Telah dimaklumkan bahawa Puan Ainon adalah salah seorang yang akan dipanggil Polis berkaitan dengan Demo Mansuhkan PPSMI.
Siapa Puan Ainon?
Sebelum ini saya menganggap Puan Ainon sebagai "Kawan Rastom".
Rastom adalah pelopor kepada konsep "Ketuanan Rastom", dimana konsepnya mudah.
Dia panggil semua orang tuan, dan semua orang akan panggil dia tuan.
Kalau mengikut carta pejuang Bahasa yang disenaraikan di blog Bang Bakaq, Puan Ainon dapat nombor 15, di belakang Suhaizan.
Saudara Faisal Abdul Aziz pula di tangga ke 7.
1. Datuk Dr.Hasan Bin Ahmad
2. Professor Shaharir Bin Mohd Zain
3. Hasni Bin Abas
4. Abdullah Bin Hassan
5. Dato’ Abd. Samad Bin Mohamad Said
6. Che Shamsudin Bin Othman
7. Mohammad Faizal Bin Abd. Aziz
8. Aizad Bin Mohd Saleh
9. Muhammad Haafizuddin Bin Abirerah
10. Kamalrulzaman Bin Mohamad
11. Shamsul Iskandar Bin Mohd Akin
12. Salahuddin Bin Ayob
13. Nasaruddin Bin Mat Isa
14. Suhaizan Bin Kaiat
15. Ainon Bte Simo @ Mohd @ Somo
16. Datuk Seri Hj. Hadi Bin Awang
17. Saifuddin Nasution Bin Ismail
18. Khairul Anuar Bin Ahmad Zainuddin
19. Idris Bin Ahmad
20. Mahfuz Bin Omar
21. Mohamad Bin Sabu
22. Rozan Azen Bin Mat Rasip
Bagi pemimpin politik, dipanggil polis adalah perkara biasa,
Namun bagi pejuang bahasa yang bulat dan pemimpin mahasiswa, ianya bukanlah sesuatu yang biasa.
Jadi saya berharap Puan Ainon dan pejuang bahasa yang bulat yang lain lebih cekal menghadapi segala rintangan.
Untuk meringakan sedikit tekanan, maka saya hadiahkan RSS untuk puan Ainon.
http://feeds2.feedburner.com/universitipts
Jadi para peminat puan Ainon bolehlah melanggannya.
Berita baru bro...
BalasPadamhttp://www.rsf.org/article.php3?id_article=30543
Download la kalau nak berita penuh
Reporters sans Frontieres finds 12 states as "Enemies of the Internet"
The Reporters sans Frontiers organization (Reporters without Frontiers) published a list of 12 countries considered as "enemies of the Internet", along with 10 other states "under surveillance", the second list including Australia and South Korea.
The black list counts Saudi Arabia, Myanmar, China, North Korea, Cuba, Egypt, Iran, Uzbekistan, Syria, Tunis, Turkmenistan and Vietnam. These state transformed their network into an intranet, preventing the users from accessing information they are interested in, but are considered by the state as undesirable. These states took repressive actions against Internet users who provided such undesirable information.
The RSF statistics indicate that 69 people are currently in jai, worldwide for using their free expression on the Internet. 49 such dissidents are in China, 7 in Vietnam and 4 in Iran.
RSF also placed "under surveillance" ten other states, after they introduced measures that may lead to abuse: Australia, Bahrain, Belarus, South Korea, the United Emirates, Eritrea, Malaysia, Sri Lanka, Thailand and Zimbabwe.
Setaraf dengan Zimbabwe...alamak...
King Kong
Tuan Hasbullah Pit,
BalasPadamTerima kasih banyak-banyak!
1. setiap kaum itu mempunyai bahasa kaumnya yg tersendiri. tp adakalanya bahasa kaum itu akan berbeza jika terdapat suku yg berbeza di dlm kaum itu.
BalasPadam2. seperti malaysia, kita mempunyai pelbagai kaum.kaum cina terbahagi dgn beberapa suku kaumnya.dialek antara mereka tidak sama.india pula, mgkn bahasanya sama, tp ada diantara mereka sdh tdk bleh membaca tulisan bahasa mereka.ini kerana mereka sdh biasa menggunakan bahasa inggeris.mgkn kerna stiap kali mereka menggunakan perkhidmatan sms,mereka terpaksa menggunakan bahasa melayu atau bahasa inggeris, jd terpaksalah mereka korbankan aje bahasa ibunda mereka ni.bila la agaknya mereka nak berdemonstrasi memperjuangkan bahasa mereka pulak kan?
3. baru2 ini ramai yg turun memperjuangkan bahasa melayu ini.kata mereka bahasa melayu adalah maruah melayu.apa yg mereka tentang adalah PPSMI.pembelajaran matematik dan sains dlm bahasa inggeris.kata mereka ini akan memundurkan anak melayu sendiri kerana mereka kurang fhm.maka ramai yg akan gagal didalam peperiksaan nanti.itu kata mereka. kata org yg merasakan mereka itu pejuang bangsa dan bahasa bangsanya.
4. saya berpendapat, kalo kita nak merperjuangkan bahasa bangsa kita,kita perlu mulakan dari teras yg betul.pertama, kita perlu perjuangkan dari setiap darah anak melayu ini supaya tiada siapa yg akan mendapat selain A1 dan A2 di dlm peperiksaan SPM.tiada siapa yg mendapat selain A di dalam peperiksaan PMR dan UPSR.itu wajib.adalah memalukan melayu itu sendiri tidak cemerlang di dlm penguasaan bahasanya sendiri malah ade jgk yg gagal dlm menjwb soalan kertas bahasa melayu ini.
5. yg keduanya, setalah 50 thn lbh kita merdeka, kita perlu perjuangkan supaya setiap bangsa di malaysia ini fasih berbahasa melayu.mengapa ini diaanggap mustahil.kita tidak kejam.di dlm perlembagaan sudah dinyatakan bahawa bahasa melayu itu adalah bahasa kebangsaan.tidak ada lg menteri2, atau pegawai2 kerajaan yg masih pelat berbahasa melayu.adalah suatu penghinaan apabila ada kaum2 selain melayu yg tidak fasih berbahasa melayu, tetapi di dlm masa yg sama mereka menuntut hak yg sama rata kerana mereka mengaku bahawa mereka itu wargenegara malaysia.wargenegara ape jika bahasa ibunda negara itu tidak dpt mereka jiwai.
6. ketiga, hapuskan semua syarat tuk bekerja di dlm bidang yg tertentu, yg memerlukan bahasa inggeris.tidak perlu lg jurujual yg fasih berbahasa inggeris, tidak perlu lg pemasar yg fasih berbahasa inggeris, tidak perlu lg pegawai perkhidmatan pelanggan yg berbasaha inggeris dan byk lg pluang pekerjaan yg menyekat anak melayu ini untuk mencari rezeki dan memajukan diri.pada masa ini, kebanyakan kerja yg tidak memerlukan kelulusan tinggi lah yg memerlukan seseorang itu mahir dan fasih berbahasa inggeris.oleh kerana anak melayu ini ramai yg tidak berkelulusan tinggi, maka ramai la yg tidak berpeluang mencari rezeki tetapi menjadi hamba kpd dadah.
7. keempat, perkasakan bahasa melayu itu sendiri.lantikla la ramai penterjemah tuk semua perkara.baik dari segi ekonomi,sosial,politik,pendidikan dan semua bidang.pendek kata semua maklumat boleh kita perolehi di dalam bahasa melayu.jgn hanya pandai mereka syair dan sajak sahaja di dalam bahasa melayu.itu melayu di bawah tempurung namanya.alangkah indahnya kalo suatu hr nanti, di bumi malaysia ini semua org bertutur bahasa melayu,semua papan tanda dan surat khabar bahasa melayu,semua rangcangan di televisyen menggunakan bahasa atau terjemah bahasa melayu,semua borang yg perlu di isi menggunakan bahasa melayu, sesi temuduga dan temuramah menggunakan bahasa melayu,semua laporan di dlm bahasa melayu dan byk lg transaksi di bumi malaysia ini menggunakan bahasa melayu.bayangkan....
8. akan tetapi, seperti di permulaan perbincangan kita td, bahasa melayu yg manakah akan kita gunakan? bahasa melayu n.sembilan ke, melayu kedah ke, melayu kelantan ke,melayu perak ke,melayu melaka ke atau melayu sabah dan sarawak?mgkn kita baru sedar bahawa kita sudah lama melacurkan bahasa bangsa kita tuk membina sebuah bahasa ibunda.entah la..saya pun keliru.apa kata pejuang bangsa dan bahasa kita?adakah mereka sedar mereka itu bodoh.
Aku dah lama ada RSS PTS, guna ponyfish.
BalasPadamDi sini: http://www.ponyfish.com/feeds/42379Zvncwtit
acoy yg awak tulis tu bahasa melayu apa pula? nampak sgt awak di bawah standard pemikiran manusia normal.
BalasPadamyg sy tulis adalah langkah untuk kita mempertahankan bahas melayu.bkn dgn berdemo.mengapa kita tersentap apabila PPSMI dijalankan?mengapa kita tdk bela nasib bahasa kita pd hal2 yg lain di mana bnda2 ni sume dah lama berlaku.fikirla..
BalasPadammugkin dengan penentangan PPSMI ini melahirkan lebih banyak pejuang bahasa
BalasPadamsedikit sebanyak ianya membuka minda seluruh masyarakat di negara kita...
bagi saya isu PPSMI ini adalah permulaan yang baik bagi pejuang bahasa...
PPSMI permulaan yang baik untuk perjuangan memartabatkan bahasa Melayu yang selama ini sering diperlekeh dan dipinggirkan. Pemimpin yang memulakan PPSMI boleh dicaj sebagai lalai, abai dan cuai dalam memartabatkan bahasa kebangsaan negara.
BalasPadam