Apabila kalahnya BN di beberapa negeri, maka keluarkan 1001 punca kenapa BN kalah.
Merujuk kepada Perbincangan Analisis PRU di Astro, kelihatan seolah-olah blog adalah punca utama kekalahan BN. Selain itu, faktor calon kononnya.
Tak pula disebut faktor parti. tidak pula disebut faktor "keris" atau faktor "DEB".
Mari kita mengiyakan dulu, kata mereka yang kononnya blog adalah punca kekalahan mereka.
Ada pula menteri penerangan yang kononnya nak jumpa pemblog, akan tetapi, dia sendiri lupa, blog dan internet adalah bukan dibawah bidang kuasa kementerian penerangan.
Blog boleh dijadikan medium bagi kementerian penerangan, untuk menerangkan sesuatu, akan tetapi apa yang pemblog tempatan perkatakan, itu bukan soal kementerian penerangan.
Jika kementerian penerangan nak gunakan khidmat pemblog tempatan, untuk menerangkan sesuatu, buat sahaja "pay per post". Jika ianya berkaitan dengan "Kerajaan", maka boleh dipertimbangkan oleh pemblog, akan tetapi jika ianya untuk menerangkan propaganda BN, maka mungkin tiada siapa yang mahu, walaupun ianya berbayar.
Berbalik kepada persoalan asal.
Adakah benar BN jatuh kerana blog. bagi saya tidak,
Masyarakat di Malaysia masih belum pandai membaca blog dengan betul. Tak ramai yang gunakan pembaca RSS, tak ramai yang baca agregator RSS, tak ramai yang tahu guna carian blog.
Budaya pemblog malaysia juga berbeza-beza. Ada yang berblog kerana suka-suka, ada yang kerana politik. Kalau nak diharapkan blog politik itu menjatuhkan BN, bagi saya tidak.
Ramai pembaca blog yang terang-terang tak baca blog politik. Pemblog tersohor lensalily, pernah memberitahu saya dia tak suka membaca blog politik.
Pemblog politik pula sifatnya tak teratur. Ada yang hantar ke petalingstreet, ada yang tidak.
Ada yang dah berbelog sekian lama pun tak tahu wujudnya petalingstreet.
Pemblog PAS kebanyakkannya suka "copy paste" daripada menyatakan pendirian sendiri. copy paste dari blog lain (atau sumber web lain yang bukan blog) dan masukkan ke blog sendiri.
Pemblog DAP yang banyak berpetalingstreet, itupun YB Teng tidak berpetalingstreet.
Jadi adalah BN jatuh kerana Blog? Jawapan saya ialah "tidak".
Akan tetapi bila kita melihat sejarah beberapa tahun yang lalu, skim "pelaburan internet" berleluasa. Ianya terjadi bukannya kerana ramai orang google dan jumpa pelaburan internet dan melabur dengan sendirinya.
Pelaburan internet berjaya berkembang kerana wujudnya manusia yang mencari mangsa secara fizikal, dan kemudian mengatakan ianya "Pelaburan Internet", Kalau nak diharapkan internet semata-mata, mungkin ramai yang tak kena tipu.
Maka konsep yang sama dilakukan pada politik Malaysia ketika pilihanraya, bukan kerana pengundi yang baca blog, tetapi pengundi bercerita kandungan blog kepada bukan pembaca.
Tidak dinafikan bahawa, blog juga boleh mempengaruhi pembaca, walaubagaimanapun, bukan blog politik yang banyak mempengaruhi pembaca. Apabila blog bukan politik, tiba-tiba mengatakan sokongan kepada pihak tertentu, maka pembaca setianya akan terima.
Di Malaysia, ramai yang lebih suka berforum berbanding blog. Ramai yang menyatakan sokongan terbuka keada pembangkang di dalam banyak forum bukan politik.
Jadi apa kesimpulannya?
Kalau PakLah nak juga kata blog punca kekalahan BN, suka hati dia lah.
bn bodo
BalasPadam