test

Selasa, 2 Disember 2008

Malaysiakini tidak merepek tentang Borang KWSP

Merujuk kepada Malaysiakini, Borang KWSP 17A (AHL) Khas boleh di dapati mulai hari ini.

Para pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang ingin mengekalkan kadar caruman pekerja sebanyak 11 peratus mulai gaji Januari 2009, boleh mendapatkan Borang KWSP 17A (AHL) Khas mulai hari ini.

Mushkil juga.
Bulan lepas saya telah membuat catatan tentang Borang KWSP Supaya Caruman Kekal 11%

Alih-alih borang boleh di dapati mulai "hari ini".


Setelah saya meneliti, rupanya Borang KWSP Borang KWSP 17A (AHL)  berbeza sedikit dengan Borang KWSP 17A (AHL) Khas

Perbezaannya ialah KWSP 17AA (AHL) Khas sudah sedia menulis tambahan 3 %, dan Borang KWSP 17A (AHL) membolehkan tambahan caruman anda 3% atau kurang atau lebih, ikut suka.

KWSP 17AA (AHL) Khas menetapkan 2010 sebagai tarikh tamat "tambahan 3%", manaka Borang KWSP 17A (AHL) tidak meletakkan tarikh tamat.

Kalau tidak mahu pening kepala, guna Borang KWSP 17A (AHL) Khas



Untuk Majikan, boleh gunakan Borang KWSP 17AA (AHL) Khas

6 comments:

  1. Betul menyusahkan rakyat!! sepatutnya biar pencarum yg ingin kurangkan peratus caruman isi borang, yg kekal 11% tu tak payah! atau buat secara online...betul leceh!

    BalasPadam
  2. Takkan semua kerja nak mudah dan senang je kekwa66. Sesekali apa salahnya bersusah payah sikit...

    BalasPadam
  3. pekerja KWSP terlalu senang, kut?
    kasihnya...

    BalasPadam
  4. korang tau dak.. sekarang nie kalau nak kuarkan duit kwsp untuk perumahan.. kena bawak sekali surat nikah...

    baru minggu nie berkuatkuasa... tadi gua terpaksa balik amik surat nikah.. bengang betul la...

    patut di inform la kat papan kenyataan ker.. pintu masuk ker.., ini tidak... dah menunggu berbaris lima orang... ada la dalam 1 jam.. pastu sampai kaunter baru depa cakap....

    ada ka patut... terpaksa rugi duit parking bayar untuk 2 jam pulak tue..

    BalasPadam
  5. Cencurut:

    itu kalau melibatkah harga yang 2 nama, kalau 1 nama tak perlu.

    di KWSP Jasin, salinan kad nikah pun boleh.

    Aku siap tanya "Isteri nombor berapa?"

    BalasPadam
  6. hahaha... kalo tau dek bini lu.. alamat kena pelangkong la... hahahaha

    BalasPadam

Google+ Hasbullah Pit