Tidak sabar pula saya ingin mendengar penjelasannya itu.
Bagaimana agaknya "Penjelasan"nya itu?
Adakah sudah jumpa segala jawapan kepada hujah yang ada dalam buku Prof Abdullah.
Paling saya tidak sabar, ialah penjelasan Ali Rustam, jawapan bagi pengintegrasian ilmu bagi pihak penyokong PPSMI.
Kalau ada sesiapa ada jadual sesi penjelasan tentang isu PPSMI, sila beritahu saya.
Nak tahu juga apa jawapan kepada persoalan "Apa Jaminan Bahasa Inggeris Kekal Sebagai Bahasa Ilmu"?
Adakah British mencagarkan nyawa permaisuri Elizabethnya sendiri sebagai jaminan bahasa Inggeris kekal sebagai bahasa Ilmu?
Atau British cagarkan Jambatan London?
Adakah British pernah memberi jaminan sebegini:
Kalau roboh Bahasa Inggeris
Jambatan London kami bawakan
Kita nantikan
Ali Rastam? Melayu pun entah, English jauh sekali...
BalasPadamoooopppsss... bakal timbalan perdana menteri malaysia tu!
Apa sangatlah Ali Rustam ni boleh jelaskan pasal PPSMI???
BalasPadamDia sendiri pun tak jelas...
Kalau orang tak cerdik macam ni jadi TPM, jenuh baca blog la kita...
salam tuan,
BalasPadampertama maaf jua dipinta kerana kurang ngerti omong-omong bijak pandai dialam cyber.
Terguris hati saya apabila ada blog yang memutar isu PPSMI ini hingga pengomen berwatak riak menunjukkan kejayaan anak-anak menguasai bahasa inggeris,lalu mengutuk kehidupan orang-orang miskin yang tak mampu untuk menghantar anak kekelas tambahan.
Komen mereka lagi,tidak mahu kembali kezaman susah.
Terasa sedih dihati saya tuan,
Didepan mata saya terbentang kejadian anak perempuan seumur 9 tahun menggalas nasi lemak kehulu-kehilir mencari rezeki untuk keluarga.
Apa anak sekecil ini mengerti akan permasalahan PPSMI dan perhimpunan agung UMNO.
Dimana hati perut sang penguasa dan pengomen-pengomen ini,hingga sanggup menghina kehidupan orang miskin.
Sebagai orang dewasa harus ada kasih pada,
orang tua,
anak kecil,
anak yatim-piatu,
hatta binatang yang melata.
Apabila rasa ini sudah tiada maka nyatalah kerosakan telah menular dinegeri itu.
Kehidupan orang susah dan miskin sesungguhnya mereka tidak tahu apa itu blog/broadband,permasalahan PPSMI.
Yang nyata kehidupan harus dilangsungkan walau serba kekurangan.
Sesungguhnya Bitish dan kabal-kabal kapitalis tidak semudah itu melepaskan lombong-lombong yang ada di malaysia.
Mereka jualah yang menguasai elemen-elemen demokrasi dinegara ini.Mereka memunggah hasil mahsul negara kekantung mereka dan kroni-kroni.
Tamadun apa yang ingin dibina apabila kapitalis telah menguasai sistem:
pendidikan,
kesihatan,
pertahanan,
pengangkutan,
tamadun apa ?
Maaf jua tuan jika saya tersasul.
Sungguh sedih mengenang nasib orang kebanyakan.
Yamaha Y80
Encik Hasbullah,
BalasPadamDaripada mereka mencagarkan nyawa seorang Ratu yang sudah lanjut usia, adalah lebih baik mereka cagarkan teman wanita Putera William:
http://www.babble.com/CS/blogs/famecrawler/2008/08/01-07/prince-william-kate-middleton.jpg
Encik Hasbullah pun masih lagi "bujang 3" 'kan?
Ngahahahahah!! :-P
kenapa ramai yang menentang PPSMI tapi mendiamkan diri terhadap penggunaan Bahasa Inggeris (BI) di pusat pengajian tinggi awam? seolah-olah ada double standard...
BalasPadamada ibubapa/guru yang merasakan PPSMI patut diteruskan. tidakkah anti-PPSMI ni bertentangan dengan keinginan ibubapa/guru yang menyokong PPSMI?
sekiranya PPSMI dilaksanakan dengan baik i.e. guru terlatih, alatulis lengkap, sekolah terpilih, etc; adakah anti-PPSMI ni masih berlaku?