test

Rabu, 24 Disember 2008

Blog Audio Creation

Saya baru sahaja menjumpai blog "Audio Creation", satu syarikat yang menjual peralatan audio kereta yang saya sendiri tidak pernah pergi.


Saya mengenali Audio Creation, apabila saya berborak dengan "car crazy" di forum vios club.

Kalau mengikut citarasanya, boleh botak kepala kalau mahu ikut kualiti bunyi yang dia suka.

Dunia Hi Fi untuk rumah, agak berbeza dengan kereta.

Pembuat pembesar suara untuk rumah yang baik, tidak banyak buat untuk kereta. Jadi ianya agak berbeza untuk mengetahui apa barangan audio "Hi End" untuk kereta.

"B&W" dan "AE" tidak membuat pembesar suara untuk kereta.


Satu perkara yang saya pelajari daripada "Car Crazy" ialah mengenai kapasitor.

Sistem tenaga elektrik kereta kebiasaannya menggunakan sumber daripada bateri, Arus Terus  (DC) dimana cukuplah terhad.

Apabila memainkan bunyi, bateri tak boleh meramalkan bila kuasa yang lebih untuk disediakan untuk bunyi tertentu akan datang.

Kapasitor dapat menyimpan tenaga elektrik lebihan yang tidak digunakan, supaya boleh digunakan bila perlu.

'Amplifier' yang baik untuk rumah, biasanya sudah mempunyai kapasitor sendiri didalamnya.

'Amplifier' saya yang ini, masih berbunyi selama beberapa saat walaupun sudah dipadamkan.



Untuk kereta, saya tidak pernah pula mendengar perbandingan bunyi berkapasitor dengan tidak.

Audio Creation ada jual Kapasitor jenama Mundolf

Menarik juga  Mundorf DC Power Supply - Germany.

1 comments:

  1. dalam kereta takda istilah 2.1 atau 5.1 kot..

    peningkatan audio kereta biasanya didominasikan oleh sub woofer (betul ke eja ni).. Sub woofer audio kereta tidak sama dengan sistem surround dirumah kerana berbeza dari segi kekuatan gemanya nya..

    Sistem teater dirumah mementingkan bunyi sekeliling berbanding sistem audio kereta lebih mementingkan kekuatan bunyi sesebuah woofer.. Ia diselang-selikan dengan nyaringan treble.

    Dolby adalah sebuah syarikat terkemuka yang mempaternkan bunyi-bunyi tertentu yang mampu memberi perubahan kepada alunan bunyi yang biasa..

    Kapasitor juga berfungsi sebagai penapis frekuensi rendah dan membenarkan frekuensi tinggi sahaja yang terhasil.. cuba anda letakan kapasitor 2 micro farad diantara + & - pada sesebuah speaker, lihat perbedaan bunyi yang terhasil...

    Sebab itulah sesebuah audio kereta yang lengkap mempunyai banyak penggunaan kapasitor cecair (bukan seramik)..

    Masa sekolah dulu saya suka DIY dan hasilkan berberapa buah aplifier & pre-amp, ia menyeronokan!.. Kebiasaanya cip atau IC yang digunakan untuk Amp ni menggunakan model TDA 2002 atau TDA 2003 ataupun STK 256.. tak ingat...


    Sekadar bertukar-tukar cerita...

    BalasPadam

Google+ Hasbullah Pit