test

Isnin, 15 Disember 2008

Shaberry Chik Kurang Faham Sensitiviti Kaum - rujuk Malaysiakini

Diberitakan bahawa MCA membantah pengurangan waktu berita Mandarin di Malaysiakini.

Saya bukannya sokong MCA kerana Dasar Bahasa yang ke'beijing'an.

Slot Bahasa Mandarin digambarkan sebagai slot untuk orang Cina. Agak menghairankan juga kenapa tiada berita Hokkien tetapi MCA tidak bantah.

Walau apapun, bahasa berita itu samada Hokien atau Mandarin, tetap "Slot untuk orang cina" dikurangkan oleh Shabbery Chik.

Ada yang berpendapat tembok perkauman sudah runtuh.

Orang Melayu bagaimana, marah atau tidak?

Dasar baru RTM memindahkan waktu "Warta Berita" yang sudah berpuluh tahun duduk selesa pada "Jam 8 malam" ke 9 malam. Tidakkah ada orang Melayu marah?

Warta Berita jam 8 malam di RTM 1 adalah gaya hidup segelintir Melayu sejak berpuluh tahun yang lalu, kini dilambatkan kerana mengutamakan slot untuk orang cina dan orang India.

Orang India marah tidak?

Saya bukan nak menggalakkan supaya orang Melayu Cina India bergaduh kerana berebut slot, akan tetapi slot-slot untuk sasaran kaum tertentu sebenarnya perkara sensitif bagi sesetengah orang. Bukan semua, ada segelintir, maka sensitiviti mereka perlu dijaga.

Andai kata pada petang sabtu ada siaran langsung perlawanan badminton yang mengorbankan Slot Hindustan petang sabtu, akan tetapi apabila pelawanan belum selesai, ditamatkan siaran itu kerana slot cerita Mandarin, maka ia akan mencetuskan ketidakpuashatian penonton india.

Bukan semua, akan tetapi pasti ada yang tidak puas hati.

Maka, rancangan untuk memendekkan slot Mandarin dan memindahkan Warta Berita pada waktu tradisi pukul 8 malam, pasti akan mencetuskan ketidakpuashatian kaum-kaum yang terlibat.


Jikalau benar Berita hendak dijadikan satu alat perpaduan kaum, mengapa kandungan berita juga diasingkan mengikut kaum?

Adakalanya cerita kemalangan juga diasingkan mengikut bahasa.
Orang Cina kemalangan keluar di Berita cina, tidak keluar di berita Melayu.

Artis Melayu bercerai hanya keluar di Berita Melayu tidak di Berita Mandarin.

Mengapa?

Orang Melayu pun nak tahu juga siapa penyanyi Mandarin tempatan, ada skandal atau tidak.

8 comments:

  1. mca cakap banyak tak guna. ajak je shabery berdebat live jika berani.

    BalasPadam
  2. Apa benda nie... masa hindustan punyer cite dah kena potong sebab beri laluan pada perlumbaan kereta pun... takde siapa yang bising pun... jangan nak buat cite lah.. tolong lah..

    BalasPadam
  3. yang ini gua setuju apa lu tuliskan nie.... Shabery cam tak tau adat jer....

    itu ler... gua dah bagitau banyak kali... polisi kementerian akan berubah setiap kali ader menteri baru yang kendalikannya...

    kalo menteri tue bangang... maka polisi yang bangang pula akan digunapakai.....

    lama-lama.... yang tak bangang pon boleh jadi bangang....

    BalasPadam
  4. Orang Cina hendak tahu skandal dan kisah artis-artis Melayu, kenalah menonton Melodi seperti saya. *chuckles*

    BalasPadam
  5. orang-orang cina kurang tahu tentang artis melayu tempatan dan orang melayu kurang tahu tentang artis cina tempatan.mungkin disebabkan gaya artis cina tak sesuai dengan orang melayu dan sebaliknya.

    BalasPadam
  6. Mula2 ingatkan Shabery ni otak dia geliga,tapi nampaknya 2X5 je dgn menteri2 yg. dulu. Buat masa ni semua program RTM gasak masuk RTM 1 & 2. Macam rojak.... bukan semua org suka makan rojak!

    Kan lagi bagus kalo lancarkan satu atau dua lagi channel. Jadikan empat siaran RTM. RTM 1 khaskan untuk bahasa. RTM 2 dibahagikan kpd. India & Cina. RTM 3 saluran seni serta hiburan dan RTM 4 saluran khusus untuk berita 24jam ala Channel News Asia,CNN.

    Beres....Astro pun boleh cancel!

    BalasPadam
  7. Jelas bermotifkan perkauman. Sebagai orang Malaysia, kenapa berita bahasa Mandarin dijadikan keutamaan. Patutnya bahasa Melayu yang dipentingkan sebab ia bahasa untuk semua rakyat. Kalau relevan kenapa yang lain tidak pertikai.

    BalasPadam
  8. Kalau orang Cina tuntut hak pelbagai kaum dengan bahasa masing-masing dalam siaran berita, rasionalkah demikian. Mana berita bahasa Orang Asli, berita bahasa Kadazan. Nampak sangat si Cina ini bersentimenkan kaum yang sempit. Sedarlah kita di sini Malaysia bukan Hongkong atau Taiwan.

    BalasPadam

Google+ Hasbullah Pit