Orang yang membeli minyak RON95 esok hari, akan dapat minyak RON97 , kerana ia stok semalam, pada harga RON95 yang dinaikkan dari RM 1.75 ke RM 1.80.
Dalam erti kata lain dia masih lagi beli RON 97 pada harga RON 97.
Pelik betul, kenapa RON 95 perlu 'dinaikkan' pada hari ianya dilancar?
Kalau mahu jual RON 95 pada harga RM 1.80 , lebih baik dia dari mula terus perkenalkan RON95 pada harga RM 1.80.
Sebaliknya hanya kawasan bandar yang menikmati penjimatan 5 sen, tetapi orang kampung tak dapat.
Kalau mereka terus perkenalkan RON95 pada harga 1.80 , maka hanya ada 1 'kenaikan' berbanding 2.
Hairan juga tengok cara BN berpolitik.
saya ada seorang kawan yang sekarang tengah buat ujikaji dengan seorang prof di sebuah universiti tempatan. Ujikaji mereka adalah menghasilkan 80% minyak kelapa sawit sebagai bahan penjimat minyak. Dikatakan juga kajian mereka juga hampir di peringkat final..
BalasPadamApa yang kawan saya terangkan kepada saya, RON 92-99 cukup mudah untuk di lakukan. Dengan menambah satu bahan entah saya lupa nama bahan tersebut, dan harganya sangat murah dapat diperolehi..
Apa yang saya mahu terangkan disini, apakah untuk menjadikan gred RON ini amat sukar sehinggakan bahan tersebut di gredkan dengan harga-harga tertentu yang agak tidak munasabah.
Jika diikutkan kalau nak murah dan minyak yang mempunyai gred RON 99 ialah alcohol.. Itu kata kwan saya.. Wallahu alam bissawab..
Minyak pelincir terbaik untuk kenderaan pula ialah minyak masak (kelapa sawit) + sedikit minyak STP.. Ini ujikaji pengarah kt jabatan saya kata sebab dia dah test kat kereta mercedes dia..
Satu lagi projek pembohongan Barisan Nasional.
BalasPadam