test

Jumaat, 17 April 2009

Akta keselamatan Dalam Negeri (AKDN) Bunuh Pejuang Melayu.... KEJAM!

Dengar lagu ini, di nyanyikan oleh Amin Iskandar (Black),

Lagu berkenaan Dr Burhanuddin Al-Helmy ....




Dr Burhanuddin Al-Helmy ketika penghujung hayatnya ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (AKDN),

Sila mainkan lagu di bawah selepas tamatnya lagu di atas dimainkan.




Atas sebab apa Dr Burhanuddin Al Helmy di tanah di bawah AKDN?
Beliau telah menentang keras pembentukan Malaysia,  1963

Apa untungnya Kerajaan Perikatan nak menubuhkan "Malaysia" juga?
Bukankah Malaya sudah "Merdeka"?

Mengapa mesti dihumban Dr Burhanuddin Al-Helmy hanya kerana menentang pembentukan Malaysia?
Kepentingan siapa yang hendak dijaga?

Kalau Sarawak tidak masuk dalam Malaysia, belum tentu Shell masih boleh menggali minyak di Miri.
Inggeris mahu bekas jajahannya duduk dalam satu negara supaya mereka masih lagi memperolehi bahan mentah yang diperlukan.

Dr Burhanuddin Al-Helmy dihumban ke AKDN, demi Inggeris.

Setelah dia keluar daripada Tahanan Akta Keselamatan dalam Negeri, dia meninggal dunia akibat sakit yang diterima ketika dalam tahanan.

Apa akan terjadi pada penentang  "1Malaysia" yang memperkukuhkan nasionalisme "Malaysia" yang dibentuk HANYA daripada tanah jajahan Inggeris?

2 comments:

  1. kalau ikut cerita syed husin ali dalam buku beliau two faces, dr burhanuddin sakit akibat menahan kencing ketika ditahan dalam lokap. beliau tidak mahu kencing kerana tidak mahu mengotorkan bilik tahanan beliau. ini utk membolehkan beliau bersolat disitu.

    ini benar2 seorang pejuang yg menjaga solatnya. tapi beliau seolah2 bukan seorang wira pejuang agama dan bangsa kalau kta cuma belajar sejarah di sekolah.

    BalasPadam
  2. Dr Burhannudin Helmi adalah pejuang yang perlu diingati. Sebab itu UKM mengabadikan nama beliau di salah satu kolej kediaman pelajar di Bangi.

    BalasPadam

Google+ Hasbullah Pit