test

Sabtu, 28 Mac 2009

Adakah Sistem Kewangan Dinar/Dirham Tiada Kaitan dengan Alam Sekitar?

Dinar dan Dirham, dengan Alam sekitar adalah isu berbeza, tetapi sebenarnya ia saling berkait.

Rapat mana kaitannya?

Amat rapat.

Sistem kewangan berdasarkan kertas, sering menyebabkan sesuatu golongan terlalu kaya.
Andaikata tidak kaya, mereka boleh membeli tenaga secara kredit. Duit secara perakaunan boleh dicipta.

Emas dan perak tidak boleh dicipta dan dimusnahkan.

Begitu juga tenaga.

Tenaga tidak boleh dicipta.

Saya masih ingat  lagi pesan Cikgu Fizik saya ketika tingkatan 4&5, Cikgu Vellupilai Ponudurai, bahawa tenaga tidak boleh dicipta, kalau tenaga boleh dicipta kita boleh jadi kaya.

19 tahun dulu, cikgu saya berpesan sebegitu.

Hari ini, rupanya negara barat kapitalis tidak mencipta tenaga untuk menjadi kaya. Mereka juga faham tenaga tidak boleh dicipta. Tenaga berubah dari satu bentuk ke bentuk yang lain.

Akan tetapi walaupun tenaga tidak boleh dicipta, wang kertas, wang dalam bentuk kredit, dalam bentuk bon dan sebagainya boleh dicipta oleh mereka.

Mereka membeli sumber tenaga pada nilai yang amat rendah.

Lihatlah bagaimana Amerika membeli minyak dengan kertas sahaja. Sudahlah kertas, murah pula.

Sila baca catatan lama saya

Pak Arab Kena Tipu lebih 20 Tahun


Saya memang percaya harga sebenar minyak mentah adalah lebih daripada 100 USD.

Namun hari ini mereka mampu membeli dangan separuh harga.

Keadaan sebegini menyebabkan mereka mewah dengan tenaga.

Mereka tidak boleh melakukan perkara yang sama apabila matawang yang mereka gunakan adalah emas dan perak.

Mana mungkin mereka wujudkan emas dan perak daripada tiada kepada ada.

Itu baru persoalan tenaga.

Pembentukan sampah berleluasa akibat konsumerisme juga berkait dengan emas dan perak.
Mereka boleh membeli secara boros segala mak nenek barangan daripada seluruh dunia.
Tidak cukup duit, mereka kredit, apabila hutang lapuk, ianya dipanggil "aset toksik", dan kemudiannya dibeli oleh Obama.

Berapa banyak tenaga pula digunakan untuk menghasilkan barang yang akhirnya dijadikan sampah?

Kebanyakan manusia, mempunyai had berbelanja berdasarkan pendapatan masing-masing. Hutang mereka pula ada had pada had kredit yang pada kad kredit.

Tetapi manusia jarang sungguh mengira kemampuan tenaga, dan menggunakan mengikut had.

Siapa yang mahu larang manusia menggunakan tenaga secara belebihan?

Hari ini minyak murah berbanding tahun lepas. Akan tetapi penggunaan minyak tahun ini jauh lebih tinggi daripada tahun lepas. Namun ia tidaklah terlalu tinggi akibat daripada had kewangan yang pengguna ada.

Bayangkan kalau semua orang terlalu mampu untuk membeli minyak, membayar bil elektrik dan air?

Mereka akan menggunakan secara tak ingat dunia.

Situasi terlalu mampu membeli tenaga wujud di sebelah barat. Lihatlah lampu di Las vegas.



Bagaimana mereka boleh terlalu mampu membeli tenaga kalau bukan dengan sistem kewangan kertas?


Kita akan tentang konsumerisme
Kita akan lawan kapitalisme yang bersenjatakan kertas
Kita akan pertahankan bumi ini.

0 comments:

Catat Ulasan

Google+ Hasbullah Pit