Mereka katakan golongan pencinta bahasa ini hanya taksub bahasa, kononnya sanggup korbankan bangsa kerana bahasa.
Segala mak nenek hujah pentingnya Bahasa Inggeris itu dikeluarkan.
Dengan 'orang bahasa', mereka bolehlah kata sebegitu. Kebanyakan orang bahasa adalah orang sastera.
Tidak cukup itu, hujah "gas pemedih mata" juga digunakan untuk mempertahankan keagungan Bahasa Inggeris.
Tetapi apabila golongan aliran sains yang anti PPSMI pula bersuara, hujah mereka menjadi lain pula.
Apabila penentang PPSMI datang dari golongan yang mahir berbahasa Inggeris, hujah mereka bertukar.
Saya menyokong PPSMI kerana saya pelajar aliran sains yang lemah dlm BI. Biasanya yg menentang PPSMI ni bukan aliran sains di universiti atau dia memang pandai English di sekolah menengah lagi. Golongan ini tak nampak kegunaan PPSMI kerana mereka tidak mengalami!Maka, mereka tentang tanpa memperdulikan kesannya kpd generasi akan datang didorong oleh dasar bahasa negara (apakah dasar ini tidak mungkin jadi seperti yang disifatkan oleh Nabi Yusuf a. s. dlm Quran “…sammaitumuha antum wa aba ukum..”!). Menyokong membabi buta memang salah, tetapi membantah membabi buta pun salah!
Mana perginya tohmahan kononnya penentang PPSMI tak mahu belajar bahasa Inggeris?
Tidak boleh digunakan sebagai senjata lagi kah?
Bukankah Polis British menyokong membabibuta dasar PPSMI sehingga mengeluarkah hujah gas pemedil mata?
Besar sungguh jasa British menubuh pasukan polis. Sehingga hari ini, British tidak boleh dicabar, Ketuanan Inggeris dijaga rapi oleh mereka.
Assalamualaikum..
BalasPadamSaya adalah salah seorang yang terlibat secara terpaksa dalam melaksanakan dasar PPSMI yang merugikan ini. Saya tidak bermasalah dalam bahasa Inggeris tetapi hanya menggunakannya semasa menjalankan tugas..
kerana itu jika anda mengunjungi blog saya, saya seboleh-bolehnya mengelakkan dari menggunakan bahasa penjajah tersebut..
Teman orang lama. Sekolah Melayu. Lepeh tu teruih masuk sekolah omputeh sampei pas habih darjah. Teman pikior, kot kerajaan ikhlas nak bebudak belajor cakap omputih, kementerian yang patut bertindak bukan yang jaga pelajaran/pendidikan, tapi kementerian penerangan. Deme ni yang mengarut, sume nak alih bahasa, sume ada sarikata. Cuba buat kartun2 dalam bahasa omputih tu dikekalkan, nak taknak bebudak terpaksa belajor cakap omputih sebab nak faham. Tapi buatle secara berperingkat...Ape2pun kot buat secara terburu2 ikut kehendak puak elit aje, orang kampung dan anak2 deme juga yang merana. Ingat elit2 bandar, kot takde orang kampung tanam padi dan tangkap ikan, mike sume boleh muntahkedarah ke?
BalasPadamHanya ini yang teman nak kongsikan bersama. Dema kata, teman ketinggalan zaman, tak mau berubah. Takut belajar sains dan matematik dalam bahasa inggeris, pasal teman tak reti berbahasa inggeris. Terkedu tema mendengornya. Pasal teman ni tak le hebat sangat, macam dema. Dema mengaji masuk universiti. Teman ni ape le yang ada. Ngaji takat peringkat master aje. La ni pun teman bukannya ada PHD. Baru belajor aje. Itu kata dema. Tema tanya lagi. Nagape komer beriye sokong PPSMI. Demer kata, kalau tak ada PPSMI, demer tak ade le elaun ngajor PPSMI. Itu le untung nye demer.Baru teman tau. Demer beriye nak kan PPSMI, bukan kerana bela bangsa, tapi bela poket demer.Ini yang teman musykil. Ape jenis bangsa demer ni. Umno, Um...no, atau um..um..um..no..no..no...
BalasPadam(i) belajarlah bahasa asing supaya pandai boleh berkomunikasi lebih luas
BalasPadam(ii) belajarlah sains supaya pandai sains
(iii) belajarlah matematik supaya pandai matematik
(vs) BUKAN belajarlah sains dan matematik dalam bahasa asing supaya pandai bahasa asing(?)
siapa yang keliru??
Saya adalah seorang guru bahasa Inggeris. Saya tidak setuju dua subjek penting ini diajar dalam bahasa inggeris kerana ramai budak kampung yang ada potensi memahirkan diri dalam kedua-dua subjek tersebut dinafikan potensi itu dek bahasa inggeris. Kebolehan matematik dan Sains ini tidak serupa pada semua orang. Ada murid yang lemah dalam bahasa tapi sangat pandai dalam Matematik..ini kenyataan yang biasa kami, kaum guru jumpai di sekolah. Tetapi bila Matematik di bahasa inggeriskan murid yang berbakat matematik tadi tidak dapat menguasai subjek penting ini sebab mereka tak faham bahasa yang digunakan! Alangkah ruginya murid ini kerana mereka ketinggalan semuanya..Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik! kalau diajar dalam bahasa yang mereka faham,sekurang-kurangnya mereka masih boleh berjaya dalam subjek yang mereka ada bakat.
BalasPadamSabagai guru pula, saya sangat merasa tertekan kerana terpaksa mengajar kawan-kawan guru Sains dan matematik menguasai Bahasa Inggeris. Penat mengajar murid yang seramai 150 orang sehari, kena buat kelas untuk guru PPSMI pula pada sebelah petangnya...cubalah bayangkan, mana nak tanda buku, mana nak sediakan bahan untuk mengajar kawan-kawan guru...cukuplah mendera kami kaum guru. Hentikan pengajaran PPSMI ini supaya semua orang senang hati!
Bangsa lain pun mahu majukan bangsa mereka. Tetapi tidaklah sampai mewujudkan PPSMI. Dasar PPSMI ini sebenarnya diwujudkan oleh spesies Si Tanggang. Mereka bimbang spesies ini pupus. Nasihat buat puak ini, perkasakan 'ibu si tanggang' terlebih dahulu. Jangan hina bahasa sendiri atas alasan yang bodoh.
BalasPadamorang melayu memang berpotensi dalam apa2 bidang pun.Dari segi kerja, memang terbukti orang melayu punya hasil kerja tidak dapat dipertikaikan.Tetapi kenapa sejak kebelakangan orang melayu lebih banyak menganggur, walaupun kalkulus semua dapat A+ pun susah dapat kerja.Aku rasa,kebanyakan kompeni swasta di luar sana menggunakan alasan tak dapat berkomunikasi dalam bahasa Inggeris untuk tidak mengambil graduan melayu.Aku harap kita kaji dari sudut faktanya dulu,bukannya kaji dari segi guru penatla,tak mampu nak ajar dalam BI,dan ini semua untuk kebaikan anak melayu.
BalasPadamKetika belajar di universiti dulu, saya berpeluang untuk aktif dalam aktiviti debat bahasa melayu... perdebatan yang disertai merentasi pelbagai bidang, sains, politik, alam sekitar dan pelbagai lagi... hakikatnya BM bukanlah bahasa yang lekeh. hujah-hujah dan fakta-fakta tetap dapat disampaikan dengan berkesan dalam BM. Kepentingan meningkatkan penguasaan bahasa asing terutamanya BI tidak dapat dinafikan tetapi pada saya PPSMI bukan jawapannya. Kepentingan sesuatu bahasa bergantung kepada berapa ramai yang menggunakannya, kerana itu jugalah BI dianggap penting... PPSMI menghakis nilai BM kerana penggunaan BM dikurangkan lagi. -MIO-
BalasPadamaku rasa bukan isu penguasaan Bahasa Inggeris semata-mata yang menyebabkan seseorang itu tidak diterima untuk bekerja oleh co.swasta. Mungkin ada sebab lain. Cuba bayangkan kalau semua graduan boleh bertutur bahasa Inggeris dengan petah, ada tak kerja yang mencukupi untuk mereka semua.
BalasPadamtolong jawab........!!!
Bila ada sesuatu isu, semua hendak berdebat, meletakkan diri mereka betul,kalau berdebat berdasarkan fakta,takpa,ini berdebat tanpa fakta,buang masa saja.Untuk jawab soalan di atas,tak perlu pikir jauh2,lihat saja fakta,mana2 iklan kerja semua meletakkan bahasa inggeris sebagai syarat utama untuk diterima bekerja.Bukak saja jobstreet.
BalasPadamPengalaman saya,rata-ratanya punca utama orang melayu kurang diterima sektor swasta ialah penguasaan bahasa inggeris yang lemah bukan kerana CGPA yang teruk.Kita bukan cakap pasal ekonomi,masalah pengangguran berluluasa,tetapi soalnya kenapa masyarakat bukan melayu senang diterima sektor swasta,tetapi orang melayu sangat sukar.Sebelum suruh orang jawab,bagilah fakta terlebih dahulu,takkan sekadar tulis "mungkin ada sebab lain".Disebabkan pemikiran seperti inilah datangnya budaya demonstrasi,bila tanya penyelesaian dari geng2 ini,jawapannya entah tak tahu mungkin ada sebab lain,takperlah demonstrasi lah dulu..
Sekurang-kurangnya,saya bagi pandangan,sains dalam bahasa inggeris,dan Matematik dalam bahasa melayu.Kalau sekadar tingkatkan taraf bahasa inggeris,saya rase tak perlu,kerana SPM bahasa inggeris sudah jauh lebih susah daripada kertas bahasa inggeris di Universiti.
Saya setuju dengan tanpa nama. Bila PPSMI dilaksanakan banyak perkara berubah.Di sesetegah sekolah perhimpunan rasmi dijalankan dalam dua bahasa. Label-label juga ditukar ke bahasa inggeris. Peribahasa Melayu di dwibahasakan, masuk kawasan sekolah banyak perkataan orang putih. Ini adalah sebagai galakan kepada pelajar belajar BI. Lama-lama BM akan terhakis.
BalasPadamKasihan Mate dan Sains. Mempelajarinya dalam BI adalah untuk menguasai BI bukan untuk menghayati ilmu mate dan sains yang sebenar. Semakin lama...semakin ramai pelajar ponteng kelas...semakin teruk disiplin pelajar. Guru ajar mate dan sains dalam BI. pelajar Tak faham apa...akhirnya mereka buat bising dalam kelas, mereka kacau rakan yang nak belajar...akhirnya ponteng kelas kerana kebosanan. Paling teruk terus ponteng sekolah.
Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PSMI)
BalasPadamPemansuhan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI)
Saya baca ulasan dia atas, terpaksa mngagak-agak.
Oh ya, sila ke http://kaset79.blogspot.com/2009/03/rud-17-ppsmi-pedulikah-anda.html untuk mendengar temuramah saya (audio) mengenai isu ini. Kalian juga boleh mendownloadnya. Terima kasih.
Saya baca ulasan di atas, terpaksa mengagak-agak.
BalasPadamPengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) :) hehe
BalasPadamsibuk je org tua2 ni.korang apa tau.cuba tanya dak2 kat U., yg mana lebih memudahkan dorg bila masuk U? english lah weh.sume2 buku lam english siap slang US.nak mahir bahasa bukan senang, so kena stick la.PPSMI kena guna english.pastu salahkan ank melayu x maju.sedangkan x praktis english.byk mende blaja kot english, bykla vocab bhai.pikir2 lah.korang org tua x rasa apa tau.sebok je nak tukar2 dasar.sorg naik macam tu.menteri lain naik macam ni.mampos la asik jadi bahan ujikaji.mmg malaysia sengal
BalasPadamp/s:bhai ak budak U
kasihan "dak U" diatas.bahana asyik menjadi bahan ujikaji, bahasa melayu/malaysia pun tak lengkap dan agak biadap.
BalasPadam