Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2008

Apa yang hendak dibanggakan kalau 51% Jawap dalam B.Inggeris? ... Malaysiakini

Merujuk kepada Berita di Malaysiakini yang mengatakan 51% daripada pelajar menjawap soalan dalam Bahasa Inggeris. Bagi saya ia adalah satu pencapaian yang teruk. Penentang PPMSI terbahagi kepada 2. 1. Yang tidak yakin pelajar boleh belajar dalam Bahasa Inggeris 2. Yang tidak risaukan sangat prestasi pelajar tetapi risaukan survival bahasa. Bayangkan kalau semua pelajar kita memang mahir kedua-dua bahasa, boleh menjawap soalan Matematik dalam Bahasa Melayu atau Inggeris. Statistik 51% menjawap dalam bahasa Inggeris adalah statistik yang membimbangkan. Saya tidak rasa pelajar digalakkan untuk memilih bahasa, akan tetapi pasti ada guru yang menggalakkan mereka untuk menjawap dalam Bahasa Inggeris, biar pun pelajar itu mampu untuk menjawap dalam Bahasa Melayu. Jadi, bolehlah kita bersedih kerana seramai 51% pelajar tidak mampu menjawap Matematik dalam Bahasa Melayu. Mungkinkah pelajar yang mampu menjawap dalam Bahasa Melayu lebih dari itu? Sekiranya Ya, ia adalah satu jenayah...

Politik Positif Sofi Wahab Lahirkan Draf Manisfesto PAS 2012?

Tahniah kepada Saudara Sofi Wahab yang mengemukakan beberapa cadangan kepada Kerajaan negeri Melaka berkenaan isu pencemaran babi di Masjid tanah . Ini boleh dipanggil sebagai politik positif. Kepada pembaca, sila anggap isu ini sebagai isu pencemaran babi, bukannya isu perkauman. Bagi saya PEWARIS dan GGMM melakukan melakukan kesilapan apabila cuba mengperkaumankan isu ini, walhal ia sebenarnya boleh diselesaikan tanpa unsur perkauman. Apa itu politik positif apa itu politik negatif. Politik negatif adalah apabila Sofi Wahab terus salahkan BN. Politik positif adalah apabila Sofi Wahab salahkan BN tetapi mengemukakan cadangan. Politik terlebih positif adalah, apabila Sofi Wahab mengemukakan cadangan, sekiranya PAS memerintah Melaka, berkata berikut akan dilaksanakan tanpa mengambil kira siapakan lawan politik PAS. Sebagai orang bawahan dalam PAS, apa cadangan oleh saya tidak boleh dianggap sebagai "Cadangan PAS", akan tetapi bagi Sofi Wahab boleh, kerana dia Ketua Penerangan....

UMNO Tolak Hudud atau Tidak?

Zaman berubah. Kalau dulu Hudud boleh dipersendakan, kononnya ramai orang akan kena potong tangan. Ada kartun di media masa yang menunjukkan orang ramai angkat tangan ramai-ramai sambil menunjukkan tangan dipotong. Orang UMNO sekarang, seakan-akan menepis tohmahan "UMNO Tolak Hudud ". UMNO tidak mahu melaksanakannya tetapi kini tidak berapa berani nak kata "UMNO tolak hudud". Kalau UMNO berani, masa kempen di Kuala Terengganu nanti, bawalah politik "UMNO Tolak Hudud". Jadi, saya sendiri tak boleh katakan UMNO olak hudud kalau UMNO belum bermesyuarat samada mahu tolak hudud atau tidak. Masih belum terlambat bagi UMNO mana-mana cawangan, atau sayap atau Bahagian untuk bermesyuarat untuk memutuskan bahawa "Kami UMNO Cawangan X tidak tolak Hudud".

Pewaris: Tamparan Hebat Buat PAS Melaka

PEWARIS yang dikatakan mewakili penduduk 6 buah Kampung di Masjid Tanah menghantar Memorandum, masalah pencemaran kampung itu kepada PAS Pusat , dan bukannya PAS Melaka. Sebelum ini, Ali Rustam (UMNO) dan Anwar Ibrahim (PKR) telah terpilih sebagai tempat mengadu yang lebih utama daripada PAS. Dari sudut penjenamaan minda politik, PAS jatuh nombor 3.

Gaya Menarik Dr Dzulkify Ahmad

Gaya Menarik Dr Dzulkify Ahmad ketika Seminar Pilihanraya di Melaka. Cukup pening kepala jika menkaji cara pemikiran beliau. Saudara Adly (belakang) terdahulu telah membangkitkan persoalan ringkas 'Mengapa pengundi bukan melayu kurang undi PAS berbanding di negeri lain?' ---- 
Dihantar dengan menggunakan telefon bimbit Sony Ericsson

Ustaz Kamarudin Rasmikan Kejohanan Bowling

Ustaz Kamarudin Rasmikan Kejohanan Bowling Piala Ketua Pemuda PAS . Pasukan saya ialah 'Baling Kasut'. ---- 
Dihantar dengan menggunakan telefon bimbit Sony Ericsson

Jed Yoong MengHIJAUkan Blog maka....

Apabila Jed Yoong Menghijaukan Blog  (sempena Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu?) maka saya pun berbuat sedemikian. Mari Hijaukan blog.

Jambatan Melaka Dumai Dapat Memulihkan Ekonomi?

Ali Rustam adalah ahli politik yang suka merepek. Kata-katanya banyak yang merepek. Di atas sebab itu apabila dia berkata soal Jambatan ke Dumai, ramai yang kata dia merepek. Ali Rustam banyak membazir wang kerajaan negeri. Maka bila dia cadangkan Jambatan ke Dumai, maka minda kita automatik nampak ianya sebagai satu lagi pembaziran. Jika Negeri Melaka penuh penyelewengan, maka pembinaan Jambatan itu juga dijangka akan berlaku penelewengan. Lupakan sebentar tentang Ali Rustam. Pandangan masyarakat terhadap cadangan itu condong kepada negatif hanya kerana yang cadangkannya ialah Ali Rustam. Oleh itu, cuba bayangkan bahawa cadangan itu dibawa oleh orang yang ' kool ' seperti ' Rausyanfikir ' , orang yang kacak seperti Husam Musa atau saya Mungkinkah maklumbalasnya berbeza? 1824, adalah tahun dimana "Empayar" Johor Riau sewenang-wenangnya dibelah dua oleh Inggeris dan Belanda. Punca segala perpecahan adalah berpunca daripada penjajah, bukannya suka-suka orang Sem...

Blog Audio Creation

Saya baru sahaja menjumpai blog " Audio Creation ", satu syarikat yang menjual peralatan audio kereta yang saya sendiri tidak pernah pergi. Saya mengenali Audio Creation, apabila saya berborak dengan "car crazy" di forum vios club . Kalau mengikut citarasanya, boleh botak kepala kalau mahu ikut kualiti bunyi yang dia suka. Dunia Hi Fi untuk rumah, agak berbeza dengan kereta. Pembuat pembesar suara untuk rumah yang baik, tidak banyak buat untuk kereta. Jadi ianya agak berbeza untuk mengetahui apa barangan audio "Hi End" untuk kereta. " B&W " dan " AE " tidak membuat pembesar suara untuk kereta. Satu perkara yang saya pelajari daripada "Car Crazy" ialah mengenai kapasitor. Sistem tenaga elektrik kereta kebiasaannya menggunakan sumber daripada bateri, Arus Terus  (DC) dimana cukuplah terhad. Apabila memainkan bunyi, bateri tak boleh meramalkan bila kuasa yang lebih untuk disediakan untuk bunyi tertentu akan datang. Kapasitor ...

Faktor "Kool" dalam Mendekati Golongan Muda

Golongan muda adalah golongan yang sukar difahami, bermacam cara golongan tua cuba mendekati golongan muda, namun gagal. Adakalanya golongan tua terpaksa menjadi muda untuk mendekati golongan muda. Sebenarnya tidak. "Kool" adalah sesuatu yang dikejar oleh golongan muda. Golongan muda selalunya ada kegilaan terhadap sesuatu. Golongan Melayu pula pelik, bila ramai orang suka A yang dianggap "kool", maka ramai orang muda melayu lain yang mengikutinya. Tiada unsur diversifikasi. Jadi gila merempit adalah "kool", maka ramai-ramai merempit. Bila orang gila "shufle" ramai-ramai orang shufle. Sebenarnya mereka senang dibentuk, apabila sesuatu dijadikan "kool". Golongan muda berubah daripada satu kegilaan kepada satu kegilaan yang lain. Ada kegilaan yang baik, ada yang tidak baik. Ketika 1998 dulu, "reformasi" adalah sesuatu yang "kool". Zaman sekarang ianya tidak "kool" lagi. Kalau mahasiswa idealis mejadikan mere...

Stok Penimbal Getah Husam Musa

Hari ini saya dikejutkan dengan cadangan Husam Musa supaya diadakan Stok penimbal getah. mesti klik Mari kita lihat catatan saya supaya menyeru supaya membeli getah dan menyimpan stok . Akan tetapi kalau penoreh getah cukup berani, mereka boleh menyimpan getah mereka selama tempoh itu. Atau, hanya menjual 90% daripada getah yang ditoreh, 10% disimpan sedikit demi sedikit sehingga habis tempoh itu. Ada berani? Tetapi penoreh getah tak ada modal untuk simpan stok sebegitu banyak. Menurut teori ekonomi saya sendiri, penurunan harga getah adalah disebabkan oleh " False Dollar Rally " atau juga dikenali "Deflasi sementara". Maka ianya akan naik semula bila ia berakhir. Akan tetapi ia juga disebabkan oleh penurunan permintaan dunia. Secara teorinya  ia akan naik. Sekiranya ada syarikat stok penimbal kebangsaan yang boleh membeli getah itu pada harga yang agak tinggi, syarikat itu akan untung juga lambat laun. Ambil contoh, sasaran stok penimbal getah kebangsaan adalah 100...

Google/Blogger Menterjemah "Malay" sebagai "Bahasa Malaysia"?

Apabila saya cuba logmasuk Blogger.com , didapati Nama Bahasa "Malay" telah ditukar daripada "Bahasa Melayu" kepada "Bahasa Malaysia" Yang mana lebih benar merujuk kepada Malay (language) , Bahasa Malaysia atau Bahasa Melayu? Catatan lama: Kavi tanya: bukankah ia sepatutnya dipanggil Bahasa Malaysia? Persetankan Plural dalam Terjemahan Teknikal Bahasa Melayu Google Ajar Kita Tentang kepentingan Bahasa

Isu IJN, Perlancongan Kesihatan, Ali Rustam, Merlimau, Malaysiakini

Saya agak sukar untuk mengulas tentang isu IJN kerana saya masih belum mendapat cukup maklumat. Ingin juga saya mendengar hujah pihak yang menyokong pengswastaan IJN itu. Menurut blog Anil Netto, pengswastaan itu adalah sebagai langkah meningkatkan perlancongan kesihatan . Dalam kes ini saya tidak pasti siapa yang memerlukan siapa. Kementerian kewangan perlukan dana Sime Darby untuk buat Hospital Jantung Swasta atau sebaliknya? Saya tidak rasa Sime Darby kemaruk sangat keuntungan sehingga perlu melabur pada hospital yang bakal di swastakan. Sime Darby dikatakan akan membeli 51% daripada IJN, untuk sayap swasta IJN dapat beroperasi secara komersil. Kenapa 51% bukan bawah 50%? itu persoalan dari saya. Mengapa perlu IJN ada sayap swasta, ada sayap bukan komersil? Saya bukan menolak Hospital Jantung Swasta secara total, kerana perlancongan kesihatan adalah satu jenis perlancongan yang sihat. Datang sakit, balik sihat. Jikalau Sime Darby merasakan perniagaan Hospital Jantung menguntungkan m...

Kerana Dinar dan Dirham Krisis Berlaku?

Ulasan saya di catatan blog Dr Halimah yang mengatakan krisis Ekonomi Berlaku kerana mengejar Dinar dan Dirham, (tetapi dibaca sebagai dollar dan sterling) . Apabila Dr Halimah berkata: Dinar dan dirham tak berdosa dan bersalah. Sebab dirham dan dinar dijadikan matlamat dan matlamat itu pula menghalalkan cara mendaptkannya, maka dek kerana nawaitu dah silap, natijahnya pun jadi tak betul. Ok ke response di atas. Contoh lain, makanan: hidup nak makan atauu makan nak hidup? salahke nak hidup? Hidup itu untuk apa pulak? Saudara Sebol, banyak hadith tentang kehidupan dunia menyebut secara khusus dinar dan dirham. Tk. Dan kemudian saya jawap. Bagi saya jikalau semua orang mengejar emas dan perak, krisis ini tidak berlaku. Krisis berlaku apabila mereka tetap mahu menguasai dunia walaupun tidak cukup emas dan perak, mahupun komoditi) untuk menguasai dunia. Bagi saya "Pengejaran terhadap emas dan perak" adalah ubat kepada krisis ekonomi. baca: Dr Halimah. Banyak Hadis yang berkata te...

Seminar Bloggers dirasmikan

Dirasmikan oleh ahli parlimen Hulu Langat Che Rosly ---- 
Dihantar dengan menggunakan telefon bimbit Sony Ericsson

YB Nik Nazmi Berkenaan PPMSI

YB Nik Nazmi menulis satu catatan yang agak menarik tetang PPMSI , yang disiarkan di Malaysian Insider. Perenggan ini menarik perhatian saya Saya bukan anti-Bahasa Inggeris. Saya sokong diperkasakan guru-guru Bahasa Inggeris. Hantar mereka ke Australia , Britain dan Amerika Syarikat. Pastikan yang terbaik dihantar ke sekolah-sekolah luar bandar. Tambah masa pembelajaran Bahasa Inggeris. Jadikan pembelajaran Bahasa Inggeris lebih menarik dan kreatif. Apa kata kalau bakal guru sains dan Matematik dihantar berkurus ke negara maju yang tidak didominasikan Inggeris seperti Jepun, Jerman, Sweden dan Korea?

Hyperinflasi Berlaku selepas Deflasi Sementara?

Sila baca artikel di DollarDaze Bertajuk How Deflation Creates Hyperinflation oleh Eric deCarbonnel. Ia menceritakan bagaimana dulu, sebelum berlakunya "Great Depression", ada berlaku deflasi sedikit. Despite the glacial rate money is moving through the economy, the dollar has started to fall again, and gold has begun to rally. As this continues, investors will begin to questions the safety of treasuries, and sell them off. The money coming out of treasuries will add fuel to gold's rise and the dollar's fall. Once the dollar hits new lows and gold breaks convincingly over $1000, Investors expecting deflation will begin to panic, and a flood of money will come out of treasuries. It is then that hyperinflation will begin in earnest. Kini "Deflasi Sementara" yang dimaksudkan itu sedang berlaku, harga komoditi jatuh, minyak jatuh, penoreh pening kepala dan sebagainya. Dalam blog ini saya panggil "False Dollar Rally". Agak menyeramkan pula apabila ian...

Kavi tanya: bukankah ia sepatutnya dipanggil Bahasa Malaysia?

Saudara Kavi telah bertanya bukankah ia sepatutnya dipanggil Bahasa Malaysia? pada topik  Protes Selamatkan Bahasa Melayu & Anti PPSMI. . Ada 2 sebab kerana nama "Bahasa Melayu" adalah lebih tepat. "Bahasa Melayu" adalah nama bahasa yang asal bagi Bahasa Melayu, "Bahasa Malaysia" adalah nama bahasa yang diberikan kepadanya hanya disebabkan politik. Ianya panggil Bahasa Malaysia, kononnya untuk perpaduan. Mana mungkin bahawa warisan ratusan tahun yang lalu ditukar begitu sahaja. Sebab kedua, ialah Malaysia tidak mempunyai hak untuk menukar bahasa yang digunakan oleh penutur bahasa melayu yang bukan warga negara Malaysia. Di Singapura,Indonesia, Brunei , Patani agak ramai yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda mereka dan mereka bukan Malaysia. Mereka terus menggunakan nama "Bahasa Melayu"  tanpa menukar nama bahasa kepada Bahasa Malaysia. Pembentukan Malaysia tiada kaitan dengan bahasa Melayu yang mereka gunakan. Bayangkan satu s...

Pakej Rangsangan Jepun vs Harga Minyak Malaysia

Dulu, Najib sibuk perkatakan pakej rangsangan 7 bilion untuk ekonomi Malaysia, apabila ditanya daripada mana datangnya 7 bilion, jawapan yang diberikan adalah daripada penjimatan subsidi minyak. Akan tetapi harga minyak diturunkan lagi pada saat rakyat tidak berapa memerlukannya. Rakyat lebih mahukan penurunan tarif elektrik, gas memasak. Jadi mengapa kerajaan seolah-olah menghadkan pakej rangsangan itu pada 7 bilion sahaja? Negara Jepun punya pakej rangsangan ialah 251 bilion USD , malaysia hanya 2 bilion USD.

Protes Selamatkan Bahasa Melayu & Anti PPSMI.

Protes Selamatkan Bahasa Melayu & Anti PPSMI. Tarikh: 16 Disember 2008 Masa: 4.15 pm Tempat: Putrajaya International Convention Center, Putrajaya.

Shaberry Chik Kurang Faham Sensitiviti Kaum - rujuk Malaysiakini

Diberitakan bahawa MCA membantah pengurangan waktu berita Mandarin di Malaysiakini. Saya bukannya sokong MCA kerana Dasar Bahasa yang ke'beijing'an. Slot Bahasa Mandarin digambarkan sebagai slot untuk orang Cina. Agak menghairankan juga kenapa tiada berita Hokkien tetapi MCA tidak bantah. Walau apapun, bahasa berita itu samada Hokien atau Mandarin, tetap "Slot untuk orang cina" dikurangkan oleh Shabbery Chik. Ada yang berpendapat tembok perkauman sudah runtuh. Orang Melayu bagaimana, marah atau tidak? Dasar baru RTM memindahkan waktu "Warta Berita" yang sudah berpuluh tahun duduk selesa pada "Jam 8 malam" ke 9 malam. Tidakkah ada orang Melayu marah? Warta Berita jam 8 malam di RTM 1 adalah gaya hidup segelintir Melayu sejak berpuluh tahun yang lalu, kini dilambatkan kerana mengutamakan slot untuk orang cina dan orang India. Orang India marah tidak? Saya bukan nak menggalakkan supaya orang Melayu Cina India bergaduh kerana berebut slot, akan tetapi ...

Catatan Terhangat kini di Beras Padu, bukan Malaysiakini

Terima kasih kepada Solehpolysas yang menulis tentang feedjit , walaupun catatannya ringkas mengenai Feedjit, tetapi dia telah membangkitkan idea kepada saya. Daripada situ, saya menjumpai catatan popular di Malaysia berdasarkan Feedjit . Kemudian saya mendapat ilham untuk mewujudkan wiget "Terhangat Hari ini" di Beras Padu Jadi tidak perlu ke laman Feedjit. Catatan yang timbul disitu adalah catatan yang popular dikalangan pengguna Feedjit, bagaimana ia popular, tanyalah tuan punya catatan itu sendiri. Mungkin kerana penulis itu sendiri popular. Sila ke Beras Padu

Catatan Blog Paling Popular di Malaysia Hari Ini

Saya terjumpa satu URL dimana cukup sesuai untuk kita rujuk, apakah catatan blog paling popular hari ini di Malaysia. Walaubagaimanapun, catatan blog popular itu hanyalah dikalangan pengguna feedjit sahaja. Sila tandabuku URL ini http://feedjit.com/news/MY/?s=p atau dalam Bahasa melayu sahaja http://feedjit.com/news/MY/10/lang-ms/

Bulan Mengambang Besar Malam tadi?

Saya terbaca artikel berita yang mengatakan bulan mengambang paling besar pada tahun ini sedang berlaku . Kenapa bulan boleh mengambang kecil dan besar? Jarak bulan dengan bumi adalah berubah-rubah . Before you write that into your homework assignment, you've got to realize that the Moon travels around the Earth in an ellipse. That means it gets closer and further, depending on where it is in its orbit. At its closest point, the Moon gets to 363,104 km (225,622 miles), and at its furthest point, it's 405,696 km (252,088 miles).  Apabila saya melihat glunarclock, jarak  dengan bulan adalah 356,303 km.  Hairan pula, mengapa glunarclock memaparkan jarak bulan yang lebih dekat berbanding jarak bulan minimum. Perlu tanya bulanpenuh .?

Bailout Industri Permotoran Amerika ditentang Senat

Masih ingatkah lagi ketika krisis ekonomi 1998, banyak syarikat pembuat kenderaan telah dibaham oleh syarikat kenderaan Amerika. Kali ini mereka bermasalah, tapi mahu dibailout pula. Mujur senat tidak luluskan. Apa punya sistem, apabila kita orang lain susah, mereka baham yang susah, tetapi apabila mereka susah, mereka seolah-olah tidak rela dibaham oleh sesiapa. Kalau GM atau Ford nak telungkup, biarkan. Stok banyak tidak boleh dijual? Apa salahnya kalau harga dikurangkan sehingga dibawah kos.

Pakdi dan Gaji Minimum

Pakdi seolah-olah tidak berapa setuju dengan "Gaji Minimum" . Sebenarnya, saya pun begitu. Idea "Gaji Minimum" adalah idea sosialis, memperjuangkan hak pekerja. Pakdi menceritakan bagaimana swasta akan sukar untuk memberi gaji minimum, kerana ia akan meningkatkan kos, dan seterusnya harga produk dinaikkan. Sekiranya berlaku kenaikan harga lagi dan lagi, yang minimum itu tiada ertinya. Kalau tidak salah saya, saudara Ikram , pengunjung blog ini pernah mengatakan bahawa gaji minimum yang diminta oleh MTUC itu untuk sektor tertentu. Saya sebenarnya tidak berasa risau sangat tentang nasib pekerja yang masih ada MTUC yang pertahankan. Sekiranya gaji minimum dilaksanakan, maka siapa mahu kerja kedai makan dan kedai runcit milik orang tempatan? Untung sebulan pun belum tentu melebihi RM 1500. Kebanyakan pekerja di syarikat perniagaan kecil tidak didaftarkan ke PERKESO dan KWSP. Bagi saya itu masalah yang lebih besar daripada meletakkan gaji minimum bagi pekerja yang sudah ...

Selamat Hari Sabtu, Sebelum Membeli Belah .... Konsumerisme

Selamat Hari Sabtu. Kebiasaannya hari sabtu dan ahad dijadikan hari membeli belah tidak rasmi oleh kebanyakan orang. Sebelum ke xxxco atau xxxco , rehat sebentar dengan menonton video ini Siri The Story of Stuff  Bahagian pertama Bahagian ke 2 Bahagian ke 3 Bahagian ke 4 Bahagian ke 5 Bahagian ke 6 Bahagian ke 7 Rehat sebentar Kemudian tonton siri Big Ideas That Changed The World - Consumerism Bahagian pertama Bahagian ke 2 Bahagian ke 3 Bahagian ke 4 Kemudian tonton Wall-e dengan penuh khusyuk, kalau ada DVD nya. Eh, jangan lupa baca tips " Gaya hidup Bergaya oleh Pakdi "

Benarkah Mangsa Bukit Antarabangsakaya, atau sekadar hidup mewah dibelenggu hutang?

Umnomore bukan main hentam mangsa bukit antarabangsa yang "kaya". Bagi saya kaya bukan halangan untuk membantu mereka, tapi adakalanya sikap "ego", sombong yang membuatkan orang benci. Saya rasa tidak patut kalau hanya beberapa penduduk yang terlalu sombong, menyebabkan seluruh mangsa kaya dianggap tidak perlu dibantu. Kaya aku tak bantu, miskin aku tak tolong » umnomore Perlukah aku bantu mangsa Bukit Antarabangsa? » umnomore   Adakah mereka benar-benar kaya? atau hidup mewah disebalik hutang? Kalau mereka benar-benar kaya, rumah sudah habis baya, kereta sudah habis bayar, dan ada 84 bulan simpanan , rasanya tidaklah terlalu sukar untuk mulakan hidup baru. Kalau angkat barang terlalu penting? kenapa perlu "orang itu" mahu ada orang tolong angkat barang?

Semua Orang di Merlimau dapat Cek Nuffnang?

Hari ini saya berurusan berkaitan dengan Cek Nuffnang yang diterima wawa . Tengahhari saya bertelefon dengan silembiks dan juga ada bercerita tentang cek nuffnang. Kemudian sebelum saya ke Ayer Keroh, jumpa sebentar dengan Assirkami , terus saya tanya, "Dapat cek Nuffnang?" Dia jawap "Dapat" Agakya semua orang di Merlimau dapat cek Nuffnang? SamDaddyCool dapat tak? Ketika di Ayer Keroh untuk mengebankkan cek wawa, saya ternampak satu pejabat peguam yang macam pernah nampak di dunia blog. Tidak pula saya singgah untuk bertanya " Puan Emy, Dapat Cek Nuffnang tak?", kerana dia tidak menggunakan Nuffnang.

Mahal pula seminar Waubebas / Akademi Merdeka

Akademi Merdeka menganjurkan seminar yang agak menarik. 16 – 18 Januari 2009. Tema: Globalisasi, pasaran bebas dan negara membangun Tempat: Selangor, Professor Julian Morris, Pengarah Eksekutif, International Policy Network.  Dr Khalil Ahmad, Presiden, Alternate Solutions Institute, Pakistan. (biografi akan menyusul)   Alec Van Gelder, Pengarah Rangkaian, International Policy Network. Yuran penyertaan dan kos penginapan RM295.00 – termasuk makanan bermula Jumaat malam sehingga tengah hari Ahad, ceramah, buku, fail delegasi, dan juga penginapan di Hotel Residence (berkongsi bilik twin). RM185.00 – tanpa penginapan Apabila dikenang, Public Talk Umar Vadillo dulu sudahlah percuma, dapat makan percuma cucur udang dan Bubur Chacha pula. Memang berlaloi datang dari Melaka. Eh, Jangan lupa anda dijemput datang untuk ke Seminar murah .

Pengayuh Jerit Singgah di Melaka

Jed memberi SMS bahawa Pengayuh Jerit telah tiba di Melaka, ketika itu dan akan ke A Famosa sedikit masa lagi. Saya menghubungi Sofi Wahab dan Damian mengenainya. Sofi tidak dapat datang kerana ada mesyuarat. dan kemudiannya Damian bunyi macam nak datang, tetapi tidak timbul.   Kemudian pengayuh jerit meletakkan basikal mereka di hadapan Muzium Samudera, saya dan Jed singgah sebentar untuk mengunjungi kedai di mana saudara Tarmizi Ballazi berkerja. Tarmizi orang kuat PAS kampung Sempang. Cengkungnya Tarmizi, patutlah Jed kata saya dan Tarmizi macam adik beradik. Berbanding dengan negeri lain, Pengayuh jerit agak susah kerana adanya halangan polis, tangkapan, basikal dibakar , tetapi di Melaka, keadaan agak aman. Terima Kasih Polis Di Raja Melaka.

SEMINAR BLOGGER (Apa yang nak ditulis dalam blog anda)

Tadi, Prof Hamirdin SMS saya supaya iklankan seminar blog di blog saya, maka saya iklankan   SEMINAR BLOGGER (Apa yang nak ditulis dalam blog anda ) TERBUKA KEPADA SEMUA BLOGGER YANG BERMINAT (Berdasarkan 100 orang yang pertama) Sila e-mail kepada almariff@hotmail.com Tarikh : 20 Disember 2008 (Sabtu) Tempat: Bilik Seminar, Masjid Jamek Hasanah ,Bandar Baru Bangi, Selangor Pendaftaran RM10.00 je ATURCARA 8.00 pagi :Pendaftaran 8:20 Pembukaan & Perasmian 8:30 Sesi 1 [Prof. Dr. Hamirdin Ithnin] 9:30 Relaks 9:35 Sesi 2 [Hasbullah Pit] : "RSS dan Aliran Maklumat Blog Tempatan" 10:35 rehat & minum & berkenalan 11:00 Taaruf bagi semua bloggers 11:30 Sidang Pleno 1:00 Tamat Pengumuman penting:restoran disediakan. Lepas makan bayau sendiri Saya tanya dia, boleh saya bentangkan? dia jawap "Boleh" Maka saya sedang fikirkan tajuk kertas kerja yang sesuai hendak dibentangkan. Ada 2,3 tajuk dalam kepala otak sekarang. Maka saya nak booking sesi selepas rehat selam...

Washington Monument letaknya di Merlimau?

Menantu saudaraku dan anak saudaraku bergambar berlatarbelakangkan "Washington Monument" dengan begitu girang. Saya katakan "Washington Monument itu ada klonnya di Merlimau" Dia tanya semula "ye ke? kat mana?" Maka sepupu mereka dan bapa saudara mereka pun membuat perkara yang tidak berfaedah iaitu bergambar di klon Washington Monument yang letakknya di Merlimau, semata-mata untuk membuat catatan blog. Guna pemasa pada kamera telefon.

Kusangkakan Semua Orang Sudah Tidak Mahu Harga Minyak "Stabil" .. Malaysiakini

Sejak berlakunya perubahan harga minyak dari rendah kepada tinggi dan kemudiannya rendah semula. Ramai yang lebih menyukai harga minyak yang rendah tanpa lupa polisi "harga minyak stabil". Mahu rendah, mahu rendah, mahu rendah. Rupanya masih ada lagi manusia yang inginkan harga minyak stabil sambil mencadangkan satu dana khas ditubuhkan. Ianya seolah-olah mengembalikan situasi seperti awal 2000. Dan tidak semestinya krisis turun naik tidak berulang. Kalau ada dana sekali pun, pasti apabila berbezaan harga semasa dengan harga subsidi yang ketara akan menyebabkan berulangnya kenaikan harga minyak. Rakyat Malaysia perlu pilih antara 2 1. Polisi harga minyak stabil 2. Polisi harga minyak berubah-ubah Bukannya polisi harga minyak murah atau mahal.

Tahniah YB Khalil Idham Lim kerana "rasmi"

Pagi tadi saya terlah melawati laman blog YB Khalil Idham Lim kerana ingin mengambil gambar baju batiknya untuk dijadikan catatan blog . Ketika itu saya lihat, dia telah menggunakan istilah 'resmi' dalam konteks penggunaan istilah 'rasmi' , saya juga mendapati beliau telah menggunakan istilah "resmi" dalam beberapa catatan lama sebelum oktober 2008. Maksudnya dia sudah terbiasa dengan istilah 'resmi' sejak begitu lama. Suatu hari dalam beberapa bulan lepas, apabila dia telah menggunakan perkataan "resmi" untuk "rasmi", saya telah menegurnya. Cepat juga dia memperbetulkkanya. Hari ini penggunaan 'resmi' masih ada, namun diperbetulkan sendiri olehnya apabila menyedarinya. Nama URL membuktikan wujudnya kesilapan akibat 'tersasul' menaip 'resmi' http://idhamlim.blogspot.com/2008/12/cina-islam- resmi -debat-melayu.html Saya juga mempunyai beberapa istilah salah yang telah terlalu biasa digunakan. Saya sering men...

Harga Songket Shahrukh Khan vs Harga Batik Ir Nizar & Idham Lim

Kain Songket yang dipakai oleh ShahRukh Khan dikatakan berharga RM 3,000.  Diceritakan juga di blog Al Brangi bahawa ianya ditaja oleh Menurut berita Mstar , Songket rasmi itu belum dipakai oleh mana-mana penerima datuk lagi. Samping songket berharga RM3,000 bermotif bunga kesidang, berwarna hitam dan diikat stail Allahyarham P.Ramlee akan dipakai buat pertama kalinya oleh Datuk Shah Rukh Khan ketika menerima anugerah Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) Sabtu ini di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka pada pukul 10 pagi. Samping songket rasmi negeri Melaka bermotif bunga kesidang itu belum pernah dipakai oleh mana-mana penerima gelaran ‘Datuk’ lagi. Ini disahkan oleh Pengerusi Jawatan Kuasa Sumber Manusia, Kesihatan dan Hal Ehwal Pengguna Melaka, Datuk Kapt (B) Ab. Karim Sulaiman di sebuah sidang akhbar tengahari tadi di Pejabat Sovereign Wear Sdn Bhd, Sri Hartamas.  Bagaimana harga songket yang baru dicipta, tidak pernah dipakai oleh penerima datuk, ditetapkan harga RM 3,000 ?...

Mutaligat & Zubli Ketagih Politik Harga Minyak?

Kerajaan Tagih Subsidi atau Mutaligat Ketagih Politik Harga Minyak? Atau Zubli yang lebih ketagih politik harga minyak ? Pengasas politik harga minyak di Malaysia adalah Anwar Ibrahim, dia yang banyak cakap fasal turunkan harga minyak. Apabila harga minyak turun, tetapi harga barang tidak turun, maka ia menunjukkan teori Anwar Ibrahim gagal. Namun, masih boleh bagi penagih politik harga minyak untuk meneruskan ketagihannya dengan cara:- 1. Terus salahkan BN bila harga barang tak turun, tanpa menunjukkan bahasa teori Anwar gagal 2. Terus mengatakan kerajaan ambil subsidi apabila harga minyak semasa lebih rendah daripada harga semasa. Eh tunggu, Kejadian harga minyak semasa lebih rendah daripada harga runcit petrol telah berlaku berbelas yang lalu. Ketika tahun 90an sebelum berlaku krisis kewangan 1997, harga minyak semasa juga rendah daripada harga runcit. Bayangkan harga minyak dunia ketika itu adalah dibawah USD 30, dan tukaran ringgit dengan USD adalah dalam lingkungan 1 USD = RM 2...

Siapa Calon DAP yang sesuai untuk PRK Kuala Terengganu? tiada di Malaysiakini

Banyak blogawan yang spekulasikan Mat Sabu sebagai Calon PAS di Kuala Terengganu, maka saya pun nak berspekulasi juga. Selepas Kejayaan Pakatan Rakyat menawan lebih banyak negeri, wujud kata-kata bongkak kononnya tempok perkauman sudah betul-betul pecah. Tidak boleh sebut isu kaum, tapi adanya politik " Hapus DEB ". Disebabkan Pakatan Rakyat sudah terlalu yakin tembok perkauman sudah dimusnahkan, maka bolehlah diadakan ujian terhadap dakwaan itu. Maka, apa kata kalau diletakkan Calon DAP bukan Melayu Bukan Islam di Kuala Terengganu, dan terus mainkan politik "Hapus DEB" di situ. Jangan lupa mainkan isu penutupan sekolah vernakular yang dimainkan oleh Mukhriz .   Akan tetapi sebagai ganti, DAP melepaskan satu kerusi Parlimen yang ada supaya ditandingi oleh PAS, sebagai contoh Mat Sabu bertanding di Parlimen Kota Melaka setelah dikosongkan. Agaknya siapa Calon DAP yang sesuai untuk Kuala Terengganu? Chi Chang? Dr Dzulkefly memerlukan sparring partner dalam soal ekono...

Mimpi Souq dan Lelong di Kompleks PAS Jasin

Sejak terdengarnya cerita Souq oleh Umar Vadillo , sehingga hari ini saya masih termimpi souq. Teringin benar ingin merealisasikannya, namun tidak cukup segalanya. Mahu tak mahu, perlu juga dimimpikan supaya satu hari boleh dijadikan realiti. Atau mungkin perlu saya perlu menjelajah dunia dahulu? Agak pelik apabila di Malaysia, ahli parti yang mendokong "Islam" seringkali terbawa-bawa budaya kawalan harga akan tetapi dalam versi yang lebih murah. Bukankah PAS sepatutnya membawa cara perniagaan yang Islamik? Jadi agak sukar untuk merealisasikan Souq melalui PAS, namun usaha perlu diadakan juga. Apa itu Souq? Menurut pemahaman sempit saya, yang baru membaca dan mendengar sedikit maklumat, Souq ialah Pasar dimana kawasan itu ditak dimiliki oleh sesiapa. Souq umpama kemudahan awam, seperti masjid. Perlu disediakan oleh pihak pemerintah. Kalau pemerintah tidak begitu islamik, maka bagi saya tugas itu perlu dipikul oleh parti politik yang membawa Islam, dalam konteks Malaysia ialah...

gerakan anti PPSMI

Saya agak ketinggalan apabila tidak dapat hadir ke Forum Gerakan Anti PPSMI. Saya terjumpa artifaks lama di komputer untuk disiarkan . Apa yang dikatakan oleh Saudara Bustamam agak menarik. 5) Internet mempercepatkan proses globalization. Process globalization patut diikuti dengan proces Internationalization, localization, personalization dsb. Semua setuju yang dunia ini semakin kelihatan kecil sebab Internet. Tapi kebanyakan tak realize yang setiap sempadan ada keistimewaan masing2, mereka ada adat-resam, tata-susila dsb. Memahami isu-isu tersebut adalah amat perlu untuk memupuk sefahaman.  Masih ingat lagi catatan saya tentang glokal ? Sesiapa yang faham globalisasi, mereka akan menyukai glokal, walaupun benci pada Najib. Kembali kepada Gerakan PPSMI, Ayuh tandatangan petisyen

Facebook, Perkongsian Bersyarat

Banyak kali juga saya menerima URL dari facebook, untuk melihat sesuatu, namun untuk melihat sesuatu dalam Facebook, walaupun telah ditetapkan sebagai "public" atau "everyone" oleh pengguna Facebook, pengguna mempunyai akaun Facebook untuk melihatnya. Apa erti "public" atau "everyone" kaalu begitu? Kalau benar mahu dikongsikan, mengata mensyaratkan keahlian Facebook? Ada sesiapa mempunyai akaun Facebook untuk dilacurkan? berikan Logmasuk dan katalaluan

Boleh Saya Cadangkan Peperiksaan Pernilaian Darjah 4? - rujuk Malaysiakini sedikit

Zaman saya muda dahulu ada Peperiksaan Pernilaian Darjah 5. Hari ini saya nak cadangkan supaya diadakan Peperiksaan Pernilaian Darjah 4, dan hapuskan UPSR. Lupakan soal peperiksaan, kita fokus isu Mukhriz dan Isu Namewee . Mukhriz dan Namewee lebih kurang senada, mempersoalkan kenapa pembelajaran dilakukan dalam banyak bahasa. Mukhriz agak pelik kerana mempertahankan pembelajaran sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Mukhriz mahukan pembelajaran dalam satu bahasa sebagai alat perpaduan, saya sokong walaupun saya bukan UMNO. Akan tetapi apa yang berlaku di Malaysia ialah sekolah rendah selama 6 tahun, sekolah menengah selama 5 tahun (atau 6 tahun). Selama 5 tahun di sekolah menengahlah yang membolehkan pergaulan antara kaum dalam satu bahasa boleh dilakukan. Ketika sekolah rendah, bersekolahlah dalam bahasa ibunda. Akan tetapi, tempoh masa sekolah rendah 6 tahun, lebih lama daripada pembelajaran dalam bahasa Melayu iaitu 5 tahun. Zaman sekarang pelajar bersekolah seawal 4 tahun. M...

Malaysiakini tidak merepek tentang Borang KWSP

Merujuk kepada Malaysiakini, Borang KWSP 17A (AHL) Khas boleh di dapati mulai hari in i. Para pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang ingin mengekalkan kadar caruman pekerja sebanyak 11 peratus mulai gaji Januari 2009, boleh mendapatkan Borang KWSP 17A (AHL) Khas mulai hari ini. Mushkil juga. Bulan lepas saya telah membuat catatan tentang Borang KWSP Supaya Caruman Kekal 11% Alih-alih borang boleh di dapati mulai "hari ini". Setelah saya meneliti, rupanya Borang KWSP Borang KWSP 17A (AHL)   berbeza sedikit dengan Borang KWSP 17A (AHL) Khas Perbezaannya ialah KWSP 17AA (AHL) Khas sudah sedia menulis tambahan 3 %, dan Borang KWSP 17A (AHL) membolehkan tambahan caruman anda 3% atau kurang atau lebih, ikut suka. KWSP 17AA (AHL) Khas menetapkan 2010 sebagai tarikh tamat "tambahan 3%", manaka Borang KWSP 17A (AHL) tidak meletakkan tarikh tamat. Kalau tidak mahu pening kepala, guna Borang KWSP 17A (AHL) Khas Untuk Majikan, boleh gunakan Borang KWSP 17AA (...

Wujudkah persetujuan jual beli di kedai makan orang Islam?

Saya ingin menulis perkara ini sejak berbulan yang lalu. Apa yang saya perhatikan ialah budaya membeli rakyat malaysia terutama sekali ketika membeli makanan tidak langsung menunjukkan gaya wujudnya persetujuan harga sebelum membeli makanan. Kedai makan melayu, banyak yang tidak meletakkan tanda harga, sudah menjadi lumrah pelanggan, pesan sahaja makanan dan minuman kemudian "kira". Pelanggan tidak ada peluang untuk tidak bersetuju dengan harga kerana semuanya telah ditelan. Dalam perniagaan nasi campur juga sukar, apabila pelanggan memilik lauk dan meletakkan ke dalam pinggan, pelanggan tidak tahu berapa harganya. ada kedai yang memerlukan pelanggan tunjuk pinggan nasi kepada tauke untuk mendapatkan harga. Ada yang disuruh makan dulu, kemudian baru kira. "Tadi makan apa". Namun kedua-dua kaedah pembelian nasi campur itu tidak islamik langsung. Tidak ada peluang untuk pelanggan menolak sesuatu lauk apabila mengetahui sesuatu lauk itu mahal. Ikan yang sudah dimasukka...

Sistem Ekonomi Keynessian Membuatkan Kita Semua Kemaruk "Pertumbuhan"

Di blod deminimis terdapat persoalan, apa agaknya John Maynard Keynes telah lakukan ?. Ulasan saya di situ ialah. Hasbullah Pit said... Keynesian economy focus too much on "growth". All we look now is "what percent increas each year" for everthing. GDP how many % this year. that X fund how many % profit this year. loan how many % interest bla bla bla how many percent. What was happened is the money supply was increased to meet the "growth" demand. Than the "growth" is become meaningless. do we really need the "growth" dipersetujui oleh de minimis de minimis said... Hasbullah I am in 100% agreement with your question. What is growth? Why do we need growth? This is why we in Asia need to question all the assumptions and values used to create the modern economy which is modelled from the West. But in order to question this, we need to understand how the Western model came about. Since 1930, it is the Keynesian model that is used by ...