test

Selasa, 28 April 2009

Ulasan "kerja - kerja bodoh dalam pas"

Beberapa hari kebelakangan, tulisan Nik Abduh cukup menimbulkan kontroversi.

kerja - kerja bodoh dalam pas
Beberapa blogawan menyalin tepeknya tanpa ulasan.
Ada blogawan tersohor yang memberikan pautannya kepada saya melalui YM.

Namun, mungkin apa yang dibaca itu ditafsirkannya dengan maksud yang berbeza.

Saya tidak pasti bahagian mana yang terlalu menarik minat pembaca.

Saya hanya meminati bahagian petikan yang dikatakan oleh Tuan Guru Nik Aziz, yang menggambarkan bahawa dia tidak menolak Kerajaan Perpaduan secara bulat.

Bagi saya yang sudah lama mentafsir "Kerajaan Perpaduan" sebagai penolakan terhadap sistem demokrasi INggeris, maka bagi saya ianya perkara biasa.

Tidak timbul soal melaga-lagakan.

petikan menarik ....
Selamba saja ayahanda memberi komen. “Ya, jika BN mahu kita bersama, mereka mestilah bersedia memberikan kita jawatan - jawatan yang penting yang kita akan laksanakan program Islam di dalamnya. Berikan Kementerian Kewangan dan Kementerian Pendidikan misalnya. Kita nak jadi PM mesti mereka tak terima. Jadi kita minta apa yang penting untuk kepentingan rakyat dan negara. Kita boleh bersama.”

Kepala otak saya hanya mampu menafsirkan bahawa, Kerajaan perpaduan yang dimaksudkan ialah hanya ihsan daripada Kerajaan yang berkuasa penuh. Tiada unsur penolakan terhadap Sistem demokrasi Inggeris sedia ada.

Sekiranya BN memberi jawatan di Kementerian Kewangan dan Pendidikan sekalipun, kuasa masih pada Perdana Menteri.

Ketika saya mempersoalkan , mengapa Perdana Menteri mampu membubar sesebuah kementerian tanpa Mesyuarat Kabinet, Kebanyakan orang yang saya temui mengatakan 'Ya, PM mempunyai kuasa sebegitu'.

Jadi apa ertinya?

Kerajaan Perpaduan harus dibentuk bukan kerana ihsan parti yang berkuasa penuh, akan tetapi Perlembagaan yang membahagikan kuasa di antara parti-parti yang membentuk kerajaan.

Bukan kerana, siapa kuat bodek, atau siapa kuat desak. Akhirnya jadi pesta kurniaan jawatan Timbalan Menteri.



Apa ertinya kalau Kementerian Kewangan dan Pendidikan diberikan kepada Pakatan Rakyat, kalau ikut suka Perdana menteri membubarkan kementerian itu?

Jika anda tanya samada saya menyokong "Kerajaan Perpaduan" atau tidak, saya akan jawap "Tolak Sistem Demokrasi British dahulu".

7 comments:

  1. Mudah je penyelesaian masalah ni. Husam mesti meletakkan semua jawatan di dalam parti dan kerajaan Kelantan.

    Selepas itu Nik Abduh tidak akan sakit hati lagi dan akan diam. Sahabat Nik Abduh, Abe Jak pun akan diam.

    BalasPadam
  2. haha... masalah ni dah jadi timbul temggelam alih2, husam, haji hadi, utusan, nik aziz , blogger gak yang bertekak, musyawarahlah dahulu dalam pas kan ke elok, pandangan peribadi ttg isu pecanggahan ini bahaya la boleh jadi mainan musuh islam, bukan tidak boleh tapi dahului kepentingan islam

    BalasPadam
  3. Nak tuduh batu api pun takut dia marah. Tapi nak kata apa berita di bawah ni?

    Yang tak berani nak dituduh batu api siap kata, "membayangkan maklumat itu diyakini tepat".

    Berikut berita yang tak berani nak dituduh batu api:

    Pas Selangor kesal jika kenyataan benar (muka surat N4 Sinar Harian edisi Selangor KL 27/4/09)

    Pas Selangor melihat usaha untuk melaga-lagakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang seperti yang didedahkan oleh anak Tok Guru itu, Nik Abduh adalah sesuatu yang amat dikesali, kata Roslan SMS.

    "Kalau benda ini terbukti betul, kita tak boleh terimalah sebab usaha melaga-lagakan pemimpin tertinggi dalam mana-mana organisasi adalah sesuatu yang tidak baik lebih-lebih lagi Pas ini parti Islam".

    Roslan SMS berkata, kedudukan Nik Abduh sebagai Exco Pemuda PAS Pusat lebih-lebih lagi selaku anak kepada Nik Aziz membayangkan maklumat itu diyakini tepat sehingga menjadi kebimbangan peribadi kepada Nik Abduh.

    "Kita harap kawan-kawan (Pas) di Kelantan akan buat sesuatu kalau betul kenyataan Nik Abduh itu".

    BalasPadam
  4. ada jugak ye batu api dalam parti Islam... sama jugak la kot PAS UMNO ni pun.. sedih...

    apepun.. posting sdra sebol ni memang benar.. terbuka sikit minda ni..

    jadi klau nak bekerjasama dengan sesiapa pun.. kena ubah dulu kuasa PM... nak bubar,nak tambah.. bawak berbincang dulu...

    tak mustahil PAS kena tipu dgn PR pun...

    BalasPadam
  5. Politik tetap politik pasti ada strategi, cantas mencatas, naik & turun..tak kita PAS, UMNO, PKR, DAP..sebab tu Rasul tak pernah tubuh parti.

    BalasPadam
  6. siapa kata nabi xtubuh parti?? ko ni belajar sejarah xabis..
    nabi - parti islam, ikut syariat Allah
    abu jahal/lahab - parti perkauman quraisy kafir, ttg parti islam

    sila amik perhatian, cuma istilah 'parti' yg tiada, method dakwah ttp sama.

    BalasPadam
  7. lembu mengulas sambil rumput di bibir....taik lembu di kaki....

    hasbullah jugak bijak menelah tujuan sebenar kocakan di air....

    BalasPadam

Google+ Hasbullah Pit