test

Isnin, 9 Mac 2009

Terbukti Hishamudin Tidak Cukup Membaca

Agak pelik kenyataan Hishamudin Hussien selaku 'Minister of Lesson' bagi British Malaya.

Hishamudin sebelum ini mempersoalkan kenapa baru menentang PPSMi setelah bertahun-tahun ianya dilaksanakan.
Cari sahajalah maklumat di hujung jari.

Hishamudin juga mengatakan bahawa ianya didalangi oleh 'Pembangkang'.

Secara terang-terangan PAS membantu GMP. Memang PAS ada terlibat, dan PAS tidak sorok.

PAS bersungguh-sungguh membantu GMP, sehingga menyediakan Unit Amal bagi menjayakan perhimpunan yang GMP mahukan. Unit Amal PAS yang dipula dipukul oleh Unit Simpanan British yang setia dengan jelmaan Permaisuri Victoria.

Hishamudin tidak dapat maklumat sebegitu kah?

Sumber berbahasa Inggeris yang kononnya lengkap sebagai "sumber ilmu" tidak menyediakan maklumat sebegitu kah?

Dulu, bukan main cerita kononnya Samad Said diperalat pembangkang.
Hakikatnya, PAS rela diperalatkan oleh golongan Akademik demi masa depan para pelajar.

Adalah lebih baik diperalat golongan akademik, berbanding diperalat oleh jelmaan permaisuri Victoria.

25 comments:

  1. Apakah tujuan asal PPSMI ini?Supaya timbul kesedaran dikalangan orang melayu betapa pentingnya Bahasa Inggeris dalam era dunia moden ini.Kemahiran dalam BI,hanya dapat dipupuk sekiranya bermula dari peringkat awal.Apa guna kita berdemonstrasi,sekiranya yang akhirnya anak melayu banyak menganggur,sukar mendapat peluan pekerjaan di sektor koperat?Saya berasal dari Uitm,sedangkan dalam universiti yg mengajar dalam BI pun,pelajar melayu malas berkomunikasi dalam bahasa inggeris,kerana sudah terlalu sebati dengan Bahasa melayu.

    Kalau berdasarkan fakta,tiada satu syarikat besar di Malaysia samaada GLC menjalankan proses temuduga dalam Bahasa Melayu,sebut saja,TNB,POS,PETRONAS,MAYBANK ??

    Dan sebagai penyelesaian,kerajaan seharusnya menaikkan taraf Bahasa Malaysia,dari peringkat bawahan lagi,sebagai contoh memisahkan kepada 2 subjek iaitu pemahaman dan penulisan,dengan kata lain,tambahan satu lagi kertas mata pelajaran wajib untuk SPM dan PMR untuk subjek Bahasa Malaysia.

    Penyelesaiannya boleh dicari,tapi orang melayu suka berdemonstrasi,Sultan Perak beri kuasa kepada pemerintahan baru tetapi yang sibuk berdemonstrasi adalah PAS dan bukan DAP.Renung-renungkan...

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama (coward, why don't you tell us your real name?), why don't you just shut up and stop commenting about PPSMI or PAS for that matter? I doubt that you can even construct a PROPER sentence in English, with or without PPSMI. That is because you are the type of Malay which gives a bad name to the rest of the Malay population...the LAZY TYPE. Only a lazy fool would support PPSMI at the expense of the Malay language. The only way to master the English language is throug SHEER DETERMINATION and HARD WORK. Not short-cuts like what PPSMI is attempting to do.

    Balaci penjajah seperti anda sepatutnya malu untuk mengaku diri sebagai "Melayu" kerana PPSMI adalah dasar yang merosakkan umat Islam di Malaysia.

    - MENJ

    BalasPadam
  3. Oh, bye the way, since somebody wants me to reveal my name, should i put my name as MANJA?? Hello friend,see through yourself first before accusing others, you don't even put your name over there.

    Anyhow, as a malay, I'm not interested with any sort of dispute with my own people.What for? We have the same objective here, we want the malay to be succeed in this country.

    Ok,balik kepada topik asal.Saya hanya berpendapat PPSMI adalah langkah terbaik untuk memaksa anak melayu memperkasakan bahasa inggeris dari peringkat awal,pepatah melayu menyebut,Melentur buluh biarlah dari rebung.Saya dah bagi cadangan di atas sana,kita boleh meningkatkan taraf bahasa Malaysia di peringkat sekolah,tetapi dalam masa yang sama kita juga perlu meningkatkan tahap penguasaan bahasa inggeris di kalangan anak2 kita.Apa pula cadangan Encik MENJ?Takkan demonstrasi?

    Lagipun yang Encik MENJ yang hebat berbahasa Inggeris ni nak marah-marah kenapa?Encik MENJ orang bandar,ada internet semua,ada kelebihan di situ.Bagaimana dengan anak-anak yang tinggal di pedalaman,sedangkan dengan tunjuk ajar yang betul saya yakin mereka pun pasti tidak akan ada masalah menguasai bahasa inggeris.Saya tidak pernah sedikit pun meragui kemampuan anak2 melayu.

    PPSMI tidak akan merosakkan umat Islam di Malaysia,kerana Islam sendiri menggalakkan umatnya memperkasakan ilmu.Yang akan merosakkan umat Islam ialah apabila umat Islam berpecah belah, sekian.

    Ramli Bin Manan.

    BalasPadam
  4. As I suspected, you cannot even construct a proper sentence in English (too many grammatical mistakes!), so don't even bother trying to promote the failed PPSMI project to me, which obviously did not do you any good in helping or even raising the bar in your command of the language. Most likely you are someone who had a rudimentary understanding of the language, think that your command of English "surpasses all" (without realising that there are those, including yours truly, who succeeded in mastering English *without* PPSMI) and therefore you want to impose your "brand" of short-cut language teaching. We can tell you upfront that it is obviously not working with the likes of you.

    And no, I am not someone who lives in the city you claim. My kampung is in Muar, Johor. In the remote area of Kampung Seri Menanti where they don't even have broadband access. I was raised in Penang which is semi-rural at the time. I was surrounded by Malay-speaking relatives, the type who cannot even make a simple English sentence. I was in the Science stream and the medium was Bahasa Melayu. There was little opportunity for me to learn or master English if I adopt the same mentality as you.

    Yet I did it, WITHOUT the stupid policy called PPSMI. How did I do it? I read. I read a lot. I watch educational programmes like Sesame Street and Electric Company. I use the language when the opportunity presents itself. Through this hard work and sheer determination, I succeeded.

    You cannot impose or force someone to use a language that he/she does not understand. A language cannot be forced upon someone, it will only result in more confusion. Hanya seorang yang bodoh akan mengatakan bahawa sesuatu bahasa (bukan Bahasa Inggeris sahaja) boleh dipaksakan. Sekiranya ada dasar untuk mengajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Jepun sekalipun, saya akan tetap menentangnya.

    PPSMI destroys the future of this country. Its time that lazy people like you get this fact hammered into that thick skull of yours.

    - MENJ

    BalasPadam
  5. Nak memperkasakan Bahasa Inggeris janganlah sampai mengorbankan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Sekian lama usaha memperkasakan Bahasa Melayu oleh orang lama akhirnya Bahasa Inggeris dinobatkan sebagai Bahasa untuk Matematik dan Sains.

    Saya bependapat kaedah pengajaran Bahasa Inggeris itu yang perlu dibetulkan. Ramai juga yang mengambil Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab disekolah boleh menguasai dengan baik. Adakah Bahasa Arab diajar dalam matematik dan sains? Di Timur Tengah ya, tapi di Malaysia tidak.

    BalasPadam
  6. "Saya dah bagi cadangan di atas sana,kita boleh meningkatkan taraf bahasa Malaysia di peringkat sekolah,tetapi dalam masa yang sama kita juga perlu meningkatkan tahap penguasaan bahasa inggeris di kalangan anak2 kita.Apa pula cadangan Encik MENJ?Takkan demonstrasi?"

    The solution is really simple, if you really do want to see the bar raised for the standard of English in this country:

    1. Improve the English syllabus as currently being taught in schools.
    2. Have properly-trained English teachers who actually know what they are teaching about. I was able to spot mistakes made by my English teacher when I was in Form 2!
    3. Encourage more reading material and spoken use of the language.

    All these can be achieved WITHOUT resorting to the ridiculous PPSMI policy. Unfortunately people like you who are encumbered with the "minda penjajah" ideology will simply refuse to listen. THAT is why we demonstrated, because the Powers That Be refused to listen. There is probably no hope for people the likes of you anyway. Jadi malas hendak berkata apa-apa lagi.

    - MENJ

    BalasPadam
  7. By the way, moron, my name *is* indeed M.E.N.J. Click on my profile and anyone can immediately see that. Sheesh. Hendak melawan konon, tetapi tak reti baca English rupanya kat profil.

    http://www.blogger.com/profile/13929006185545173479

    - MENJ

    BalasPadam
  8. salam..
    alahai kenapa nak gaduh-gaduh ni. jangan malukan bangsa Melayu. kita dah buat apa yang termampu, jadi serahkan kepada kabinet untuk lakukan langkah seterusnya. kalau tidak puas hati jugak, kena la tunggu lagi 4 tahun kita tunjukkan kuasa rakyat kepada kerajaan sekarang ini.

    memang betul, agama amat menggalakkan kita belajar bahasa asing tetapi adalah mengecewakan jika bahasa ibunda sendiri terpinggir. jalankan PPSMI di peringkat SPM, itu langkah terbaik pada pendapat aku. jangan rosakkan jatidiri pelajar-pelajar di sekolah rendah

    BalasPadam
  9. Wargh, dasyatnya English Tuan MENJ,patutlah angkuh.Minta maaflah,grandma saya memang teruk,maklumlah orang malas.walaumacammanapun,mudah saja soalan saya, dan Tuan boleh pun jawab tanpa berdemontrasi walaupun sedikit beremosi.

    1. Improve the English syllabus as currently being taught in schools.
    2. Have properly-trained English teachers who actually know what they are teaching about. I was able to spot mistakes made by my English teacher when I was in Form 2!
    3. Encourage more reading material and spoken use of the language.

    Lihat penyelesaiannya memang boleh dicari,tetapi kenapa ada seglintir orang melayu lebih suka menyelesaikannya secara bergaduh,padahal masing2 memperjuangkan bangsa sendiri?Adakah kerana sikap angkuh yang menebal atau perbezaan fahaman politik??

    Bagi pendapat saya pula,saya rasa semuanya dah ada,dan mengikut pengalaman saya sebagai guru,dan pandangan teman-teman guru bahasa Inggeris,Eglish di peringkat sekolah kita terutamanya SPM,sememangnya sudah mencapai standardnya,jadi bukan sukatan pembelajaran yang mendatangkan masalah.

    Alangkah bagus kalau saya sepandai tuan MENJ,form 2 sudah dapat menegur cikgu,tetapi masalahnya tak semua orang dianugerahkan kepandaian seperti Tuan MENJ.

    Jadi soalan saya yang terakhir,sekiranya betul dengan berkat hasil usaha yang rajin,semua orang pasti dapat menguasai bahasa inggeris dengan baik,sepatutnya tidak ada masalah PPSMI ini dijalankan di peringkat sekolah,dan pengaruh macam manakah PPSMI ini dapat bawa sehingga mengubah pelajar melayu menjadi mat salleh??Jadi berdasarkan rumusan saya,hanya satu sahaja yang dapat saya pikirkan,Mungkin sebab idea ini ditumbulkan UMNO,maka akan rosaklah jati diri orang melayu dan akidah islam seperti kata Tuan MENJ.

    Sekiranya betul,ikhlas memperjuangkan bahasa Melayu dan bahasa Malaysia kita,bukannya berbicara soal belajar sains dan matematik dalam bahasa melayu menjadi perkara pokoknya,tetapi sebenarnya macammana hendak mengubah kuasa besar ekonomi kita iaitu syarikat2 swasta di Malaysia menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu dan bahasa komunikasi.Sekian, ini sahajalah pandangan ikhlas dari guru yang takda harapan dan kurang berpendidikan ini..

    BalasPadam
  10. Apa yang aku nampak, Encik Tanpa Nama kita nih sungguh angkuh dalam menampakkan kebodohan diri sendiri.

    Kaji sejarah dahulu. Lagi satu dalam membuat usulan, perhatikan fakta yang dihujahkan.

    BalasPadam
  11. Syabas kerana berjuang untuk bahasa Melayu.
    Sebagai permulaan, boleh kah kita menggunakan Singkatan UMNO, MCA dan MIC dalam bahasa Melayu??????.

    BalasPadam
  12. Para demonstran langsung tidak membantah pengajaran subjek Bahasa Inggeris. Di baju-T mereka tertulis salah satu permintaan GMP, iaitu MEMPERTINGKATKAN PENGAJARAN DAN PEMBEAJARAN SUBJEK BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH.

    PPSMI yang sengal ini tidak membantu memperbaiki pengajaran dan pembelajaran subjek Bahasa Inggeris di sekolah, malah guru-guru subjek Matematik dan Sains juga tidak mampu berbahasa Inggeris dengan baik. Bolehkah mereka memastikan para pelajar berbahasa Inggeris lebih baik daripada mereka?? Sudah tentu tidak. Seperti pepatah Melayu, ketam mengajar anaknya berjalan betul.

    Tidakkah ada cara lain untuk memastikan para pelajar dapat menguasai Bahasa Inggeris? PPSMI ini menyebabkan kejatuhan prestasi para pelajar dalam subjek-subjek sains dan matematik.
    (ambil perhatian ianya bukan hanya dua subjek ini, kerana jika di peringkat SPM, Matematik dipecahkan kepada Matematik dan Matematik Tambahan, manakala Sains dipecahkan kepada Fizik, Kimia, Biologi dan Sains untuk pelajar aliran Sastera.) Akibatnya para pelajar berpotensi tidak dapat menguasai subjek Sains dan Matematik gara-gara guru yang tidak berkebolehan, dan sukatan pelajaran yang tidak difahami.

    Keadaan ini dibiarkan oleh kerajaan semata-mata untuk memastikan para pelajar menguasai satu bahasa yang semakin berada di ambang kejatuhan. Lihatlah negara berbahasa Inggeris sekarang, semuanya jatuh dengan teruk. Adakah apabila satu bahasa yang lain mengambi alih kedudukan Bahasa Inggeris sebagai bahasa utama, subjek Sains dan Matematik akan diajar dalam bahasa tersebut pula?

    Bagaimana pula jika keadaan berbeza? Bahasa Inggeris terus menjadi bahasa pengantar dunia. Kemudiannya kita tukar sama subjek-subjek lain seperti Geografi dalam Bahasa Inggeris gara-gara "banyak rujukan dalam subjek tersebut dibuat dalam Bahasa Inggeris".

    Lebih baik Bahasa Melayu dijadikan bahasa untuk subjek Matematik dan Sains semula, dan fokus diberikan kepada mempertingkatkan penguasaan pelajar dalam subjek Bahasa Inggeris sahaja, kerana itu adalah masalah yang sebenar.

    BalasPadam
  13. bak kata hishamuddin dalam satu interview ringkas:

    PNP - Pengajaran & Pendidikan.

    wahah. ini baru menteri pelajaran =)

    all the best for our future generations.

    BalasPadam
  14. "Bagi pendapat saya pula,saya rasa semuanya dah ada,dan mengikut pengalaman saya sebagai guru,dan pandangan teman-teman guru bahasa Inggeris,Eglish di peringkat sekolah kita terutamanya SPM,sememangnya sudah mencapai standardnya,jadi bukan sukatan pembelajaran yang mendatangkan masalah."

    You are so very WRONG in this regard. The level of SPM English is worse than pathetic, it is even lower than the standard of English at O-Levels (Tingkatan 3 in our local educaton system). I once took an English exam called FCE (First Certificate in English) which was administered by the British Council here, and the level of English in that exam is higher than the SPM level of English but lower than the A-Levels standard. At the time of the exam, I was 15 years old (Form 3) and I managed to get a B for the exam.

    Its pretty obvious to me that you have no idea what you are talking about with regard to the standard of the English subject as taught in schools, and are trying to talk the hind leg off a donkey. Try looking for "English linguistic imperialism" in Google. That is the disease you are currently being afflicted with.

    - MENJ

    BalasPadam
  15. ada sesetengah rakan saya yang berbangsa india tidak tahu berkomunikasi menggunakan bahasa ibundanya sendiri kerana dari kecil diasuh menggunakan bahasa inggeris..dan kebanyakan kaum baba di melaka tidak memahami bahasa cina...apa mungkin ini yang akan terjadi kepada bangsa melayu
    30 atau 50 tahun akan datang sekiranya PPSMI ini di 'upgrade'kan lagi pada tahun-tahun akan datang dan pejuang bahasa melayu tidak menjalankan tanggungjawab meraka dari sekarang??

    BalasPadam
  16. rakyat kena patuh kpd keputusan kerajaan...baru betul!

    BalasPadam
  17. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  18. Iyer mari kita Mansuhkan PPSMI mansuhkan BN

    BalasPadam
  19. Umar Zakir Abdul Hamid

    pakcik makcik
    janganlah gaduh kat sini pakcik
    takde fungsi pakcik makcik gaduh sini
    betul


    Biarlah mereka bercanggah pendapat di sini.

    BalasPadam
  20. kata cintakan bahasa melayu
    kata pejuang bahasa.
    tetapi bertikam lidah pun menggunakan bahasa asing.
    kata sayang sangat bahasa ibunda kita.

    biarlah mereka bercanggah pendapat?
    mari kita mansuhkan PPSMI mansuhkan BN?

    kenapa kita tidak mansuhkan BN, PAS, KEADILAN dan bina satu parti bangsa melayu?

    tiada guna kita selamatkan bahasa tetapi bangsa kita berpecah belah.
    tak guna mempertahankan bahasa tetapi bangsa saling tikam menikam.
    melayu bukan sekadar pada bahasa sahaja!

    maaf saya hanya 19 tahun.
    tetapi agak bodoh saya fikir bila suatu bangsa bergaduh sesama sendiri.
    sedangkan bangsa lain lihat di kata tv sambil bergelak ketawa. bagi mereka apa jua bahasa tidak memudaratkan mereka.

    BalasPadam
  21. Khairul Anuar Mohamed ,

    Pada perkiraan saya, saudara masih lagi belum paham apa yang dimaksudkan dengan "kebangsaan sempit" dengan "kebangsaan bulat" oleh Dr Burhanudin Al-Helmy.

    BalasPadam
  22. mungkin saudara hasbullah pula terlibat faham.
    tidak mengapalah.
    bantu saya apa yang kurang.
    tunjuk saya apa yang salah.
    bukan jatuhkan saya kerana saya salah.

    BalasPadam
  23. Khairul Anuar Mohammed ..

    Begini saya terangkan secara ringkas.

    Dulu Dr Burhanudin Al-Helmy guna nasionalisme untuk merdeka.

    Ketika itu dia tiupkan semangat "kebangsaan".
    Masa itu tiada Negara Melayu, dia nak bentuk Negara Melayu. Macam Negara Thai, Negara Jepun.

    Ketika itu, PUTERA AMCJA dah setuju semua orang adalah "Melayu" termasuk Cina dan India.

    Dr Burhanudin Al-Helmy mahu Kebangsaan yang bulat (total) tetapi tidak sempit.

    Kebangsaan itu merujuk kepada negara,
    Tetapi melayu juga "bangsa".

    Bila dia kena tangkap, PKMM semua kena tangkap, hanya UMNO yang tinggal.

    UMNO guna cara sama, iaitu semangat "kebangsaan melayu", tapi dia merujuk kepada orang melayu.

    Hanya keturunan Melayu dianggap "Bangsa Melayu" bukan semua orang.

    Dia dah sempitkan.

    Datuk Onn, tak ada rancangan untuk gabung dengan Indonesia membentuk Negara "Melayu Raya".

    UMNO lebih pro British.
    British tak mahu Malaya gabung dengan Indonesia.

    Tapi Kemudian Datuk Onn terpaksa keluar UMNO kerana nak buka pada kaum asing. Ramai orang tak faham, sebenarnya masa tu dia nak kawal kerakyatan.
    Bukan Melayu yang masuk UMNO sahaja diberi kerakyatan.

    Tapi UMNO yang tinggal hanya umno yg perjuangkan "Kebangsaan Melayu" yang sempit.
    Sudahlah untuk kaum melayu sahaja, hanya untuk kawasan bekas jajahan british sahaja pula.

    Di cadangkan pula pembentukan "Malaysia", supaya Bekas jajahan British si Kalimantan tidak diambil Indonesia.

    Di situ ada minyak. Shell boleh ambil minyak selagi ada bulan dan bintang.

    Kalau Melayu Raya dibentuk, memang British tak dapat minyak.

    Jadi kalau nak "semangat kebangsaan Melayu yang bulat", maka kena fikir diluar tempurung sempadan politik Malaysia.

    Mesti terima bukan Melayu sebagai Melayu.
    Bukan terus mengasingkan bukan melayu dengan Melayu.

    Bukan dengan melabel mereka "Bangsa Asing".

    "Bangsa asing" itu untuk pendatang, macam Vietnam, Bangla

    Jadi apa yang UMNO perjuangkan sekarang ini, hanya lebihkan Melayu di Negara bekas Jajahan British sahaja.

    Melayu di Patani dibiarkan.
    PAS ada juga berkawan dengan pejuang Patani.

    Adakah orang Malaysia sekarang boleh terima "Nasionalisme Baru" cara ini?

    Mungkin belum lagi.

    Perlu ingat, pemisahan Melayu Sumatera dengan Melaka adalah disebabkan perjanjian Inggeris Belanda 1824.

    Pemisahan Melayu semenanjung dengan Melayu utara semenanjung sedikit, adalah disebabkan perjanjian Inggeris Siam.

    Inggeris nak timah di Perak, jadi British ambil Kedah Perak, Siam Ambil Patani.

    Bila "Merdeka" , Merdeka itu hanya meliputi kawasan jajahan British sahaja.

    sudah hampir 200 tahun perjanjian Inggeris Belanda, adakah orang kita tak mampu hapuskan kesan 2 perjanjian itu?

    Maka Nasionalisme lama, tahun 40 an 50 an, ialah bebaskan diri dari penjajah masing-masing.

    Nasionalisme baru memecahkan terus persempadanan yang disebabkan oleh penjajah.

    Anda berani?

    BalasPadam
  24. Lebih baik diperalatkan oleh orang-orang cerdik pandai daripada diperalatkan oleh Hishamuddin yang LOW IQ guna kepala lutut.

    BalasPadam
  25. Khairul Anuar, buang masa saja cakap dengan orang yang angkuh.Lihat saja komen dari MENJ, menunjukkan betapa angkuh orangnya seperti bijak berbahasa Inggeris tanpa bantuan guru.

    Mereka sebenanya bukan pejuang bangsa melayu atau bahasa melayu,tetapi terdiri daripada golongan yang suka menghentam orang lain,sesiapa sahaja yang tidak menyokong mereka adalah orang yang bodoh,rosak akidah dan takda harapan untuk hidup di negara ini.

    Saya sudah kata,perjuangan yang sebenar adalah perjuangan memastikan penggunaan Bahasa Malaysia secara keseluruhannya di negara ini,terutama di sektor swasta,kerana belajarlah bahasa apa sekalipun,yang akan digunakan di waktu pekerjaan adalah bahasa Inggeris dan bukan bahasa Malaysia.Terima kasih kerana menyedarkan saya Khairul,baru saya perasan,saudara MENJ yang memperjuangkan bahasa Melayu kita ini sungguh asyik nampaknya dengan Bahasa Inggeris.Hahahhahaha..

    ramli

    BalasPadam

Google+ Hasbullah Pit