test

Khamis, 16 April 2009

PAS perlu Tolak Demokrasi Inggeris

Memang sudahku jangka, pasti ramai orang PAS yang menolak "Kerajaan Perpaduan" bunyinya menyerupai "masuk BN".

Namun, adakah orang PAS yang menolak kerajaan Perpaduan itu sayang pada British umpama Hisyamuddin? Sehingga merelakan Sistem Demokrasi British kekal sehingga hari ini?

Saya pasti tidak.

Kalau nak ubah sistem demokrasi, bagi saya tidak boleh guna perkataan "Kerajaan Perpaduan".

Akan tetapi, ianya hendaklah dilakukan atas semangat anti Penjajah.

Saya pasti ramai orang PAS anti penjajah.

Jadi sebarang usul untuk mengubah demokrasi mestilah mebut nama penjajah yang kita benci itu, supaya kebencian itu akan merubah demokrasi.

Usul PAS cawangan Sempang yang yang akan saya sampaikan (Kalau kawan-kawan saya bersetuju) ialah.


Mengusulkan kepada PAS Pusat supaya menolak sistem demokrasi Penjajah British kepada sistem demokrasi sendiri yang mungkin berasaskan "Perwakilan Nisbah" (Propotional Represtation) seperti yang dilakukan di Negara Jerman dan Sweden.

Jadi, kepada orang PAS, lupakan dulu "Kerajaan Perpaduan" dan fokus menolak Demokrasi British.

4 comments:

  1. nk buat camna tuan guru pres. idea t'lalu jauh kehadapan, anak murid mentaliti tahap zerro

    BalasPadam
  2. yang penting kita kena kukuhkan lagi PAS di negara kita... Takbir!!!

    Adry @ http://www.adrysabry.com

    BalasPadam
  3. ape korang tulis ini...
    saye musykil pas tu islam..??
    parti lain tak islam ker....??
    pkr plak..?????
    arab saudi pun PAS ker..??

    BalasPadam
  4. Dengan 'bantuan' penjajah Inggeris yang memenjara atau membunuh pejuang kebebasan tulen,kemerdekaan diserahkan kepada pemimpin yang sanggup bersubahat dengan kuasa asing itu(Inggeris).

    Semangat anti penjajah tidak akan mati.
    Yang bersubahat dengan Inggeris masih mengekalkan Akta ISA yang zalim.

    Penjajah dan orang melayu yang bersubahat adalah sinonim.


    Yamaha Y80

    BalasPadam

Google+ Hasbullah Pit