1. setiap kaum itu mempunyai bahasa kaumnya yg tersendiri. tp adakalanya bahasa kaum itu akan berbeza jika terdapat suku yg berbeza di dlm kaum itu.Perbezaan itu dipanggil dialek. Walaupun dialek itu sering menggunakan istilah khas pada dialek itu, namun istilah itu diterima oleh bahasa induknya.
Sekiranya "bahasa" suku kaum itu tidak mempunyai kod ISO 639, maka ia bukan boleh dipanggil bahasa.
2. seperti malaysia, kita mempunyai pelbagai kaum.kaum cina terbahagi dgn beberapa suku kaumnya.dialek antara mereka tidak sama.india pula, mgkn bahasanya sama, tp ada diantara mereka sdh tdk bleh membaca tulisan bahasa mereka.ini kerana mereka sdh biasa menggunakan bahasa inggeris.mgkn kerna stiap kali mereka menggunakan perkhidmatan sms,mereka terpaksa menggunakan bahasa melayu atau bahasa inggeris, jd terpaksalah mereka korbankan aje bahasa ibunda mereka ni.bila la agaknya mereka nak berdemonstrasi memperjuangkan bahasa mereka pulak kan?Cina di Malaysia menggunakan Mandarin sebagai bahasa penulisan. Telefon yang tak boleh SMS menggunakan tulisan itu boleh dicampak ke longkang.
Namun Tamil agak ketinggalan kerana Malaysia dan India adalah Bekas Jajahan British.
3. baru2 ini ramai yg turun memperjuangkan bahasa melayu ini.kata mereka bahasa melayu adalah maruah melayu.apa yg mereka tentang adalah PPSMI.pembelajaran matematik dan sains dlm bahasa inggeris.kata mereka ini akan memundurkan anak melayu sendiri kerana mereka kurang fhm.maka ramai yg akan gagal didalam peperiksaan nanti.itu kata mereka. kata org yg merasakan mereka itu pejuang bangsa dan bahasa bangsanya.Nak jawap macam mana ni?
4. saya berpendapat, kalo kita nak merperjuangkan bahasa bangsa kita,kita perlu mulakan dari teras yg betul.pertama, kita perlu perjuangkan dari setiap darah anak melayu ini supaya tiada siapa yg akan mendapat selain A1 dan A2 di dlm peperiksaan SPM.tiada siapa yg mendapat selain A di dalam peperiksaan PMR dan UPSR.itu wajib.adalah memalukan melayu itu sendiri tidak cemerlang di dlm penguasaan bahasanya sendiri malah ade jgk yg gagal dlm menjwb soalan kertas bahasa melayu ini.Persoalan Bangsa pula ditimbulkan. Apakah takrifan Bangsa yang dimaksudkan?
Bangsa Melayu dalam Malasia sahaja ATAU Bangsa Malaysia yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Perpaduan ATAU Bangsa Melayu takrifan Dr Burhanudin Al-Helmy?
5. yg keduanya, setalah 50 thn lbh kita merdeka, kita perlu perjuangkan supaya setiap bangsa di malaysia ini fasih berbahasa melayu.mengapa ini diaanggap mustahil.kita tidak kejam.di dlm perlembagaan sudah dinyatakan bahawa bahasa melayu itu adalah bahasa kebangsaan.tidak ada lg menteri2, atau pegawai2 kerajaan yg masih pelat berbahasa melayu.adalah suatu penghinaan apabila ada kaum2 selain melayu yg tidak fasih berbahasa melayu, tetapi di dlm masa yg sama mereka menuntut hak yg sama rata kerana mereka mengaku bahawa mereka itu wargenegara malaysia.wargenegara ape jika bahasa ibunda negara itu tidak dpt mereka jiwai.
6. ketiga, hapuskan semua syarat tuk bekerja di dlm bidang yg tertentu, yg memerlukan bahasa inggeris.tidak perlu lg jurujual yg fasih berbahasa inggeris, tidak perlu lg pemasar yg fasih berbahasa inggeris, tidak perlu lg pegawai perkhidmatan pelanggan yg berbasaha inggeris dan byk lg pluang pekerjaan yg menyekat anak melayu ini untuk mencari rezeki dan memajukan diri.pada masa ini, kebanyakan kerja yg tidak memerlukan kelulusan tinggi lah yg memerlukan seseorang itu mahir dan fasih berbahasa inggeris.oleh kerana anak melayu ini ramai yg tidak berkelulusan tinggi, maka ramai la yg tidak berpeluang mencari rezeki tetapi menjadi hamba kpd dadah.
7. keempat, perkasakan bahasa melayu itu sendiri.lantikla la ramai penterjemah tuk semua perkara.baik dari segi ekonomi,sosial,politik,pendidikan dan semua bidang.pendek kata semua maklumat boleh kita perolehi di dalam bahasa melayu.jgn hanya pandai mereka syair dan sajak sahaja di dalam bahasa melayu.itu melayu di bawah tempurung namanya.alangkah indahnya kalo suatu hr nanti, di bumi malaysia ini semua org bertutur bahasa melayu,semua papan tanda dan surat khabar bahasa melayu,semua rangcangan di televisyen menggunakan bahasa atau terjemah bahasa melayu,semua borang yg perlu di isi menggunakan bahasa melayu, sesi temuduga dan temuramah menggunakan bahasa melayu,semua laporan di dlm bahasa melayu dan byk lg transaksi di bumi malaysia ini menggunakan bahasa melayu.bayangkan....
Terlalu banyak "bangsa" . Pening kepala.
Adakah anda pejuang "bangsa Melayu yang berada di Negara bekas jajahan British sahaja" ?
8. akan tetapi, seperti di permulaan perbincangan kita td, bahasa melayu yg manakah akan kita gunakan? bahasa melayu n.sembilan ke, melayu kedah ke, melayu kelantan ke,melayu perak ke,melayu melaka ke atau melayu sabah dan sarawak?mgkn kita baru sedar bahawa kita sudah lama melacurkan bahasa bangsa kita tuk membina sebuah bahasa ibunda.entah la..saya pun keliru.apa kata pejuang bangsa dan bahasa kita?adakah mereka sedar mereka itu bodoh.Bahasa Melayu Baku.
Alasannya ialah ianya boleh difahami oleh hampir setiap dialek di Nusantara.
Semalam dan kelmarin se Malaya heboh pasal beberapa orang termasuk bloggers yang ditahan kerana menghina Sultan Perak.Tok nak pesan sikit lepas ni kengkawan bloggers cuba dapatkan nasihat peguam dan paparkan kat blog masing-masing apa yang boleh tulis dan tak boleh ditulis.siap dengan hukuman yang bakal diterima.
BalasPadamTok bimbang tak lama lagi habis semua blog yang pro Pakatan Rakyat kena tutup kedai.dahlah paper dan tv pro UMNO-BN.susahlah rakyat nak dapat info yang sahih dan benar.
Tok yakin blog-blog yang pro Pakatan Rakyat sentiasa diawasi dan tok nak beri cadangan kepada PDRM siasatlah siapa yang menghina Sultan Mizan dalam sepanduknya"Kami mahukan deris,natang".Sultan Mizan adalah penghulu kepada segala Raja Melayu dan kedudukannya sebagai Yang Di Pertuan Agong amat dekat di hati rakyat Malaysia.segerakanlah siasatan terhadap penderhaka-penderhaka Melayu itu.Tok nak minta kerjasama kat rakan bloggers siarkan semula gambar mamat tu.takkan pendam je kes yang berat macam tu.Eloklah MP Pakatan Rakyat bawak usul ke parlimen desak polis segerakan siasatan ke atas mamat-mamat penderhaka tu.tok bagi tips sikit.cuba tanya Derih jusoh pasal demo tu kan buat kat rumahnya.jika polis tak siasat atau dilihat seolah-olah melengahkan siasatan,tok bimbang semakin ramai rakyat yang meragui keberkesanan polis.Eloklah suatu pasukan khas ditubuhkan untuk menyiasat kes menghina sultan Mizan.MP Pakatan Rakyat pulak boleh bawak usul di parlimen mintak ditubuhkan suruhanjaya di raja siasat perkara ini.
Tahniah kepada adik Nik Nor Madihah yang berjaya mendapat 20A dan menjadi pelajar SPM terbaik 2008.Sebelum ini Siti Fatimah Mukhtar yang juga satu sekolah yang sama dengan Nik Nor Madihah iaitu sekolah Maahad Muhammadi Perempuan pernah menjadi pelajar terbaik SPM beberapa tahun yang lepas setelah memperolehi 18A.Ketika itu Hishamuddin umumkan seorang pelajar dari Johor sebagai pelajar terbaik kebangsaan biarpun jumlah A yang diperolehi Siti fatimah melebihi pelajar dari Johor yang tok tak ingat namanya itu.Tok masih ingat ada subjek yang dia tak dapat A.
Patutnya Hishamuddin berikan anugerah kepada mereka yang berhak kerana ini melibatkan pendidikan anak bangsa tanpa mengambil kira dia orang Johor atau Kelantan atau mak bapaknya UMNO ataupun PAS.Berhentilah mempolitikkan isu pendidikan.Kecemerlangan merentasi parti politik.Memang satu tamparan hebat kepada Hishamudin kerana sekolah Maahad Muhammadi Perempuan di bawah kelolaan Yayasan Agama Islam Kelantan.Tok tak pasti sekolah agama rakyat ke tidak.Eloklah sistem pendidikan di sekolah ini digunapakai di semua sekolah kebangsaan kerana keberkesanannya.Hishamuddin tak harus rasa malu tapi bangga kerana seorang anak nelayan yang serba daif boleh dapat 20A MENGALAHKAN RAKAN-RAKAN SEBAYANYA YANG BELAJAR DI SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN MRSM.Nik Madihah jiga tidak boleh dibandingkan dengan anak Hishamudin dan Najib yang bersekolah di sekolah antarabangsa.MP-MP Pakatan Rakyat eloklah berikan cadangan semua rakyat Malaysia termasuklah menteri perlu menghantar anak mereka belajar di sekolah yang disediakan kerajaan.Jika tidak berbuat demikian seolah-olah merendahkan martabat sekolah kebangsaan dan tak yakin kepada sistem pendidikan yang digunapakai di sekolah kebangsaan.Lebih-lebih lagi jika dia menjadi seorang menteri pelajaran.Patutlah Hishamudin sendiri tak peka dengan hasrat pejuang bahasa Melayu untuk memansuhkan PPSMI.Anaknya sendiri belajar di sekolah antarabangsa.Itulah persepsi ramai orang ketika ini.
Keluarga Nik Madihah pula ditawarkan lot rumah oleh TG Nik Aziz kerana kecemerlangannya itu.Tok sedih Noh Omar masih sempat umumkan MRSm nak beli sut angkasawan berharga RM185 ribu dari Rusia ketika ekonomi negara tengah meleset.Bukannya sedikit duit tu.Eloklah wang sebanyak itu digunakan untuk memberi biasiswa kepada pelajar-pelajar miskin.
Tok perhatikan pemimpin UMNO semakin tidak peka dan prihatin kepada nasib rakyat.Tun Dr Mahathir dalam kenyataan terbarunya mengulas tindakan UMNO-BN di negeri pasir dua butir sebagai tergesa-gesa dan sepatutnya dibuat undi tak percaya dalam sidang DUN Perak terhadap kerajaan Pakatan Rakyat.
inilah bukti UMNO semakin hilang sentuhannya di hati rakyat.bercakap soal perpaduan memang mudah tapi apa yang UMNO buat selama ini tak menunjukkan perpaduan sebagai agendanya.asal kalah aje cakap pasal perpaduan.itulah umno.dulu,kini dan mungkin selama-lamanya
Tentang kerajaan perpaduan pula tok percaya isu ini sengaja ditimbulkan media totok UMNO untuk melaga-lagakan tok guru Nik Aziz dengan tok guru Haji Hadi.Pakatan Rakyat perlu lebih berhati-hati.jangan berikan peluang kepada UMNO untuk mencari ruang untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat.
aslmkm saudara hasbullah,
BalasPadamsy tdk fhm mengapa saudara pening memikirkan byk sgt bangsa kt ulasan sy tu.sy cuma bercerita tentang realiti masyarakat melayu.kita tidak bertutur dlm bahasa baku.kita juga adakalanya pening tuk menulis di dalam bahasa melayu yg betul.itu realitinya.jika ada pejuang bangsa yg nak menjaga bahasa bangsa kita ini,fikirkan la.di mana letaknya bahsa bangsa di dalm hati setiap anggota bangsa itu.sy cuma tidak setuju kalian menentang PPSMI kerna byk lg pencabulan bahasa yg kita biarkan shaja.PPSMI tidak merugikan bangsa,tidak menggadaikan bahasa tetapi saranan yg kedua dan ketiga di dalam ulasan sy itu amat mencemarkan bahasa.
p/s; ada ms bacalah posting sy tentang bahasa jiwa bangsa.thnks.
Acoi oh Acoi.
BalasPadamBahasa Melayu baku digunakan sebagai platform yang adil bagi semua penutur dialek Bahasa Melayu untuk memahaminya.
Bahasa penuturan bergantung kepada dialek.
Oleh kerana Dialek Bahasa Melayu Riau mendominasi Bahasa Melayu, kita tidak boleh kata ianya betul dalam bentuk ejaan.
Sekiranya penutur dialek Johor Riau mahukan dialeknya itu dinaiktaraf sebagai bahasa, maka lakukanlah apa yang patut.
Bahasa Melayu bukan untuk penutur dialek Johor Riau sahaja. Dialek Nogori, Perak, Kedah, Kelantan begitu berbeza sekali dengan Johor Riau.
sekarang baru la kita berbicara tentang bahasa.ini baru betul.bknnya berdemonstrasi di jalanan semata2 menentang dasar PPSMI yg begitu baik tuk anak melayu.sy berasal dr kg, sy memerlukan dasar ini. kerna apa?kerna budaya melayu yg suka memperlekehkan apabila seseorng cuba berckp didalam bahasa inggeris. akan tetapi bila keadaan seperti PPSMI ini,semua terpaksa menggunakan english jd xde sapa akan mengajuk sesiapa..saudara kn memahami budaya anak2 melayu ini.mereka tidak bersaing sesama sendiri tetapi sering menjatuhkan sesiapa yg cuba untuk berubah.kita perlukan dasar dimn anak melayu itu tiada pilihan tuk menolak.usaha tuk pertingkatkan bangsa itu penting.jgn terlalu pentingkan diri anda shaja.
BalasPadamseperti kata anda,bahasa melayu baku adalah platform yg adil bg semua penutur dialek untuk memahaminya,tp adakah setiap guru mengajar di dalam bahasa melayu baku?adakah guru yg berasal dr kl tetapi mengajar di kedah akan membuatkan muridnya lebih fhm apabila mengajar di dalam bahasa baku?saya fikir tidak kerana anak2 kedah,kelantan,terengganu dan ns lebih fhm dgn bahasa dialeknya.kenapa x perjuangkan nsb anak2 ini.adakah kita perlu kuburkan bahasa melayu baku ini seperti kita kuburkan penggunaan english atau ms dpn anak ini gelap.
sy hrp saudara pergilah membuat tinjauan ke sekolah di kedah ini.sy tidak niat tuk berselisih pndapt.saya cuma penyokong PPSMI.
Nak jadi penyokong PPSMI, silakan. Tetapi jangan pula nanti penyokong membawa rebah kepada bahasa Melayu.
BalasPadamKita bimbang bangsa Malaysia semakin jauh daripada bahasa Melayu. Selama inipun masih ramai yang berbahasa Melayu tetapi pelatnya masih tebal dan meloyakan.
Pelat bahasa Melayu Cina dan pelat bahasa Melayu India masih berleluasa. Sampai bila nak begini. Nak tambah lagi dengan PPSMI. Huh...bior bbetul.