test

Jumaat, 24 April 2009

Realiti Politik Melayu dan India

Politik Melayu dan India mempunyai satu persamaan.

Apa dia?

Melayu dan India memerlukan pembelaan berdasarkan kaum.
Walaupun penyelesaian menyeluruh disediakan dalam bentuk basmi kemiskinan dan sebagainya, 2 kaum ini akan tetap memerlukan sesuatu jenis pembelaan yang spesifik kepada sesuatu kaum.

Itu bagi saya satu realiti.

Di Malaysia kaum india agak berpecah.
MIC, PPP, PKR, DAP, PSM, Kelab Penyokong PAS India, penyokong Datuk Nalla yang keluar PKR dan sebagainya.

Sebelum ini India mengharap kepada MIC, namun MIC tidak boleh diharapkan, ianya umpama UMNO bagi bagi Melayu.

Kemajuan ekonomi akan menyebabkan sesuatu kaum akan terkeluar daripada memerlukan pembelaan spesifik mengikut kaum.

Orang Melayu ada yang sudah keluar daripada memerlukan Pembelaan Melayu begitu juga orang India.

Akan tetapi masih ramai lagi orang Melayu dan India yang memerlukan "Bela Nasib orang Melayu", "Bela Nasib orang India".

Agenda "Bela Nasib Orang Malaysia" masih belum popular. Hanya popular di kawasan bandar.

Pada pendapat saya, kegagalan PAS meraih undi Melayu adalah berpunca daripada sifat "anti Melayu" yang berasal dari sifat anti As-Sobiyah Melayu.

Akan tetapi, "Anti-Melayu" pula adalah satu bentuk perkauman yang halus.

Lari daripada As-Sobiyah Melayu, masuk ke dalam Perkauman Anti-Melayu.

Boleh diumpamakan sebagai Lari Mulut Harimau, masuk mulut buaya.

Yang peliknya, Perkauman Anti-Melayu banyak datangnya daripada orang Melayu juga.

Saya pernah mengenali seseorang, yang saya tak sebut namanya, sering menyalahkan Genetik Melayu sebagai punca segalanya. Ianya juga boleh diklasifikasikan sebagai perkauman anti Melayu.

Berbalik kepada Kaum India yang sering mahukan "Pembelaan Kaum India".


Satu catatan Menarik di Malaysiakini:

PKR, DAP ignoring critical Indian problems

Ada banyak lagi yang sebegitu di Malaysiakini, boleh dibaca menggunakan carian google "site:Malaysiakini.com letter Indian" . Surat-surat sebegitu menunjukkan betapa perlunya kaum India memerlukan pembelaan kaum yang menggunakan label spefifik "India".

Begitu juga melayu.

Bagaimana dengan Cina?
Cina lebih memerlukan "kesaksamaan" berbanding pembelaan khusus untuk kaum Cina.
Orang India pula agak terperangkap dengan "Kesaksamaan" yang dibawa oleh ahli politik Bandar, walaupun hakikatnya ramai kaum india di ladang-ladang masih belum mampu bersaing dalam dunia kesaksamaan.

Bila agaknya orang Melayu dan India akan keluar daripada memerlukan pembelaan spesifik untuk kaum tertentu?
Masanya akan tiba, tetapi bukan dalam masa terdekat.

Oleh itu ahli politik kena sebut ulang banyak kali "Kami akan bela Orang India, Kami akan bela Orang Melayu".

Bukan Melayu dan India sahaja yang memerlukan pembelaan spesifik berdasarkan kaum, banyak lagi kaum di luar bandar di Sabah Sarawak yang memerlukan ungkapan "Kami Akan Bela Kaum XXXX".

3 comments:

  1. tau dah...siapa dia yang dok kritik gen melayu..tak lain dan tak bukan AdukaTaruna (AT)

    BalasPadam
  2. huhh..budak otak mengong tu, dok kutuk genetik melayu, ulamak melayu pun dia kutuk!

    perkauman anti melayu- cantik istilah ni

    BalasPadam
  3. Selalu masyarakat kia terlepas pandang tentang apa yang dikatakan masyarakat India.
    Semua perjuangan yang kita lihat dalam parti masyarakat India seperti MIC sebenarnya menjurus kepada perjuangan kepentingan masyarakat Hindu semata-mata.
    Walaupun kita tahu terdapat masyarakat India Islam, tetapi mereka ini terpaksa bergerak dalam parti Kongres India Muslim atau KIMMA semata-mata kerana tidak mendapat tempat dalam MIC sendiri. Selapa SOK Ubaidullah, tiada lagi tanda orang Islam dalam MIC ini wujud.
    KIMMA sendiri terumbang ambing kerana ramai yang sepatutnya membantu mereka seperi Sharizat Jalil, Abdul Azeez Putra UMNO dan Kadir Sheikh Fdzir dan adiknya Aizi Sheikh Fadzir sendiri lebih beruntung berada dalam UMNO. Walaupun mereka ini mempunyai ibubapa yang bertutur bahasa Tamil seperti Zamry Kadir, tetapi dengan menyertai UMNO mereka boleh pergi jauh sehingga menjadi menteri besar walaupun undang-undang tubuh negeri sendiri berkehndakkan seorang Melayu menjadi Menteri Besar.
    Mungkin kejayaan Mahathir menjadi Perdana Mneteri dari seorang anak migran India Kerala menjadi inspirasi kepada meeka ini.

    BalasPadam

Google+ Hasbullah Pit