test

Rabu, 5 Ogos 2009

Perbezaan Bangsa UMNO dengan Bangsa Melayu dari sudut pandangan terhadap Bahasa Melayu

Apa perbezaan ketara antara Bangsa UMNO dengan Bangsa Melayu dari sudut pandangan terhadap Bahasa Melayu?

Bangsa UMNO bertutur dalam Bahasa Melayu, tetapi mengagungkan Bahasa Inggeris.
Berucap dalam Bahasa Melayu, tetapi nama tempat dinamakan dalam Bahasa Inggeris.
Melaka Planetarium, Eye on Malaysia, "MQA".

Bangsa Melayu, bertutur dalam Bahasa Melayu, tetapi menggunakan Bahasa Melayu pada nama tempat, nama syarikat.

Bangsa Melayu yakin Bahasa Melayu boleh menjadi Bahasa Ilmu, akan tetapi Bangsa UMNO yakin Bahasa Inggeris kekal sebagai bahasa Ilmu walaupun setelah tamadun Barat jatuh.

Bangsa Melayu mengajak bangsa lain untuk berkomunikasi dalam bahasa Melayu sebagai platform perpaduan.

Bagi Bangsa UMNO perpaduan hanya wujud dalam BN.

Bangsa UMNO menyebut "1Malaysia' sebagai "one Malaysia"

Manakala Bangsa Melayu menyebut "1Malaysia" sebagai "Satu Malaysia".

Bangsa Melayu akui banyak istilah Bahasa Melayu diserap daripada pelbagai bahasa, arab, cina, portugis,

Bangsa UMNO hanya percaya istilah Bahasa Melayu hanya boleh diambil daripada perkataan Inggeris.

Bangsa UMNO mempertahankan PPSMI.
Bangsa Melayu menolak PPSMI.

6 comments:

  1. dah nama pun UNITED MALAYS NATIONAL ORGANASATION..memang begitulah habitatnya...

    BalasPadam
  2. tuan blog yang bahlul..... bullah tak ada bangsa kerana bullah adalah bangsat.....

    BalasPadam

Google+ Hasbullah Pit