test

Sabtu, 13 Disember 2008

Pakdi dan Gaji Minimum

Pakdi seolah-olah tidak berapa setuju dengan "Gaji Minimum". Sebenarnya, saya pun begitu.

Idea "Gaji Minimum" adalah idea sosialis, memperjuangkan hak pekerja.

Pakdi menceritakan bagaimana swasta akan sukar untuk memberi gaji minimum, kerana ia akan meningkatkan kos, dan seterusnya harga produk dinaikkan. Sekiranya berlaku kenaikan harga lagi dan lagi, yang minimum itu tiada ertinya.

Kalau tidak salah saya, saudara Ikram , pengunjung blog ini pernah mengatakan bahawa gaji minimum yang diminta oleh MTUC itu untuk sektor tertentu.

Saya sebenarnya tidak berasa risau sangat tentang nasib pekerja yang masih ada MTUC yang pertahankan.

Sekiranya gaji minimum dilaksanakan, maka siapa mahu kerja kedai makan dan kedai runcit milik orang tempatan?

Untung sebulan pun belum tentu melebihi RM 1500.

Kebanyakan pekerja di syarikat perniagaan kecil tidak didaftarkan ke PERKESO dan KWSP.
Bagi saya itu masalah yang lebih besar daripada meletakkan gaji minimum bagi pekerja yang sudah ada 2 kemudahan itu.

Tidak hairan juga, syarikat swasta yang mempunyai pekerja yang ramai mempunyai beberapa peratus pekerja yang tidak didaftarkan ke PERKESO dan KWSP hanya kerana tidak mahu ikut syarat gaji minimum.

Siapa pula akan bela mereka?

Idea gaji minimum, kalau sehingga tahap RM 1500, bagi saya terlalu tinggi untuk dituruti oleh semua orang atau sektor tertentu.

Saya telah menerangkan kepada Jed, ketika dia singgah di Melaka bahawa saya tidak bersetuju tentang kawalan harga. Kawalan harga menyebabkan ekonomi tidak nyata. Margin peniaga menjadi kecil. Kalau peniaga tidak untung banyak, bagaimana dia mahu mengambil pekerja.

Dalam Malaysia ini cukup banyak kedai runcit yang, dia lah tauke, dia lah kuli, kalau ada hal, anak isteri tolong jaga.

Bayangkan kalau sektor peruncitan kecil-kecilan mampu mendapat untung agak lumayan sehingga boleh adakan peluang pekerjaan?

Kalau 1 kedai tambah 1 pekerja, berapa banyak peluang pekerjaan mampu disediakan seluruh negara?

Jikalau benar mahukan negara yang pendapatan rakyatnya tinggi. Satu perkara yang rakyat Malaysia perlu lakukan ialah caj perkhidmatan mesti dinaikkan kerana perkhidmatan melibatkan manusia.

Upah jahit perlu tinggi, upah betulkan kereta perlu tinggi, upah gunting rambut perlu tinggi, betulkan itu ini menjadi tinggi.

Jangan takut kalau ia tinggi kerana ia baik untuk ekonomi. yang mendapat upah tinggi itu ialah masyarakat yang ada lebih kuasa beli.

Apabila keadaan sebegitu berlaku, maka akan banyak kegiatan betulkan kerosakan sendiri dan seterusnya membentuk masyarakat yang lebih mahir. Budaya D.I.Y akan lebih banyak.

Tapi bagaimana upah baiki televisyen tinggi kalau TV bagi lebih murah daripada upah yang dikenakan oleh pembaiki TV.

Salahkan konsumerisme.

Konsumerisme menyebabkan ribuan pekerjaan "tukang baiki" lenyap dimuka bumi.

Saya kurang berminat dengan agenda sosialis, kerana ia terlalu lebihkan pekerja tetapi bergantung pada sistem majikan-pekerja. Serupa macam kapitalisme juga cuma kapitalisme lebihkan majikan, sosialisme lebihkan pekerja.

Umar Vadillo ketika ucapan awamnya tempoh hari ada menceritakan tentang alternatif kepada sistem majikan-pekerja, tetapi saya tidak berapa faham.

6 comments:

  1. salam...

    sekarang internatinally orang bercakap pasal 'decent work'.
    bukan hanya gaji yang munasabah. persekitaran kerja juga baik dan selamat dan sihat.

    gaji lumayan pun kalau hari-hari menggadai nyawa tak guna. suasana kondusif pun kalau nak beli pampers anak pun berhutang tak guna juga.

    bagi saya gaji minimum bergantung kepada kerja dan output yang dihasilkan. juga lokasi pekerjaan. gaji minimun di kl dan kk pastinya tak sama dgn kb atau alor mengkudu.

    sebagai permulaan, saya sarankan guru-guru Pasti diberi gaji minimum. amacam yb Zaki?

    BalasPadam
  2. Cikli:

    Malam esok saya ada sesi dengan Cikgu Azrin, perlukah tanya tentang gaji minimum guru PASTI?

    BalasPadam
  3. molek dan comel sekali tuan.

    BalasPadam
  4. Ha..ha.. sebenarnya saya nak jadi pengunjung senyap sahaja. Bila baca catatan di atas, terkesan pula untuk respon. Saya minta maaf sekiranya komen saya yang lepas mengelirukan. Komen saya tidak bermaksud "gaji minimum yang diminta oleh MTUC itu untuk sektor tertentu".

    Komen saya lebih menyentuh tentang cadangan subsidi makanan bersempena dengan tuntutan MTUC untuk gaji minima.

    Pendapat peribadi, saya lebih bersetuju perlaksanaan subsidi/kupon makanan berbanding gaji minima untuk meringankan beban pekerja. Antara sebabnya, saudara Hasbullah telah terangkan di atas.

    Walaupun majikan mempunyai hak untuk menentukan gaji berdasarkan pasaran, saya berpendapat pekerja (malahan setiap orang) harus mendapat jaminan memperolehi keperluan yang asasi seperti makanan, keselamatan dan tempat tinggal. Dan saya berpendapat, kupon makanan dapat menjamin sebahagian daripada jaminan asasi tersebut.

    Dan saya kurang bersetuju duit kerajaan digunakan sewenang-wenangnya untuk tujuan subsidi/kupon makanan. Sebab itu saya ada menyebut bahawa kos itu seharusnya ditanggung kalau tidak sepenuhnya mungkin sebahagiannya oleh majikan. Dan segi teknikal perlaksanaan, mungkin kos ini dapat diagih-agihkan mengikut sektor industri pekerja tersebut. Sekiranya separuh yang memerlukan subsidi berkerja disektor perladangan, saya berpendapat wajar separuh kos tersebut ditampung oleh sektor tersebut; mungkin daripada perolehan cukai, cukai khas atau lain2. Ini hanya teknikal sahaja. Secara dasarnya, jaminan untuk perkara asasi harus diadakan disamping majikan diberikan kebebasan untuk menetapkan gaji mengikut pasaran. Mungkin ada yang boleh berikan idea lain untuk menampung kos subsidi makanan sekiranya bersetuju dengan idea tersebut.

    Apahalpun itu hanyalah cadangan saya disebalik keributan inflasi dan krisis kenaikan harga komoditi suatu masa dahulu. Harga minyak pernah naik dan harga minyak sedang mengalami penurunan. Kalau di Barat mereka bimbang tentang prospek 'deflation' (deflasi?). Mungkinkah harga barang akan turun suatu hari nanti di Malaysia (deflation)? disebabkan kurangnya permintaan dek ramainya orang yang hilang pekerjaan. Yang pasti gaji minima tak akan membantu sekiranya hilang pekerjaan.

    BalasPadam
  5. tak kisah hal gaji,
    klau lah manusia tak tamak..
    semua bnda bleh jadi..
    tulis blog pun bleh buat duit..
    xde minimun tetapi selalunya
    meningkat.. hehe

    BalasPadam
  6. Idea yg baik tak semestinya praktikal utk semua org.

    gaji minimum di praktis di byk negara. Di US ianya good, di UK pula ianya great. Kenapa di Msia ianya ???

    dan sy setuju ianya blom praktikal mcm undang2 seat belt blkg, had bil penumpang, baby seat walaupon for safety reasons YES!

    apa ahli politik msia buat? kaji kenapa di us/uk/etc. ia praktikal. If only they ask me cause i know the answer.

    112413

    BalasPadam

Google+ Hasbullah Pit