test

Rabu, 13 Mei 2009

Belum Tentu lagi RON 97 ada dijual di Daerah Jasin

Politik harga minyak sudah berkumandang akibat daripada pengumuman tentang penggunaan RON95 dan harga RON 97 akan dinaikkan ke RM 2.00 .

Peliknya hanya kenaikan harga minyak RON 97 yang dipersoalkan.

Sekiranya harga minyak RON 95 adalah RM 1.75, dan harga RON 97 adalah kekal seperti sediakala RM 1.80, belum tentu lagi ramai orang yang kekal menggunakan RON 97.

RON 95 akan dijadikan sebagai barangan keperluan dan dan RON 97 dijadikan barang mewah.

Apa ertinya kita kalau masih mahu guna barang mewah tetapi menagih subsidi.

Oleh itu saya harap barang mewah RON 97 itu diapungkan terus, tak payah ikat pada RM 2.00.
Biar dia naik sehingga RM 3.50 seliter.

Jadi kalau PAS Bukit Katil menerusi Sofi Wahab dan Angkasanuri mahu memperjuangkan nasib orang kaya supaya terus dalam membeli barangan mewah dengan harga murah. Itu hak demokratik mereka. Dan kemungkinan besar akan ada RON 97 dijual di sekitar kawasan Bukit Katil.


Walaubagaimanapun, di Kawasan Jasin senarionya berberbeza, Berdasarkan taraf hidup rakyat yang agak rendah, ada kemungkinan RON 97 tidak dijual di mana-mana stesyen minyak di Daerah Jasin.

Belum tentu lagi RON 97 akan dijual di daerah Jasin, jadi kenaikan harga RON 97 tiada kena mengena dengan Dewan Pemuda PAS kawasan Jasin atau mana-mana badan politik peringkat Jasin.

Oleh itu saya nak ambil kesempatan ini untuk membuat banci.

Adakah anda akan terus menggunakan RON97 pada harga RM 2.00 seliter kalau sudah ada RON 95 RM 1.75?

14 comments:

  1. Ape kebenda nya RON97 nie....yang aku nak tahu harga minyak murah dan cukup bekalan....

    BalasPadam
  2. Pada yang tak mampu beli RON95. Tak perlu bising-bising marah kerajaan naikkan harga RON97. Mercedes dan Volvo pun boleh pakai RON95. No problem.

    BalasPadam
  3. Kita kena jugak fikir kualiti RON95 berbanding RON97 dan kesan RON95 kepada alam sekitar. RON95 adalah minyak yang kurang kualiti dan boleh menjejaskan jangka hayat kenderaan dan alam sekitar pada masa akan datang. Isu hari ini bukan setakat harga tetapi melampaui isu-isu sejagat. Dasar kerajaan yang inginkan kualiti alam sekitar yang baik harus mengekal harga ROM97 bagi manfaat bersama.

    BalasPadam
  4. tak salah teman ron95 dan ron 97 tak banyak beza dr kualiti bahan cemar. dr segi prestasi enjin pun tak banyak beza. hampir semua keta baru atau lama sudah cukup dgn ron95.

    kat eropah kecoh guna diesel apakejadah kat malaysia kecoh dgn RON hehehehe pada yg kecoh alam sekitar tu

    BalasPadam
  5. kalau RON95 ni tak jauh performance dgn RON97 takpa.. tapi kalau ada jauh beza maksudnya kerajaan hendak menidakan hak rakyat untuk mendapat brg baik dgn harga berpatutan..

    BalasPadam
  6. Zaman 90an dulu, tiada pula orang merungut kualiti RON 95 tak baik.

    Tak ada pula yang buat perarakan membantah ketiadaan RON97

    Tiada pula yang demo membantah kerajaan "menidakkan hak rakyat mendapatkan barang baik dengan harga berpatutan".

    BalasPadam
  7. sudah tentu saya akan beralih ke ron95. Dengan perbezaan 25sen seliter, sudah tentu memberikan perbezaan kepada belanja poket bulanan saya.

    ron ron tu gred minyak je...ron95 ni pun unleaded gak per? kalu takat beza skit skit takdenya ssiapa yang pakai ron 97 dapat memandu ke bulan dengan kadar 300mph (miles per hour).

    tak faham la semua pun nak menisukan benda yang tak berisu. Nak minyak murah, orang bagi minyak murah. Tetap tak puas hati. Apa masalah minyak dan rakyat Malaysia neh? Naik minyak? hahahah

    BalasPadam
  8. harga pasaran RON97 sekarang lebih kurang RM1.65 (area PD/Melaka), dan RON95 (belum ada di pasaran, tapi kalau ada) RM1.55-1.60. so sekarang kita sedang dalam mode 'bersedekah' to government. industrial sectors pun kena bayar duti to gov to make up the differences with pump price. oh vote ya? saya pilih RON95. RM0.25/liter x 200liter/mth = RM50/mth.

    BalasPadam
  9. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  10. Ini bandingan RON95 vs RON98. RON97 tak de kat Singapura. Mungkin boleh dapat sikit gambaran.

    http://www.hondasuv.com/members/showthread.php?t=7947

    Hentam je la RON95 pun. Aku tak pernah try V-Power pun. V-Power tu RON berape ?

    BalasPadam
  11. Perbandingan RON.. rujuk di sini

    BalasPadam
  12. Perbandingan RON.. rujuk di sini
    http://paultan.org/archives/2006/07/25/research-octane-number/

    BalasPadam
  13. Tuan blog,,,
    Masalahnya RON95 dah naik 5 sen jadi RM1.80.
    Dulu aku guna Ron92 je tapi dah mansuh. Kesian la rakyat bawah kena bayar lebih 10 sen. 5 sen pun duit tau untuk proton buruk 15 tahun aku tuhhhh. Syeikh diatas. Orang bising pasal petrol ron95 naik harga dan ron92 yang RM1.70 dah tak ada....

    orangsenang
    lu senang la cakap

    BalasPadam
  14. Tanpa Nama on 2009 September 1 22:19 ,

    Itu yang dipersoalkan,
    kalau mereka kotakan janji RM 1.75 bagi RON95,
    pengguna RON 92, hanya naik 5 sen berbanding 10 sen sekarang ni bila guna RON95.

    BalasPadam

Google+ Hasbullah Pit