test

Jumaat, 6 Februari 2009

Campurtangan Asing Dalam Negeri Perak

T.Guru Nik Aziz telah berpesan...



1. Menteri Besar dalam sesebuah negeri adalah mewakili rakyat dalam sesebuah negeri untuk disembah kepada Raja. Orang lain, walau PM sekalipun adalah orang luar. Kalau tidak begitu maka akan timbul bermacam-macam krisis dan huru hara. Ini termasuklah siri-siri jenayah dan pencolekan seperti yang berlaku ke atas Menteri Besar Terengganu, Daud Samad dan beberapa Wakil Rakyat di Negeri Kelantan di tahun 1960an.

Dalam konteks ini, Najib adalah orang luar, begitu juga Anwar Ibrahim.


Najib memainkan peranan yang besar dalam proses rampasan kuasa ini.


Saya juga orang luar dari konteks pemerintahan negeri Perak.


Saya tidak mahu ulas tindakan Sultan Perak untuk tidak membubarkan DUN.


Saya hanya pembaca setia berita-berita tentang krisis politik perak sehingga berlakunya rampasan kuasa.


Alasan Nizar pada suratnya, hanyalah berbekalkan 2 sebab.
1. Bilangan kerusi adalah sama 28-28 dengan mengambil kira status 3 kerusi DUN belum diputuskan mahkamah.
2. Kaedah peralihan kuasa itu tidak termasuk dalam 3 cara yang dibenarkan oleh Undang-undang Tubuh.


Nizar bukannya mengatakan PR masih lagi mempunyai majoriti, tetapi dia mengatakan bahawa BN juga tidak mempunyai majoriti, kerana itu perlunya pembubaran DUN.


Selama apa yang saya nampak, alasan "lompat itu salah" tidak digunakan.


Kalau BN bentuk kerajaan, apa terjadi kalau 3 kerusi itu diputuskan oleh mahkamah sebagai kosong?


Biarlah Sultan Perak dan rakyat Perak, ahli politik Perak yang selesaikan.

5 comments:

  1. Lompat parti melanggari prinsip dan etika demokrasi walauapa pun alasan diberi. Kita hanya ada satu hak iaitu hak utk memilih..dan itu pun hendak dirompak dan telah pun dirompak..apa yg kita ada? Dlm kes ini PR dan BN adalah sama. Amat wajarlah Nizar tak gunakan alasan itu.

    BalasPadam
  2. (SAMBUNGAN)jika tidak kenyataannya umpama meludah ke langit akhirnya terkena muka sendiri. Apapun cadangan untuk re-match jika melompat sebagaimana yang dianjurkan oleh PAS adalah jalan penyelesaian terbaik setakat ini. Berlapang dadalah dengan pandangan ini, jika tidak prinsip demokrasi akan terus di "sodomise" kan.

    BalasPadam
  3. Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.
    Isu yang menjadi duri dalam daging adalah samada Tuanku Sultan Perak membelakangkan Undang2. Blog “Kerajaan Rakyat” merujuk kepada undang-undang tubuh Negeri Perak sepertimana yang tertulis didalam surat Dato Seri Nizar. Saya cut n paste dari surat tersebut;.
    "Artikel XVI(6) Undang-undang Perlembagaan Negeri Perak menyatakan bahawa

    “If the Menteri Besar ceases to command the confidence of the majority of the Legislative Assembly, then, unless at his request His Royal Highness dissolves the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the Executive CouncL.

    Pada tafsiran blog “Pakatan Rakyat:, ianya mesti berlaku semasa sidang DUN.

    Saya ada melawati blog 'lawyer kampung - http://lawyer-kampung.blogspot.com/' dan mendapati undang-undang tubuh fasal 16 yang dimaksudkan berlainan sedikit dan tidak seperti yang terdapat di dalam surat MB Dato Seri Nizar.

    Saya catitkan saja sebab tak berjaya nak `cut & paste” disini.

    "if the Mentri Besar ceases to command the confidence of the majority of the members of the legislative Assembly, then unless at his request his Royal Highness dissolves the Legislative Assembly he shall tender the resignation of the Executive Council"
    (sama dengan Undang2 Tubuh Pahang juga)

    Tidak pasti undng-undang tubuh yang mana yang sahih (authentic). Tapi ada perkataan `of the members' yang tidak terdapat dalam surat bekas MB Dato Seri Md Nizar.

    Pun begitu, berdasarkan undang-undang tubuh negeri Perak sepertimana yang saya perolehi dari blog `lawyer kampung', undang-undang tubuh negeri Perak tidak menetapkan bahawa hilang kepercayaan majoriti ahli-ahli DUN terhadap MB perlu semasa sidang DUN. Maka sebaik sahaja Tuanku sudah pasti MB Dato Seri Md Nizar hilang kepercayaan majoriti (31 berbanding 28), ahli-ahli DUN dan permintaannya membubarkan DUN tidak diperkenan, Dato Seri Nizar hendaklah meletak jawatan bersama-sama EXCOnya. Maka dimanakah silap Tuanku Sultan Perak disegi undang-undng? Jika dia enggan, itu akan dianggap sebagai sudah meletak jawatan juga.

    Disini, apakah ayat-ayat sebenar undang-undang tubuh negeri Perak yang sebetulnya. Punbegitu, apakah Tuanku Sultan Perak tidak tahu atau tidak memahami undang-undang tubuh negerinya sendiri? Perlu ingat bahawa Tuanku Sultan adalah bekas Yang Amat Arif Hakim Mahkamah Federal dan sememangnya amat arif dalam selok belok undang-undang apatah lagu undng-undang tubuh negerinya sendiri.

    Adalah baik jika Pakatan Rakyat dapat sediakan salinan scan undang-undang tubuh negeri Perak dan bukan apa yang diambil dari surat Dato Seri Md Nizar. Ini adalah supaya perbincangan isu samada Tuanku Sultan Perak membelakangkan undang-undang berjalan atas landasan yang betul.

    Adalah teratur juga jika Pakatan Rakyat (atau Barisan Keadilan) menyaman Kerajaan Pentadbiran Barisan Nasional Negeri Perak yang diterajui oleh MB Dato Zambri bukannya Sultan Perak (Badan Negeri). Sultan hanya menjalankan tugas rasminya. Maka saman pemula Pakatan Rakyat seharusnya bertajuk

    “Pakatan Rakyat (Pas, Pkr & Dap) lawan Kerajaan Pentadbiran Barisan Nasional Negeri Perak”.

    Biar mahkamah tentukan samada kerajaan tersebut sah atau sebaliknya. Apa relevannya mengheret Sultan dalam masaalah antara parti-parti politik? Sultan sekadar menjalankan tugas rasminya. Sementara itu, jika Dato Seri Md Nizar masih ingkar titah Sultan dan menganggap beliau masih MB Perak yang sah, secara implikasi dia dianggap sebagai sudah dipecat. Keingkaran pada titah Sultan boleh juga membawa kepada pendakwaan dibawah Kanun Keseksaan.

    Prof Madya Dr Abdul Rani Kamarudin
    Pensyarah Undang2 IIUM

    BalasPadam
  4. Saya tak minat langsung, sebab saya rakyat Perak yang setia kepada DYMM Sultan. Kalau ada perasaan setia, tak ada sebab nak jadi kecoh. Tak payah ada parti politik lah kalau macam ni. Rakyat pun dah haru biru. Puncanya tiada kesetiaan kepada Sultan.

    BalasPadam
  5. Zulia:

    Mengapa Sultan Perak dulu-dulu menerima "demokrasi" kalau nak kekal monarki?

    Adakah kerana campurtangan asing juga?
    Atau Calon Raja yang menjual kedaulatan pada British hanya kerana nak rebut tahta?

    BalasPadam

Google+ Hasbullah Pit