Sebelum itu, saya ingin bertanya kepada anda, pernahkah membaca catatan ini?
Wujudkah persetujuan jual beli di kedai makan orang Islam?
Sekiranya belum, anda perlu membacanya sebelum terus membaca catatan ini.
Pada lebih kurang seminggu yang lalu, saya telah makan di satu kedai makan di Merlimau.
Tidak perlulah saya perincikan secara spesifik tentang kedai itu.
Sudah menjadi kebiasaan, saya akan meminta menu, kerana di menulah letakkanya penawaran tentang apa yang dijual berserta dengan harga yang mereka tawarkan.
Nasi X RM 2.00
Nasi Y RM 3.00
Air X RM 1.00
Air Y RM 1.40
Disebabkan kedai makan banyak yang tiada tanda harga, maka menu lah tempat di mana pelanggan melihat harga yang ditawarkan oleh peniaga.
Tanda harga di dinding mungkin tidak kelihatan di sesetengah lokasi meja dan sukar diubah sekiranya berlaku perubahan harga.
Namun satu perkara berlaku, Ketika selesai makan, apabila pekedai mengira jumlah keseluruhan, ianya cukup berbeza dengan harga yang dipaparkan pada menu. Dalam erti kata lain, ia lebih mahal daripada yang ditawarkan di menu.
Soal mahal atau murah itu perkara kedua.
Saya tidak kisah kalau membeli Nasi goreng pada harga RM 20, kalau saya bersetuju dengan harga itu ketika memesan makanan.
Maka saya bertanya kepada juruwang kedai itu tentang harga yang berbeza. Namun jawapan yang diberikan ialah "Itu Menu lama" dan tidak memulangkan baki berbezaan harga yang dikira dengan harga berdasarkan menu. Pada masa yang sama juruwang itu dalam keadaan sedar bahawa pelanggan telah merujuk pada harga pada menu.
Maka setelah berfikir beberapa hari, maka saya memutuskan untuk membuat laporan kepada KPDN,
Maka, langkah merujuk harga pada menu, tidak mampu untuk membuatkan sesuatu urusniaga itu sah. Pelanggan perlukan langkah tambahan untuk bertanya pada pelayan "Adakah harga itu yang digunakan"?
Sesuatu yang tidak masuk akal sekiranya kita membeli barang di kedai runcit atau pasaraya untuk bertanya "Adakah harga pada tanda harga ini digunakan untuk urusniaga?"
Ada sesiapa sini yang pernah tanya pelayan restoran, setiap kali menu diberikan anda bertanya "Adakah harga ini digunakan"?.
Bayangkan kalau harga di menu menunjukkan harga RM 2.00 bagi nasi lemak, tetapi setelah 'dikira' harga nasi lemak itu ialah...
Maka langkah yang dilakukan oleh saya untuk membuat laporan ke KPDN adalah bukan "dengki", tetapi satu langkah untuk mengubah budaya keseluruhan sektor "Kedai makan Melayu Islam" , supaya pelanggan diberi peluang untuk "bersetuju dengan harga" sebelum membuat pesanan.
kemungkaran ketika jual beli..
BalasPadamapakah jenis rezeki yang pekedai itu terima selama ini agaknya...
Well Done!
BalasPadamNampaknya penyakit spin ni sampai melarat ke kedai makan. KPDN mesti tangani segera.
BalasPadamSyabas tuan kerana membongkar!
Twenty-six , Jed & Nasirudin Anjud,
BalasPadamSaya tidak menuduh kedai itu menipu, tetapi terikut-ikut budaya kebiasaan kedai makan yang mana "harga yang dikira oleh pekedai selepas makan" adalah penentu.
Budaya/kebiasaan itu yang menyebabkan pelanggan tertipu.
Yang perlu diubah ialah bukan kedai itu satu sahaja, tetapi keseluruhan sektor kedai makan, dan budaya pelanggannya sekali.
Kali pertama dan terakhir dapatkah membantu ?
BalasPadamTapi kesian pada pelanggan yang lain.
Terutama pelancong dalam negeri.
Contoh kedai mee kari yang terkenal di ipoh,langsung apa pun tak ada.
menu tak ada,tanda harga didinding pun tak ada.
Darah tinggi border-line.
Merungut dengan anak bini sepanjang perjalanan pulang.
Terbayang perbezaan harga dapat digunakan untuk keperluan lain.
Kesudahannya mengambil keputusan tidak akan singgah kedai itu sampai bila walaupun sedap tak terkira.
Kalau disebarkan pada member sekitar Ipoh takut berdosa pulak.
Entahlah !
Yamaha Y80
Kedai mamak pun patut dibongkar...
BalasPadamhari-hari makan lauk yang sama pun harga berbeza.
yang dah berkomputer pun salah kira..terutama bila makan secara berkumpulan , semak balik resit!! tiba-tiba tersesat pulak dalam resit naan tandoori takpun tosai masala...pernah alami???
satu tindakan proaktif yg bijak!
BalasPadamini baru kedai makan
BalasPadambelum ambil kira perkhidmatan teksi
asyik menipu saja
patutlah susah sangat nak berjaya
tu pasal biasanya setelah buat order dan makanan sampai aje
BalasPadambiasanya aku terus bayar walaupun belum makan
kurang2 puas hati dengan kualiti yang ada
kalau harga yang di kira lebih rendah dari menu bagaimana?kalau tawke kedai silap kira lalu harga jadi rendah bagaimana pula?ada kah anda akan buat laporan pujian pula?atau ajak kawan kawan makan di situ?atau tolong promote?tahukah anda brapa kos papan tanda harga yang sedap mata memandang?takan nak tukar harga macam kat bursa saham,harga barang hari hari berubah...kebanyakan semakin naik..lain lah kedai yahudi yang sememang nya mahal..tak bising pulak..tak timbul pasal apa2 isu agama pun...pikir lah sebelum cakap..orang kita ni memang PHD dengan kedai bangsa sendiri...kesian
BalasPadamTanpa Nama on 2010 Februari 22 09:16
BalasPadamSebab itu dalam jual beli, harga, dan juga wang baki perlu disebut & diketahui dua belah pihak.
"Bakinya 4.50".
"Eh! kamu silap kira ni" (pulangkan seringgit)