test

Isnin, 20 April 2009

Memalukan! Presiden PAS kata Ahlinya Tidak cukup Membaca

Berkisar tentang "Kerajaan Perpaduan", saya sendiri sudah lama menjangkakan bahawa ianya adalah proses perubahan sistem demokrasi, dan bukannya jenis "Masuk BN".

Namun ramai yang anggap sebaliknya, dan kini dilabel sebagai kurang membaca.

“Saya melihat masih ramai yang tidak faham tentang kerajaan perpaduan termasuk dikalangan ahli dan pimpinan PAS sendiri,

“(mungkin) kerana kesibukkan (mereka) tidak mengetahui istilah-istilah dalam politik, kerana tidak membaca (banyak) buku-buku politik.”katanya di kediaman beliau, disini kelmarin.
Apa yang terjadi pada Pesta buku kelmarin, Ianya seolah-olah didominasi orang PAS, ada gerai milik penyokong PAS, ada Ketua Pemuda PAS, ada Mursyidul Am PAS. Yang tiada hanya Bendera sahaja.

Rasanya tidak adil kalau ahli PAS dilabel kurang membaca.

Walaubagaimanapun memang wujud ahli PAS yang tidak suka membaca.

Apa yang saya mampu lakukan sebagai ahli PAS peringkat bawah untuk memupuk budaya membaca?
Di Peringkat Cawangan, bolehlah, saya perbanyakkan buku di Baitul Hikmah Sempang.

Namun, yang mengatakan bahawa Ahli PAS kurang membaca itu adalah Presiden PAS. Yang cukup berkuasa untuk mengarahkan setiap kawasan mempunyai perpustakaan sendiri. Tetapi perkara sebegitu tidak berlaku.


Sang Aduka Taruna tertunggu-tunggu penjelasan TGHA tentang "Kerajaan Perpaduan" namun apa yang dia dapat ialah label "kurang membaca", sama macam saya juga.

Saya tidak menolak secara bulat "Kerajaan Perpaduan" kerana saya sudah nampak ianya adalah mengubah sistem demokrasi.

Baiklah, saya terima sahajalah label "Kurang Membaca" oleh Tuan Presiden, saya mengaku saya belum sempat baca buku "Islam dan Demokrasi" tulisan TGHA walaupun telah lama membelinya.



Pada muka surat 76 buku itu ada tertulis tentang "Perwakilan Berkadar" , di blog ini, saya ada menggunakan istilah "Perwakilan Nisbah".


13 comments:

  1. betul apa tuan presiden kata tu... kurang membaca. bukan langsung tak membaca... saya pun ngaku saya kurang membaca...

    BalasPadam
  2. Kita ni memang bangsa yang susah nak ditegur ..di puji ok.

    BalasPadam
  3. Salam,

    Setuju kalau dikatakan kurang membaca. cth kitab yang di beli untuk kuliah maghrib-isyak memang tak pernah di bukak kecuali ketika sessi kuliah berkenaan.

    Al-Quran? samalah juga i.e. ketika kuliah al-quran, lepas tuh tutup dan seminggu lagi baru bukan. Alhamdullilah, ada juga kat masjid kawan ni tadarus al-quran selepas suboh tiap-tiap hari (i.e. imam baca, dan kita orang ikut + baca maknanya...... program membudayakan al-quran lah katakan....) kecuali jika ada kuliah suboh.

    BalasPadam
  4. sebol,

    Saya fikir konsep "Kerajaan Menanti" - Waiting Government yang disebut dalam ucapan dasar almarhum Presiden yang lalu pun masih belum ramai yang faham.

    Apatah lagi konsep baru macam kerajaan perpaduan. Apakah perbezaannya dengan kerajaan campuran dsb. Apakah bezanya dengan konsep BN yang sedia ada ini.

    Kalau semua ahli PAS rajin membelek semua koleksi ucapan dasar Presiden PAS dari dulu sampai ke hari ini, kita akan nampak pelbagai idea yang jauh ke hadapan.

    Cuma kitalah, yang ahli PAS ni kadang-kadang lambat sgt nak garap apa yang pimpinan dah sebut.

    Pakdi
    http://pakdi.my

    BalasPadam
  5. Saya setuju teguran Datuk Seri Presiden tersebut, wahyu yang pertama Allah turunkan juga adalah Iqra' iaitu Bacalah.

    Sebagai gerakan Islam semua ahli kena main peranan tingkatkan ilmu pengetahuan, kerana Ilmu adalah senjata yang paling berharga. Nak dapat mana ilmu kalau tak membaca?

    Ulama'-ulama' muktabar, pejuang-pejuang gerakan Islam dahulu boleh menghasilkan kitab untuk rujukan hingga ke hari ini. Mana mungkin hasilkan kitab tanpa ada rujukan iaitu dengan membaca. Hanya Al-Quran sahaja kitab yang turun sebiji dari Allah SWT tanpa perlu rujukan, kerana itu wahyu Allah.

    lain-lain kitab nak hasilkan perlu ada rujukan, sekali lagi mana nak dapat rujukan kalau tak membaca.

    BalasPadam
  6. salam.
    spt yg saya katakan pd komen yg lepas, idea TGHA mmg terlalu jauh kehadapan. dh dpt teguran harap2 selepas ni ahli2 PAS perlu rajin membaca, jgn jadi terlalu sengal utk paham apa yg TGHA katakan.

    kpd yg sengal nk cuba lawan tu harap pikir balik.

    BalasPadam
  7. mana bleh kata cmtu..lu punya pandangan..lu punya gagasan...lu ler bagi kupasan/point....contoh ckgu matematik tnya apa benda tu trigonometry?...budak2 jwb xtau..bley ke tuduh bdk2 mlas membaca....ilmu Allah sgt luas..mustahil semua benda tahu semua..mcm TGHA pn..kalau tnya lebih2 pasal biologi..mau menelingkup bro tu...pun bagaimanawalau...kealiman TGHA dlm babnya tak dapatlah den nak sangkal...alim dia menurut nisbah/kadar yg di tetapkan Allah swt...

    BalasPadam
  8. lebi parah , naib presiden pun kurang membaca !! ahli bawahan takyah cakap laaaaa...

    BalasPadam
  9. AHLI BAWAHAN PAS MEMANG KURANG BACA, MEREKA LEBIH GEMAR MENDENGAR SAHAJA

    BalasPadam
  10. Ahli-ahli PAS, baca seruan aku di sini:

    http://mudin001.com/2009/04/21/seruan-untuk-ahli-ahli-pas-sertai-goodreads/

    BalasPadam
  11. Assalam wbt & salam sejahtera

    Membaca adalah ayat pertama dan arahan awal Allah SWT turunkan kepada Nabi SAW. Maka tidak salahlah jika kita ditegur agar memperbanyakkan membaca.....bacaan pula kenalah benda2 bermanfaat dan membawa peningkatan iman dan ilmu. Memang masyarakat Malaysia telah dikategorikan sebagai kurang membaca oleh kajian-kajian WHO maka moleklah jika kita buang yang keruh dan ambil yang jernih. Ramai masyarakat kita suka membeli buku2.Banyak beli buku dan banyak membaca adalah 2 perkara berbeza tetapi sekurang2nya suka dan cinta kepada ilmu itu sudah dipupuk. Insya Allah.

    BalasPadam
  12. Cuba tengok di sini

    http://pemudapasbc.blogspot.com/2009/04/pembetulan-kabinet-baru-malaysia.html

    BalasPadam
  13. idea ni kalau keluar lepas pegang kerajaan lagi nampak berhikmah.

    BalasPadam

Google+ Hasbullah Pit