Mudin ada hasil tangkapan, maka saya pun ada juga.
Ada hasil tangkapan yang dibeli, ada hasil tangkapan percuma.
VCD PKS & ISA adalah percuma, setelah membeli 3 buah buku daripada gerai Riduan Mohamad Noor.
Di gerai Brunei, saya beli 2 buku, buku berkenaan Nasionalisme, ada cerita sedikit tentang penolakan menyertai Malaysia. Satu lagi buku ialah berkenaan Matawang yang digunakan di nusantara sebelum kita semua ditipu oleh kertas.
Terdapat juga propaganda kerajaan yang saya ambil percuma.
Pakej 60 bilion itu hanya ucapan pembentangan Najib sahaja, dia tak cerita pun mana datangnya 60 bilion itu.
"Penjelasan Isu Pembentukan Kerajaan Baru Perak" adalah bahan bukti, bahawa BN telah menggunakan wang rakyat iaitu melalui Kementerian Penerangan untuk tujuak politik kepartian.
Dipendekkan cerita, semua buku itu dibeli ada kaitan dengan revolusi.
Revolusi Dinar Dirham.
Revolusi lawan Israel.
Revolusi Nasionalisme Baru.
Banyak benda perlu dikaji dulu sebelum lancarkan Nasionalisme Baru. Bukan macam Anwar Ibrahim, cerita Nasionalisme baru tapi tak sebut soal pembentukan negara baru. Retorik.
Jadi, sebelum Nasionalisme Baru dilancarkan, kenalah fahami dulu sejarah Malaysia, Melayu Raya, Brunei, Indonesia.
Eh, ada lagi 1 buku belum cerita, Buku Ramlah Adam tentang Pilihanraya 1955.
Mengapa Ramlah Adam dipecat oleh Ali Rustam?
Adakah kerana dia tidak tulis buku tentang pilihanraya 2008?
Banyak juga hasilnya ya? Gerai Us Riduan, aku lalu dan bersalam dengan ustaz saja. Kebanyakan buku-bukunya dah ada dalam koleksi aku.
BalasPadamGerai DBP Brunei menarik juga ya? Aku beli sebuah buku puisi, Dari Raungan Katak ke Globalisasi. :)
ustaz ridhuan bukak gerai sendiri? wow!
BalasPadamPuh..tengok buku pun dah boleh bau PASnya!
BalasPadamBrunei menolak untuk meyertai Malaysia menarik perhatian.
BalasPadamApakah tajuknya saudara ?
Yamaha Y80
wow tangkapan yang menarik!
BalasPadamsaya pun sempat menangkap buku Ulama dalam sorotan perjuangan kemerdekaan!
BalasPadamdapat sign lagi tu...hadir sama ADUN bukit payung Ust MNor Hamzah