Ia tidak mengapa, kerana perbezaan pendapat adalah perkara biasa.
Maka saya ulas satu persatu...
Hari Sabtu 7 Mac merupakan tarikh keramat. tarikh pejuang-pejuang bahasa dan tarikh puak politik pembangkang ambil kesempatan untuk membelasah PPSMI. Puak-puak "ketuanan Bahasa Melayu " pun berarak sakan. Habis FRU depa rempuh. Cuma nasib baik tiada yang kena bunuh. Aku sokong kebanyakan idea pembangkang terutama dalam hal-hal korupsi yang BN laukan. Tapi dalam kes PPSMI aku kurang beri sokongan... Sebabnya?Anggaplah ia sebagai menentang Ketuanan Inggeris.
1. Kalau anak hangpa tu pandai ( macam aku ), belajarlah dalam bahasa apa pun akan pasti pandai. Kalau yang malas, yang bengap, bagi bahasa Melayu pun dia terkandas jugak Pendeknya bukan sebab bahasa mereka terkandas, mereka terkandas sebab otak kurang cerdas ataupun sebab depa malas.Hujah ini mirip cerita lama ,Bahasa Bukan Faktor untuk Maju, Di Malaysia bukan ada ramai Ir Nizar
Jika bahasa bukan faktor, kenapa identiti penjajah diterap menggantikan identiti perpaduan Malaysia?
Hujah ini boleh digunakan untuk menentang bantahan ke atas PPSMI, dan hujah yang sama boleh digunakan sebagai bantahan kepada PPSMI ketika ia mula dilancarkan dahulu.
2. PPSMI sebenarnya baik untuk jangkamasa panjang. Baru enam tahun bermula, hangpa dah gabra. Apa nak gabra, takkanlah hilang BM kalau PPSMI dijalankan. Dalam jangka masa panjang, kita tak payah pakai buku translate lagi dah. Hangpa kata pulak di Jepun depa maju jugak walaupun guna bahasa ibunda. Memanglah sebab orang jepun macam orang Inggeris lah jugak, depa rajin buat buku ilmiah sebaq otak depa bijak. Ini otak Melayu taraf pak dolah, nak tidoq ya kuat, nak buat buku macam mana? Yang kebanyakannya buat buku minah gersang, nikmat malam pertama, cara-cara berjimak, mana ada saintifik. Kalau buat buku ilmiah pun berapa aje yang laku sebab otak Melayu adalah otak blues....PPSMI sebenarnya baik untuk jangka pendek, kerana ia tidak menggalakkan ilmu itu disimpan dalam Bahasa Melayu.
Tiada Jaminan Bahasa Inggeris kekal sebagai bahasa ilmu.
PPSMI juga tidak menggalakkan ilmu diterjemah kepada Bahasa Melayu, Bukan itu sahaja, PPSMI juga tidak menggalakkan ilmu diterjemah ke Bahasa Inggeris daripada bahasa asing yang lain.
PPSMI juga tidak membudayakan penyimpanan ilmu untuk generasi akan datang.
Ilmu perlu disimpan, untuk diintegrasikan oleh generasi akan datang.
(2 pautan di atas mesti diklik)
3. Kemahiran BI perlu untuk cari pekerjaan. Cuba tengok graduan baru obersee ( macam aku lagi ) senang dapat kerja. Hangpa kata pulak itu rezeki yang Allah tentukan. Kena ingat kita kena usaha jugak, jangan tungghu rezeki datang menggolek. Lagi pun pengalaman aku dengan graduan dari UTM semasa kerja dengan Shell, agak sukar sekali. Terutama bila melibatkan manual pemasangan sesuatu peralatan yang kompleks, teraba-raba cari aku dan kengkawan untuk bagi tau. Kita jugak perlu ingat, translated materials tak sama dengan yang original. Tu yang payah. Kalau kita orang Jepun lain sebab manual pun dalam bahasa Jepun. Lainlah kalau Melayu dah bijak, boleh buat machines yang kompleks dan manual disediakan dalam BM. Tu baru ok...Ianya hujah untuk menentang PPSMI. Kerana salah satu permintaan GMP adalah supaya ditambah masa untuk Bahasa Inggeris. Namun tetap ditembak gas.
Gerakan Mansuhkan PPSMI tidak menghalang sesiapa sahaja untuk mempelajari bahasa Inggeris, atau apa bahasa sekalipun. Tetapi menolak pemikiran kononnya PPSMI adalah satu-satunya cara untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris.
PPSMI adalah simbol dikuasai Penjajahan Inggeris, dan bukannya menguasai Bahasa Inggeris.
4. Cuba hangpa pikir blik dari segi kos yang telah disumbangkan untuk menjayakan PPSMI. Banyak ooi, laptop, LCD projektor, teaching kits, modules, buku teks, macam-macam lagi. Kalau nak reverse semula ke BM, buku teks kena buat lain, teaching kits kena buat lain, modules kena buat lain. Macam-macam benda kena buat lain. Kan ke menghabiskan duit tu? Hangpa kata pulak puak UMNO perabis duit lagi banyak . Betuilah tu tapi perabis duit memang tak baik, samada untuk UMNO ataupun pembangkang ataupun sapa saja.
Perkakasan elektronik masih boleh digunakan. Buku Teks sebelum PPSMI hanya perlu dicetak.
Teaching Kit boleh di sedekahkan ke Ghana dan Uganda.
5. Kalau reverse balik ke BM , macam mana pulak dengan pelajar-pelajar yang dah pandai BI dalam sains dan math? Mereka dah biasa dan dah mahir dengan BI. Bukan lah payah sangat nak reverse balik ek BM, tetapi still it takes time. Jadi kenalah berfikir secara rasional tentang perkara ini. Bagi aku biarlah kita bagi peluang kepada kerajaan untuk teruskan sehingga pelajar-pelajar ini yang originalnya dari PPSMI menjejak kaki ke universiti. Tengok depa senang ke tak belajar jika dibandingkan dengan puak-puak yang belajar dalam BM dulu...Ilmu adalah ilmu, mesti boleh digunakan.
Mengapa perlu mahir 1 bahasa dan seolah-olah tidak mahu tahu istilah bahasa lain.
Sekiranya sains dan Matematik di ajar dalam Bahasa Melayu sekalipun, perlu ada glosari untuk menerangkan apakah istilah Inggerisnya.
aku belajak kat UiTM semua buku dalam BI jawab ujian pun dalam BI tapi takdak pun budak UiTm yang belagak nak jadi orang inggeris setahu aku budak uitm ni memang semangat melayunye kuat.Tapi betul juga kalu dua-dua sekali sains dan matematik dalam bahasa inngeris terlampau sangat,nanti bangsa lain tak respek bahasa Malaysia.Kene cari jalan supaya bahasa Malaysia betul jadi bahasa Malaysia.
BalasPadamRamai rakan2 saya menuntut PPSMI digantikan dengan bahasa jawa. lagi mudah mengira.
BalasPadamBulan Penuh 2012
Anak Bulan:
BalasPadamNik Safiah pernah cakap, penddikan awal mesti bahasa ibunda. Tak semestinya Bahasa Melayu.
Kenapa orang Jawa tak tuntut sekolah Jawa untuk 3 tahun pertama?
sebab tak ramai org jawa boleh cakap jawa
BalasPadambetul betul betul ...
BalasPadampada saya tak perlu sains dan maths dalam english untuk berjaya. belajar jer english tu sampai master cam bahasa malaysia. kalo dah master english, semua bidang buleh pakai, tak semestinya sains & maths sahaja
bahasa malaysia ke bahasa melayu ye?
Kalau dah jadi orang Malaysia tentunya bahasa ibundanya bahasa Melayu. Sebab bahasa Melayu bahasa kebangsaan negara Malaysia. Kalau nak ikutkan bahasa ibunda kaum dan puak, banyak pula jenis sekolahnya - iban, hokkirn, kantonis, malaberi, singh, tamil, malayalam, kadazandusun, jawa, bugis, jakun, temiar dsb.
BalasPadamassalamualaikum
BalasPadamada satu kisah benar yang berlaku 10 tahun dahulu
didalam sebuah kelas yang terdapat 40 orang pelajar yang terdiri dari orang melayu
ada seorang guru pendidikan seni berada didalam kelas tetapi tidak mengajar cuma menyuruh pelajar menyiapkan lukisan. tiba-tiba ada seorang pelajar bercakap bahasa inggeris dan kemudian di ejek dan ditertawakan oleh sekumpulan pelajar lain.
kemudian guru itu bertanya pada sekumpulan pelajar yang mentertawakan pelajar itu tadi
"kenapa kamu gelakkan dia?" "sebab apa?"
"sebab kamu dengki kepada dia, kerana kamu tidak tahu bercakap inggeris dan dia boleh"
moralnya....melayu akan sakit hati melihat melayu lain berjaya.