Saya sempat memasang Bendera PAS di Litar Sepang, di Kawasan C2, ketika berlangsungnya perlumbaan Formula 1 Di Litar Sepang. Maka Bendera PAS itu sebaris dengan Bendera Union Jack, SangSakaTerbalik (Bendera Poland) dan lain-lain.
Perangcangan awal, nak bawa Bendera PAS yang berkibar, akan tetapi saya membuat keputusan untuk versi gantung.
Minah Salleh ini agak mushkil, bendera apakah itu. Saya pun mushkil bendera negara apakah yang dia pasang.
Mungkin dia mengagak itu bendera Jepun penyokong Nakajima.
Pelbagai reaksi yang dapat dilihat dengan kewujudan bendera PAS di situ.
Tidak kurang juga, cara menunjukkan sejauh mana PAS disokong oleh golongan pelbagai kaum.
Terdapat juga 1 reaksi spontan, lalu ditepi pagar, ternampak bendera PAS, dan meminta orang lain untuk mengambil gambar berlatar belakangkan Bendera PAS.
Sesudah habis Perlawanan, maka bendera itu dicabut, tiba-tiba segerombolan marshal yang lalu, bersorak melihat bendera PAS itu, saya merapati mereka.
Tiba-tiba kelentung, kuingatkan penyokong UMNO dikalangan mereka nak balik kayu atau apa..
Rupanya mereka memberi air mineral percuma.
I think Minah Salleh tu confuse... mungkinke Petronas dah tukar logo? Warna almost the same...
BalasPadamhidup pas!! ALLAH HU AKHBAR !!! ALLAHU AKBAR!!! ALLAH HU AKBAR!!!
BalasPadamSaudara yang dikasihi, saya berharap komen saya ini tidak menyinggung perasaan saudara. Ini kerana setiap perbuatan mahupun cakapan yang menyinggung sesama manusia adalah berdosa, inikan pula saudara sesama Islam. Pertama, semangat perjuangan PAS yang berwadahkan Islam sememangnya bersemarak dijiwa pejuang politik saudara. Syabas kerana mempunyai semangat mampan sedemikian rupa, namun pada pandangan saya, tindakan saudara mengantungkan bendera PAS di pinggir litar Sepang telah menjatuhkan maruah PAS. Ini kerana, pada pandangan penyokong parti lain khususnya BN dan hatta golongan profesional politik PR(DAP & PKR)akan menyatakan bahawa "itulah penyokong tegar PAS yang bodoh, totok dan tidak tahu berpolitik)...kat mana dia pergi PAS..PAS".
BalasPadamKedua, mohonlah saudara berfikiran secara matang dan terbuka, bahawa bukan kesemua acara dan nafas kehidupan kita perlu kita tonjolkan siapa diri kita. Terkadang jika kita melakukan demikian akan mengambarkan kita seorang yang lemah akalnya, tertutup pintu fikiran bahkan dilaungkan masyarakat sebagai jumud. Ada ketika dan tempatnya untuk menonjolkan siapa kita, siapa saf kita...namun jika tidak kena pada tempatnya maka makin jauhlah umum untuk didekati serta menjatuhkan nama organisasi di mata umum.
Justeru itu, mohonlah kita sama-sama merenung sejenak apakah tindakan yang kita lakukan itu memberi manfaat kepada diri, organisasi atau masyarakat umum. Jika ia boleh menyebabkan lebih kepada keburukan maka tinggalkanlah...
Tolong ye saudara...sama-sama kita berusaha menghidupkan ajaran Islam yang syumul...insyallah
HATI KERING JIWA TENANG.. ITULAH DIA ORANG PAS .. PANJI KITA BENDERA KITA ,, PERJUANGAN ISLAM TAKKAN BERHENTI BEGITU SAHAJA,, ALLAHUAKBAR!!!
BalasPadamIt is ok for me... Go PAS Go....
BalasPadamYou just let people quiry what is PAS.
Sy yakin saudara paham apa yang dibuat, bila kita sayang islam, kita wajib pastikan dia syumul dan sesuai dimana2.Bukan soal politik, itu hanya wasilah. syabas
BalasPadamxmatang pn xde masalahnye.. baek pegi nasehat wanita2 yang xtutup aurat kat litar sepang 2 dari nasihat org gantung bendera.. xsuka org gantung bendera? nampak sgt xterbuka n jumud. biarkan org dedah aurat?? 2 sifat jahiliah, bukan lagi jumud.. setiap yang menegakkan kalimah Allah, sokong je.. kita kan Islam
BalasPadam