Seawal pagi saya bangun untuk ke pondok panas PAS Sempang, aku kejutkan "jaga kubur". Sebagai PACA no 1, di saluran 4, maka menanti PACA BN tiba, terpaksalah saya mangira slip undi berseorangan. Uji pensil, kemudian bila PACA BN datang, maka sesi 'seal' dilakukan. Maka bermulalah undian, mulanya kerani itu tidak sebut nombor siri, terpaksa saya tegur, kemudian dia membacanya. Kemudian datang pula ramai yang bawa Slip BN, saya tegur, maka mereka tak bawa lagi. Sampai 1 ketika, ada seorang wanita cuba memasukkan kertasundinya, terselak sedikit, nampak pangkah PAS, tergamam saya seketika. Tak tau nak kata apa, rasa nak berterimakasih sahaja. Selesai bertugas, saya ke Merlimau untuk mengundi, Keadaan situ agak ganjil, walaupun selemah-lemah PAS Sempang, masih lagi ramai orang. Kemudian saya duduk seketika untuk meramaikan Sekolah Cina Merlimau dalam 1 jam. Kemudian saya lalu ke Tedong, melihat Md Noor yang bersungguh-sungguh walaupun dengan bantuan beberapa kerat manusia....