Berikut adalah gambar sistem pengangkutan acheh, gambar milik Ida.
Usah tertipu, di Acheh beca bermotornya tidak dipandu oleh 'Gadis Asing dari seberang'. 'Gadis asing dari seberang' itu hanya tumpang ambil gambar.
Walaubagaimanapun, sistem beca menggunakan motosikal itu agak praktikal, dimana ia boleh membawa penumpang pada kadar rendah.
Di Negeri Melaka pun ada beca, menggunakan basikal yang dikayuh, akan tetapi ianya bukanlah untuk pengangkutan, ianya hanya sesuai untuk pelancong bersiar-siar. Kadar yang dikenakan agak tinggi, kera kenaikan harga tenaga kinetik yang dihasilkan penarik beca.
Penarik beca di Melaka pula banyak menghabiskan masanya menunggu penumpang, berbanding mengangkut penumpang.
Di Melaka dan Negeri lain, juga terdapat teksi yang kebiasaannya mahal.
Pemandu teksi bukanlah golongan kaya, tetapi cuba mendapatkan saki baki pelanggan yang masih lagi mempunyai duit.
Agak biasa kita lihat di mana-mana perhentian bas, dimana pelanggan menunggu bas, dan pemandu teksi menunggu pelanggan.
Tetapi pelanggan yang tunggu bas, tidak mampu menaiki teksi.
Maka ramailah yang menanguk di Stesyen bas.
Bayangkan kalau ada pengangkutan murah yang boleh membawa penumpang untuk tiba ke destinasi spesifik dengan kadar murah.
Penumpang dapat jimat masa, pemandu dapat duit.
Di Malaysia, kalau tiada kenderaan sendiri, seolah-olah boleh patah kaki dibuatnya.
Di Melaka, Ali Rustam ingin membuat monorel khas di tepi sungai supaya penumpang boleh lihat bagaimana sungai boleh dijadikan sebagai pengangkutan.
Di Melaka juga ada laluan pejalan kaki di tepi sungai, supaya pejalan kaki dapat merasai betapa jauhnya berjalan daripada Hospital Putra ke stesyen Bas lama menyusuri sungai berbanding jalan darat.
Usah tertipu lagi.
Di Melaka tiada Bas yang boleh dinaiki sehingga tiba Acheh.
Utusan malaysia hari ni lapor kenyataan tan sri aziz,pengerusi SPR tentang banyak duit rakyat terpaksa dihabiskan untuk PRK.
BalasPadamIroniknya,belanja mengurus PRK Kuala Terengganu oleh SPR hanyalah RM450 ribu dan untuk polis adalah RM16 juta.Belanja polis lagi mahal daripada belanja SPR.
Di Bukit Gantang pulak,SPR belanja RM700 ribu.Bukit Selambau dan Batang Ai masing-masing RM500 ribu.Memeranjatkan belanja untuk polis bagi tiga PRK adalah RM30 juta.
Belanja PRK untuk polis dah cecah RM46 juta.
SPR kena kurangkan atau hadkan jumlah polis yang hadir dalam setiap PRK.Bukannya hadkan jumlah penyokong PR kerana mereka datang guna duit sendiri.
Lagi elok RM46 juta digunakan untuk mendirikan pondok polis,van polis bergerak atau elaun kerja lebih masa.tak lupa untuk skim perlindungan insurans dan macam-macam lagi.
PDRM berkhidmat untuk masyarakat tanpa mengira pembangkang atau kerajaan.Itulah harapan rakyat semua dan janganlah persiakan harapan rakyat
Sda Hasbullah Pit, are you a Starian's?
BalasPadamRead More Malaysia Today
tapi kalau guna motor kan nnti lg mahal tmbgnya.. duit petrol la..road tax.. guna basikal baru cool.. environmental friendly..kui3
BalasPadamPakai la motor tu...tukar pakai system hydrogen...gitu2 friendly nye....hehehe,opps PPSMI
BalasPadamanak en dolah ke?
BalasPadam^_^
Bangganya menjadi rakyat Malaysia..dah laa berbilang kaum,harmoni,byk tmpat menarik n mcm2 lagi laa..
BalasPadamcuma sjk akhir2 ni byk peristiwa yang tak sepatutnya berlaku...skt2...