test

Sabtu, 26 Jun 2010

Patahnya Momentum Gerakan Benci Judi

Apabila dinyatakan bahawa Judi bolah tidak diberikan lesen, maka patahlah momentum gerakan benci judi, seolah-olah selesai masalah.

Namun, Kedai ekor berleluasa.
Masih banyak lagi "special draw", masih banyak lagi pinjaman berunsurkan riba' untuk kaki judi terus berjudi.
Masih banyak keluarga yang jadi mangsa apabila ibu bapa berjudi.

Di sini saya melihat, ada wujudnya kesilapan strategi pada GMJ, dimana yang difokuskan adalah "Judi Sukan", dan bukannya keseluruhan judi.

Boleh diumpamakan , Kecaman  terhadap serangan ke atas Flotila.
Israel boleh kata, kami sudah tidak serang kapal lagi.
Tapi Gaza Masih dikepung.

Judi Sukan boleh dihapuskan, Tapi Special Draw makin kerap diadakan.

Bukan senang, dalam 50 tahun merdeka, untuk ada momentum benci judi sebegini, namun ia mudah dipatahkan. Hanya kerana, tajuk bantahan itu tidak merangkumi semua judi.

Saya mahukan, supaya tiada lesen kedai nombor tambahan dikeluarkan & Tiada lagi Special Draw.

1 comments:

  1. aku dah apply cuti pd 3 julai ni.member FB pun dah aku ajak turun bantah judi bola...harap ajk GMJ terus jua niat nak buat demo bantah judi ni,tak kira apa judi pun

    BalasPadam

Google+ Hasbullah Pit