Tahun ini F1 agak pelik bagi saya kerana hanya tengok pusingan kelayakan tetapi tidak tengok pusingan akhir.
Saya sudah meramalkan hari akan hujan pada hari perlumbaan, berdasarkan hujan lebat pada pusingan kelayakan.
Umar pula tidak mahu pergi kerana sudah pergi.
Seronok juga berbual-bual dengan golongan muda yang berniaga di parkir C2.
Tercari-cari juga kalau-kalau ada dijual cenderamata Brawn GP, namun tidak kelihatan.
Hujan lebat pada hari perlumbaan agak menarik, FIA sudah boleh mengkaji, supaya pemandu F1 berlumba sampan sekiranya perlumbaan dihentikan akibat dari hujan lebat.
Bomoh alih hujan tak tahu yang waktu perlumbaan tahun ni dilewatkan 2 jam. Miss communication.
BalasPadamYanaam...
BalasPadamhahahaha