test

Isnin, 22 Disember 2008

Faktor "Kool" dalam Mendekati Golongan Muda

Golongan muda adalah golongan yang sukar difahami, bermacam cara golongan tua cuba mendekati golongan muda, namun gagal.

Adakalanya golongan tua terpaksa menjadi muda untuk mendekati golongan muda.

Sebenarnya tidak.

"Kool" adalah sesuatu yang dikejar oleh golongan muda.

Golongan muda selalunya ada kegilaan terhadap sesuatu.

Golongan Melayu pula pelik, bila ramai orang suka A yang dianggap "kool", maka ramai orang muda melayu lain yang mengikutinya.

Tiada unsur diversifikasi.

Jadi gila merempit adalah "kool", maka ramai-ramai merempit.
Bila orang gila "shufle" ramai-ramai orang shufle.

Sebenarnya mereka senang dibentuk, apabila sesuatu dijadikan "kool".

Golongan muda berubah daripada satu kegilaan kepada satu kegilaan yang lain.
Ada kegilaan yang baik, ada yang tidak baik.

Ketika 1998 dulu, "reformasi" adalah sesuatu yang "kool".

Zaman sekarang ianya tidak "kool" lagi.

Kalau mahasiswa idealis mejadikan mereka "kool", pasti akan menjadi ikutan.
Rausyanfikir perlu menjadi selebriti :)

Kalau ada kemeja-T "Rausyanfikir.com" yang direka dengan begitu artistik, pasti ianya laku untuk dijual.

Golongan muda tidak semestinya hanya anggap sesuatu yang muda itu "kool".

Tok Guru Nik Aziz adalah idola semua orang, kalau gambarnya berdoa sambil menangis dijadikan Kemeja-T, ia juga akan menarik minat golongan muda.

"Kool" adalah sesuatu yang dikejar tanpa disedari oleh seseorang.

Terdapat satu buku bertajuk "Chasing cool" menceritakan bagaimana cool boleh digunakan untuk menarik pelanggan.

Konsep yang sama boleh digunakan untuk menarik pengundi muda dan merubah golongan muda daripada merempit kepada benda lain.

14 comments:

  1. Itu gambar Tuan Hasbullah dgn kambing cool! Buatlah tee shirt! OOOooooOOoooooooo
    Atau ring tone OOoOOoOOOOOoooooooooo

    BalasPadam
  2. "kool" dan "hip".golongan muda mahukan sesuatu yang menarik,kool dan hip.contohnya seperti shuffle2 ni (tapi saya tak minat pun).ia menjadi ikukan kebanyakan remaja sebab ianya suatu benda yang kool dan hip.

    politik bukan perkara yang digemari remaja.itu adalah faktanya.mereka lihat politik sebagai satu benda yang membebankan.jadi tak hairan jika ada golongan tua yang gagal dalam mengajak mereka kearah dunia yang lebih "berat" dan intelektual.remaja lebih suka kepada sesuatu benda yang outgoing dan mudah.

    BalasPadam
  3. Haha. Nanti orang kata saya ni kapitalis. Ambil kesempatan untuk komoditikan ilmu. Hoho.

    Entahlah bang. Kebangkitan tu adakah perlu bersifat "popular" ataupun "murni".

    Kena kaji lagi.hoho. Minta tunjuk ajar dari orang yang lebih tua!

    BalasPadam
  4. Sokong Jed!

    Blog Tuan Hasbullah Pit, "kool"!

    :)

    BalasPadam
  5. Sokong Jed!

    Blog Tuan Hasbullah Pit, "kool"!

    :)

    BalasPadam
  6. remaja mahukan sesuatu yang menarik.tak kiralah dari segi fesyen,muzik atau gaya hidup.namun lain remaja lainlah minatnya.tak semua remaja suka pada "shuffle" ni.masih ada sebilangan kecil yang berminat pada hal politik dan dunia semasa.

    waktu remaja adalah waktu yang paling sukar kerana pada waktu ini minda mudah "tertipu" dengan 1000 macam keseronokan.sebab itu ada yang boleh terlibat dengan jenayah kerana tiada pegangan dan prinsip yang kuat dalam hidup.

    BalasPadam
  7. Berbalik kepada masalah akar: masalah pandangan alam.

    BalasPadam
  8. jadi tak hairan jika ada golongan tua yang gagal dalam mengajak mereka kearah dunia yang lebih "berat" dan intelektual



    Saya kurang bersetuju.
    Kalau kita lihat, banyak inovasi hebat adalah daripada golongan muda.

    Google dan Yahoo lahir daripada golongan muda.


    Golongan muda mempunyai entuatisme yang tinggi dalam sesuatu perkara.

    "kool" dapat menarik mereka.

    BalasPadam
  9. Kool dalam bahasa Melayu ialah Sempoi. Betul ke ?

    BalasPadam
  10. Sempoi rasanya = simple.

    Cool mungkin hebat, ada gaya, canggih.

    Zaman saya beriric dulu cool di eja 'kewl'.

    Macam tu cuba jadikan gaya hidup Islam sesuatu yg cool. Memakai t-shirt muslimah contohnya dengan tulisan, aurat saya = hak saya. Atau pergi ke masjid boleh dipromosikan sebagai sesuatu yang cool.

    BalasPadam
  11. salam, bro.. gua nak tanyer skit.. "peringkat coppaste" tu aper??

    BalasPadam
  12. ibnumustafa:

    Sebenarnya "Peringkat copy paste"

    Satu peringkat awal seorang blogawan, sebelum mengeluarkan hujah atau artikel sendiri.

    Kalau saudara sudah menulis sendiri tentang anti konsumerisme, barulah boleh dikatakan saudara anti consumerisme.

    BalasPadam
  13. Baling kasut pun dah jd 'kool'!

    BalasPadam

Google+ Hasbullah Pit