkan tanggungannya dengan menyimpan emas. Samada nilaiannya bersamaan 1 tahun perbelanjaan atau kurang atau lebih. Yang pentng mesti ada.
Tetapi daripada mana ketua keluarga dapatkan emas? Daripada kedai emas yang mengikuti harga FGJAM (kecik darah). Atau pergi bank negara tebus emas daripada kertas yang ada?.
Pusing-pusing balik, tempat yang sesuai untuk membeli emas adalah Public Gold juga. Tetapi bagaimana ejen Public Gold nak jual kalau tak boleh "beli jual, beli jual , beli jual" ?
Yang tidak boleh, hanyalah spekulasi, bukan proses beli dan jual.
Jadi adakah tidak boleh jual Dinar atau Bar kerana ianya matawang?
Maka perkara dibawah masih boleh diperdebatkan lagi
UZAR : Soalan yang bagus, emas yang tidak dibentuk jadi perhiasan 'in nature' adalah matawang sama ada belum dijadikan matawang atau sedang. Itu yang sepatutnya difahami, khususnya bagi penyokong2 pengembalian dinar emas.
Ulasan yang baik untuk difikirkan. Islam membenarkan berbeza pendapat.
BalasPadamhmm, aku pon target nk invest emas thn ni. ntah laa pandangan masing2
BalasPadamDinar dan fiat tidak akan sama sistemnya walaupun di andaikan boleh diperbetulkan. Ini kerana sistem dinar adalah natural regulation sedangkan sistem fiat adalah human regulation. Ia berfungsi dan berkesan selama mana manusia itu jujur dan tidak tamak. Bukankah sistem fiat itu regulasinya sudah betul suatu ketika dahulu dan bagaimana keadaannya sekarang? Amat menyedihkan....tidak mungkin sama antara keduanya..percayalah kepada kekuasaan Allah yang menciptakan..
BalasPadamMatjoe:
BalasPadamguna "simpan" bukannya "invest"
apa yang aku dapat info drpd ustaz yg lain,
BalasPadamsimpan Dinar buat masa ini. Akan tiba masa ianya akan digunapakai, masa tu baru lah kita keluarkan semua simpanan Dinar kita.
saya nak tanya Ustaz Uzar dalam artikel
BalasPadamhttp://www.zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/908-forex-trader-perosak-a-islamkah-matawang-emas-.html
tapi maybe soalan saya panjang sangat kot...tp saya rasa kita boleh bincangkan disini...
Minta pandangan rakan-rakan..
Q1 .modal permulaan saya RM10,000.00
kemudian saya beli emas dengan harga RM10,000 (emas harga diskaun 1.5%) - (emas bercampur - dinar emas, jonkong & perhiasan)
Berapakah jumlah keuntungan perniagaan yang boleh saya ambil daripada perniagaan saya...
i. kalau saya jual RM 10,000 saya tiada untung...(siapa yang nak meniaga kalau tiada untung) plus ++ saya kena keluar kos, minyak ..telefon..masa...usaha untuk menjual dll....
ii. sekiranya saya jual dengan harga lebih sedikit nanti saya di katakan makan riba..(sebab ia emas)..
dan 'ia tersasar dari falsafah matawang yang digariskan oleh Imam Al-Ghazzali, dan majority ilmuan Islam' sepertimana yang Ustaz nyatakan dalam artikel..
Q2 : salahkah sekiranya emas tersebut (RM10k) saya gadaikan untuk mendapat modal bagi membeli emas lagi.. saya membayar upah simpan kepada Bank menggunakan konsep Islam Arrahnu..proses ini saya ulang-ulang bagi menambah stok emas saya
Ia bagi menambah stok saya... perniagaan harus berkembang... pada masa yang sama emas-emas yang disimpan Arrahnu akan ditebus sekiranya ada pihak yang berhajat ke atas emas saya...
(dan tentulah saya akan menjualnya apabila harga emas naik) tak kan saya nak jual kalau saya rugi...
Q3 : Apakah Hukumnya pendapatan saya berniaga kambing... saya menjadi peraih kambing...saya mendapat stok 10 ekor kambing dengan harga RM 600 seekor daripada seorang pembekal di Sunway ... kemudian saya ambil kambing tersebut dan membuat marketing yang akhirnya saya dapat jual kesemua kambing tersebut semula kepada pihak ketiga yang tinggal di Kajang dengan harga RM 650 seekor (jumlah RM 6500)...pada hari yang sama...kerana dia hendak buat korban...adakah haram perniagaan saya.dan adakah saya makan hasil riba...
Q4. Saya kemudian ingin mengembangkan perniagaan kambing saya.... oleh itu. ..keuntungan dan modal RM 6500 tadi kemudian saya beli emas... bagi menyimpan modal...kemudian emas-emas tersebut saya gadaikan untuk mendapatkan wang bagi membeli(meraih) kambing-kambing lagi....
sementara menunggu kambing-kambing tersebut dijual...terdapat individu yang ingin membeli emas saya yang sedang di pajak di Arrahnu...oleh kerana nilai emas tersebut meningkat 20% (berdasarkan wang fiat) saya pon bersetuju menjual emas tersebut...wang yang diberi oleh pembeli saya gunakan untuk menebus emas itu semula... dan emas itu diserahkan kepada pembeli...pada masa yang sama saya memperoleh keuntungan wang (20% kenaikan harga emas) dan kambing-kambing tersebut kekal milik saya....
POHON PANDANGAN IKHLAS ...dan harap ia tidak disandarkan berdasarkan sentimen..ia penting bagi menentukan hala tuju perniagaan saya...