test

Khamis, 4 Jun 2009

Berapa Harga Sultan Johor Jual Singapura Kepada British?

Saya telah berjanji kepada Prof Abdullah, (laki Puan Ainon) untuk "menterjemah" berapakah nilai Pulau Singapura yang dijual kepada British oleh Sultan Johor.

Agak sedih dam memalukan apabila membaca kandungan perjanjian itu.


Persetiaan antara Great Britain dengan Johor, 1824 — menyerah sepenuh kedaulatan dan hak … untuk selama-lamanya …



Orang Johor, sila baca secara menyorok-nyorok.

Antara yang menyedihkan...

Perkara III
Syarikat Hindia Timur Inggeris Yang Mulia dengan ini berjanji, sebagai balasan kepada penyerahan yang dinyatakan dalam Perkara terdahulu ini, membayar kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Hussain Muhammad Shah, sejumlah wang sebanyak tiga puluh tiga ribu dua ratus (33,200) Dolar Sepanyol, bersama dengan gaji, sepanjang hayat Baginda, sejumlah satu ribu tiga ratus (1,300) Dolar Sepanyol sebulan, dan kepada Duli Yang Amat Mulia Datuk Temenggung Abdul Rahman Sri Maharaja, sejumlah wang sebanyak dua puluh enam ribu lapan ratus (26,800) Dolar Sepanyol, dengan gaji bulanan sebanyak tujuh ratus (700) Dolar Sepanyol sepanjang hayatnya.

 Jadi berapa banyakkah 33,200 + 26800 dolar Sepanyol itu?

Saya bukanlah pakar dolar sepanyol, akan tetapi ada sedikit mengkaji sistem kewangan lama dalam cubaan mengembalikan matawang berasaskan komoditi seperti dinar dan dirham di muka bumi ini.

Saya tidak pasti samada ketika berlakunya perjanjian 1824 itu, wang kertas digunakan atau wang perak.

1 dolar sepanyol adalah bersamaan 8 real. Ianya juga dikenali sebagai "piece of eight".
Menurut buku "Brunei and Nusantara History of Coinage", terdapat satu gambar wang dollar sepanyol 1761, yang juga dikenali sebagai "Ringgit Meriam" atau "Pillar Dollar". Namun dalam buku itu tidak menyatakan beratnya.

Berapa berat wang perak 1 dolar sepanyol itu?
Ada pihak yang mengatakan ianya 27.47 gram, bukan perak tulen tetapi hanya 93% sahaja,

Spesifikasi matawang dolar sepanyol juga digunakan untuk membuat matawang perak rupee di India, Peso di mexico dan Yuan di China.

1 dollar Amerika pula adalah 1 aun perak, 31.1 gram.

Berbalik kepada Sultan dan temenggong Johor yang menjual Singapura itu, Jumlah yang mereka berdua dapat, tidak termasuk gaji ialah 33200+26800 = 60000 Dollar Sepanyol.

Jika didarabkan dengan gram perak, maka ..
(33200+26800)*27.47 = 1648200 gram
= 1648.2 kilogram

Jadi mereka berdua memperolehi sebanyak 1.6 tan perak.
memang banyak, tetapi tidaklah cukup banyak untuk sebuah pulau yang besar.

1648.2 kilogram perak 93% , perak tulen hanyalah 1532.826 kg.

Pada catatan ini ditulis, (4 jun 2009)
Harga sekilo perak tulen adalah, 349 euro atau 493 USD.

Jadi Harga Pulau Singapura dijual oleh Sultan Johor dan temenggong ialah.
534,956.274 Euro (baca: 534 ribu Euro)
atau
755,683.218 USD (baca: 755 ribu USD)

Tak sampai 3 juta Ringgit Malaysia sekarang.



Sultan Hussain Muhammad Shah berpindah ke Melaka pada 1834, hanya 10 tahun selepas perjanjian itu.
Kalau baginda dapat 1300 Dolar sepanyol sebulan, maka untuk 12 kali bagi 10 bulan (anggaran) ialah
143000 dollar sepanyol, lebih kurang 3653235.30 gram perak.
bernilai 1801045 USD (baca 1.8 juta USD)
atau 1274979  Euro (baca 1.2 juta Euro)

17 comments:

  1. Nak tanya sikit, berapa harga sekaki persegi tanah di KLCC Jalan Ampang pada tahun 1824?

    Berapa pulak harga tanah di Orchard Road Singapura, dan di Gua Musang pada tahun 1824?


    Saya ingin buat perbandingan, supaya dapat kira harga seluruh Semenanjung Tanah Melayu dan Singapura pada masa itu, untuk menentukan harga pasaran semasa pada waktu itu.


    Harga RM3 juta pada tahun 1824 difaktorkan, berapa agaknya nilai sekarang RM1 sekarang?

    BalasPadam
  2. Agak2 tuan, sudah ada MRT ke di Singapura pada waktu itu. Berapa tambang naik kereta lembu berbanding naik MRT sekarang?


    Saya perlukan fakta2 ini untuk menentukan kos hidup, kadar inflasi dan ekonomi pada tahun 1824 berbanding sekarang (185 tahun kemudian).

    Saya akan buat analisis dengan butir2 yang saudara berikan nanti.

    BalasPadam
  3. sherry,

    RN 3 juta itu adalah nilai SEKARANG bagi 60,000 dollar sepanyol pada 1824

    BalasPadam
  4. RM3juta??

    itu macam rumah bungalow pakcik aku kat bukit gasing jer...

    BalasPadam
  5. Salam,

    boleh tak scan perjanjian asal?terkasima membaca perjanjian yang menjadi sejarah ratusan tahun

    BalasPadam
  6. En Hasbullah salah faham maksud saya dan kita tidak perlu baca sorok-sorok kerana intelek, pemikiran serta senerio Sultan/Kerajaan/Rakyat sekarang tidak sama seperti 185 tahun lalu.

    Jika baru 50 tahun dulu sekitar tahun 1960 Ayah kita membeli rumah banglo setingkat di Petaling Jaya dgn harga RM8ribu, boleh ke dia menjangka harga rumahnya boleh meningkat kepada RM1 juta pada 2009? Adakah pada tahun 2145 nanti (185 tahun kemudian), super-cucu-cuit kita harus menyorok2 untuk membaca bahawa super-nenek moyang pemilik rumah itu telah menjual dengan harga RM8 ribu sahaja, sedangkan harga pada tahun 2145 mungkin sudah RM80 juta kerana strategik?

    Di UK, tanah2 "across the country" telah meningkat nilai 2054% hanya dalam tempoh 25 tahun (sumber: HM Government Valuation Office Agency 2008). Tidak kah kita rasa malu dengan Sultan/Temenggong berkenaan kerana tidak memikirkan untuk melabur di UK 25 tahun dahulu, sedangkan zaman tersebut sudah maju dan ramai intelek2 seperti En Hasbulah pernah belajar di sana?



    Kalau harga RM3 juta nilai sekarang yg dibayar pada tahun 1824 untuk pulau Singapura, mungkin juga Sultan/Temenggung boleh menggunakannya untuk membeli pulau atau tanah di Indonesia atau Borneo, atau Papua yang mungkin 5 atau 10 kali ganda lebih besar yang belum diteroka sesiapa.

    Tetapi, Sultan/Temenggong pada masa itu tidak ada kapal terbang atau internet untuk melayari mencari tanah2 lain, maupun pakar ekonomi untuk menasihatkan tentang pelaburannya.

    Jadi, apa motif En Hasbullah mengatakan perjanjian ini "sedih dan memalukan".



    Sekiranya hendak mempertikaikan harga jualan pada tahun 1824, amat janggal membandingkannya dengan nilai RM pada tahun 2009.

    Kenapa tidak buat analisa/kajian tentang perbandingan harga jualan tanah2 atau pulau2 di sekitarnya bagi menentukan samada harga yang patut dijual oleh Sultan/Temenggong pada masa itu sepatutnya "RM30 Trilion" bukannya RM3 juta.

    Oh saya lupa, belum berlaku krisis kewangan dunia pada masa itu, dan seluruh wang dunia yang ada dalam pasaran pada tahun 1824 belum cukup RM30 Trillion.

    Maaf, ini pandangan saya, kita tidak perlu malu atau memper"sinis"kan intelek orang2 dahulu atas kekurangan pelajaran maupun kebijakan mereka.

    Alangkah baiknya jika mereka masih hidup pada hari hari ini untuk menjelaskan keputusan mereka itu.

    Wassallam.

    BalasPadam
  7. Salam

    Citer sebalik tu ada di sini...
    http://profabdullah1.wordpress.com/2009/05/23/sultan-husin-syah-menyerahkan-singapura-kepada-tuan-crawfurd-dengan-suka-suka/

    BalasPadam
  8. sherry:

    Ini bukan persoalan perniagaan hartanah.
    Sultan Hussin bukan sekadar jual tanah, tetapi jual seluruh pulau, yang mengakibatkan pulau2 sekitarnya.

    Sekiranya Sultan menjual pada harga 1.5 tan emas sekali pun, ianya tetap dikira sebagai penggadaian kedaulatan.

    Sampai sekarang, kapal tidak boleh lalu di selat tebrau ada kaitan dengan penjualan pulau itu oleh Sultan Hussin.

    Sedangkan Pulau batu putih yang dipajakkan itu pun sudah hilang, inikan pula pulau yang dijual.

    BalasPadam
  9. Tuab Sebol,

    Sultan Husin bagi dekat Tuan Crawfurd dapat juga duit, Tunku Abdul Rahman bagi dekat Lim kuan Yew Free.

    Sherry, Tolong kira sapa untung.

    BalasPadam
  10. En Hasbullah: Ini bukan persoalan perniagaan hartanah.


    Soalnya, dari tajuk topik ini hinggalah hampir keseluruhan isi kandungan En Hasbullah berkisar tentang harga jualan pulau Singapura, dan melibatkan jualbeli antara 2 pihak. Soal harga yang dibangkitkan, maka ia berkaitan perniagaanlah. Sebab itu topik yang berupa sindiran boleh membawa self-conflict.

    Sewajarnya Encik Hasbullah manganjurkan isi kandungan seperti " Apa rasionalnya Sultan Menjual Pulau Singapura, Walau Pada Harga Apa Sekalipun" atau seumpama itu. Lalu membentangkan isu2 kapal tidak boleh lalu dan sebagainya.

    Malah penjualan tersebut boleh dianggap sudah superceeded apabila Singapura menjadi sebahagian daripada Malaysia. Mungkin kita boleh mengaitkannya dengan rasional (pro & con) keputusan Malaysia memerdekakan Singapura setelah itu. Implikasi2 politik, ekonomi dan sebagainya. Baru sesuai dengan persoalan penggadaian kedaulatan.


    Ini hanyalah pandangan saya yang mungkin banyak kekurangan dan bukan bertujuan mengaibkan sesiapa. Saya cuba lihat dari perspektif sudut2 yang berbeza. Masa berubah, pemikiran manusia pun berubah.

    Biarlah kesilapan menjual (menggadai kedaulatan) hanya kerana wang (sebanyak manapun) itu menjadi iktibar untuk kita tidak mengulanginya, tetapi janganlah secara kita mengaibkan maruah keturunan Sultan.

    Sultan adalah benteng perpaduan orang Melayu walaupun berlaku fahaman politik berbeza.


    Wassalam.

    BalasPadam
  11. Anak Muda Johor Bahru5 Jun 2009 pada 10:30 PG

    sejarah menjadi pengajaran...
    tetapi mengapa tanah yang Tuhan diberikan kepada manusia untuk usahakan dijadikan urusniaga ...
    patutla bila nak mati tanah kubur pun nak kena beli ... ini lah manusia kapitalis ... berTuhan duit fiat ....
    adakah hidup ini untuk duit ??

    p/s : jet perjuang singapore dah sibuk balik buat terbangan lintasan di kawasan johor bahru ... kenapa pihak gerombolan dan istana senyap ?
    tanah yang diangkut oleh lori2x masih ada di atas jalan raya tanpa mengira kira siang atau malam di hantar ke singapura ?

    BalasPadam
  12. Sherry,

    Lu kata "Sultan adalah benteng perpaduan orang Melayu walaupun berlaku fahaman politik berbeza"

    Betulkah begitu. Bagi gua, "Sultan adalah benteng orang Melayu tertentu semasa berlaku fahaman politik berbeza"

    Sila senaraikan berapa kali semua Sultan2 yang bertakhta atau Majlis Raja2 selama 50 tahun Malaysia merdeka, MENCELA puak Melayu yang salah guna kuasa dan rasuah.

    BalasPadam
  13. AMJ: tetapi mengapa tanah yang Tuhan diberikan kepada manusia untuk usahakan dijadikan urusniaga ...

    Sherry: Di mana saya boleh dapat tanah percuma untuk diusahakan? Saya kagum En AMJ sanggup hidup tanpa duit dan tidak perlu mengusahakan tanah semata2 kerana semua tanah dijualbeli.

    Selain kubur penganut agama lain, di mana AMJ tahu ada tanah kubur Islam yang kena dibeli (bukan kos senggaraan kubur dan upah pengkebumian). Kalau ada nyatakan. Saya juga tidak setuju.

    Duit digunakan untuk membeli makan, minum, pakaian, dan segala keperluan hidup. Maaf, AMK pakai apa untuk beli semua ini?

    Jangan salahkan duit. Salahkan manusia yang menyalahkan duit semata2 untuk mengejar harta kekayaan dunia tetapi tidak mengeluarkan zakat atau bersedekah.

    Maaf jika pandangan saya menghiris hati. Saya rasa biarlah kita spesifik dengan topik Encik Hasbullah ini.

    Wassallam.

    BalasPadam
  14. Saya berpendapat bahawa perkara yang membawa kepada perjanjian 1824 itu tidak boleh dipertikaikan dengan pemikiran pada waktu ini kerana, situasi, cara pemerintahan, tekanan politik, polar kehidupan pada zaman tersebut amat berbeza berbanding dengan zaman sekarang ini.

    Oleh itu, adalah amat tidak adil dan tidak ilmiah untuk membuat apa-apa PERNYATAAN DENGAN PEMIKIRAN ZAMAN INI terhadap perkara tersebut kerana kita tidak berada pada zaman tersebut.

    Apakah kita boleh menyatakan penggunaan keris pada zaman Kesultanan Melaka itu itu tidak moden, adakah elektrik pada zaman itu?? Ayuh buka minta anda....

    Saya amat bersetuju dengan pendapat Sherry didalam menyatakan perbandingan waktu pada zaman 1824 berbanding dengan masa sekarang ini.

    BalasPadam
  15. daripada pertikai apa yang terjadi dahulu baik fikir keadaan sekarang supaya orang akan datang tidak melakukan kesilapan pada zaman dahulu.

    BalasPadam
  16. setelah singapura berpisah dari malaysia, menteri singapura menjual christmas island kepada australia sebanyak 1 juta ringgit. masa tu belum ada dolar singapura.

    BalasPadam

Google+ Hasbullah Pit