Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2009

Kenapa Abah Sibuk dengan Makanan?

Seorang anak bertanya kepada emaknya, "Mak, Abah nak buka kedai makan kah?" "Kenapa abah asyik sebut makanan?" "Abah nak buka kedai makan kah?" "Entahlah" jawap Fatimah. Namun, Fatimah juga ingin tahu apakah benar suaminya akan membuka kedai makan? Dia mendekati ruang tamu, untuk curi dengar perbualan suaminya itu, namun tidak berapa jelas. kedengaran .... "bla bla bla bihun , " "bla bla bla beras , kopitiam " "bla bla bla " bihun " "bla bla Mee Segera ,  " Mi Celup " ," Telur Rebus ." "bla bla Tempoyak ," Lalu Fatimah ke dapur semula untuk memberitahu anaknya, "Abah kau cerita politik" "Bukannya berniaga"

Adakah Aku Juga Buat Kerja Bodoh dalam PAS?

Masih teringat-ingat petikan tulisan Nik Abduh tentang kerja bodoh dalam PAS. Kali ini dipetik daripada kerja-kerja bodoh dalam PAS bahagian ke 2. Kerja bodoh bukan menolak Unity Government . Kerja bodoh ialah memahamkan maksudnya dengan maksud yang tak benar dengan tujuan yang tak benar di sisi ugama. Sejak dari awal lagi apabila disebut sahaja "Kerajaan Perpaduan", saya terus mengutarakan maksud yang tidak benar. Kerajaan Perpaduan == Menolak Sistem Demokrasi Penjajah Walaupun saya tidak pernah menggambarkan bahawa Kerajaan Perpaduan itu 'masuk BN' atau tubuh kerajaan bersama BN, namun saya telah memahamkan maksudnya dengan maksud yang tidak benar. Maka saya pun buat kerja bodoh juga? Mana mungkin semua orang boleh fahami apa maksud 'Kerajaan Perpaduan' yang difahami oleh Tuan Guru Hadi Awang. Maka tidak hairanlah kalau orang di sekeliling 'ayahanda' juga tidak memahaminya. Saya tidak sangka pula 'Kerajaan Perpaduan' yang...

Selamatkan Maklumat berbahasa Melayu di geocities

Yahoo telah memaklumkan bahawa mereka akan menutup geocities.com. 'Orang lama' seperti saya dan greenboc terhutang budi kepada geocities, di mana di situlah tempat bermain 'homepage'. Di situ juga masih banyak kandungan statik yang berguna. Ianya akan terpadam begitu sahaja apabila Yahoo mematikan geocities. Jadi jika anda penentang PPSMI yang berani mati, inilah peluang untuk menyelamatkan kandungan berbahasa melayu yang masih boleh berguna, supaya ilmu boleh disimpan untuk generasi akan datang. cuba google " site:geocities.com sejarah " mungkin ada maklumat yang anda berguna yang akan hilang dari dunia web setelah akibat dari tindakan Yahoo itu. Apa yang anda boleh buat ialah, kalau ada wget , buat direktori sebagai contoh /home/sebol/arkib $cd /home/sebol/arkib-geocities $wget -r http://www.geocities.com/tokyo/flats/3795/ Ulangi langkah sama di direktori sama tetapi menggunakan alamat laman web lain. Anda juga boleh ulangi langkah ya...

Ulasan "kerja - kerja bodoh dalam pas"

Beberapa hari kebelakangan, tulisan Nik Abduh cukup menimbulkan kontroversi. kerja - kerja bodoh dalam pas Beberapa blogawan menyalin tepeknya tanpa ulasan. Ada blogawan tersohor yang memberikan pautannya kepada saya melalui YM. Namun, mungkin apa yang dibaca itu ditafsirkannya dengan maksud yang berbeza. Saya tidak pasti bahagian mana yang terlalu menarik minat pembaca. Saya hanya meminati bahagian petikan yang dikatakan oleh Tuan Guru Nik Aziz, yang menggambarkan bahawa dia tidak menolak Kerajaan Perpaduan secara bulat. Bagi saya yang sudah lama mentafsir "Kerajaan Perpaduan" sebagai penolakan terhadap sistem demokrasi INggeris, maka bagi saya ianya perkara biasa. Tidak timbul soal melaga-lagakan. petikan menarik .... Selamba saja ayahanda memberi komen. “Ya, jika BN mahu kita bersama, mereka mestilah bersedia memberikan kita jawatan - jawatan yang penting yang kita akan laksanakan program Islam di dalamnya. Berikan Kementerian Kewangan dan Kementerian Pendi...

Hodohnya Demokrasi British Ini

Sistem Demokrasi British yang digunakan di Malaysia ini, akan menyebabkan perebutan calon, di antara calon-calon, malah di antara parti yang membentuk pakatan atau parti gabungan. Bukan pertama kali kerusi di rebut-rebut. Banyak perebutan yang disembunyikan. Parti yang selalu menang seperti BN ketika 90an, akan berebut kerusi di antara sesama parti. Ada juga perebutan kerusi di antara parti. MIC kah MCA kah atau UMNO? Atau Gerakan? Di Pakatan pula, perebutan antara PAS atau PKR atau DAP? Mekanisme apakah yang menentukan siapa bertanding di sesuatu Kerusi? PAS PKR DAP atau UMNO MCA MIC Gerakan PPP? Wujud pula satu senario di mana kerusi itu akan jadi kerusi tradisi. MIC bertanding di situ, sampai bila-bila MIC di situ? PKR di situ, sampai bila-bila kerusi milik PKR kah? Jadi apa mekanisme secara demokratik yang menentukan sesuatu parti dalam pakatan atau parti gabungan bertanding di sesuatu kerusi? Sekadar main tarik tali ketika pembahagian kerusi. Ada pula kerusi...

Penolakan Sistem Demokrasi British Bukan Berakhirnya Ketamadunan Manusia.

Berikut adalah video kempen "Perwakilan Berkadar" di Kanada, di mana rakyat Kanada akan memilih untuk menggunakan sistem Perwakilan Berkadar, jenis "Mixed Member Ppropotional" di Ontario Kanada. Jadi, kepada parang penyokong Sistem Demokrasi Inggeris yang berada dalam PAS atau UMNO atau apa parti sekalipun, ingatlah pesan saya, iaitu: Menolak Sistem Demokrasi British bukanlah berakhirnya Ketamadunan Manusia.

Jed Yoong Meninggalkan Dunia Blog

Emel Jed kepada Susan Loone ... Susan, If you would carry this. . I’ve deleted all my blogs (jedyoong.com/jedyoong.wordpress.com/jedyoong.blogspot.com). I don’t plan to blog in the forseeable future and will concentrating on my law degree. Although recent events like in Perak and the Altantuya trial have made me lose faith in our judiciary, I still believe in the English legal system if it functions properly. Hope you can put a small note so there won’t be a panic in blogosphere. Not that there will be but just to let ppl know that I’ve not been ISAed/etc… Sedih bunyinya. Selama ini, Jed Yoong adalah Jambatan antara dunia blogawan Melayu dengan Dunia blogawan Cina. Jed juga antara blogawan yang melabelkan UMNO sebagai penjaga kepentingan British. Selain saya & Jed rasanya tiada orang lain. Namun Jed percaya sistem British, sekiranya ia berfungsi dengan baik? Penulisan Jed agak menarik apabila dia sering mengkaitkan Tamadun Cina dengan Tamadun Barat. Tak hairan kalau, ...

Realiti Politik Melayu dan India

Politik Melayu dan India mempunyai satu persamaan. Apa dia? Melayu dan India memerlukan pembelaan berdasarkan kaum. Walaupun penyelesaian menyeluruh disediakan dalam bentuk basmi kemiskinan dan sebagainya, 2 kaum ini akan tetap memerlukan sesuatu jenis pembelaan yang spesifik kepada sesuatu kaum. Itu bagi saya satu realiti. Di Malaysia kaum india agak berpecah. MIC, PPP, PKR, DAP, PSM, Kelab Penyokong PAS India, penyokong Datuk Nalla yang keluar PKR dan sebagainya. Sebelum ini India mengharap kepada MIC, namun MIC tidak boleh diharapkan, ianya umpama UMNO bagi bagi Melayu. Kemajuan ekonomi akan menyebabkan sesuatu kaum akan terkeluar daripada memerlukan pembelaan spesifik mengikut kaum. Orang Melayu ada yang sudah keluar daripada memerlukan Pembelaan Melayu begitu juga orang India. Akan tetapi masih ramai lagi orang Melayu dan India yang memerlukan "Bela Nasib orang Melayu", "Bela Nasib orang India". Agenda "Bela Nasib Orang Malaysia" m...

Takut Pertandingan? Masa Untuk Mencuba Perwakilan Berkadar di dalam PAS?

Sejak Akhir ini, banyak ku temu ahli PAS yang anti pertandingan. Suka sangat supaya jangan di adakan pertandingan. Bagaimana demokrasi mahu subur? Daripada mana mereka belajar bahawa pertandingan itu perkara negatif? Dari UMNOkah? Pertandingan dalam UMNO sering dianggap "berpecah" bagi mereka. Seboleh-boleh mereka tidak mahukan pertandingan. Budaya ini meresap pula di dalam PAS. Bagi saya, sindrom takut pertandingan adalah sindrom negatif yang lambat laun merosakkan parti dalam jangka masa panjang. Akan tetapi, pertandingan yang keterlaluan sehingga menjatuhkan seseorang juga negatif. Apa jalan tengah? Memandangkan Idea "Kerajaan Perpaduan" ditolak mentah-mentah oleh ramai ahli PAS, tanpa mengkaji apa itu perwakilan berkadar. Tidak mustahil kalau perwakilan berkadar digunakan di dalam PAS sebagai contoh pertandingan sihat,sebelum ianya di bawa ke politik Negara. Berikut adalah satu contoh penggunaan perwakilan berkadar (sekadar rekaan) ... Se...

Prof Hamirdin nak tujukan lagu "Melaka di Hatiku"

Akhir-akhir ini, Prof Hamirdin , Pemimpin Melaka, bawah sedikit daripada Bendahara Tun Perak, begitu komited memajukan PAS Melaka, Hari ini beliau telah melaungkan " Melaka Tetap Di Hati " . Ungkapan beliau boleh diterjemahkan dalam bentuk lagu. Melaka di Hatiku Jangan menangis bertenanglah Peganglah tanganku dan digenggam erat Ku melindungi dari UMNO yang datang Berhentilah menangis Negeri kecil bertenaga Dalam dakapanku kau tenang dan lena Pertalian kita takkan terputus Berhentilah menangis Melaka dihatiku Melaka dihatiku Hari ini dan selamanya Melaka di hatiku Walau apa katanya Oh... Melaka di hatiku Selamanya Mengertilah apa yang kami rasa Tak berkeyakinan apa yang dikatanya Kami berbeza tapi di hati kami Tiada apa yang berbeza Jangan kau dengar UMNO tak tahu Saling memerlu dan membantu Di suatu masa kutahu Kemenangan akan tiba, kau harus tabah Ku 'kan bersamamu bersabarlah Di suatu masa kutahu Buktikan bersama kau Selaman...

Memalukan! Presiden PAS kata Ahlinya Tidak cukup Membaca

Berkisar tentang "Kerajaan Perpaduan", saya sendiri sudah lama menjangkakan bahawa ianya adalah proses perubahan sistem demokrasi, dan bukannya jenis "Masuk BN". Namun ramai yang anggap sebaliknya, dan kini dilabel sebagai kurang membaca . “Saya melihat masih ramai yang tidak faham tentang kerajaan perpaduan termasuk dikalangan ahli dan pimpinan PAS sendiri, “(mungkin) kerana kesibukkan (mereka) tidak mengetahui istilah-istilah dalam politik, kerana tidak membaca (banyak) buku-buku politik .”katanya di kediaman beliau, disini kelmarin. Apa yang terjadi pada Pesta buku kelmarin, Ianya seolah-olah didominasi orang PAS, ada gerai milik penyokong PAS, ada Ketua Pemuda PAS, ada Mursyidul Am PAS. Yang tiada hanya Bendera sahaja. Rasanya tidak adil kalau ahli PAS dilabel kurang membaca. Walaubagaimanapun memang wujud ahli PAS yang tidak suka membaca. Apa yang saya mampu lakukan sebagai ahli PAS peringkat bawah untuk memupuk budaya membaca? Di Peringkat Cawang...

Hasil Tangkapan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009

Mudin ada hasil tangkapan , maka saya pun ada juga. Ada hasil tangkapan yang dibeli, ada hasil tangkapan percuma. VCD PKS & ISA adalah percuma, setelah membeli 3 buah buku daripada gerai Riduan Mohamad Noor. Di gerai Brunei, saya beli 2 buku, buku berkenaan Nasionalisme, ada cerita sedikit tentang penolakan menyertai Malaysia. Satu lagi buku ialah berkenaan Matawang yang digunakan di nusantara sebelum kita semua ditipu oleh kertas. Terdapat juga propaganda kerajaan yang saya ambil percuma. Pakej 60 bilion itu hanya ucapan pembentangan Najib sahaja, dia tak cerita pun mana datangnya 60 bilion itu . "Penjelasan Isu Pembentukan Kerajaan Baru Perak" adalah bahan bukti, bahawa BN telah menggunakan wang rakyat iaitu melalui Kementerian Penerangan untuk tujuak politik kepartian. Dipendekkan cerita, semua buku itu dibeli ada kaitan dengan revolusi. Revolusi Dinar Dirham. Revolusi lawan Israel. Revolusi Nasionalisme Baru. Banyak benda perlu dikaji dulu...

Sistem Pengangkutan Melaka Berbanding Acheh

Berikut adalah gambar sistem pengangkutan acheh, gambar milik Ida . Usah tertipu, di Acheh beca bermotornya tidak dipandu oleh 'Gadis Asing dari seberang'. 'Gadis asing dari seberang' itu hanya tumpang ambil gambar. Walaubagaimanapun, sistem beca menggunakan motosikal itu agak praktikal, dimana ia boleh membawa penumpang pada kadar rendah. Di Negeri Melaka pun ada beca, menggunakan basikal yang dikayuh, akan tetapi ianya bukanlah untuk pengangkutan, ianya hanya sesuai untuk pelancong bersiar-siar. Kadar yang dikenakan agak tinggi, kera kenaikan harga tenaga kinetik yang dihasilkan penarik beca. Penarik beca di Melaka pula banyak menghabiskan masanya menunggu penumpang, berbanding mengangkut penumpang. Di Melaka dan Negeri lain, juga terdapat teksi yang kebiasaannya mahal. Pemandu teksi bukanlah golongan kaya, tetapi cuba mendapatkan saki baki pelanggan yang masih lagi mempunyai duit. Agak biasa kita  lihat di mana-mana perhentian bas, dimana pelanggan ...

Akta keselamatan Dalam Negeri (AKDN) Bunuh Pejuang Melayu.... KEJAM!

Dengar lagu ini, di nyanyikan oleh Amin Iskandar (Black), Lagu berkenaan Dr Burhanuddin Al-Helmy .... Dr Burhanuddin Al-Helmy ketika penghujung hayatnya ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (AKDN), Sila mainkan lagu di bawah selepas tamatnya lagu di atas dimainkan. Atas sebab apa Dr Burhanuddin Al Helmy di tanah di bawah AKDN? Beliau telah menentang keras pembentukan Malaysia,  1963 Apa untungnya Kerajaan Perikatan nak menubuhkan "Malaysia" juga? Bukankah Malaya sudah "Merdeka"? Mengapa mesti dihumban Dr Burhanuddin Al-Helmy hanya kerana menentang pembentukan Malaysia? Kepentingan siapa yang hendak dijaga? Kalau Sarawak tidak masuk dalam Malaysia, belum tentu Shell masih boleh menggali minyak di Miri. Inggeris mahu bekas jajahannya duduk dalam satu negara supaya mereka masih lagi memperolehi bahan mentah yang diperlukan. Dr Burhanuddin Al-Helmy dihumban ke AKDN, demi Inggeris. Setelah dia keluar daripada Tahanan Akta Keselamatan...

Ceramah YB Khalid Samad & Aminuddin Jalil di As Solihin Merlimau 24 April 2009

Ceramah isu semasa akan diadakan pada 24 april 2009 , Jam 9 malam bertempat di As Solihin Merlimau Melaka . Penceramah: YB Khalid Samad , Ahli Parlimen Shah Alam dan Saudara Aminuddin Jalil, Ketua Pemuda PAS Kawasan Jasin. Anda di Jemput hadir. Lihat peta artistik ke As Solihi n jika anda datang melalui lebuh Raya Utara Selatan atau Lebuh AMJ.

PAS perlu Tolak Demokrasi Inggeris

Memang sudahku jangka, pasti ramai orang PAS yang menolak "Kerajaan Perpaduan" bunyinya menyerupai "masuk BN". Namun, adakah orang PAS yang menolak kerajaan Perpaduan itu sayang pada British umpama Hisyamuddin? Sehingga merelakan Sistem Demokrasi British kekal sehingga hari ini? Saya pasti tidak. Kalau nak ubah sistem demokrasi, bagi saya tidak boleh guna perkataan "Kerajaan Perpaduan". Akan tetapi, ianya hendaklah dilakukan atas semangat anti Penjajah. Saya pasti ramai orang PAS anti penjajah. Jadi sebarang usul untuk mengubah demokrasi mestilah mebut nama penjajah yang kita benci itu, supaya kebencian itu akan merubah demokrasi. Usul PAS cawangan Sempang yang yang akan saya sampaikan (Kalau kawan-kawan saya bersetuju) ialah. Mengusulkan kepada PAS Pusat supaya menolak sistem demokrasi Penjajah British kepada sistem demokrasi sendiri yang mungkin berasaskan "Perwakilan Nisbah" (Propotional Represtation) seperti yang dilakukan d...

Adakah Perdana Menteri mempunyai kuasa untuk membubarkan sebuah Kementerian?

Najib Razak, selaku Perdana Menteri, telah membubarkan Kementerian Usahawan dan Koperasi dengan hanya tidak mengumumkan ketiadaan Menteri itu ketika melantik Menteri-menteri Kabinetnya. Adakah sememangnya seorang perdana Menteri mempunyai kuasa untuk membubarkan sesebuah kementerian tanpa perlu mendapat persetujuan Kabinet? Adakah sememangnya Perdana Menteri mempunyai kuasa sebegitu? Alamatnya Malaysia dalam bahaya, kerana hanya dengan persetujuan seorang sahaja, mana-mana kementerian boleh dibubarkan. Naik sahaja seseorang menjadi Perdana Menteri, dia berkuasa untuk membubarkan semua Kementerian. Adakah itu Malaysia yang kita mahu? Ketika Kabinet dibentuk, sudah pasti tiada mesyuarat kabinet yang diadakan kerana mereka sedang dilantik. Bagi saya adalah tidak wajar membubarkan sesuatu Kementerian tanpa sebarang mesyuarat. Takkanlah tiada ada seorang pun Ahli Kabinet yang tidak bersetuju tentang pembubaran itu. Begitulah nasib Malaysia apabila Perdana Menteri terlalu ber...

Peta ke As Solihin Merlimau

இனிய தமிழ் புத்தாண்டு நல்வாழ்த்துக்கள்

இனிய தமிழ் புத்தாண்டு நல்வாழ்த்துக்கள் Selamat Tahun baru விரோதி  (Virodhi)   diucapkan kepada semua. Satu lagi bentuk kalendar perlu di kaji. Bodohnya aku, sudah bertahun hidup, hari ini baru tahu wujudnya kalendar tamil. Kalendar Tamil adalah berasaskan matahari, jadi penentuan tahun barunya tiada kena mengena dengan fasa bulan. 21 mac adaah tahun baru "Astronomi" , tetapi Tahun baru tamil akan jatuh pada antara 13 atau 14 april setiap tahun. Satu keunikan kalendar tamil ialah dia tidak menggunakan nombor, tetapi menggunakan perkataan bagi nama tahun. Ianya berkitar setiap 60 tahun.

Agensi di bawah MeCD akan jadi seperti Facebook?

Ramai yang mempersoalkan ke mana perginya agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, adakah ia akan dikorbankan? Itu kerisauan yang timbul. Saya tidak risau langsung tentang itu, saya yakin ia akan terus wujud tetapi duduk di bawah kementerian lain. Sudah terang lagi bersuluh bahawa MARA dan Tekun akan diletakkan "Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah" atau nama lain "Kementerian UMNO". Kementerian yang buat kerja untuk UMNO. Kalau dulu, menurut Pakdi, terdapat juga usahawan yang bukan UMNO mendapat manfaatnya, kelak tidak pasti apa akan jadi. Bayangkanlah, untuk menerima pinjaman Tekun, diadakan majlis khas UMNO seolah-olah peminjam itu mendapat duit percuma . Petikan daripada blog YB Ghazale, ADUN Serkam: "Ini memandangkan bidang perniagaan merupakan bidang yang boleh diceburi oleh sesiapa saja,” katanya berucap di Majlis Penyampaian Cek Tekun kepada 13 penerima di Kompleks Japerun Serkam , di sini hari ini. Hadir sa...

Penentuan Hari Easter Mengikut Kalendar Hijrah dan Tahun Kewangan PETRONAS

Damian menyiarkan ucapan Lim Guan Eng sempena hari easter . Bagaimana menentukan hari easter? Hari easter ditentukan menggunakan kalendar masehi dan juga bergantung kepada bulan. Ianya tidak tetap pada kalendar masehi sahaja seperti Krismas yang hanya tetap pada 25 Disember. Ianya lebih kurang dengan Tahun baru cina, dimana ia ditentukan juga oleh bulan selain daripada matahari. Jadi bila hari Easter? Mengikut formula yang saya baru reka, hari Easter jatuh pada: Hari ahad pertama, selepas 14 haribulan satu bulan Hijrah, selepas 10 hari sebelum bermulanya Tahun Kewangan PETRONAS.

Dapat Surat dari KPDN: Isu Persetujuan Harga Kedai Makan

Hari ini saya dapat surat daripada KPDN, Ianya tiada kaitan dengan perletakan jawatan Shahrir Samad atau perlantikan Menteri KPDN yang baru. Sebelum itu, saya ingin bertanya kepada anda, pernahkah membaca catatan ini? Wujudkah persetujuan jual beli di kedai makan orang Islam? Sekiranya belum, anda perlu membacanya sebelum terus membaca catatan ini. Pada lebih kurang seminggu yang lalu, saya telah makan di satu kedai makan di Merlimau. Tidak perlulah saya perincikan secara spesifik tentang kedai itu. Sudah menjadi kebiasaan, saya akan meminta menu, kerana di menulah letakkanya penawaran tentang apa yang dijual berserta dengan harga yang mereka tawarkan. Nasi X RM 2.00 Nasi Y RM 3.00 Air X RM 1.00 Air Y RM 1.40 Disebabkan kedai makan banyak yang tiada tanda harga, maka menu lah tempat di mana pelanggan melihat harga yang ditawarkan oleh peniaga. Tanda harga di dinding mungkin tidak kelihatan di sesetengah lokasi meja dan sukar diubah sekiranya berlaku perubahan...

Kabinat Najib = Pesta Kurniaan Jawatan TImbalan Menteri

Kecil Sangatkah Kabinet Najib? "Komunikasi" dipindahkan daripada "Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi" ke "Kementerian penerangan, komunikasi, kesenian dan kebudayaan". Menteri "Tenaga Air dan Komunikasi" dapat tambahan "teknologi hijau" menjadi "Menteri tenaga, teknologi hijau dan air". Akan tetapi pada masa yang sama ada "Alam Sekitar" pada "Menteri sumber asli dan alam sekitar ". Pada masa yang sama pula ada  "Menteri sains, teknologi dan inovasi". Menteri mana yang benar-benar nak bangunkan teknologi hijau? Seperti yang dulu, masih Kementerian Pelajaran masih terpisah Kementerian Pengajian Tinggi. Angkasanuri pasti masih pening berurusan dua kementerian berbeza. Jauh lagi untuk realisasikan "Kementerian Pendidikan dan Penyelidikan" . Pemisahan "Sains Teknologi dan Inovasi" dengan Pendidikan boleh diibaratkan satu niat jahat untuk memisahkan kegiatan ber...

Toyota Avanza, Nissan Grand Livina, Proton Exora

Untuk 'relax' Di Kedahlanie, tersiar gambar untuk membanding saiz kereta Toyota Avanza, Nissan Grand Livina dan Proton Exora . Now You Can Compare EXORA between LIVINA & AVANZA ~ KLIK THIS PICTURE ~ Anda boleh klik gambar diatas untuk membandingkannya. Namun agak sukar untuk membanding panjang kenderaan jika disusun sebegitu. Siapa peduli sangat tinggi bumbung kenderaan tersebut? Oleh itu, untuk membanding panjang 3 kenderaan itu, Sila klik pada gambar di bawah. Diambil dari gambar asal yang tersiar di Kedahlanie, tetapi anda boleh bandingkan panjang kenderaan itu.

Nizar Hanya Menang 2789 majoriti

Kalau dulu PAS menang di Kuala Terengganu dengan majoriti 3 ribu, memang menang, tetapi undi Cina merosot. Apapun tetap telah menang. Tetapi tidak boleh mendabik dada di atas kemenangan itu. Kali ini di Bukit Gantang, menang majoriti 2789, memang meningkat berbanding dulu. Tetapi saya secara peribadi memang mengharapkan majariti lebih kurang 6000-7000. Namun undi Melayu merosot daripada 47% kepada 43%. sesuatu yang agak membimbangkan. Jadi Dr Dzul terpaksalah memikirkan bagaimana meningkatkan undi Melayu. Siapa orang PAS yang pakar meningkatkan Undi Melayu? Kalau di Melaka, DUN yang paling meningkat sekali 'undi Melayu' ialah DUN Serkam. Pakar peningkatan Undi Melayu PAS ialah Fauzi Maelah?

Keputusan Rasmi Pilihanraya Kecil Bukit Gantang P059

Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS) :21,860 Ismail Safian (BN) : 19,071 Kamarul Ramizu Idris (Bebas) :62 (Hilang deposit) Undi rosak: 456 Majoriti: 2,789 Jumlah undian: 41,449 Jumlah Pengundi: 55,562 Peratus Keluar Mengundi :  74.5995464526114970 % ------ Sebagai perbandingan PRU12 Jumlah Pengundi: 55,471 Peratusan Kaum: M: 63.48% C: 26.77% I: 9.71% L: 0.04% 1. Roslan Shaharum (Pas) (20,015) 2. M. Murganan (Bebas) (872) 3. Datuk Seri Azim Mohd. Zabidi (BN) (18,449) Majoriti: 1,566 Jumlah undi: 40,187 Peratus mengundi: 72.45% Undi rosak: 851 ------ Tak rasmi setakat ini. (9pm) PAS - 20929 BN - 17646 Bebas - 60 Rosak - 345 Majoriti - 3283 Jumlah Saluran Menang - 57 Jumlah UPU Menang - 16 -- Rasmi setakat ini... PAS - 18,881 BN - 15,859 Majoriti - 3,022

Cerita F1 sikit

Tahun ini F1 agak pelik bagi saya kerana hanya tengok pusingan kelayakan tetapi tidak tengok pusingan akhir. Saya sudah meramalkan hari akan hujan pada hari perlumbaan, berdasarkan hujan lebat pada pusingan kelayakan. Umar pula tidak mahu pergi kerana sudah pergi. Seronok juga berbual-bual dengan golongan muda yang berniaga di parkir C2. Tercari-cari juga kalau-kalau ada dijual cenderamata  Brawn GP, namun tidak kelihatan. Hujan lebat pada hari perlumbaan agak menarik, FIA sudah boleh mengkaji, supaya pemandu F1 berlumba sampan sekiranya perlumbaan dihentikan akibat dari hujan lebat.

Hasrat Kongres Orang Asli SeMalaysia yang PERTAMA telah punah.

Saya baru jumpa, surat yang didedahkan oleh pihak tertentu kononnya terdapat salah guna kuasa sebanyak RM 30,000 oleh kerajaan PR Perak. Maka saya terjumpa satu penjelasan oleh 'Jason Ling' berkenaan isu itu . Ngeh bukan sorok-sorok tentang RM 30k itu, dia sendiri sudah maklumkan kepada masyarakat orang asli pada pertemuan 31 Januari bersama orang asli. Kongres yang akan diadakan adalan  Kongres Orang Asli satu Malaysia, bukan kongres orang asli Perak sahaja. Maksudnya ada yang datang daripada negeri lain. Sepatutnya itu peruntukan itu datang daripada kerajaan persekutuan,bukannya kerajaan negeri Perak. Maka, saya terjemahkan sebahagian daripada penjelasan Jason ling : Kerana kalau dibiarkan dalam Bahasa Inggeris, ianya tidak tersebar meluas. ---mula---- Tang mana Menteri Besar Ir Dato Seri Mohd Nizar Jamaluddin dan Dato 'Ngeh Korup? Saya terpaksa untuk menjawap tuduhan oleh Taha Hamzah pada salah satu ceramah di Bkt Gantang. Tuduhan yang juga diterbit...

Gambar Kereta Polis Terbalik di Bukit Gantang... bersama Nizar

.1ɐʇıdsoɥ ǝʞ ʇnqǝsɹǝʇ ɐsbuɐɯ ɹɐʇuɐɥbuǝɯ ɐʎɐdns sı1od uɐbuo1oʇɹǝd ɐʇuıɯǝɯ uɐp sɐʇuı1n1ɐ1 1ɐʍɐbuǝɯ ʞnʇun sı1od ʞɐɥıd ɐɯɐsɐظɹǝʞ uoɥoɯǝɯ uɐp sı1od ɐʇǝɹǝʞ ɥɐnqǝs uɐɥɐuǝɯ ɥɐ1ǝʇ ɹɐzıu ظɥ .uɐbuo1oʇɹǝd ıɹǝqɯǝɯ ʞnʇun ɹɐn1ǝʞ nɹn1ǝɯ snɹǝʇ uɐp ɐʇǝɹǝʞ uɐʞıʇuǝɥbuǝɯ ɐʎunpuɐɯǝd ɐʇuıɯǝɯ ɹɐzıu ظɥ .uo1ɐɔ ɐʇǝɹǝʞ uɐdɐpɐɥıp nʞɐ1ɹǝq nʇı uɐıpɐظǝʞ .uɐbuo1oʇɹǝd ıɹǝqɯǝɯ ɐduɐʇ ıɹıp uɐʞıɹɐ1ǝɯ snɹǝʇ buɐʎ ɐʇǝɹǝʞ ɥɐnqǝs ɥǝ1o ɹɐbbuɐ1ıp 1ɐʞısoʇoɯ ɥɐnqǝs .buɐʇuɐb ʇıʞnq ıp ɥɐɯɐɹǝɔ ʇɐdɯǝʇ ɐdɐɹǝqǝq ǝʞ nظnuǝɯ uo1ɐɔ uɐbuoqɯoɹ ɐʞıʇǝʞ buıdıɐʇ 'buɐdɯıs ıp ɐʇǝɹǝʞ ɥɐnqǝs uɐbuǝp 1ɐʞısoʇoɯ buɐbbunuǝd uɐʞʇıqɐqɯǝɯ buɐʎ 1ıɔǝʞ uɐbuɐ1ɐɯǝʞ nʇɐs nʞɐ1ɹǝq

Gosip G20: Isteri Siapa paling Bergaya?

Prof Hamirdin menulis tentang, salah satu sebab Anwar tidak menjadi PM ketika dia masih UMNO, ialah kerana isterinya bertudung. Tidak pakai rambut palsu. Zaman itu, belum ada fesyen tudung Ekin, tudung shawl , tudung dubai dan sebagainya Kita singgah sebentar melihat para Isteri pemimpin G20. Siapa yang paling bergaya? Dalam ramai-ramai wanita pertama bagi negara masing-masing. Puan Emine Erdoganlah satu-satunya wanita pertama, yang bertudung. Suatu ketika dulu, negaranya dilarang bagi wanita islam melakai tudung. Ada sesiapa nak berniaga "Tudung Erdogan" selepas ini?

Dana Wakaf Surau SMK Rosly Dhoby

Ustaz Rosly Dhoby, di catatan blognya memohon pengunjung untuk menyumpang Dana pembinaan penambahbesaran surau di SMK Rosly Dhoby .... Diharapkan lebih ramai yang berminat untuk menyumbang kepada dana surau SMK Rosli Dhoby yang dibina secara konsep ta'awun dan gotong-royong tanpa mengharap bantuan kerajaan maupun orang politik... Sehingga kini usaha pembinaan pembinaan telah dimulakan. Kepada pengunjung blog ini yang mungkin mahu menanam sumbangan khairat dan mempermudahkan lagi proses pembinaan ini bolehlan menghulurkan sumbangan melalui akaun berikut NAMA AKAUN : BADAN AGAMA ISLAM (BADAI). NAMA BANK : CIMB ISLAMIK BANK. NO AKAUN : 1107-0000476-20-4.

Persidangan G20 ada babak Cemas

1.1 trilion USD dikatakan ada diperuntukkan untuk 'membantu' negara miskin. 'Membantu' apanya kalau ianya dalam bentuk pinjaman. Selepas diperbincangkan dengan 1.1 trilion, dibincangkan pula 400 tan emas milik IMF untuk dijual. Saya agak cemas juga, apabila dikatakan 403 tan emas IMF, tentu harga emas akan jatuh akibat daripada lambakan emas di pasaran. Adakah emas akan jatuh terduduk, sepeti ditekan teruk ketika 90an? Namun terdapat artikel di marketwatch.com yang disiarkan di gata.org, bahawa emas itu tidak akan dijual kepada umum. A reporter actually gets it: IMF gold will never hit market . Presiden Indonesia, yang di harapkan supaya pro kepada emas, balik awal pula disebabkan Pemilu 09. Kejayaan Susilo yang terbesar ketika G20 adalan berjaya mengajak Obama ke Indonesia . Agak hairan juga bagaimana orang Malaysia yang biasanya ego, sering merendahkan rakyat Indonesia dengan panggilan 'Indon', rupanya Malaysia tidak G20 pun. di Sidang G20, ...

Persidangan G20 Membosankan

Tiada apa yang terlalu baru diperbincangkan di persidangan G20 di kota London. Obama dan Brown  dengan pakej rangsangannya. Peranchis dan Jerman mahu perketatkan peraturan. Persoalan matawang seolah-olah diketepikan daripada persiangan G20. Che Det pula ada seminar berasingan di London untuk menhentam matawang. Pendemontrasi dari perlbagai jenis demonstrasi melakukan demonstrasi. 1 orang sudah terkorban. Ada yang Anarki Ada yang pro alam sekitar Ada yang anti perang Ada yang bawa bendera Palestin. Ada Bank kena pecah. Tengok gambar di sini Mana polis British? Polis British di Malaysia sudah jumpa jalan pulang balik ke London? Gambar Unit Simpanan British sedang mencari Jalan Pulang ke London. "Boss, macam mana kita nak balik London" "Anarki , Sosialis sudah merusuh, pecahkan Bank" "Kita nak balik lalu mana bos?" "Jalan Laut belum jumpa lagi kah?" "Tumpang Hamilton tak bolehkah boss?

Tarian Kebudayaan Orang Cina menurut persepsi Zahid..

menurut Zahid Hamidi "Di kawasan saya, saya bukan memenangi hati orang Cina dengan tarian panas begini. Tetapi kita mesti hormat, ini adalah satu kebudayaan orang Cina ." oooo Begitukah rupanya tariah yang menjadi kebudayaan kaum Cina?

Ali Rustam Masih Mampu Menjadi Penentang British dan Belanda No 1.

Hanya Ali Rustam sahaja yang sibuk dengan Jambatan Melaka Dumai. Hanya Ali Rustam sahaja yang sibuk dengan DMDI (Dunia Melayu Dunia Islam). Walaupun Ali Rustam itu partinya berlainan dengan saya, namun saya menyokong pembinaan Jambatan Melaka ke Dumai, dan menyokong DMDI. Sekiranya Ali Rustam tidak berkuasa lagi dalam Melaka, maka mungkin idea Jambatan ke Dumai akan tenggelam. Maka, Ali Rustam masih diperlukan untuk meneruskan cita-cita membina Jambatan ke Dumai, walaupun di luar UMNO, walaupun tidak di tampuk kuasa. Saya menyokong jambatan ke Dumai, adalah kerana ia menjadi satu asas kukuh menentang perjanjian Inggeris Belanda 1824. Jambatan ke Dumai, seolah-olah membatalkan perjanjian Inggeris Belanda itu. Walaupun 2 hujung jambatan itu dijajah oleh penjajah yang berasingan, tidak semestinya ia tidak mampu disambung oleh kita. Oleh itu Ali Rustam perlu selesaikan dahulu masalah rasuah, dengan meminta dirinya disiasat,dibicara dan dihukum, dipenjara . Selepas menjalan...

Emperialisme dan Empayar - Hishamudin Rais

Di bawah ini saya siarkan satu artikel oleh Hishamudin Rais , seorang pejuang anti kapitalisme. Di artikel itu dia menceritakan bagaimana penjajahan itu dikaitkan denganm kapitalisme. Saya siarkannya di sini bukan bererti saya menyokong sosialisme secara bulat, tetapi saya menolak kolonialisme secara bulat. Emperialisme dan Empayar - Hishamudin Rais Duit ringgit , modal dan harta kekayaan tidak berbangsa dan tidak beragama. Duit ringgit tidak mengenal sempadan. Keuntungan maksima tidak bersunat dan tidak pernah mandi berhadas. Kapitalisma tidak memiliki semangat nasionalisma, tidak berbahasa dan tidak pernah ada semangat patriotisma. Modal yang mencari untung tidak memiliki cinta, kaseh dan sayang. Modal tidak mengenal manusia atau binatang. Apa dapat di jual – akan di jual. Apa dapat dibeli – akan dibeli. Beli murah dan jual mahal. Untung memastikan keuntungan maksima. Apa yang saya tulis diatas adalah sifat-sifat dan ciri-ciri asli modal. Modal memiliki watak ganas untu...