Apabila PakLah mengumumkan barisan kabinetnya yang baru, maka ramailah blogger yang memberi komen tentang barisan itu.
Ada yang mengkaitkan dengan bilangan wakil dari negeri,
Ada yang mengatakan ianya lemah,
Ada yang mengatakan negara akan tergadai kepada Singapura,
Ada yang mengatakan ianya umpama pesta cantas mencantas.
Ada pihak menggesa supaya Barisan Rakyat menyenaraikan Kabinet Banyangannya, (lupa URL). Dan saya sendiri cuba mendraf barisan Kabinet Bayangan dikalangan pemblog Beras Padu.
Mari kita lihat, Apa yang sebenarnya PakLah cuba lakukan. Walaupun ramai yang memperkatakan Kabinet itu tiada orang Najib, maka saya persetankannya kerana bagi saya ia hanyalah Kabinet Sementara.
Kita boleh lihat bagaimana beberapa kementerian baru diwujudkan selepas pilihanraya 2004, untuk meramaikan bilangan menteri.
Setelah selesai pilihanraya 2008, Bilangan Kementerian tidak bertambah, akan tetapi bilangan Menteri dan Timbalan Menteri bertambah.
Seolah-olah "Taraf Menteri" itu sebagai 1 kurniaan "Datuk" kepada orang-orangnya. Makin lama, makin ramai orang mendapat Datuk.
Telah kita lihat, negara kita terlalu banyak masalah,
Masalah Kenaikan harga barang
Masalah Minyak Masak
Masalah birokrasi
Masalah rasuah yang sudah dianggap "biasa".
Akan tetapi, Kabinet yang dirangka, apabila tujuan utama pembentukan kabinet adalah untuk sebagai kurniaan taraf menteri kepada orang tertentu, maka automatik kepentingan rakyat diketepikan.
Negara kita terlalu banyak kementerian, maka terlalu banyak perkara yang terpisah akibat berlainan kementerian.
Lepasan SPM yang ingin sambung belajar terpaksa berdepan dengan 2 kementerian berbeza.
Dengan mahu mengurniakan taraf menteri pada seseorang, kementerian pengajian tinggi diwujudkan, serpihan kepenterian "Pelajaran", akan tetapi sehingga kini, bangunan khusus untuk kementerian itu masih belum siap.
Dengan mahu mengurniakan taraf menteri yang banyak, maka wujudnya lambakan menteri-menteri di "Jabatan Perdana Menteri".
Kerana mahu menjaga hati Sharizat, dia dijadikan penasihat bertaraf menteri.
Jika benar Barisan Kabinet direka untuk mentadbir, sepatutnya tak perlu ada banyak kementerian dan tak perlu ada banyak timbalan menteri dalam kementerian yang sama.
Mari kita jenguk diluar kepompong Paklah, untuk melihat Barisan Kabinet Negara Sweden .(mesti klik, untuk memahami artikel selanjutnya)
Ianya tidaklah boleh ditiru bulat-bulat kerana keperluan negara kita mungkin berbeza.
Di Sweden, Kementerian Pelajaran adalah "Ministry of Education and Research", dimana didalamnya ada menteri pendidikan untuk sekolah, dan ada menteri pengajian tinggi dan ujikaji.
Manakala di Malaysia, ianya dibirokrasikan supaya ada 3 kementerian (Kementerian Pelajaran, Kementerian Pengajian tinggi, kementerian tknologi dan inovasi) dan ada 3 menteri, dibawah setiap menteri itu mungkin lebih dari 1 timbalan menteri. Apa ertinya semua ini?
Mari kita lihat 1 sumber yang kita ada iaitu minyak, pada masa yang sama Minyak adalah Komoditi, Minyak adalah sumber asli,Minyak adalah tenaga. Di Malaysia ada KEMENTERIAN TENAGA AIR DAN KOMUNIKASI, KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR, Kementerian Perusahaan Perladangan Dan Komoditi.
Katakanlah Komoditi itu tidak termasuk minyak, akan tetapi, Kementerian Perusahaan Perladangan Dan Komoditi adalah saling berbirokrasi dengan kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
Manakala Dalam banyak kes, kementerian Kesihatan amat berkait rapat dengan kementerian pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat. Di Sweden, terdapat "Ministry of Health and Social Affair", di dalamnya terkandung Minister for Health and Social Affairs (Head of the Ministry of Health and Social Affairs), Minister for Elderly Care and Public Health, Minister for Social Security.
Adakah Negara Sweden tidak membela perumahan untuk rakyat kerana tiada KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN ? "Housing Division" diletakkan di bawah "Kerajaan tempatan" yang duduk dibawah kementerian kewangan. Jadi, Hal berkaitan rumah, termasuk pembiayaannya duduk di bawah 1 bumbung.
Oleh itu, Sebelum Barisan Rakyat ingin membariskan Kabinet Bayangannya, Adalah lebih baik distrukturkan dahulu Kementerian yang ada. Jangan tiru kesilapan Barisan Nasional.
Oleh itu, Dimaklumkan bahawa, Draf Barisan Kabinet Bayangan beras Padu hanya sebagai draf semata-mata. Barisan Kabinet Bayangan Beras Padu akan dibentuk berdasarkan Struktur pemerintahan yang lebih efisyen, mungkin berdasarkan Sweden atau Negara Eropah yang lain.
Khamis, 20 Mac 2008
Home »
Kabinet
,
Kementerian
,
Menteri
,
politik
» Barisan Kabinet adalah Pesta Kurniaan Taraf Menteri, Malaysia perlukan pengstrukturan baru
0 comments:
Catat Ulasan