test

Jumaat, 27 Ogos 2010

Sistem Petty Cash Dirham

Bagaimana sesuatu kedai runcit atau pasar mini atau pasaraya menerima dirham?

Kalau kedai runcit milik perseorangan, memang mudah.
Boleh dikatakan semua duit di situ "bapak dia punya"

Namun apabila melibatkan kedai yang mempunyai banyak 'POS' , bagaimana mahu terima dirham.

Adakalanya sesuatu syarikat mengamalkan "semua kutipan jualan hendaklah didepositkan kedalam bank".

Tetapi dirham sudah bercampur dengan dirham dan menyebabkan tidak semua kutipan jualan boleh didepositkan didalam bank.

Jadi apa penyelesaiannya?

Wujudkan satu "Petty Cash Dirham", dimana pengiraannya masih dalam ringgit, walaupun kandungannya bercampur dengan dirham.

(contoh tong "Petty Cash Dirham")




Andakata Pasaraya Sejati mempunyai 3 POS.

Maka wujudkan 1 "petty Cash Dirham", contoh, dalamnya ada Wang kertas RM 260.

Penjualan di POS adalah seperti biasa,menerima wang kertas ringgit.
Andakata ada pembeli yang membayar guna dirham. Pada tukaran 1 dirham = RM 13.
Di POS, tetap anggap ianya terima sebagai "tunai"

Jurujual perlu "drop" duit kutipan sebelum menutup POS.
Namun tidak perlu campur wang kertas dengan dirham.
Jurujual perlu menukar wang dirham dengan penjaga "Petty Cash Dirham" supaya mendapatkan wang kertas, untuk di'drop'kan.

Maka hanya dalam petty cash dirham akan ada campuran wang dirham dan wang kertas.
Namun sebagai pengiraan perakaunan, ianya kekal dalam kiraan RM.

Pasaraya, boleh menyediakan perkhidmatan menukar wang kertas kepada dirham, untuk mendapatkan wang kertas untuk dibayar kepada pembekal.

Andaikata ada pembekal yang menerima dirham, maka boleh guna wang dirham dalam petty cash itu untuk membayar terus kepada pembekal.

Tetapi pelanggan tidak dibenarkan untuk menukar wang dirham kepada wang kertas.
Sebaliknya, menerima apabila pelanggan membeli barangan.

Maka wujud urusniaga jual beli barangan disitu.


Wang dirham pada Petty Cash dirham juga boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan seperti alat tulis, plastik dan sebagainya sekiranya ada peniaga lain yang membekalkan keperluan itu.

Jadi, penerimaan dirham di premis perniagaan akan meningkatkan kesetiaan pelanggan (customer loyalty).

Sebagai contoh, Pasaraya Bandar Baru, yang memberi kupon mata ganjaran setelah berbelanja lebih RM 30, boleh menukar kupon itu kepada 1 dirham. Dimana dirham itu boleh digunakan untuk berbelanja dikedai itu juga, sekiranya pesaing tidak menerima dirham.

Selain daripada Kaedah "Sistem Petty Cash Dirham". Kaedah yang sama boleh digunakan bagi peruncit yang ada simpan stok syiling. Anggap sahajalah 1dirham itu sebagai 1 bungkus syiling RM 13.


Selain daripada bidang peruncitan, Klinik swasta juga boleh menerima dirham.
Klinik swasta biasanya tiada masalah "cash flow", kerana banyak hasil pendapatan adalah daripada "khidmat nasihat". Maka doktor boleh simpan terus dirham sebagai pendapatannya dan berbelanja menggunakan dirham di tempat lain.

Andakata doktor Klinik swasta itu rajin bersedekah. Dia boleh bersedekah menggunakan dirham.
Andaikata penerima itu tidak tahu kemana hendak digunakan.
maka jawap "Kalau sakit demam selsema, boleh dapatkan ubat di klinik saya guna dirham".

Seandainya banyak klinik di Merlimau menerima Dirham, maka orang kebanyakan pun boleh mudah bersedekah menggunakan dirham. Ianya umpama "insurance" ketika sakit.

5 comments:

  1. Saya amat setuju dengan penggunaan dirham untuk menggantikan ringgit tapi pada pendapat saya harga dirham masih terlalu tinggi berbanding dengan harga perak pasaran.
    Harga dirham RM 15, harga per gram 15/2.975 = RM 5 per gram. Saya boleh beli US silver eagle lebih kurang RM90, berat perak asli 1 troy ounce(31.1gram); harga per gram 90/31.1g= RM 2.89. Dan juga saya pun boleh dapatkan silver rounds yang beratnya 1/10 TroyOz(3.1gram) dengan harga USD 2.76/RM8.66,harga per gram RM2.79. Dari saya beli dirham baik saya beli 1/10 Oz silver rounds tu.Kandungan perak pun lebih kurang sama tapi harga jauh lebih murah.
    Saya yakin jikalau harga dirham itu sendiri lebih dekat dengan harga pasaran perak, lebih ramai yang akan pakai dirham untuk urusan jual beli.

    BalasPadam
  2. Tuan Sebol,

    Secara teorinya OK, cuma tong petty cash tu takder yg power sket ker?

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama on 2010 Ogos 30 14:03 :

    Masalah tu memang dah dikenal pasti,
    Tapi kerana itu dirham perlu dibelanjakan dan tidak diperap.

    Harga dirham RM 13, harga per gram 13/2.975 = RM 4.3 per gram.

    Jangan beli dirham untuk disimpan atau "investment".

    Tapi beli dirham untuk dibelanjakan,
    atau diberikan percuma pada yang memerlukan.
    atau diberikan percuma ketika salam kaut kennduri kahwin.

    Dinar pun begitu juga, beli untuk dibelanjakan, bukan disimpan.

    BalasPadam
  4. Abu al Fateh:

    Sebenarnya itulah tong yang bawak dirham drpd kilangnya ke nubex.
    dengan tak tahu malunya saya minta 1 tong.

    BalasPadam
  5. satu cara untuk menyusup ke dalam dominasi wang kertas ialah dengan menjadikan dinar/dirham sebagai asas dalam skim pinjaman mikro kredit oleh kerajaan PR. Peminjam akan sedayaupaya untuk membayar pinjaman dalam m'wang dinar, dan tidak langsung memberi kesan pada harga pasaran dan pembeli mungkin mudah untuk berurusan dengan dinar/dirham.

    BalasPadam

Google+ Hasbullah Pit