test

Rabu, 10 November 2010

Dinar Tanpa Spread

Terdapat satu soalan yang saya ingin jawap

Apa pandangan tuan tentang ada company yang menjual dinar emas tanpa spread. 
Aper perbezaannya

Jawapan saya:


Sememangnya sepatutnya dinar tiada spread. Namun perlu menepati beberapa syarat.
Syaratnya ialah nilaian dinar itu sendiri memang betul-betul rapat dengan spot. Sehingga syarikat yang ingin menempanya terpaksa menjualnya lebih tinggi daripada kosnya.


Ambil contoh situasi hari ini.
Dinar Kelantan : RM 652 (tiada belian balik)
Dinar Public: RM 652  (Belian Balik RM 613)
Dinar Restu/DInar Muslim: RM 623 (Belian balik RM574.x)




Kesemuanya mempunyai spesifikasi sama, iaitu emas 917 4.25g.


Situasi semasa tidak mengizinkan "tiada spread", kerana semuanya berada jauh di atas nilai emas sebenar,
Mengikut kiraan nilaian emas sebenar ketika catatan ini ditulis, bagi 1 dinar adalah
138.18*0.916*4.25=537.93


Namun, dengan membayar hanya RM 538 , tidak akan wujudnya dinar.
Kerana ianya harga emas mentah.


Katakan kos penempaannya sekitar RM 30.
Maka RM 538 + 30 = RM 568.


Bolehlah juga dikatakan harga kos 1 dinar 4.25g ialah RM 568, maka tidak wajar dinar tanpa spread itu adalah RM 652 kerana sudah jauh berbeza.


Jadi, situasi dinar tanpa spread sesuai apabila kerajaan menanggung kos penempaan, sehingga satu tahap dimana apabila sesiapa sahaja menempa dinarnya sendiri, kosnya sudah melebihi harga dinar tanpa spread itu.


Namun, apabila tidak belum wujud kerajaan kerajaan islam yang benar-benar serius tentang dinar dan dirham, maka tugas menampung kos penempaan itu boleh juga ditanggung oleh jemaah islam secara berinfakan.


Konsep sebegini telah dilakukan oleh IMN, dimana WIM tak berapa suka.




Harga emas berubah-rubah, bagaimana mahu Dinar tanpa spread?
Andaikana berlakunya situasi dimana ada beberapa syarikat cuba dinar tanpa spread. Tetapi penempanya adalah syarikat lain.


Contoh:
Syarikat G keluarkan dinar , harga jualan ialah RM 690 , harga kepada penjual lain Syarikat X ialah 670.
Syarikat X boleh menjual dinar tanpa spread pada harga 670.


Akan tetapi kos untuk menempa dinar itu oleh syarikat G adalah kurang daripada 670.


Jadi kewujudan DInar tanpa spread oleh syarikat X, akan membolehkan Syarikat G tempa banyak-banyak dan jual pada syarikat X.


Jadi perlunya satu harga dalam RM, dimana nilaian dinar itu mesti dibawah kos penempaan syarikat G.
Tapi siapa mahu tanggung kos?


Oleh kerana ketidak stabilan wang kertas, maka harga emas turun naik.
Akan tetapi nisbah emas:perak tidaklah begitu berubah berbanding nisbah emas dengan kertas.


Jadi dinar tanpa spread, lebih sesuai dikira dengan tukaran dengan perak.


1 dinar 916 setara dengan berapa dirham?
40? 45? 50? 20? dimana tukarannya tidak berubah dengan cepat.


Ambil contoh Hari ini 1 dinar ialah 45 dirham, agak lama ianya kekal pada nilai tukaran sebegitu sebelum bergerak ke tahap 1 dinar 44 dirham.
Dalam konteks sebegini barulah sesuai dijalankan dinar tanpa spread.


Namun wujud kecacatan nyata dalam sistem dinar Kelantan, dimana tiada langsung dinyatakan berapa nilai tukaran dinar dengan dirham. Yang ada hanyalah tukaran dinar dengan kertas, dan dirham dengan kertas.


Siapa tentukan tukaran dinar dengan dirham Kelantan?
Siapa yang Kerajaan Negeri Kelantan lantik? Sudah diputuskan atau semuanya diserahkan bulat-bulat kepada Kelantan Gold Trade?















8 comments:

  1. "Konsep sebegini telah dilakukan oleh IMN, dimana WIM tak berapa suka."

    Apa tu IMN? Apa tu WIM?

    BalasPadam
  2. IMN = Islamic mint nusantara
    WIM = World Islamic Mint

    BalasPadam
  3. Sepatutnya isu tukaran antara nilai dinar:dirham tidak berbangkit kerana ia berdasarkan nilai Islam yang telah ditetapkan secara rasmi sejak zaman Khalifah Umar Al Khattab.

    Masalah hukum bermuamalat/berjual beli di dalam Islam telah menjelaskan isu emas dan perak ini dengan terperinci.

    Malahan jika berlaku kecetekan ilmu tentang pengurusan dinar/dirham ini mampu menyebabkan seseorang itu mengamalkan riba tanpa disedarinya.

    BalasPadam
  4. Dinar emas tanpa spread sesuai kalau dinar sudah digunakan dalam urusan jualbeli harian dan pada waktu ketika wang fiat sudah lupus. Kalaupun dinar ditukar dengan dirham atau sebaliknya, dirham ditukar untuk dirnar, ianya adalah bertujuan sekadar pertukaran matawang dan bukan untuk tujuan jualbeli mangaut keuntungan. Apapun, saya sudah lihat blog yang menwarkan harga dinar tanpa spread.

    BalasPadam
  5. Sungguh ilmiah! Sangat suka artikel tuan!!
    - TaufanEmas -

    BalasPadam
  6. saya suke!!!!

    http://bit.ly/fkEUv7 http://bit.ly/hRyfiO

    BalasPadam
  7. dinar emas nie kadang2 org pandang mcm xde nilai je kn? tpi hakikatnya ia sgt bernilai..artikal yang sangat berinformasi.. sedikit pertanyaan tuk tuan penulis.. apakah pendapat tuan mengenai Tok Guru Nik Aziz hendak menukarkan mata wang di Kelantan kepada dinar? adakah ia akan mempengaruhi matawang itu tersebut dan secara amnya adakah kewangan negara juga akan terlibat?

    BalasPadam

Google+ Hasbullah Pit